Pages

V.I.P BLOG KU

Friday, December 14, 2012

ANUGERAH!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"ALHAMDULILLAH"


*Muka tak menahan... rasa nak lempang*


Sunday, September 2, 2012

SKEWERS IKAN TENGGIRI GERANG ASSAM myChef !

Assalammualiku readers dan salam 1dunia...


"BILA FIKIR DI LUAR KOTAK, PASTI SESUATU YANG KREATIF AKAN TERHASIL"



Ok, selepas menghantar resepi pertama dengan menggunakan produk myChef, Baked Beef Keema Masala Roll with Pineapple Sauce, aku tergerak hati sekali lagi untuk menghantar penyertaan kedua dengan menggunakan produk myChef yang sangat best ciptaan Chef Florence, Ikan Gerang Assam yang mempunyai rasa masakan nyonya Melaka dan juga seperti asa pedas Muo (Muar), Johor. Al-maklumlah, aku kan orang Muo. Selepas mencari idea, maka terhasillah resepi orang bujang yang sangat ringkas dah mudah, tapi sangat sedap (kata mak aku), Skewers Ikan Tenggiri Gerang Assam myChef!





Untuk menyediakan resepi Skewers Ikan Tenggiri Gerang Assam myChef ni sangatlah mudah ye, betul tak tipu... so, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:



BAHAN UNTUK SKEWERS IKAN TENGGIRI GERANG ASSAM myChef:

1 bungkus Ikan Gerang Assam myChef
1 biji bawang merah yang dipotong dadu
1 biji lada merah yang dipotong dadu
1 biji kuning telur
6 keping biskut wheatmeal (berserat) yang dihancurkan
2 batang serai yang diketuk pangkalnya
1 biji telur putih
minyak zaitun untuk menggoreng



Ok, sekarang cara untuk menyediakan Skewers Ikan Tenggiri Gerang Assam myChef:

Panaskan produk myChef, Ikan Gerang Assam di dalam microwave mengikut posedur yang terdapat di belakang bungkusan dan hasilnya seperti yang di bawah:



Ikan Gerang Assam yChef yang sudah dipanaskan. Siap ada bendi dan juga bunga kantan lagi :)




Kemudian, hancurkan 6 keping biskut wheatmeal (berserat) untuk menjadikan resepi inovasi ini lebih berkhasiat.



Hancurkan isi ikan tenggiri tadi dan gaulkan sehingga sebati dengan biskut wheatmeal yang dihancurkan tadi. Masukkan sesudu kuah Gerang Assam untuk memberikan rasa pada adunan.




Kemudian, untuk mebentuk dan mengikat aduna, campurkan sebiji telur kuning. Jika masih cair, campurkan sedikit tepung gandum.




Masukkan lada dan bawang merah yang dipotong dadu dan gaul sehingga sebati.




Kemudian, ambil batang serai dan diketuk pangkalnya dengan pisau atau lesung untuk memberikan aroma kepada adunan tadi. Kepalkan adunan pada pangkal batang serai seperti di dalam gambar.




Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam frying pan. Celup Skewers Ikan Tenggiri Gerang Assam myChef dan goreng sehingga masak. Setelah masak, angkat dan tuskan minyak dan hidang bersama kuah Gerang Assam. Untuk menikmati Skewers Ikan Tenggiri Gerang Assam myChef ini, celup di dalam kuah Gerang Assam myChef untuk rasa yang lebih umppphhhh!



So simple kan? tapi bila rasa, pasti terangkat! Boleh lah cuba untuk dihidangkan pada tetamu di rumah terbuka nanti ya :)





Entry resepi ini adalah penyertaan di dalam peraduan yang dianjurkan oleh MyChef. Sila lawati Facebook MyChef untuk maklumat lanjut dengan klik gambar di bawah:






Dan jangan lupa untuk LIKE resepi ini. Hanya klik pada link di bawah ni:

UNDI RESEPI FALIHIN JASMI: SKEWERS IKAN TENGGIRI GERANG ASSAM MYCHEF



Ikan Gerang Assam sajian warisan,
Produk myChef terbukti tiada tandingan,
Resepi diolah menjadi santapan,
Penuh khasiat menjanjikan kelainan.




p/s: resepi orang bujang...anak dara rasa tercabar tak??? :)

Saturday, September 1, 2012

KEMENANGAN TERBESAR, SYUKUR ALHAMDULILLAH!

Assaalammualaikum readers dan salam 1dunia...


