Pages

Friday, July 29, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 12


CUPPIES 12


Fina membawa Strawberry-Mallow cupcakes seperti yang diminta Afry. Afry memandang tepat ke arah Fina sambil tersenyum miang. Semakin berdebar hati Fina bila menghampiri Afry. Adakah rahsianya sudah terbongkar? 

“Fin, kau ni nak kerja ke, nak tidur? Kalau setakat nak tidur, tak payah lah datang sini. Tidur je kat rumah. Kan ade tilam, bantal empuk. Cukup bulan nanti, Ben bayarlah gaji kau. Buat tahi mate je tahu!” jerkah Afry yang baru sahaja pulang dari menghantar cupcakes kepada pelanggan. Fina menggoyoh matanya. La, mimpi rupanya, buat cuak je! Bentak hati Fina.

“Ala, aku terlelap je pun. Bukan ade customer datang pun En. Afry,” jelas Fina, cuba memberikan alasan lalu bangkit dari kerusi.

“Ah kau, ade je alasan kau kan. Dah, pergi lap cermin kat luar sana,” ujar Afry sambil memberikan tuala dan penyembur pembersih kepada Fina.

“Bukan pagi tadi dah lap ke En. Afry?”

“Kau ingat habuk kat luar tu gerak time pagi je ke? Petang takde habuk yang melekat kat cermin ke? Aku suruh kau lap, kau lap je la. Sekarang, aku bos ke, kau bos?” tinggi nada Afry. Cuak muka kau Fin, bisik hati Afry.


“Bos lah bos,” ringkas Fina tertunduk.

“Jangan marah-marah staff macam tu Afry. Dia ni manusia juga. Ada hati, ada perasaan,” ujar Eith yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam Cupcakes Princes.

“Eh, Eith. Awal kau datang? First day kerja, masuk pukul 2 petang?” sinis Afry menyindir abang tirinya itu. Fina masih lagi tercegat di tempatnya. Sedikit pun tidak berganjak.

“Aku ade problem tadi. Aku settlekan dulu. Takpe, biar aku yang lap cermin kat luar tu,” ujar Eith lalu mengambil tuala dan penyembur pembersih dari tangan Fina. Fina enggan melepaskannya, tapi sentapan Eith lebih kuat.

“Suke hati kau la Eith. Kau lap bersih-bersih ye cermin tu. Bagi orang yang lalu-lalang depan Cupcakes Princes ni nampak bersinar-sinar je kedai ni,” ujar Afry. Eith meneruskan langkahnya ke arah cermin.

“Wey bos, die tu siape?” soal Fina.

“Kenape kau nak tahu?” balas Eith sambil mengerutkan dahinya.

“Ala bos, saje je nak tahu. Pekerja baru ke? Handsome la,”

“Kau ni, kau tu lelaki. Die tu lelaki. Gila ke kau ni? Dia tu Eithan Parker Abdullah. Abang tiri aku,” terang Afry lalu melangkah ke arah dapur. Fina turut mengekorinya.

“Pergh bos. Ade abang tiri tak cakap pun. Kenape muka dia ala-ala mat salleh? Muka bos muka pure melayu?” soal Fina ingin tahu.

“Kau ni kalau tak menyibuk hal orang tak boleh ke? Kau pergilah buat kerja kau. Sibuk je nak jaga tepi apron orang,” marah Afry sehingga membuatkan langkah Fina terhenti.

“Baiklah bos,” 


**********************************************************************************


Sofea melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Kebetulan bosnya,En. Ghaz tidak masuk pejabat kerana pergi ke Kuala Terengganu atas urusan kerja. Kalau tidak, sudah pasti dirinya menjadi mangsa mendengar bebelan En. Ghaz kerana datang lewat ke pejabat. Ini semua Eith punya pasal lah! Bentak hati Sofea.

“Eh, Sofea. You buat ape kat sini?” gugup nada suara Eith. Peluh di dahinya dilap.

