Pages

V.I.P BLOG KU

Friday, July 29, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 12


CUPPIES 12


Fina membawa Strawberry-Mallow cupcakes seperti yang diminta Afry. Afry memandang tepat ke arah Fina sambil tersenyum miang. Semakin berdebar hati Fina bila menghampiri Afry. Adakah rahsianya sudah terbongkar? 

“Fin, kau ni nak kerja ke, nak tidur? Kalau setakat nak tidur, tak payah lah datang sini. Tidur je kat rumah. Kan ade tilam, bantal empuk. Cukup bulan nanti, Ben bayarlah gaji kau. Buat tahi mate je tahu!” jerkah Afry yang baru sahaja pulang dari menghantar cupcakes kepada pelanggan. Fina menggoyoh matanya. La, mimpi rupanya, buat cuak je! Bentak hati Fina.

“Ala, aku terlelap je pun. Bukan ade customer datang pun En. Afry,” jelas Fina, cuba memberikan alasan lalu bangkit dari kerusi.

“Ah kau, ade je alasan kau kan. Dah, pergi lap cermin kat luar sana,” ujar Afry sambil memberikan tuala dan penyembur pembersih kepada Fina.

“Bukan pagi tadi dah lap ke En. Afry?”

“Kau ingat habuk kat luar tu gerak time pagi je ke? Petang takde habuk yang melekat kat cermin ke? Aku suruh kau lap, kau lap je la. Sekarang, aku bos ke, kau bos?” tinggi nada Afry. Cuak muka kau Fin, bisik hati Afry.

Tuesday, July 26, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 11




CUPPIES 11



Dapur Cupcakes Princes yang sentiasa teratur, pasti menggamit setiap mata yang melangkah masuk. Kelihatan Ben sedang sibuk menyemak barangan untuk menyediakan cupcakes yang tersusun di dalam cabinet. Satu persatu dibeleknya dan dicatat ke dalam buku. 

“Oit bos. Terime kasih la ye sebab cakap macam tu kat Afry. Terime kasih banyak-banyak,” ujar Fina sinis sambil mencuit bahu Ben. Terkejut Ben diperlakukan sebegitu. Wajah Fina ditenungnya dalam-dalam. Mukanya didekatkan ke muka Fina. Fina semakin panik. Dia berundur kebelakang. Muka Ben semakin dekat dengan muka Fina. Semakin jelas kedengaran hembusan nafas Fina. Fina akhirnya tersandar ke dinding.

“Wey Ben, ape kau buat ni?” soal Fina lalu menolak bahu Ben sekuat hatinya. Berganjak kedudukan Ben.

Monday, July 25, 2011

CUTI - CUTI MASAK: NASI BERINGIN LIMAU DAN AYAM MASAK LEMAK KANTAN BERSERAI





As salam readers..Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. ...Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:


Ok, dah lame rase tak masak sebab busy je memanjang...kali ni pun sebab terpakse masak sebab parents balik kampung...So, kalau tak masak, kebulur la nampaknye =,= ...Kali ni, aku masak special sikit sebab aku masak nasi special...hahaha, resepi kali ni adelah NASI BERINGIN LIMAU dan AYAM MASAK LEMAK KANTAN BERSERAI...Kemain panjang lagi name resepi aku ni kan...




So, first of all, kite tengok dulu macam mane nak masak NASI BERINGIN LIMAU ni...Sangat simple giler...so, bahan-bahan yang diperlukan adelah seperti yang berikut:

Sunday, July 24, 2011

MENANG DI PERTANDINGAN LUKISAN CAT AIR, FLORIA 2011 !




As salam readers dan salam 1dunia...So, korang pun tahu kot...aku masuk Floria 2011 kat Putrajaya sampai sunburn tapi kalah. So, bile dah kalah, aku malas nak upload la gambar-gambar Floria tu...ade aura negative...So, dari aku cerite yang x best, baik aku cerite yang best-best je.... :)


Selepas 2 hari Floria 2011 dibuka kepada umum, ade pertandingan melukis menggunakan cat air atau name glamer die, water color...ok, ade 2 kategori, Kategori A, dari umur 21 tahun ke atas sampai tiada had umur. So, expert-expert yg kat pasar seni tu memang lah boleh join...So, memang mencabar...lagi satu kategori B, bawah 21 tahun...So, aku masuklah kategori A dengan yuran RM50. Kalau tak menang memang aku membazir, getus hati kecilku.


So, aku pun masuklah, bayar RM50, dpt drawing paper selai, kipas sekeping dan gelang tangan getah satu...(oh ini gile membazir kalau aku tak menang)...Tapi, takpe, aku cabar diri aku sendiri...tapi kan, memang aku tak sempat nak berlatih lukis bunga Ros sebab malam sebelumnya aku sibuk pumpang pumpang kat Malam Gala SimplySiti...padan muke aku...dan tema untuk pertandingan ni adelah: KECERIAAN DI FLORIA PUTRAJAYA, mengutamakan bunga mawar sebagai subjek utama.