"REZEKI ADA DI MANA-MANA, TERPULANG KEPADA ANDA UNTUK MENCARINYA"





p/s: maaf sebab lama tak update blog sebab busy mengalahkan Rosmah Mansur dan mungkin akan jarang update blog lepas ni sebab nak fokus FYP...doakan yang terbaik untuk saya ye :)


p/s/s: keputusan peraduan TIADA SEMANIS KURMA akan keluar tidak lama lagi... tungguuuu...




Friday, August 17, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 9 (AKHIR)



Kotak Kurma 9



Adhan masih lagi terlantar di atas katil tidak sedarkan diri. Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya, syawal pula bakal menjelma. Nampaknya Ramadhan kali ini benar- benar menduga kehidupan Adhan. Kelihatan pintu wad ditolak perlahan. Datuk Naqem melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam wad, tidak mahu kehadirannya diketahui sesiapa. Dengan memakai topeng muka, Datuk Naqem meluru menuju ke arah Adhan. Peluh mula membasahi muka Datuk Naqem. Dia sudah nekad untuk melakukannya. Wayar yang menjadi penyambung hayat Adhan dicabut. Nadi Adhan semakin lemah. Adhan cuba membuka matanya, badannya terasa amat berat. 

“Sayang bangun sayang. Mandi dan terus bersiap. Kita nak pergi solat raya ni. Papa dan mama pun tengah bersiap,” ujar Theera sambil mengusap lembut rambut suaminya terasa peluh membasahi rambut Adhan. Adhan membuka matanya. Lalu dia tersenyum melihat wajah ayu Theera. Mukanya diraup dengan tangannya.

“Ya, Allah. Abang hidup lagi Theera. Abang hidup lagi! Alhamdulillah,” ujar Adhan penuh teruja. Theera memandang suaminya pelik. 

“Ya, alhamdulillah abang hidup lagi,” ujar Theera sambil memegang tangan Adhan. 

“Abang mimpi abang mati Theera,” ujar Adhan dengan nada hiba.

“Ya Allah. Apa yang abang cakap ni? Sudah-sudah. Itu semua mainan tidur abang je. Tu lah, lepas solat Subuh orang suruh siap. Ini tidak, abang boleh sambung tidur balik. Ni tuala siap berbelit kat kaki abang,” ujar Theera.

“Eh ye ke? Kejap je abang tidur, macam-macam dah abang mimpi Theera,”

“Sudah, bangun bang. Karang papa dengan mama dah siap, abang tak siap lagi. Cepat la bang,” paksa Theera sambil menarik tangan suaminya.

“Ye lah. Ye lah….abang nak bangun la ni,” ujar Adhan sambil mengucup pipi isterinya.

“Abang, Theera nak mintak maaf atas segala salah dan silap Theera selama kita berkahwin,”

“Ish awak ni. Biarlah siap-siap dulu, pakai baju raya. Baru mintak maaf. Abang tak mandi lagi ni. Busuk ni ha,”

“Ye lah. Abang pergi mandi, Theera nak tolong mama dekat dapur. Theera dah masak dah makanan kegemaran abang, sate goreng. Mesti abang suka punya,” ujar Theera. Adhan hanya tersenyum.

“Ish, tak sabar lah abang nak rasa sate goreng versi Theera,” ujar Adhan sambil memicit hidung isterinya. 



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Takbir raya berkumandang, menghiasi alam yang terbentang luas. Bersahutan di serata pelusuk dunia. 1 Syawal tiba, menandakan hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Tapi hati Adhan sayu setelah umi dan ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan pada hari raya tahun lalu. Yang tinggal hanya adik kandungnya, Qaish Awal, yang kini sudah mendirikan rumah tangga bersama Dr. Thaqief. 

“Apa yang abang menungkan tu bang?” soal Theera sebaik sahaja keluar dari masjid. Ayu wajahnya mengenakan tudung bewarna putih susu, sedondon dengan baju suaminya. 

“Abang terkenangkan arwah umi dan ayah. Abang rasa sayu bila umi dan walid muncul dalam mimpi abang subuh tadi,”

“Itu semua mainan tidur abang. Ada yang betul ada yang tidak. Papa mana bang?”

“Papa ada kat dalam lagi. Tengah bersalam dengan kawan-kawan papa. Mama Theera mana?”

“Mama pergi toilet kejap,” 

“Kalau macam tu, abang tunggu kat kereta dulu. Theera tunggu papa dengan mama dekat sini. Nanti kita pergi ziarah kubur arwah umi dan ayah. Abang rindulah pada mereka,” ujar Adhan, meluahkan rasa rindu yang terbuku dalam hatinya.

