Pages

V.I.P BLOG KU

Tuesday, July 31, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 5



Kotak Kurma 5



Kelihatan Adhan dan Firmy sedang sibuk menyusun kotak kurma di atas meja. Kurma disusun mengikut jenis. Ada kurma Nabi, Ajwa, Safiya, Wasini dan tidak ketinggalan kekacang seperti pistachio, badam dan walnut juga dijual. 

“Terliur pulak aku tengok kurma ni Fir,” ujar Adhan spontan. Firmy memandang pelik muka Adhan.

“Ish kau ni. Dengan kurma pun kau boleh terliur. Tu belum kau tengok budak-budak makan aiskrim. Kau ni mengalahkan budak kecik. Anak saudara aku yang baru umur 6 tahun tu pun tahan puasa takde merungut macam kau ni,” bebel Firmy.

“Dia 6 tahun, aku 20 tahun lagi tua dari dia. Biasalah budak-budak baru nak belajar puasa. Mak bapak bagi imbuhan duit raya. Kalau tak puasa penuh sebulan, tak dapat duit raya. Dalam kes aku ni, aku yang kene bagi duit raya dekat mereka,” ujar Adhan.

“Apa kau merepek ni Adhan. Puasa tu kan salah satu rukun Islam. Wajib dilakukan. Sudah, cepat susun kurma-kurma tu. Kejap lagi senang kalau pelanggan dah sampai,” ujar Firmy malas untuk melayan karenah Adhan.

“Assalammualaikum,” ujar gadis bertudung litup, menyapa Firmy dan Adhan.


“Waalaikummusalam,” balas Adhan dan Firmy serentak. Mata kedua-duanya tidak berkelip memandang keayuan wajah gadis di hadapan mereka.

“Kenapa abang berdua ni tengok saya sampai macam tu sekali? Takut pulak saya,” ujar gadis tersebut.

“Bidadari depan mata,” ujar Adhan spontan. Matanya masih lagi tidak berkelip.

“Ish, mana ada bidadari. Sudah, nanti kurang pula pahala abang berdua. Kurma Ajwa ni berapa ye sekotak?” soal gadis terzebut.

“RM 14.70 sekotak,” jawab Firmy.

“Oh ok, yang kurma Safiya ni?”

“Yang safiya RM 12.40 sekotak saja adik manis,” jawab Adhan mesra.

“Ok, kalau macam tu, bagi kurma ajwa 12 kotak, dan kurma safiya 20 kotak,” ujar gadis tersebut.

“Ish banyak nya adik ni beli? Nak buat kuih raya ke?” soal Adhan ingin tahu.

“Bukan untuk buat kuih raya, saya nak sedekahkan kat masjid,” balas gadis tersebut sambil melirikkan senyuman.

“Oh baiknya hati adik ni. Dah lah cantik, berhati mulia pulak tu,” puji Adhan melambung sambil tangannya menyusun kotak kurma ke dalam beg plastik. Firmy turut menyusun kurma yang diminta gadis tersebut.

“Berapa semuanya?”

“Semua sekali…kejap saya kira…,” ujar Firmy sambil menekan kalkulator.

“Oh takpalah, ambil je ni. Yang lebih abang simpan,” ujar gadis tersebut sambil menghulurkan 10 keping not RM50 kepada Adhan. 

“Betul ke ni dik? Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan rezeki adik,” ujar Adhan sambil tersenyum. Firmy turut tersenyum.

“Kalau tak keberatan, boleh saya tolong angkatkan kurma-kurma ni ke kereta adik?” pelawa Adhan, cuba menunjukkan sifat gantlemannya.

“Oh, boleh sangat. Terima kasih abang…”

“Ramadhan. Panggil je Adhan,” 

“Sedap nama, mesti lahir bulan Ramadhan kan? Saya Qaish Awal.”

“Uniknya nama Qaish Awal. Kejap, Qaish mesti lahir bulan syawal kan?” duga Adhan. Qaish menggangguk lalu tersenyum manis.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



“Betul ke Pak Ngah nak ke KL ni? Pak Ngah tu dah tua, larat ke bulan puasa ni nak jalan kat sana nanti?” soal Seman sambil membawa beg Pak Ngah ke motornya.

“Larat tak larat tu belakang cerita. Aku nak cari anak aku, dah lama benar aku tak jumpa dia,” ujar Pak Ngah.

“Pak Ngah tak cuba telefon dia dulu?”

