Pages

V.I.P BLOG KU

Thursday, July 26, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 3



Kotak Kurma 3



“Assalammualaikum warahmatullah….assalammualaikum warahmatullah,” usai Theera memberi salam di tahiyat akhir. Solat Asar telah disempurnakannya. Lalu ditadah tangannya, khusyuk dia berdoa, memohon keampunan dari Ilahi serta memohon petunjuk Ilahi ke atas setiap tindakan yang dia bakal lakukan. Air matanya mula mengalir ke pipi.

“Hello, Assalammualaikum mama,” ujar Theera dengan nada sendu sebaik sahaja menjawab panggilan telefon mamanya, Datin Ei’syah.

“Waalaikummusalam Theera. Mama yang call, sepatutnya mama yang beri salam. Tak sempat mama nak beri salam, Theera dah bagi salam dulu. Petang ni, berbuka dekat rumah mama ye. Ajak Adhan sekali. Dah lama mama dengan papa tak jumpa dengan Adhan. Mama pun dah masak asam pedas ikan pari kegemaran Adhan dengan Theera,” balas Datin Ei’syah. Theera cuba menahan sebaknya.

“Mama….,” ujar Theera sambil mengesat air matanya.


“Kenapa ni Theera? Kenapa anak mama ni nangis? Cakap dekat mama apa yang dah berlaku dekat Theera? Theera kena rompak ke? Or Theera kena ragut? Cuba cerita dekat mama. Theera jangan buat mama risau,” jelas kelihatan riak gelisah di wajah Datin Ei’syah.

“Mama, mama maafkan Theera ye,”

“Ya, mama maafkan Theera,”

“Mama janji dulu yang mama tak kan marah Theera,”

“Theera dah buat apa ni? Baik Theera jujur je dengan mama,”

“Theera boleh jujur dengan mama, tapi mama kene janji yang mama tak kan marah dekat Theera,” Theera cuba menyusun kata-katanya agar semuanya lancar.

“Baik. Mama janji, mama tak kan marah. So, apa yang Theera dah buat sampai menangis dekat phone ni?”

“Sebenarnya mama….,” suara Theera seakan tersekat. Kering terasa tekaknya.

“Sebenarnya apa Theera? Theera dah putus tunang dengan Adhan?” duga Datin Ei’syah. Terasa seperti dipanah di dada, terus ke dalam jantung. Tepat tekaan mamanya. Theera hanya mampu meneguk air liurnya. Air matanya semakin deras mengalir.

“Ya mama. Maafkan Theera mama,”

“Kenapa Theera? Kenapa dalam bulan baik ni, bulan Ramadhan penuh barakah ni, Theera boleh putus tunang dengan Adhan? Kalau papa tahu perkara ni Theera, masaklah Theera,” resah Datin Ei’syah.

“Mama tolong Theera mama. Mama jangan bagi tahu perkara ni pada papa. Tolong rahsiakan perkara ni mama,” pinta Theera.

“Tapi sampai bila mama dapat simpan rahsia ni Theera? Lambat laun papa akan tahu juga,” ujar Datin Ei’syah sambil matanya meliar melihat kelibat Datuk Naqem. 

“Ehemmmm, tahu apa Syah?” sapa Datuk Naqem dari belakang. Terkejut Datin Ei’syah dibuatnya. Riak muka Datin Ei’syah mula berubah, cuba menyembunyikan perbualannya dengan Theera.

“Awak cakap dengan siapa dekat phone tu? Theera?” tegas Datuk Naqem. Datin Ei’syah hanya mampu menggelengkan kepalanya.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Azan Maghrib sudah berkumandang. Pak Ngah menadah tangan, membaca doa berbuka puasa dan diaminkan oleh Seman. Lalu dicapainya kurma di dalam bekas dan dihulur kepada Seman. Pak Ngah menyuakan sebiji kurma ke mulutnya. Terasa nikmat berbuka. Segelas air kosong diteguknya penuh nikmat.

“Pak Ngah buka kurma dengan air kosong je ke?” soal Seman sambil mencapai kurma kedua. Pak Ngah memandang tepat kea rah Seman.

“Cukuplah Man, cukup untuk aku mengalas perut aku. Nanti lepas terawih, ada moreh di surau, kenyanglah aku,” balas Pak Ngah. Seman hanya terdiam.

“Kalau saya hari-hari makan kurma macam ni Pak Ngah, boleh kurus saya,” seloroh Seman sambil mengunyah kurma ketiganya.

“Baguslah. Aku pun ikut sunah nabi. Makan kurma ketika berbuka. 2 biji cukup. Selepas tu solat maghrib. Kalau ada rezeki lebih, sambunglah makan apa yang ada. Tapi hari ni Man, aku hanya ada kurma. Tak sempat nak ke kedai,”

“Maafkan saya lah Pak Ngah, sebab sayalah Pak Ngah tak sempat nak kedai. Sebab Pak Ngah nak rawat luka saya ni, Pak Ngah tak sempat nak beli juadah berbuka,” ujar Seman lalu mencapai sebiji lagi kurma.