“Baiklah abang. Nanti Theera, papa dan mama akan menyusul. Abang pergilah dulu,” ujar Theera sambil melirikkan senyuman. Adhan membalas senyuman Theera dan berlalu pergi menuju kereta yang diletakkan di tepi jalan. Kelibat Firmy kelihatan di seberang jalan sebaik sahaja Adhan sampai ke kereta Swift biru milikya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan bekas teman serumahnya itu.

“Fir! Firmy!” jerit Adhan sambil melambaikan tangan. Namun Firmy tidak perasan dengan jeritannya. Adhan terus melangkah menyeberangi jalan dan tanpa diduga….

“Ya Allah Adhan!!!” jerit Firmy sebaik terlihat sebujur tubuh tercampak di depan matanya akibat hentaman kuat dari lori yang sedang dipandu laju. Firmy pantas mendapatkan Adhan. Darah pekat mula mengalir, mula menukar warna baju yang dipakainya. Orang ramai yang baru keluar dari masjid mula mengerumuni jalan. Ada yang mengawal aliran trafik. 

“Kenapa tu bang? Kenapa orang duk kerumun ramai-ramai kat jalan tu bang?” soal Datin Ei’syah pelik.

“Entahlah, mana abang tahu,” ujar Datuk Naqem.

“Jom mama, papa. Kita pergi tengok apa yang berlaku,” ujar Theera sambil melangkah laju menuju ke kawasan kejadian. Degupan jantungnya seaakan terhenti tatkala melihat tubuh yang terbujur kaku dengan darah merah pekat mengalir itu adalah suaminya sendiri yang dipangku Firmy. Tanpa sedar, air mata Theera mula mengalir lalu dia mendapatkan suaminya. Dikucup dahi Adhan yang kini tidak lagi bernyawa. 

“Abang, jangan tinggalkan Theera abang,” ujar Theera sambil meratapi pemergian mengejut suaminya. Terngiang kata-kata Adhan sebentar tadi yang dia rindu pada arwah umi dan ayahnya. Mungkin itulah petandanya, getus hati Theera. 

“Sabar Theera, setiap yang hidup itu pasti akan mati. Ini semua Qada’ dan qadar Allah,” ujar Firmy yang cuba menenangkan keadaan.

“Tanpa Adhan dalam hidup aku Firmy, tiada semanis kurma. Hidup aku rasa kosong Fir,” ujar Theera sambil ditenangkan Datin Ei’syah dan Datuk Naqem.

“Walau tiada semanis kurma, kita patut bersyukur kerana masih lagi dapat menikmati khasiatnya Theera. Allah lebih sayangkan Adhan. Redhakanlah pemergian Adhan, Theera. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” ujar Firmy.





Tamat.




Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerpen bersiri TIADA SEMANIS KURMA. Sebagai menghargai kesudian korang membaca TIADA SEMANIS KURMA, aku juga mengadakan peraduan TIADA SEMANIS KURMA. 


Cara untuk menyertai:

  1. Pastikan korang mempunyai akaun Facebook yang asli.
  2. Like Facebook Falihinjasmy.blogspot.com
  3. Satu soalan akan dikeluarkan pada setiap siri/episod TIADA SEMANIS KURMA di Facebook Falihinjasmy.blogspot.com selepas siri/episod TIADA SEMANIS KURMA disiarkan di blog Falihinjasmy.blogspot.com
  4. Jawab soalan tersebut dengan pantas dan tepat. Markah akan diberikan kepada 10 orang yang memberi jawapan yang tepat dan pantas dengan mengikut susunan menurun. Contoh: orang pertama yang menjawab dengan betul, dapat 10 markah, kedua 9 markah, ketiga 8 markah dan seterusnya.
  5. Markah akan dikumpul sehingga cerpen bersiri ini tamat. 10 pemenang dengan markah terkumpul tertinggi akan mendapat hadiah misteri dari Falihinjasmy.blogspot.com. Semakin kerap korang membaca dan mengikuti cerpen TIADA SEMANIS KURMA, semakin tinggi peluang korang untuk menang.
  6. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pindaan adalah di tangan pihak penganjur.



Untuk soalan TIADA SEMANIS KURMA : Kotak Kurma 9, sila klik link di bawah-




Selamat mencuba dan salam Ramadhan al-mubarak :)


Monday, August 13, 2012

BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL WITH PINEAPPLE SAUCE!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....



