Pages

V.I.P BLOG KU

Tuesday, December 3, 2013

LG HOME CHEF CHAMPIONSHIP 2013!

Assalammualaikum dan salam 1dunia readers!


"SIAPA TAK NAK PERGI CAPE TOWN UNTUK WAKIL MALAYSIA KAN?"


Hye korang! Lama gila tak update blog. Nak kata busy, kadang-kadang je... tapi mungkin vitamin 'M' terlebih .... So, untuk kali ni, aku nak share pengalaman aku menyertai LG Home Chef Championship 2013. Basically, pertandingan ni dibuka untuk semua rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang kulinari atau lebih ringkas, "Home Cook Chef". Sebelum melayakkan diri ke peringkat akhir, aku telah hantarkan resepi aku terlebih dahulu di laman web LG, dan akhirnya, resepi ciptaan aku terpilih ke TOP 5. Resepi yang aku hantar adalah PERCIK CHICKEN ROULADE WITH ASIAN SALAD, dan di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih buat mereka yang sudi like resepi aku ni :)





Percik Chicken Roulade with Asian Salad... first time try plating rustic macam ni... inspired by one of my idol dalam culinary field, Jamie Oliver :)

Friday, September 6, 2013

DARI HOBI MENJADI SUMBER REZEKI :)

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...


"HOBI"


Bercakap mengenai hobi, setiap orang ade hobi masing-masing. Sejak kecik, hobi aku memang suka melukis dan mewarna... dan sampai sekarang, hobi tersebut tetap kekal dalam diri ni. So, bila dah selalu lukis, warna dan sketch, kadang terfikir, why not cuba something yang boleh generate kepuasan dalam melakukan hobi. Salah satunya, aku join contest yang sesuai dengan hobi aku.


Straight to the point, hasil hobi aku ni, baru-baru ni aku join contest anjuran magazine Esquire. Just kene express MALAYSIA BOLEH ________________! in your own way. So, untuk kelainan, aku buat doodles atas cover magazine tu. Magazine 15 hinggit tahu!... aku main conteng je....



Ini cover asal magazine Esquire August issue :)

Monday, August 26, 2013

FALIHINJASMY.BLOGSPOT.COM DIREVIEW DALAM HARIAN METRO!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...


"SOMETHING TO BE REMEMBERED"


Terima kasih pada wartawan Harian Metro, Faizatul Farlin Farush Khan yang sudi membuat ulasan pasal blog aku dan juga serba sedikit mengenai kehidupan aku. Untuk mengetahui cerita seterusnya, jangan lupa dapatkan Harian Metro hari Jumaat yang lepas, dalam ruangan Blog sisipan M :)




Sunday, August 4, 2013

RESEPI BISKUT RAYA: AIDILFITRI SPICY SNACK BAR!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...


"RESEPI NI SIMPLE, SEMPAT LAGI KALAU NAK BUAT"






Ok, hari raya pun dah nak dekat. If korang rase dah jemu tengok biskut raya yang jual kat kedai or bazaar, korang boleh cuba resepi Aidilfitri Spicy Snack Bar ni....simple dan sedap!


Wednesday, July 31, 2013

REZEKI RAMADAN: DARI LEMPENG BERTUKAR S4 DAN IPAD MINI !

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...



"ALHAMDULILLAH...REZEKI BULAN MULIA"



Ok, memang gembira apa yang diimpikan menjadi realiti. Double winning! Rezeki anak dan emak :) Mula-mula buat satu lempeng je untuk contest yang dianjurkan Murai ni sempena Masterchef Selebriti Malaysia musim ke-2 atas nama aku. Alang-alang, buat lagi satu lempeng, bubuh nama pn. emak sekali. Tak sangka kami berdua menang. Alhamdulillah~~~ *gaya tiru Sheila Rusly dalam ketuk-ketuk ramadan*




So, inilah hiasan lempeng dan slogan yang berjaya menambat hati juri :)

Wednesday, July 17, 2013

RESEPI BISKUT RAYA 2013: SPICY CARAMEL CRUNCH AIDILFITRI WITH APPLE CINNAMON SAUCE!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....



"NAK KUIH RAYA KORANG LAIN DARI YANG LAIN? APA KATA CUBA RESEPI INI!"



Ok, resepi biskut raya ni actually aku invent untuk Final AFC Foodie Face-Off bulan lepas... Basically, biskut ni inspired by kerepek pedas dan kuih bipang. Rasanya rangup, pedas dan manis. Untuk kelainan, biskut ini dihidang bersama Apple Cinnamon Sauce :) dan boleh juga dihidang bersama Fresh Tartar Sauce :)







Ok, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti yang berikut:


NILAI KOS SEBENAR UNTUK SEHELAI BAJU MADE IN BANGLADESH!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia.....



