CUPPIES 12
Fina membawa Strawberry-Mallow cupcakes seperti yang diminta Afry. Afry memandang tepat ke arah Fina sambil tersenyum miang. Semakin berdebar hati Fina bila menghampiri Afry. Adakah rahsianya sudah terbongkar?
“Fin, kau ni nak kerja ke, nak tidur? Kalau setakat nak tidur, tak payah lah datang sini. Tidur je kat rumah. Kan ade tilam, bantal empuk. Cukup bulan nanti, Ben bayarlah gaji kau. Buat tahi mate je tahu!” jerkah Afry yang baru sahaja pulang dari menghantar cupcakes kepada pelanggan. Fina menggoyoh matanya. La, mimpi rupanya, buat cuak je! Bentak hati Fina.
“Ala, aku terlelap je pun. Bukan ade customer datang pun En. Afry,” jelas Fina, cuba memberikan alasan lalu bangkit dari kerusi.
“Ah kau, ade je alasan kau kan. Dah, pergi lap cermin kat luar sana,” ujar Afry sambil memberikan tuala dan penyembur pembersih kepada Fina.
“Bukan pagi tadi dah lap ke En. Afry?”
“Kau ingat habuk kat luar tu gerak time pagi je ke? Petang takde habuk yang melekat kat cermin ke? Aku suruh kau lap, kau lap je la. Sekarang, aku bos ke, kau bos?” tinggi nada Afry. Cuak muka kau Fin, bisik hati Afry.