“Bukan salah kamu Seman. Pak Ngah tolong kamu ikhlas. Lagipun kamu tengah sakit. Aku buatlah apa yang patut. Tu ada air akar kayu kat atas dapur. Kalau kamu nak cepat sembuh luka kamu tu, minumlah,” ujar Pak Ngah lalu meninggalkan Seman di meja makan.

“Baiklah Pak Ngah. Nanti lepas solat saya minum,” ujar Seman sambil memerhati baki 3 biji kurma di atas meja. Perutnya masih lagi lapar. Mana pernah dia berbuka hanya berjuadahkan kurma.

“Pak Ngah, saya habiskan ye kurma ni,” pinta Seman.

“Kalau kamu tak malu kamu makan la Seman,” sinis Pak Ngah.

“Tak pe lah Pak Ngah. Nanti Pak Ngah nak makan apa pulak sahur nanti,” 

“Aku main-main je lah Man. Kau habiskan je lah. Aku ada lagi dalam peti,” balas Pak Ngah terus melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Seman tanpa berlengah, menghabiskan baki kurma di dalam bekas.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



“Untung juga kau jual kurma ni ye Fir. Bagus jugak otak kau ni buat business. Kalau sebulan jualan macam hari ni, beraya sakan lah kau ye tahun ni,” ujar Adhan sambil menyusun kotak-kotak kurma masuk ke dalam bekas. Firmy hanya tersenyum simpul.

“Alhamdulillah Adhan. Rezeki Allah ni dekat mana-mana ada. Kita hanya perlu berusaha untuk mencarinya. Rezeki masing-masing. Kita mesti pandai cari peluang dan ruang. Man jadda wa jadda...”

“Man kalla kasira…,” sambung Adhan.

“Pandai pun kawan aku sorang ni. So, kita nak solat terawih dekat mana ni?” soal Firmy.

“Solat dekat area sini jelah. Tapi cari surau atau masjid yang ada aircond. Baru selesa nak beribadah,” ujar Adhan.

“Kau ni. Zaman Nabi dulu mana ada aircond? Niat mesti ikhlas Adhan kerana Allah. Baru ibadat kita diterima. Tak kisah la panas ke, sejuk ke. Yang penting, setiap takbir, rukuk, sujud dan salam kita Allah terima,” Firmy mula memberikan ceramah kepada Adhan. Adhan hanya tersenyum nipis dengan apa yang dikatakan Firmy.

“Baiklah ustaz Firmy,” ujar Adhan sambil menyusun bekas yang mengandungi kotak kurma ke atas troli.

“So, apa plan kau after putus dengan Theera?” lancar soalan dari mulut Firmy. Terkedu Adhan. Dia ingatkan sudah habis kisah Theera dalam hidupnya. 

“Entah la Fir. Kalau boleh, aku tak nak dengar nama tu lagi. Sakit hati aku,”

“Takpe la Adhan. Kau doa lah yang baik-baik time solat terawih nanti. Mana tahu doa kau dimakbulkan Allah. Semoga jalan yang kau pilih, adalah jalan yang terbaik buat kau dengan Theera,” ujar Firmy cuba menyejukkan kembali keadaan.

“Aku harap pun begitulah Fir,” ringkas Adhan.

“Assalammualaikum abang. Ni duit baki yang abang bagi siang tadi. Abang bagi terlebih,” ujar gadis bertudung litup sambil menghulurkan not RM5 kepada Adhan. Mata Adhan tidak berkelip tatkala melihat wajah gadis tersebut. Macam pernah ku lihat gadis ni, tapi di mana ya? Getus hati Adhan.







Bersambung…




Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerpen bersiri TIADA SEMANIS KURMA. Sebagai menghargai kesudian korang membaca TIADA SEMANIS KURMA, aku juga mengadakan peraduan TIADA SEMANIS KURMA. 


Cara untuk menyertai:

  1. Pastikan korang mempunyai akaun Facebook yang asli.
  2. Like Facebook Falihinjasmy.blogspot.com
  3. Satu soalan akan dikeluarkan pada setiap siri/episod TIADA SEMANIS KURMA di Facebook Falihinjasmy.blogspot.com selepas siri/episod TIADA SEMANIS KURMA disiarkan di blog Falihinjasmy.blogspot.com
  4. Jawab soalan tersebut dengan pantas dan tepat. Markah akan diberikan kepada 10 orang yang memberi jawapan yang tepat dan pantas dengan mengikut susunan menurun. Contoh: orang pertama yang menjawab dengan betul, dapat 10 markah, kedua 9 markah, ketiga 8 markah dan seterusnya.
  5. Markah akan dikumpul sehingga cerpen bersiri ini tamat. 10 pemenang dengan markah terkumpul tertinggi akan mendapat hadiah misteri dari Falihinjasmy.blogspot.com. Semakin kerap korang membaca dan mengikuti cerpen TIADA SEMANIS KURMA, semakin tinggi peluang korang untuk menang.
  6. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pindaan adalah di tangan pihak penganjur.



Untuk soalan TIADA SEMANIS KURMA : Kotak Kurma 3, sila klik link di bawah-




Selamat mencuba dan salam Ramadhan al-mubarak :)


ShareThis