Kau tengok muncung aku tu, boleh buat ampai kau tahu! Ni masih blur nak lukis ape...main lukis je lah....

HEADER BLOG BARU SEMPENA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK !




As salam readers dan salam 1dunia...Yang di atas adelah header baru blog ni sempena bulan Ramadhan...hope korang suke sebab aku pun suke :) Aku gune Adobe Photoshop CS4 dan file ini disimpan dalam format PNG (tiada background)...

Saturday, July 23, 2011

KEPUTUSAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2011- QARI DAN QARIAH MALAYSIA MUNCUL JOHAN !



Qari, qariah Malaysia muncul johan Majlis Tilawah al-Quran Antarabangsa Ke-53


KUALA LUMPUR 23 Julai – Qari dan qariah Malaysia, Amirahman Abas dan Suraya Abu Hassan muncul johan kategori masing-masing pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 10


CUPPIES 10


Fina tidak dapat melelapkan matanya. Pandang ke kiri Fed, pandang ke kanan Fed. Pandan ke atas pun terbayangkan Fed. Perkara yang terjadi siang tadi memang tak diduganya. Fed memang melampau. Nasib kehadiran Isly mampu mengaburi mata Fed. Kenapelah ade lelaki macam Fed dalam dunia ni? Muke kacak, badan tough, duit berkepuk. Tapi sayang, timba mencari timba juga. Getus hati Fina. 

“Tak tidur lagi Fina? Esok kau tak kerje ke?” soal Pn. Rose sebaik sahaja pintu bilik Fina dikuak. Terkejut Fina yang sedang terbaring di atas katil.

“Mak, boleh tak ketuk pintu bilik dulu before masuk? Ni buat orang terkejut je,” rungut Fina sambil merenung ke arah Pn. Rose.
“Hello, mak dah ketuk banyak kali pintu bilk kau ni, siap bagi salam lagi. Kau je yang tak respon. Mak tengok pintu kau tak berkunci, mak masuklah. Yang kau duk mengelamun ni kenape? Ade masalah negara ke? Ke harga minyak naik? Kalau harga minyak naik kau bimbangkan, kau naik je lah bus. Safe sikit duit kau,” ujar Pn. Rose sambil melabuhkan punggungnya di katil Fina.

“Mak, ni bukan masalah negara mak. Bukan masalah harga minyak naik. Ni masalah dunia mak. Masalah umat akhir zaman,” 

“Masalah umat akhir zaman? Cube kau terangkan sikit Fina. Straight to the point. Kan senang,” ujar Pn. Rose yang masih lagi kabur dengan apa yang dikatakan Fina.

“Mak, mak pernah tak jumpe lelaki yang kacak, kaya, badan tough, kire full package la mak, tapi tak straight?” jelas Fina sambil merenung tepat kea rah Pn. Rose.

“Kau maksudkan lelaki homokseksual? Mak tak pernah pulak jumpe tapi mak ade jugak lah terbace kat paper. Sebab, tiap-tiap hari mak duduk rumah, pergi pasar, balik pasar, masak, kemas rumah. Paling-paling mak jumpe orang dekat pasar je lah. Lagi satu, jiran-jiran kau ni ha. Mane la mak nak jumpe lelaki macam tu. Yang kau ni kenape tibe-tibe je cakap pasal lelaki homoseksual ni? Bos kat tempat kerja kau tu sesuatu ke?” soal Pn. Rose ingin tahu. Posisi badannya dikemaskan, menanti sesuatu yang menarik dari Fina.

Friday, July 22, 2011

JALAN CARI MAKAN-MAKAN : CARL'S JR, SUNWAY PYRAMID !



As salam readers dan salam 1dunia...okeh, makan, makan dan makan..tu je lah keje...mane tak mengembang...takpe, janji hati senang...bulan puase nanti kurus lah (boleh percaye ke? Wait n see) okeh, kali ni, aku pergi makan kat Carl's Jr. dekat Sunway Pyramid....aku pergi dengan member aku, Jimmy Neutron, Shinbei dan kembar aku, Ani Cha...


Kitorang pergi Sunway nak tengok cerite Mr. Popper's Penguis...padahal hari yang sama Harry Potter keluar...kitorang pun bukan fans Harry Potter, so, tengoklah Mr. Popper's Penguins dan ternyata pilihan bijak sebab cite tue best giler dan aku tak tidur pun sepanjang cite tu...(sape-sape yang memang selalu bace blog aku, akan tahu yang aku ni mmg suke tido kalau cite tu tak best :(...

Thursday, July 21, 2011

NANTIKAN SAMBUNGAN CUPCAKES PRINCES TIDAK LAMA LAGI !





