Kotak Kurma 2
“Jika ini yang you
nak, I tak boleh nak paksa you lagi Theera. I know you can’t wait for me
anymore. Hope you will get a better man for you,” ujar Adhan dengan nada sebak.
Theera hanya diam seribu bahasa. Pandangannya dihalakan ke muka Adhan, tepat ke
mata yang pernah membuatkan dia jatuh cinta suatu ketika dulu.
“So, you memang
dah setuju lah nak break dengan I?” soal Theera inginkan kepastian.
“Dah itu yang
you inginkan. I tak boleh nak
kata apa. Masa depan you, you sendiri yang tentukan. Siapalah
I nak tentukan masa depan you. I sedar yang I ni hanya orang biasa Theera,”
jelas Adhan merendah diri.
“It’s not about
you orang biasa or what. Tapi
I sendiri dan jemu dengan perangai you Adhan. I hope, di bulan Ramadhan ni, you
dapat berubah dan I doakan yang you akan dapat seorang wanita yang lebih baik
dari I. Itupun kalau you ubah perangai you la,” sinis Theera sambil menjeling
tajam.
“Baiklah Theera.
I will try my best,” kata Adhan lemah.
“Ok. Now we
officially dah takde hubungan apa-apa lagi. So, you nampak pintu tu kan? Dipersilakan dengan segala hormatnya, keluar dari rumah I ni,” ujar Theera
sedikit angkuh.
“But, yang kat
jari manis you tu, pulang balik dekat I. Mahal tu I beli,” pinta Adhan. Theera
bengang dengan permintaan bekas tunangnya itu. Dengan berat hati dia
menanggalkan cincin Chopard yang hampir 6 bulan menghiasi jari manisnya.
“Nah, you ni
buruk siku betul,” nada sinis Theera terserlah.
“I peduli apa. I beli pakai duti I kot. Nanti barang-barang yang I bagi
dekat you, yang mane you rase-rase tak nak pakai or dah meluat nak tengok,
boleh tolong bungkus elok-elok, bagi balik dekat I. Barang-barang yang you bagi
dekat I, anggaplah sebagai hadiah ye. You kan anak
Datuk, apalah sangat barang-barang yang you bagi dekat I kalau nak dibandingkan
dengan kekayaan papa you tu. Celah gigi je kan,” panjang Adhan menuturkan kata.
Semakin panjang kata-kata Adhan, semakin membara amarah Theera.
“I pun tak hadap
sangatlah dengan barang-barang you tu. Nanti I bungkus elok-elok, esok you datang
ambil depan pintu rumah I,” geram Theera dengan perangai Adhan yang suka
mengungkit.
“Ok, jangan lupa
ye. Esok. Kalau boleh awal
pagi. InsyaAllah lepas sahur I terus datang rumah you,”
perli Adhan. Theera hanya mampu menggetap bibirnya. Adhan terus berlalu pergi
meninggalkan dirinya.
“Apa nak jadi
dengan korang ni Theera. Bulan baik ni, bulan penuh barakah, korang boleh
putuskan pertunangan korang pulak. Sebaik-baiknya korang saling memaafkan,”
ujar Wirda yang dari tadi hanya diam ketika Theera dan Adhan bertengkar.
“Aku tak mampu
nak kawal nafsu amarah aku Wirza. Aku terlalu ikutkan hati sangat. Lagipun Adhan pun dah setuju,” ujar Theera
dengan nada sebak. Walaupun zahirnya benci kepada Adhan, tapi masih ada kasih
dan sayang pada batinnya.
“Kalau parents
kau tahu yang kau dengan Adhan dah putus tunang, mesti parents kau marah. Dulu kau beria sangat nak bertunang dengan
si Adhan tu sampai sanggup tolak calon suami pilihan papa kau. Sekarang, pandai-pandailah kau jawab dengan parents kau,” ujar Wirza
yang cuba mengingatkan Theera.
“Takpe lah
Wirza. Pandai makan, pandai lah aku simpan,”
“Tapi sampai
bila kau nak simpan? Lama-lama parents kau akan tahu jugak Theera,” ujar Wirza.
Theera memandangnya dengan mata berkaca.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Adhan memecut
laju Myvi kuning miliknya. Radio ditukar dari satu frekuensi ke frekuensi yang
lain. Semua lagu bagaikan tidak kena dengan keadaan dirinya. Lalu dia menutup sahaja radio.
Pandangannya di halakan ke hadapan. Fikirannya merawang entah ke mana.
Akhirnya, perkara yang selama ini dirisaukan terjadi juga. Ini semua ketentuan
Allah. Bisiknya dalam hati, cuba menenangkan diri.
“Hello,
assalammualaikum Firmy,” ujar Adhan sebaik sahaja mendail nombor telefon Firmy.
“Waalaikummusalam.
Kenapa kau call aku ni Adhan?” soal Firmy.
“Aku dah putus
dengan Theera,” ringkas jawapan Adhan.
“What? Kau biar
betul bro? Macam mana boleh
jadi macam ni?
“Entahlah Fir, aku pun masih tak percaya dengan apa yang aku dah buat ni.
Semuanya berlaku pantas. Nak aku cerita, panjang pulak. Nanti aku jumpa kau,
aku cerita,” ujar Adhan.
“Kau ni suka sangat buat keputusan terburu-buru. Suka sangat ikut kata hati
kau tu. Pendapat orang lain kau tak nak dengar.
Pendapat kau je yang betul,” bebel Firmy. Adhan terpaksa menebalkan telinganya.
“Hello, aku call
kau ni bukan nak dengar kau ceramah. Ok, macam ni la. Kau sekarang kat mana?
Aku nak jumpa kau la Fir,”
“Kau nak jumpa
aku buat apa? Kau nak dengar aku ceramahkan kau ke?” ujar Firmy memulangkan
paku buah keras.