"HANYA PERLUKAN SECUBIT KREATIVITI, KESEDAPAN PRODUK myChef  JELAS TERBUKTI"


Ok, hari ni aku nak berkongsi resepi yang telah diolah dari salah satu produk myChef iaitu signature dish Chef Liza, BEEF KEEMA MASALA. Idea untuk menghasilkan resepi ini datang secara tiba-tiba. So, sebagai seorang lelaki bujang, aku lebih suka sesuatu yang simple tapi sedap. Maka, terhasillah resepi, BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL WITH PINEAPPLE SAUCE




Ok, untuk menyediakan BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL WITH PINEAPPLE SAUCE ni sangat mudah. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti yang berikut:


BAHAN UNTUK BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL:

  • 1 bungkus myChef BEEF KEEMA MASALA
  • 10 keping roti
  • 1 biji kentang yang dihiris nipis
  • 2 biji telur
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • Lada  merah yang dihiris
  • Daun ketumbar yang dipotong halus
  • Keju chedar
  • Nenas yang dipotong dadu
  • Gula melaka


BAHAN UNTUK PINEAPPLE SAUCE:

  • Nenas yang dipotong dadu
  • 6 biji baby tomato
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu sos cili
  • 1/2 cawan susu rendah lemak
  • Gula Melaka
  • Garam



Ok, kita pergi kepada cara untuk menyediakan BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL:


Panaskan Produk myChef BEEF KEEMA MASALA di dalam microwave mengikut cara yang sedia tertera di bungkusan.



 Panaskan minyak zaitun dan gorengkan kepingan kentang sehingga separuh masak. Angkat dan tuskan minyak.



Sekarang untuk caramelize kan nenas yang telah dipotong. Untuk itu, masukkan 3 sudu gula melaka dan biarkan cair. Selepas beberapa ketika, masukkan nenas dan kacau. Masukkan sedikit serbuk kayu manis untuk menambahkan perasa. Selepas siap, biarkan seketika.



Ambil kentang yang telah digoreng tadi dan susun menjadi dasar kepada BAKED BEEF KEEMA MASAL ROLL di dalam bekas.



 Ambil roti dan dibuangkan bahagian tepinya. Letakkan myChef BEEF KEEMA MASALA yang telah dipansakan tadi dan gulung. Buat sehingga 10 gulungan.



 Susun gulungan myChef BEEF KEEMA MASALA tadi di atas lapisan kentang.



 Taburkan nenas yang telah di-caramelized-kan di atas gulungan myChef BEEF KEEMA MASALA. Kemudian, pecahkan 2 biji telur dan kacau bersama 1 cawan susu segar dan tuang ke atas susunan gulungan myChef BEEF KEEMA MASALA.



 Selepas itu, untuk hiasan, taburkan hirisan lada merah dan hirisan daun ketumbar serta keju chedar. Masukkan ke dalam microwave dan panaskan pada suhu medium high selama 7-8 minit.



Ok, untuk menyediakan PINEAPPLE SAUCE, cara-caranya ialah:


Kisarkan nenas yang telah dipotong dadu, bersama baby tomato, bawang putih dan 1 sudu gula melaka. Masukkan kesemuanya di dalam kuali dan panaskan. Kemudian masukkan 2 sudu sos cili dan kacau sehingga sekata. Masukkan 1/2 cawan susu segar untuk memekatkan sos. Masukkan garam secubit rasa dan siap!



Ok, keluarkan BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL tadi dan hidangkan bersama PINEAPPLE SAUCE dan hias mengikut kreativiti masing-masing. Serlahkan kreativiti, pasti terliur orang yang melihatnya :) Hidangan ini sesuai untuk dihidangkan ketika berbuka puasa dan juga rumah terbuka di Aidilfitri yang bakal menjelang nanti.





Entry resepi ini adalah penyertaan di dalam peraduan yang dianjurkan oleh MyChef. Sila lawati Facebook MyChef untuk maklumat lanjut dengan klik gambar di bawah:




Dan jangan lupa untuk like entry saya di Facebook MyChef ya degna klik link di bawah:

RESEPI FALIHIN JASMI


Terima kasih dan selamat mencuba!


Beef Keema Masala memang terbaik,
Produk myChef terbukti berkualiti tinggi,
Resepi diolah tambah daya penarik,
Pasti terliur tetamu di Aidilfitri nanti.



p/s: resepi orang bujang :)


Sunday, August 12, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 8



Kotak Kurma 8



Datin Ei’syah kehairanan sebaik sahaja melihat tajuk akhbar di depan matanya. Suspek sudah ditahan? Tapi kenapa suami aku masih ada di rumah lagi? Jadi, bukan dia yang buat semua ni? Getus hati Datin Ei’syah, cuba membuat kesimpulan.

“Mama, mama termenung ke? Theera tengok mama ni sejak dua menjak macam tak keruan. Cuba mama ceritakan dekat Theera, mama. At least, ringan sikit beban yang mama tanggung tu,” ujar Theera lalu duduk di sebelah mamanya.