“Nak telefon macam mana Man, nombor telefon pun dia dah tukar kot. Aku telefon banyak kali dah. Semuanya mesin yang jawab,” luah Pak Ngah.

“La, dia tak bagi tahu ke nombor baru dia?” soal Seman lagi.

“Kamu ni boleh tahan juga sengal ubinya Man. Dah dia balik kampung pun tidak, mana lah dia nak bagi tahu dia tukar nombor telefon,” ujar Pak Ngah sambil mengenakan helmet ke kepalanya.

“Ha’a la. Ye tak ya jugak. Eh pak Ngah, kot ye pun, bukak la kopiah tu dulu baru pakai helmet. Rosak nanti kopiah Pak Ngah tu,” ujar Seman sambil meletakkan beg Pak Ngah di dalam bakul motornya. Pak Ngah hanya tersenyum dan menuruti kata Seman.

“Ok Pak Ngah, dah siap?”

“Sudah,” ujar Pak Ngah. 

“Sekali lagi saya tanya Pak Ngah ni. Pak Ngah memang dah nekad ke nak ke KL ni?” soal Seman sekali lagi yang inginkan kepastian dari Pak Ngah. Risau hatinya kalau-kalau ada sesuatu yang akan berlaku pada Pak Ngah.

“Aku hempuk kepala kau dengan helmet ni karang. Berapa kali kau nak tanya soalan yang sama ni?” marah Pak Ngah. Sudah banyak kali Seman bertanyakan soalan yang sama dari rumah. 

“Ish Pak Ngah ni, orang risaukan dia je. Ni nak pukul saya dengan helmet pulak. Ye la, saya bawak Pak Ngah ke stesyen bus,” ujar Seman lalu membawa Pak Ngah menuju ke stesyen bus dengan motor EX5 miliknya.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


 
“Baaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnggggggggggg!” satu bunyi tembakan kuat kedengaran. Buah kurma yang berada dalam pegangan, bertaburan di atas jalan. Qaish mula panik. Tangannya berlumuran darah tatkala memangku Adhan yang terkena tembakan di bahagian dada. Darah merah pekat mengalir. Qaish semakin kaget. Dilihat Adhan nyawa-nyawa ikan. Qaish menjerit sekuat hati, meraih pertolongan yang berada di tempat letak kereta.

“Mengucap Adhan. Mengucap,” Qaish membisikkan kalimah syahadah ke telinga Adhan. Mata Adhan seakan mahu tertutup. Mulutnya terkumat-kamit, seakan mahu menyatakan sesuatu. Nafasnya seaakan tersekat...







Bersambung…




Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerpen bersiri TIADA SEMANIS KURMA. Sebagai menghargai kesudian korang membaca TIADA SEMANIS KURMA, aku juga mengadakan peraduan TIADA SEMANIS KURMA. 


Cara untuk menyertai:

  1. Pastikan korang mempunyai akaun Facebook yang asli.
  2. Like Facebook Falihinjasmy.blogspot.com
  3. Satu soalan akan dikeluarkan pada setiap siri/episod TIADA SEMANIS KURMA di Facebook Falihinjasmy.blogspot.com selepas siri/episod TIADA SEMANIS KURMA disiarkan di blog Falihinjasmy.blogspot.com
  4. Jawab soalan tersebut dengan pantas dan tepat. Markah akan diberikan kepada 10 orang yang memberi jawapan yang tepat dan pantas dengan mengikut susunan menurun. Contoh: orang pertama yang menjawab dengan betul, dapat 10 markah, kedua 9 markah, ketiga 8 markah dan seterusnya.
  5. Markah akan dikumpul sehingga cerpen bersiri ini tamat. 10 pemenang dengan markah terkumpul tertinggi akan mendapat hadiah misteri dari Falihinjasmy.blogspot.com. Semakin kerap korang membaca dan mengikuti cerpen TIADA SEMANIS KURMA, semakin tinggi peluang korang untuk menang.
  6. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pindaan adalah di tangan pihak penganjur.



Untuk soalan TIADA SEMANIS KURMA : Kotak Kurma 5, sila klik link di bawah-




Selamat mencuba dan salam Ramadhan al-mubarak :)


3 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

saspen.. Tiba2 ada tembakan...

miSs aMz said...

jgn kate, adhan tu mati..alahai....xbest la hero mati

miSs aMz said...

alahai...jgn kate hero die akan mati... xbest la hero mati

ShareThis