"PERGHHHH... BAJU KAU DARI BUTIK *&* LA... GEMPAK KOT"


Iye...gempak.... baju imported taw.... made in Bangladesh.... :) Tapi tahukah korang, berapakah nilai kos sebenar bagi sehelai baju yang dihasilkan dari Bangladesh? Sebagai contoh, sehelai baju yang dijual pada harga $14 atau bersamaan kira-kira RM44.65....






Monday, July 15, 2013

RENDANG SARDIN, SERUNDING SARDIN DAN SARDIN MASAK MERAH UNTUK SANTAPAN AIDILFITRI !

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....



"HARGA AYAM NAIK, KENE CIPTA RESEPI RAYA BERASASKAN SARDIN LA NAMPAK GAYANYA"


Thursday, July 11, 2013

RESEPI BERBUKA PUASA 2013: SATE LILIT BERKUAH KACANG BADAM DAN SALSA MANGGA!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...



"NAK CARI KELAINAN DALAM MENYEDIAKAN MENU BERBUKA PUASA?"



Hi semua....selamat menjalani ibdah puasa... mesti ada yang tengah mencari idea untuk menyediakan something yang lain untuk juadah berbuak puasa kan? So, aku nak kongsi satu resepi, SATE LILIT BERKUAH KACANG BADAM DAN SALSA MANGGA ... actually resepi ini adalah dari resepi yang aku gunakan masa Final AFC FOODIE FACE-OFF bebarapa minggu yang lepas... bagi yang tertinggal pengalaman aku di final tu.. boleh refer sini.






Ok, berikut adalah bahan yang diperlukan untuk menyediakan SATE LILIT BERKUAH KACANG BADAM DAN SALSA MANGGA:


Monday, July 1, 2013

FINAL AFC FOODIE FACE-OFF 2013 KUALA LUMPUR!

Assalammualaikum readers dan salam 1 dunia...



"PENGALAMAN YANG SANGAT BERHARGA"






Ok, first of all, terima kasih bebanyak pada korang yang sudi vote hidangan aku sehingga layak menjadi TOP 50 dan seterusnya dipilih oleh juri untuk ke TOP 20 dan beraksi di final AFC FOODIE FACE-OFF 2013 yang telah berlangsung pada hari Sabtu yang lepas di The Cooking House, Desa Haratamas. Terima kasih juga buat junior aku, Faiz dan kakak-kakak beliau yang baik hati, yang sudi menemani aku dan Faiz dari pagi sampai lah ke malam.



Ok, back to the main point. Event ni actually start 10.30 pagi. Tapi delay about 1 hour sebab perkara yang tidak dapat dielakkan. Untuk final, ada 20 orang peserta yang dibahagikan kepada 2 kumpulan, 10 orang setiap kumpulan sebab ruang yang disediakan dapat memuatkan 10 orang peserta untuk memasak dalam satu-satu masa. Jadi, aku dapat no.8, kumpulan 1. Jury untuk final adalah selebriti chef yang cantik manis orangnya, Chef Anis Nabilah dan juga Chef Selebriti yang terkenal dengan rancangan 5 Rencah 5 Rasa, Chef Sherson Lian. Ada sorang peserta ni aku kenal masa masuk Masterchef Blogger 2 tahun lepas, kak Yati. Baik orangnya :)





Wednesday, June 12, 2013

IMPIAN NAK MASUK FINAL AFC COOKING CHALLENGE, TOLONG VOTE BOLEH?

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....



"BERANGAN DULU TAKPE, ADE REZEKI, ALHAMDULILLAH"





So, untuk memastikan angan-angan aku ni jadi realiti, aku mohon sesangat jasa baik korang semua untuk vote resepi ciptaan aku dalam Asian Food Channel (AFC) Cooking Challenge. Resepi yang aku pertaruhkan kali ni adelah, "Hashbrown Lontong Kering with Kuah Kacang Gajus". So, untuk melayakkan aku ke final, aku sangat perlukan vote dari korang semue... aku tahu korang semue baik hati kan? Suke tolong orang kan? 


Basically, aku punya resepi ni kene berada dalam TOP 50 undian dari orang ramai... dari TOP 50, pihak jury akan shortlist kan 20 peserta untuk bersaing di final yang akan diadakan 29 Jun ini. Voting period until 18 Jun..dah tak lama lagi tuu,....so, ape tunggu lagi...jom lah vote :)



Cara nak vote:

Klik link ini:




Lepas tu klik button VOTE di sebelah kanan ye... bukan tab LIKE yang belah kiri tu...if nak klik dua-dua pun lagi best :)





 Itu saje. Setiap VOTE dari korang aku dahulukan dengan ucapan terima kasih :)




p/s: nampak sama, tapi bukan die.... :P

Sunday, June 9, 2013

RESEPI TOMATO PUREE VELVET CAKE!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...