“Entah lah Theera. Mama hairan,” 

“Apa yang mama hairankan,”

“Cuba Theera baca paper ni,” ujar Datin Ei’syah sambil menghulurkan akhbar di tangan kepada Theera.

“Alhamdulilah, Allah maha berkuasa mama. Akhirnya orang yang tembak Adhan dah kene tangkap. Tapi kenapa mama nak hairan pulak?” soal Theera inginkan kepastian.

“Kalau mama cakap, Theera jangan terkejut ya,”

Saturday, August 11, 2012

RESEPI BISKUT RAYA: MINI CHOCOLATE TART WITH STRAWBERRY SAUCE FILLING!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....

"BISKUT RAYA HOME MADE SEBENARNYA LAGI SEDAP DARI KAT KEDAI"


Betul, serius... sebab ade air tangan emak dan kita sendiri....So, untuk hari raya kali ni, aku mulanya malas nak buat biskut raya sebab sibuk untuk persiapan semester akhir degree aku. Tapi, aku luangkan masa untuk buat sesuatu untuk raya tahun ini. Maka, fuhhhhh.... terjadilah Mini Chocolate Tart with Strawberry Sauce Filling... setiap gigitan, ada kejutan :)





Ok, ni resepi Chocolate Tart ni... kalau korang suka, boleh cuba. Kalau tak pun, share lah resepi ni kat FB korang, butang share ade dekat bawah post ini. Ok, straight to the point, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Thursday, August 9, 2012

PENDRIVE PERCUMA SEMPENA HARI RAYA!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"YANG INI TAK PERLU BERATUR PANJANG MACAM NAK DAPAT SATU SCOOP BASKIN ROBBINS"


Ok, actually, aku ade masuk satu contest design pendrive. Aku hantar 6 design, dan 3 terpilih untuk pusingan seterusnya yang memerlukan sangat-sangat like dari korang semua... So, berikut merupakan 3 design yang berjaya:


Untuk vote design 01: SKETCH OF LOVE,
klik SINI


Tuesday, August 7, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 7



Kotak Kurma 7



Azan Subuh berkumandang. Datin Ei’syah dan Datuk Naqem bersiap sedia untuk mendirikan solat Subuh berjemaah selepas menikmati juadah sahur. Datin Ei’syah tidak berkesempatan untuk menyoal siasat suaminya mengenai hal yang menimpa Adhan. Adakah benar suaminya yang terlibat? Semakin banyak persoalan yang bermain difikirannya.

“Apa yang awak menungkan tu Syah? Sudah, lekas pakai telekung tu,” ujar Datuk Naqem sambil mengenakan songkoknya. Terhenti lamunan Datin Ei’syah. Pantas dia mencapai telekung di atas kerusi lalu dipakainya. Datuk Naqem mengangkat takbir, Datin Ei’syah menjadi makmumnya. Setiap hari, inilah rutin harian mereka sebagai umat Islam.

“Assalammualaikumwarahmatullah,” usai solat Subuh sebaik sahaja Datuk Naqem memberi salam. Tangannya ditadah, doanya dipanjat ke hadrat Ilahi. Menitik air matanya pagi itu. Rasa sebak di dalam dada. Hanya Allah yang tahu.

“Kenapa abang nangis ni bang?” soal Datin Ei’syah sebaik sahaja mengucupi tangan suaminya.

Saturday, August 4, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 6



Kotak Kurma 6



Suara Adhan sudah lagi tidak kedenganaran. Qaish cuba membisikkan kalimah syahadah di telingan Adhan. Orang ramai yang berada di kawasan tempat letak kereta mula mengerumuni, ingin melihat apa yang berlaku. Ada di antara mereka yang cuba mendapatkan bantuan. Namun, segalanya sudah terlambat.

“Adhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!” jerit Qaish sekuat hati.

“Pak cik, oh pak cik. Kita dah sampai KL ni,” ujar pemandu bus ekspress sambil mencuit bahu Pak Ngah. Pak Ngah tersedar, matanya digosok. Mengucap panjang dia. Semuanya hanya mainan mimpi sahaja. 

“Encik, ni dekat mana?” tanya Pak Ngah.

“Ni kat Puduraya pak cik. Pak cik nak ke mana sebenarnya? Nampak macam pertama kali datang KL ni,” soal pemandu itu lagi. Pak Ngah mengangguk. Di ambilnya kertas di dalam saku bajunya.

“Pak cik nak pergi rumah anak pak cik. Ini alamatnya,” ujar Pak Ngah sambil menghulurkan kertas kepada pemandu bas tersebut.