Anda merindui siri CUPCAKES PRINCES? Apakah yang bakal terjadi kepada Fina? Adakah rahsianya bakal terbongkar? Apakah yang akan terjadi di antara adik beradik Benjy dan Afry? Adakah mereka dapat menerima kehadiran Eith sebagai abang mereka? Bagaimana perasaan Fed terhadap Fina? Apakah  yang bakal terjadi kepada Sofea dan Zara? Sama-sama kita nantikan sambungan siri CUPCAKES PRINCES , hanya di falihinjasmy.blogspot.com tidak lama lagi... :)


.

Tuesday, July 19, 2011

I'M IN LOVE WITH.....

 
Macaroons  !!!


Yang kat atas ni, kawan aku beli kat Umai Cafe, Precint 2, Putrajaya...4 pcs for RM5...murah gak la...sedap pun sedap...aku paling suke yang pink tu....strawberry....hehehe


Sape ade buat tempahan or resepi macaroons, boleh tinggalkan link dekat bahagian komen ye...tq :)

Monday, July 18, 2011

JALAN CARI MAKAN-MAKAN : TUTTI FRUITTI, SEKSYEN 7, SHAH ALAM !




As salam readers dan salam 1dunia...malam tadi, lepas makan malam, aku dengan kawan aku pergilah jalan kaki ke Tutti Fruitti yang baru dibuka hari Sabtu lepas di komersial area baru (belakang Jakel). Alah, seberang jalan je pun dari rumah aku....eksesais sikit....tengok-tengok, mak aihhhh, ramainye orang beratur, sampai keluar premis....Tutti Fruitt bagi free ke ape? Hahahha, kalau free, memang bankrupt la Naza... =,= !


Rupe-rupenye ade promosi 50% la! Gile la...peluang terbaik untuk mencube sebab aku bace kat blog orang lain, yougurt Tutti Fruitti ni mahal...aku pun try la dengan kawan-kawan aku yang lain....Nak feeling-feeling diet...padahal dah makan nasi tadi @.@ !

Monday, July 11, 2011

I WIN A ROOM MAKE OVER WORTH RM5000.00 ! I LOVE NUFFNANG! I LOVE NIPPON PAINT!



As salam dan salam 1dunia...syukur alhamdulillah...kalau dah rezeki, memang tak ke mana...Allah turunkan hujan untuk hadirkan pelangi untuk aku sekali lagi....Alhamdulillah...selepas kecewa dengan kekalahan di Floria 2011 Putrajaya bagi taman universiti, rupenye ade hikmah disebaliknya...Pelangi yang hadir memang bewarna-warni seceria Nippon Paint...bukak-bukak email...ade email dari Nuffnang.... :)

Saturday, July 9, 2011

JALAN CARI MAKAN-MAKAN: MURNI DISCOVERY, SUNWAY MENTARI COURT


 
As salam readers...bertemu kembali dalm segmen JALAN CARI MAKAN-MAKAN. So, kali ni aku pergi menternak lemak lagi dengan lecturers aku mase aku study dekat Uitm Perak, Sri Iskandar....sebenarnya mereka ni semue ade kursus dekat Shah Alam, so, mereka pun ajaklah aku join sekaki makan dekat MURNI DICOVERY, Sunway Mentari Court...

Aku dah pernah pergi Murni yg ori punye, tapi aku dah lupe kat mane....hahah..tanda-tanda aging! Tapi MURNI DISCOVERY ni boleh tahan la, menu nye pun lebih kurang same je...tapi ade kureng sikit....


Friday, July 8, 2011

FLORIA 2011: DISEBALIK TABIR !




As salam readers dan salam sejahtera semue...Alhamdulillah, pagi tadi, aku dah selamat present garden design uitm bersama kawan aku, Hanis a.k.a GG...Dan kebetulan, hari ni jugak aku demam, badan panas giler...sebab urat terkejut kot...biaselah, berjemur + buat kerje berat. Nak tengok tak hasilnye? Tungguu...kite layan dulu gambar di sebalik tbir Floria 2011 ni dulu:


THEME: ROSES ARE FOREVER
CONCEPT: SECRETS BEHINDS THE PETALS


DESIGN BY:
  • Falihin Jasmi :)
  • Safiy Az Zakwan
  • Faizul Hakim
  • Faisal Hilmi
  • Amer Aiman
  • Hanis Hamzah
  • Siti Saerah
  • Yusfariza Yunos
  • Anishah
  • Adibah Jamal Nasir


Ni la board presentation kitorg...nampak tak bunga ros??? (klik untuk besarkan)

Friday, July 1, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN AYAH!

Kepada:

S.M Jasmi Ab Rahman,

Selamat ulang tahun yang ke 58...

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t.... amin...


ShareThis