"PERNAH MAKAN KEK TOMATO? JOM CUBA RESEPI TOMATO PUREE VELVET CAKE INI"






Ok, korang semua mesti dah familiar dengan kek Red Velvet kan? So, kali ini, aku telah invent satu resepi kek yang menggunakan tomato puree dan juga santan kelapa. Untuk resepi ini, aku menggunakan Tomato Puree keluaran Leggo's dan Ekstrak Santan Kelapa Asli keluaran Kara.




Ok, bahan yang diperlukan untuk menyediakan Tomato Puree Velvet Cake sangat simple dan mudah untuk didapati. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti yang di bawah:


Thursday, May 23, 2013

ALHAMDULILLAH..SELESAI INSTIADAT KONVOKESYEN UITM KE-78 !

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....




"ALHAMDULILLAH, SYUKUR YA ALLAH!"



Sabtu lepas, dengan rasminya aku telah menggenggam Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap dengan kepujian dan lebih manis lagi, kejayaan ini dilengkapkan lagi dengan Anugerah Naib Canselor (ANC). Alhamdulillah :)


Kejayaan ini ditujukan khas buat en. ayah, SM Jasmi Ab Rahman dan pn. emak, Manisah Jaib. Terima kasih atas segala-galanya. Semoga Allah memberkati emak dan ayah selalu. Amin.







Inilah wajah yang menjadi tulang belakang, sentiasa memberikan kekuatan dan semangat serta inpirasi aku untuk berjaya :)


Friday, May 10, 2013

KERABU HASHBROWN GWIYOMI !

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...




"PERNAH MAKAN HASHBROWN?"


Ok, mesti semua pernah makan hashbrown at least once in your life right? Tapi pernah tak anda terfikir untuk melakukan inovasi terhadap hashbrown yang biasanya di makan ketika sarapan pagi? Apa kata kita ubah selera dan cara menikmati hashbrown. Oleh itu, aku nak kongsi resepi ciptaan aku yang menggunakan salah satu produk keluaran Simplot, iaitu Kerabu Hashbrown Gwiyomi.





So, bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Kerabu Hashbrown Gwiyomi ni adalah seperti berikut:





Bahan-bahan:

Simplot Popcorn Hashbrown 
Leggo's Napoletana Sauce
Dada ayam
1 labu bawang merah yang dihiris nipis
20 gram kepingan badam 
50 gram ikan bilis (digoreng)
20 gram kismis
3 biji cili padi (dihiris nipis)
1 biji tomato yang dipotong dadu
1/2 batang timun yang disagat halus
1/2 batang lobak merah yang disagat halus
Kepingan salad coral hijau dan merah (dipotong kasar)
100 gram Suhun yang telah dicelur dengan air panas
5 sudu besar jus limau kasturi
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
1 sudu besar mentega 
Minyak masak untuk menggoreng




Bahan-bahan dah tahu, so now, cara untuk menyediakan Kerabu Hashbrown Gwiyomi:



Perap dada ayamg dengan Leggo's Napoletana Sauce dan biarkan selama 10 minit.



Panaskan frying pan dan cairkan 1 sudu mentega. Masukkan dada ayam yang telah diperap dan grill sehingga masak.



Dada ayam yang telah siap di-grill diangkat dan disiat untuk dimasukkan ke dalam kerabu.



Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan Simplot Popocorn Hashbrown dan goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan.



Untuk menyediakan kerabu, masukkan hirisan bawang merah, 1 sudu besar minyak zaitun, hirisan cili padi dan suhun ke dalam mangkuk.



Kemudian, masukkan tomato yang dipotong dadu, hirisan timun, hirisan lobak merah dan gaul sehingga sebati.



Masukkan ikan bilis yang telah digoreng, ayam yang telah disiat, kismis dan kepingan badam. Selepas itu, masukkan jus limau kasturi dan gaul sebati. Masukkan gula dan garam secukup rasa.



Masukkan daun salad coral hijau dan merah yang telah dipotong untuk menambahkan khasiat pada sajian dan juga menambah warna sebagai daya penarik.



Dan akhir sekali, masukkan Simplot Popcorn Hashbrown yang telah digoreng tadi dan gaulkan semua bahan sehingga mendapat rasa yang sekata.