Tuesday, July 31, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 5



Kotak Kurma 5



Kelihatan Adhan dan Firmy sedang sibuk menyusun kotak kurma di atas meja. Kurma disusun mengikut jenis. Ada kurma Nabi, Ajwa, Safiya, Wasini dan tidak ketinggalan kekacang seperti pistachio, badam dan walnut juga dijual. 

“Terliur pulak aku tengok kurma ni Fir,” ujar Adhan spontan. Firmy memandang pelik muka Adhan.

“Ish kau ni. Dengan kurma pun kau boleh terliur. Tu belum kau tengok budak-budak makan aiskrim. Kau ni mengalahkan budak kecik. Anak saudara aku yang baru umur 6 tahun tu pun tahan puasa takde merungut macam kau ni,” bebel Firmy.

“Dia 6 tahun, aku 20 tahun lagi tua dari dia. Biasalah budak-budak baru nak belajar puasa. Mak bapak bagi imbuhan duit raya. Kalau tak puasa penuh sebulan, tak dapat duit raya. Dalam kes aku ni, aku yang kene bagi duit raya dekat mereka,” ujar Adhan.

“Apa kau merepek ni Adhan. Puasa tu kan salah satu rukun Islam. Wajib dilakukan. Sudah, cepat susun kurma-kurma tu. Kejap lagi senang kalau pelanggan dah sampai,” ujar Firmy malas untuk melayan karenah Adhan.

“Assalammualaikum,” ujar gadis bertudung litup, menyapa Firmy dan Adhan.

Saturday, July 28, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 4



Kotak Kurma 4



Dingin pagi menyelubungi tubuh Adhan. Sejuknya sampai ke tulang. Tangannya mula meraba di atas tilam, mencari LG Prada miliknya yang berbunyi. Dilihat di skrin, seakan samar nombor yang kelihatan. Matanya masih lagi mengantuk. 

“Assalammualaikum,”

“Waalaikummusalam. Siapa ni? Pagi-pagi buta ganggu orang nak tidur,” bentak Adhan. Marah betul tatkala tidurnya terganggu.

“Ramadhan Ali Mubarak, ayah ni,” ringkas Pak Ngah yang tersentak dengan nada kasar Adhan.

“La, ayah ke. Nak apa ayah pagi-pagi dah call Adhan ni?”

“Saja ayah nak tanya khabar kamu. Kamu apa khabar? Kamu dah sahur belum?” soal Pak Ngah.

“Sihat. Emmmm, belum,” ringkas Adhan lalu menangkup bantal ke mukanya.

“Bangun sahur nak. Jamahlah sekurang-kurangnya sebiji kurma. Sekurang-kurangnya dapat mengalas perut kamu,”

Thursday, July 26, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 3



Kotak Kurma 3



“Assalammualaikum warahmatullah….assalammualaikum warahmatullah,” usai Theera memberi salam di tahiyat akhir. Solat Asar telah disempurnakannya. Lalu ditadah tangannya, khusyuk dia berdoa, memohon keampunan dari Ilahi serta memohon petunjuk Ilahi ke atas setiap tindakan yang dia bakal lakukan. Air matanya mula mengalir ke pipi.

“Hello, Assalammualaikum mama,” ujar Theera dengan nada sendu sebaik sahaja menjawab panggilan telefon mamanya, Datin Ei’syah.

“Waalaikummusalam Theera. Mama yang call, sepatutnya mama yang beri salam. Tak sempat mama nak beri salam, Theera dah bagi salam dulu. Petang ni, berbuka dekat rumah mama ye. Ajak Adhan sekali. Dah lama mama dengan papa tak jumpa dengan Adhan. Mama pun dah masak asam pedas ikan pari kegemaran Adhan dengan Theera,” balas Datin Ei’syah. Theera cuba menahan sebaknya.

“Mama….,” ujar Theera sambil mengesat air matanya.

Wednesday, July 25, 2012

IDEA KONSEP UNTUK LOGO KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 DARI PEREKA BEBAS!

Assalammmualaikum readers dan salam 1dunia....


"IDEA LEBIH SEGAR OLEH GENERASI KINI"



Ok, semalam aku ade post pasal logo Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55 kat sini. Ramai yang kurang gemar dengan rekaan logo tersebut. Maka ada di antara rakyat Malaysia, yang menonjolakn sedikit kreativiti dalam usaha mereka logo yang lebih segar dan sesuai dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-55. Berikut merupakan beberapa idea logo yang direka oleh pereka bebas:





Tuesday, July 24, 2012

LOGO KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 : SERIOUSLY?

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....