“Mana tahu
ceramah kau berkesan secara bersemuka, betul tak? Ok, cakap je la kau kat mana.
Aku pergi tempat kau,”
“Aku ada dekat E-Curve. Dekat bahagian bazaar tu,”
“Eh, kau buat
apa kat situ pulak Fir?”
“Kau jangan
banyak tanya. Kau datang sini, baru kau tahu,” balas Firmy.
“Ok Fir. Kejap lagi
aku sampai. Assaalammualaikum,” ujar Adhan lalu memutuskan talian. LG Prada
miliknya diletakkan di tempat duduk sebelah. Matanya tertancap kepada cincin Chopard yang turut berada di situ. Lalu
diambilnya dan dibelek cincin tersebut. Kenangan manis bersama Theera mula
bermain di fikirannya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Pak Ngah membuka kotak besi yang tersimpan rapi di atas almari lama. Sudah
berhabuk. Dilapnya dengan kain buruk. Dibuka kotak besi tersebut. Tangannya mengambil kotak cincin baldu merah yang sudah luntur warnanya.
Dibuka perlahan kotak cincin tersebut. Air matanya mula mengalir tatkala melihat cincin suasa bertakhtakan batu delima
yang menjadi lambang cinta bersama isterinya. Kenangan di zaman muda bersama
Mak Ngah Mila mula tersingkap.
“Abang tak mampu
nak bagi cincin emas buat sayang. Tapi abang sedaya upaya kumpul duit hasil
upah toreh getah. Inilah yang mampu abang hadiahkan buat Mila,” ujar Pak Ngah
sambil menyarungkan cincin di jari manis isterinya itu.
“Mila bersyukur
sangat bang. Cantik cincin suasa yang abang belikan untuk Mila ni,” ujar Mak
Ngah Mila sambil membelek cincin di jari manisnya itu. Dengan lembut, Pak Ngah
mengucup dahi isterinya itu. Air mata Mak Ngah Mila mula menitik.
“Abang harap,
Abang dapat jaga Mila sehingga akhir hayat abang. Walau kaki abang dipasak ke
bumi, tangan abang dipasung ke langit, cinta abang terhadap Mila memang tidak
pernah hilang. Mila adalah yang pertama dan yang terakhir buat abang,” ujar Pak
Ngah sayu.
“Mila pun sayang
dekat abang sehingga hembusan terakhir Mila bang,” ujar Mak Ngah Mila sambil
membelai lembut perutnya yang sedang mengandungkan cahaya mata pertama hasil
perkongsian hidup bersama Pak Ngah.
“Terima kasih Mila sebab terima abang seadanya. Abang janji, abang akan
bahagiakan Mila dengan anak kita ni,” ujar Pak Ngah sambil meletakkan
telinganya ke perut isterinya. Terasa tendangan anak yang berada di dalam kandungan.
“Abang, Mila ada satu permintaan. Mila harap sangat abang dapat tunaikan
permintaan Mila,”
“Apa dia Mila? Kalau abang mampu tunaikan, abang tunaikan,” ujar Pak Ngah
sambi memandang redup wajah isterinya itu.
“Mila insyaAllah akan bersalin pada bulan Ramadhan nanti. Kalau Mila nak
namakan anak kita ni Ramadhan boleh tak abang?” soal Mak Ngah Mila inginkan
persetujuan sambil melirikkan senyuman.
“Ramadhan? Elok
sangat lah Mila. Ramadhan bin Ali Mubarak. Semoga anak kita nanti membesar
menjadi orang yang baik, sebaik nama yang kita berikan,” ujar Pak Ngah
sambil mencuit dagu isterinya manja.
“Assalammualaikum
Pak Ngah. Ada rumah ke tak?” jerit seseorang dari luar rumah. Jeritan tersebut
menyedarkan Pak Ngah dari khayalannya. Lalu pantas dia menyimpan semula cincin
tersebut ke dalam kotak besi. Pak Ngah mengatur langkahnya ke luar rumah.
“Ya Allah, apa
dah jadi dengan kau ni Seman? Berdarah sana-sini?”
Bersambung…
Terima
kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerpen bersiri TIADA
SEMANIS KURMA. Sebagai menghargai kesudian korang membaca TIADA SEMANIS
KURMA, aku juga mengadakan peraduan TIADA SEMANIS KURMA.
Cara untuk menyertai:
- Pastikan korang mempunyai akaun Facebook yang asli.
- Like Facebook Falihinjasmy.blogsopt.com
- Satu soalan akan dikeluarkan pada setiap siri/episod TIADA SEMANIS KURMA di Facebook Falihinjasmy.blogsopt.com selepas siri/episod TIADA SEMANIS KURMA disiarkan di blog Falihinjasmy.blogsopt.com
- Jawab soalan tersebut dengan pantas dan tepat. Markah akan diberikan kepada 10 orang yang memberi jawapan yang tepat dan pantas dengan mengikut susunan menurun. Contoh: orang pertama yang menjawab dengan betul, dapat 10 markah, kedua 9 markah, ketiga 8 markah dan seterusnya.
- Markah akan dikumpul sehingga cerpen bersiri ini tamat. 10 pemenang dengan markah terkumpul tertinggi akan mendapat hadiah misteri dari Falihinjasmy.blogspot.com. Semakin kerap korang membaca dan mengikuti cerpen TIADA SEMANIS KURMA, semakin tinggi peluang korang untuk menang.
- Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pindaan adalah di tangan pihak penganjur.
Untuk soalan TIADA SEMANIS KURMA : Kotak Kurma 2, sila klik link di bawah-
Selamat mencuba dan salam Ramadhan al-mubarak :)
No comments:
Post a Comment