Ok, dah siap dah Kerabu Hashbrown Gwiyomi. Senangkan? 



Untuk menghidang dengan cara yang lebih menarik, bolehlah disajikan dengan Telur Dadar Popcorn Hashbrown. Macam mana nak buat? Simple sangat!



Hanya perlukan Simplot Popcorn Hashbrown yang telah digoreng dan sebiji telur, secubit garam dan minyak untuk menggoreng.



Panaskan minyak dan letakkan acuan benjo untuk menghasilkan telur dadar yang lebih comel. Curahkan telur yang telah dipukul bersama secubit garam ke dalam acuan. Letakkan Simplot Popcorn Hashbrown ke dalam acuan dan tunggu sehingga masak. Keluarkan dari acuan dan hidang bersama Kerabu Hashbrown Gwiyomi dan sedikit Leggo's Napoletana Sauce yang telah dipanaskan terlebih dahulu.







Mesti anda tertanya-tanya kenapa nama resepi ni Kerabu Hashbrown Gwiyomi kan? Kalau nak tahu, lepas rasa kerabu ni, anda pasti terdorong untuk melakukan Gwiyomi sebab variasi rasa dan tekstur dalam kerabu ni. Tak percaya? anda cuba try test. 


Ok, selamat mencuba ye semua :)



p/s: you are what you eat. Eat healthily, be healthy!  

Friday, April 26, 2013

MENANG CONTEST REKA COVER PHOTO FB JALEN!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...


"ALHAMDULILLAH, KALAU ADA IDEA, KITA USAHA, INSYAALLAH BERJAYA"



Inilah design yang berjaya menambat hati juri bagi pertandingan reka cover photo fb Jalen. Inspired by percikan sos cili :)




Yang ni jugak design aku, inspired dari percikan kicap Jalen dan kacang soya, maybe effect pada kicap tu tak berapa nak jadi, so, yg ni x dapat menambat hat juri maybe. :)

Wednesday, April 17, 2013

FREE TRIP TO MACAU : DAY 2!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...



"JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN"



Ok, selepas menikmati hari pertama di Macau, keesokannya, kami pun dibawa ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Macau. Macau ni ada dua kawasan sebenarnya, satu kawasan yang penuh dengan bangunan-bangunan bersejarah, dan satu kawasan lagi yang dibangunkan untuk menjana ekonomi Macau dengan industri pelacongan. So, Kawasan ni banyak lah hotel-hotel mewah yang pastinya akan ada pusat judi di aras bawah setiap hotel. Jangan risau, mereka tak bawak pun kami masuk :)


So, untuk memulakan second day, kita start dengan breakfast dulu. Ok, ni lah harga breakfast untuk 2 orang :)


Haaa....breakfast untuk 2 orang, 392 Macau Pataca... if convert to MYR, lebih kurang RM150 :) Tengok harga memang boleh tahna, tapi makanan yang terhidang memang banyak, tapi biasalah, susah bagi aku untuk makan kat sini. So, ambil je lah yang mana boleh makan :)


Ok, ni je breakfast aku... 


After breakfast, kami di bawa ke beberapa tempat menarik di Macau....

Thursday, April 11, 2013

FREE TRIP TO MACAU : DAY 1!

Assalammualaikum readers dan salm 1dunia....



"PERNAH RASA BAGAIKAN BULAN JATUH KE RIBA?"


Hi, lama tak update blog...selalu update kat instagram sebab cepat, ringkas dan mudah. Tapi kesian kat blog aku ni... kesian kat korang yang asyik bukak blog ni, tapi takde cerita baru (eh, ade ke yang bukak masalahnya?) 


Ok, back to business, aku nak share story time aku pergi melancong ke Macau Oktober tahun lepas. Actually, aku menang trip untuk 2 orang ke Macau dari satu contest online yang aku join secara suka-suka. Contest anjuran Mix.fm dengan kerjasama tourism Macau dan Air Asia. Kene padankan nama tempat dan gambar tempat yang best di Macau dan buat slogan. Seriously aku cakap, slogan tu aku buat on the spot. Tu yang tak expect menang pun. Rezeki, alhamdulillah....


Tata malaysia....


Ni la Zaedi :)


Aku bawa kawan baik aku, Zaedi untuk pergi ke Macau. Dia pun on je. So kami  pergi selama 3 hari 2 malam ke Macau bersama 9 lagi pemenang bersama seorang pasangan masing-masing. Trip ni dimeriahkan lagi dengan kehadiran DJ Mix.fm, JD dan Dilly. Dua-dua memang kepala gila-gila and peramah :)

Monday, April 1, 2013

RESEPI KEMENANGAN!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...