"55 TAHUN MERDEKA, REKAAN LOGO MAKIN _________"


Anda lengkapkan sendiri ayat di atas. Bukan nak kata apa, jika benar ini merupakan logo hari kemerdekaan Malaysia yang ke-55 tahun, aku rasa agak malu. Tak tahu kenapa, sebab korang sendiri boleh nilaikan. Software makin canggih, tapi mungkin karenah birokrasi menyebabkan kreativiti terbantut. Maka terhasillah logo seperti ini:




Pakai Microsoft office pun boleh bukan? Sekarang, semua orang boleh menjadi pereka logo, simple. Tidak perlu berfikir, memerah otak untuk menghasilkan logo.

Monday, July 23, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 2



Kotak Kurma 2



“Jika ini yang you nak, I tak boleh nak paksa you lagi Theera. I know you can’t wait for me anymore. Hope you will get a better man for you,” ujar Adhan dengan nada sebak. Theera hanya diam seribu bahasa. Pandangannya dihalakan ke muka Adhan, tepat ke mata yang pernah membuatkan dia jatuh cinta suatu ketika dulu.

“So, you memang dah setuju lah nak break dengan I?” soal Theera inginkan kepastian.

“Dah itu yang you inginkan. I tak boleh nak kata apa. Masa depan you, you sendiri yang tentukan. Siapalah I nak tentukan masa depan you. I sedar yang I ni hanya orang biasa Theera,” jelas Adhan merendah diri.

“It’s not about you orang biasa or what. Tapi I sendiri dan jemu dengan perangai you Adhan. I hope, di bulan Ramadhan ni, you dapat berubah dan I doakan yang you akan dapat seorang wanita yang lebih baik dari I. Itupun kalau you ubah perangai you la,” sinis Theera sambil menjeling tajam.

“Baiklah Theera. I will try my best,” kata Adhan lemah.

“Ok. Now we officially dah takde hubungan apa-apa lagi. So, you nampak pintu tu kan? Dipersilakan dengan segala hormatnya, keluar dari rumah I ni,” ujar Theera sedikit angkuh.

Sunday, July 22, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 1



Kotak Kurma 1



Adhan membuka matanya walaupun terasa berat. Selimut di badannya ditarik ke bawah. Perlahan-lahan dia cuba bangun dari tilam empuknya. Dilihat jam di dinding sudah pukul 10.30 pagi. Pantas dia menyambar LG Prada di atas meja. Tiada mesej, tiada panggilan tidak berjawab yang kelihatan di skrin LG Prada miliknya. Nada kecewa berbutir di hatinya. Dengan langkah yang longlai, Adhan mencapai tuala dan keluar dari biliknya. Matanya yang seaakan berat untuk dibuka, bertambah berat lagi dengan masalah yang melanda. Lalu dia membuka peti ais dan menuang susu rendah lemak ke dalam gelas. Lalu disuakan gelas tersebut rapat ke bibirnya.

“Wei Adhan, kau tu dah besar panjang pun tak tahu nak puasa ke? Nak kata kau period, kau lelaki. Nak kau kata kau uzur, badan berketak-ketak!” jerkah Firmy. Hampir terlepas gelas dari genggaman Adhan. Terkejut dengan reaksi Firmy.

“Ya Allah, aku terlupa la Fir. Hari ni 1 Ramadhan kan? Nasib baiklah kau ingatkan, kalau tak tadi dah rezeki aku nak jamah susu ni,”

Thursday, July 19, 2012

NANTIKAN CERPEN BERSIRI TERBARU: TIADA SEMANIS KURMA!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....




1 Ramadhan | Sabtu


hanya di falihinjasmy.blogspot.com

Tuesday, June 26, 2012

JALAN CARI MAKAN-MAKAN : HAUS, SEKSYEN 7 SHAH ALAM TERBAIK!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"SEDAP, CANTIK, REASONABLE!"





Itulah 3 perkataan yang aku boleh simpulkan selepas merasai makanan yang disediakan di sebuah restoren western yang baru dibuka di Seksyen 7 Shah Alam ini. HAUS, bukan dahagakan air, tapi sebuah restoren makanan barat yang juga menyediakan masakan panas tempatan. Buat pengetahuan korang, HAUS baru sahaja dibuka minggu lepas. Setiap hari, ada special promotion yang diberikan.





Saturday, June 23, 2012

JALAN CARI MAKAN-MAKAN : KL BURGER BAKAR UKAY PERDANA, SEKSYEN 7 SHAH ALAM MANTAP!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"MENGIDAM BURGER BAKAR? KL BURGER BAKAR UKAY PERDANA MEMANG PILIHAN BIJAK!"




Ok, semalam, mengidam nak makan burger bakar... ye lah, sekarang ni orang duk heboh pasal burger bakar kan... burger lain dah dipandang sepi je... So, aku try la makan kat KL BURGER BAKAR UKAY PERDANA yang baru bukak semalam dekat Seksyen 7, Shah Alam. So landmark bagi KL BURGER BAKAR ni adalah berdekatan dengan Pak Li Kopitiam. Kedai KL BURGER BAKAR UKAY PERDANA ni betul-betul berada di hadapan kedai Nasi Ayam Kampung.






Sunday, June 17, 2012

CANTIKNYA FUJI GARDENS...KALAULAH ADA DI MALAYSIA...

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...


"KALAU ADA DI MALAYSIA, CONFIRM SEMUA NAK BUAT GARDEN WEDDING DEKAT SINI!"


Cuba korang tengok gambar ni:





Betul tak apa yang aku cakap? Cantikkan/ Subhanallah...indahnya ciptaan Allah.... Gambar tersebut merupakan pemandangan yang boleh di dapati di Fuji Garden, sebuah taman botani yang bewarna-warni. Korang mesti pernah nampak bunga-bunga yang menjurai jatuh ke bawah ni kat kebanyakkan wedding kan? Tapi yang ni memang real version punya... bukan fake flowers! Kalau ada rezeki, diharapkan dapatlah menjejakkan kaki di Fuji Garden, Jepun ini.


Jom menikmati keindahan Fuji Gardens dengan gambar-gambar di bawah:


Thursday, June 7, 2012

REZEKI RM10,000.00 !

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....



"AKHIRNYA.... RM10,000 TELAH DIMENANGI OLEH PELAJAR UITM"




...dan pelajar uitm tersebut bukan lah aku.... ya... sekali lagi aku nyatakan, bukan aku... pelajar Uitm yang aku maksudkan adalah pelajar tahun akhir jurusan Seni Lukis dan Seni Reka Uitm Shah Alam, Siti Nazira Abdul Rahman yang telah memenangi hadiah utama pertandingan mereka logo Tahun Melawat Terengganu 2013... dan hadiah yang telah dimenangi memang lumayan iaitu RM 10,000! fuyooo....


Berikut merupakan design logo oleh Siti Nazira yang diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu:

Sunday, May 20, 2012

JALAN CARI MAKAN-MAKAN : SNOGURT, SEKSYEN 9, SHAH ALAM!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"KALAU KORANG MINAT FROZEN YOGURT, SNOGURT MEMANG SALAH SATU PILIHAN TEPAT!"


Ok, semalam nak dijadikan cerita, nak pergi Setia City Mall yang baru bukak dekat Klang... Keluar pukul 6 dengan Jimmy Neutron dan Sinbei... Si Jimmy ni confident tahu jalan... ade GPS tak nak ikut... last2 sesat.... pusing punya pusing... last-last keluar dekat Jusco Bukit Raja.... -____- Lepas tu solat Maghrib kat situ n then kami decide nak makan nasi arab kat Zam Zam, Sekyen 9... pada aku, nasi arab dekat restaurant De' Arab tu lagi mengancam!




So, back to topic, Snogurt ni actually bersebelahan dengan restaurant Zam Zam, Seksyen 9, Shah Alam. Snogurt ni baru bukak dan ade less 30% untuk frozen yougurt yang dorang jual. Owner Snogurt ni memang peramah habis.... kami masuk terus dia bagi free tester... perghhhh...semua perasa tu dia bagi rasa....







Friday, May 18, 2012

I WON GRAND PRIZE FOR PRADA AND CELCOM CONTEST!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia.....


"JIKA KITA TIDAK BERPUTUS ASA, INSYAALLAH ADA REZEKI UNTUK KITA"





First of all, alhamdulillah di atas rezeki yang Allah bagi... :) Tadi before balik office, buka email.... tiba-tiba tangan menggeletar sebaik sahaja aku bukak email.... macam tak percaya pun ada bila dapat email dari Nuffnang seperti yang di bawah:


Monday, May 14, 2012

JALAN CARI MAKAN-MAKAN : DE' WARUNG, SEKSYEN 7!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...


 "LAWA GILA INTERIOR RESTAURANT NI!"



Itulah first impression bila aku datang restaurant ni... Restaurant De' Warung ini, bukannya sekadar warung biasa, tapi ianya menawarkan makanan tardisional melayu yang sangat sedap. Seriously! Tengok saja rekaan buku menu di atas dan juga interior design De' Warung ni.... memang fusion, pertembungan di antara tradisional dan moden kontemporari... siap ada kawasan makan sambil bersila lagi!




ShareThis