"SYUKUR ALHAMDULILLAH"



Satu permulaan yang baik buat bulan April di mana resepi aku telah di pilih sebagai pemenang hadiah utama dalam peraduan yang dianjurkan oleh Homesoy (produk susu soya).





Resepi on the spot ni aku namakan "So Stunning Soya Ice Blended". Kat sini aku nak share dengan korang resepi kemenangan ni... selamat mencuba!

Saturday, March 16, 2013

NEW DESIGN FOR YOUTH CREDIT CARD (DESIGN 2)

Assalammualaikum and salam 1dunia....



"DO YOU WANT A CREDIT CARD THAT MAKE YOU SMARTER?"



Yes! It is the time for the new design and innovation of youth credit card that will make you smarter in manage your expenses. In this new era, everything is possible right? Thus, here I come with new invention of credit card design.....



 drum rolls pleaseeee............









 SMART
youth credit card!




Concept:

Simple and sleek design, combination of geometry element and youth life expression.
Why this new youth credit card design is SMART? Take a look at the image below:



how to make a gif


Do you see the GREEN line on the credit card changes into RED colour right? Do you know what is the function of the colour transition? Are you curious? Take a breath and let's me explain.






When you sign up this SMART youth credit card, the line is fully GREEN. It means that you can start to buy anything that you want. Just swipe this credit card, anything will be yours!




When you try to fulfill you wish list, you might be careless about what you had spent. This SMART youth credit card will warn you. Just look at the GREEN line, the colour now is slowly changes into RED. So, you know what to do? Be smart and control your lust :)




When the line is totally changed into RED, it means you need to stop swipe. It will guide you not to be over budget. It will prevent you from bankrupt in the young age guys :)




After pay the amount monthly, the line turns to GREEN back! What a SMART youth credit card that you should have right?






...




Hope this new design and innovation of youth credit card will become a reality as it will give benefits to all of the youth out there.


BE SMART.
USE SMART CREDIT CARD!




eheemmmmm....









even Miranda Kerr love this SMART youth credit card!




Thanks Nuffnang!



p/s: macbook pro looks SMART with me :)

Friday, March 15, 2013

NEW DESIGN FOR YOUTH CREDIT CARD!

Assalammualaikum readers and salam 1dunia....




"FOUR LETTERS"

to have a cup of hazelnut coffee while reading news paper on the tablet? A kick start to make your day more interesting!

OR

to enjoy delicious-mouthwatering chocolate strawberry sundae with your love one? With a slice of red velvet cake, really make your date more sweet and romantic!

OR

to fulfill your home library with recipe books by famous celebrity chef like Jamie Oliver? or may be our local Chef Wan? Their idea will become inspiration to start cooking in your own kitchen, even you are a bachelor bro!

OR

to have a collection of latest gadget in the market and become a person who really 'up to date' among your clique? Last year Blackberry, this year iPhone 5, next two month BB Z10 :)

OR

to collect a miniature racing cars, which can make your display shelf full with amazing collection of Mini Cooper, Subaru, Brabus or even Jaguar! Start with miniature, end up with collection of real car. Who knows right?

OR

to spend half a day or even a day to shop at JPO (Johor Premium Outlet)? With a lot of famous label around the world, everyone will become insane to look a reasonable offers of each boutique!

OR

Burberry? Prada? LV? Gucci? Salvatore Ferragamo? Channel?

OR

Adidas? Nike? Puma? -what ever in blue?

OR

classy and vintage collection from Fossil?

OR

to have a vacation by using airways? To see a nice blue sky with whitey cloud like a cotton candy floating in the air?

OR

to have a 'hard rock' moment around the world???








...






All the things that you love are need money...and with one special edition youth credit card, all the things that you love will be yours! Yes, totally yours! Just LOVE & SWIPE!









Credit card name: 

LOVE & SWIPE



Concept:

Love is priceless.
The doodles design on the card itself is inspired by love.
When you fall in love with something, just swipe this credit card, all your dreams will become true. But as reminder, swipe it wisely because love is more meaningful when you can control yourself in spending your money!




As refer to the poster below, it will tell you about this special edition of youth credit card, which originally idea and sketched by me :)





So,
what you waiting for? Do you love this new design and want to have it for your own benefits? Let's make this design comes true guys!

just...


LOVE & SWIPE










Wait a moment.


I think this LOVE & SWIPE youth credit card look more handsome in Macbook Pro with Retina Display right? What say you?




*( >.<   )*






thanks Nuffnang :)

picture credit to: my instagram


p/s: do you love apple? yes I really do :)

ShareThis