“I baru lepas beli cupcakes ni. You pulak buat ape kat sini?” soal Sofea sambil matanya melihat ke arah sulaman di kemeja yang dipakai Eith.

“You kerja kat Cupcakes Princes ke Eith?” aju Sofea sambil merenung tepat ke wajah Eith. Eith tidak keruan dengan soalan yang diajukan Sofea. 

“Sofea, I sebenarnya dah kene buang dari Golden Dream Architecture. Tapi you jangan bagi tahu Yuyu ye. Please janji dengan I,” pinta Eith. Sofea menangguk.

“You jangan lah angguk je,”

“Oklah. I janji yang I tak kan bagitahu Yuyu pasal ni. Tapi betul ke you kerja dekat Cupcakes Princes ni? Yuyu tahu ke tak?” soal Sofea. Eith hanya menggeleng.

“Sofea. Jom ikut I. I tak rasa selesa lah nak cerita dekat you kat tepi jalan macam ni. Apa kata kita pergi ke sana,” pelawa Eith sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah Coffee Bean. 

“Ok lah. Bos I pun tak masuk office hari ni,” ujar Sofea lalu menurut langkah Eith ke arah Coffee Bean. 

“Welcome to Coffee bean sir, miss. May I take your order, please?” ujar pelayan Coffee Bean.

“I nak dark coffee. You Sofea?” soal Eith.

“I nak chocolate ice blended,” 

“That is all sir?” soal pelayan itu lagi. Sofea dan Eith serentak mengangguk.

“Ok Eith. You ceritalah apa yang you nak cerita. I sudi menjadi pendengar yang terbaik untuk you,” ujar Sofea sambil memandang muka Eith.

“Actually Sofea, I kene buang kerja sebab I tak dapat nak siapkan proposal projek yang I dapat dari sebuah high profile company ni. So, bos I marah gila dekat I dan terus pecat I. I pun macam dah tak minat nak kerja dekat situ lagi sebab bos I ni suka makan rasuah. Bukan I sorang je tahu. Semua staff pun tahu. Jadi, bila dia pecat I, I rasa happy sangat sebab dah bebas dari perkara yang mungkar ni,” ujar Eith yang mula menyusun kronologi.

“Oh ok. Kira you ni memang clean punya orang la kan? I suka pendirian you tu. So now, macam mane pulak yang you boleh tergerak hati nak kerja dekat Cupcakes Princes pulak? I have no idea with that,” soal Sofea ingin tahu. 

“Sorry sir, miss. Here is your drink,” ujar pelayan Coffee Bean lalu menghidangkan minuman di atas meja lalu beransur pergi. Eith menghirup dark coffee penuh nikmat sebelum menjawab soalan Sofea.

“Sofea. I nak you janji dengan I, jangan bagitahu Yuyu pasal hal ni. Dia tahu I dah tukar kerja but dia tak tahu sebab apa I tukar and dekat mana I kerja,” rayu Eith.

“Ish you ni. Berapa kali entah nak janji. Tadi kan I dah janji,” rungut Sofea. Eith membulatkan matanya.

“Ye la, ye la. I janji,” ujar Sofea lalu mengangkat tapak tangannya.

“Ok, I trust on you Sofea. Sebenarnya, Cupcakes Princes tu mak I yang punya,” ujar Eith. Tersedak Sofea yang sedang menikmati chocolate ice blended. Terkejut dengan apa yang dikatakan Eith.

“Maksud you? You adalah adik beradik dengan Ben dan Afry?” soal Sofea sambil mengurut dadanya. Eith mengangguk, mengiyakan apa yang dikatakan oleh Sofea.

“Kami memang adik beradik. Sama emak, tapi lain bapak. I anak emak dengan papa I, Abdullah James Parker. Lepas mak bersalinkan I, papa I ceraikan mak I dan bawak I pergi ke London. Sejak dari itu, hubungan kami terpisah. Papa I ceraikan mak I ada sebab. Papa I ada kanser hati dan hidupnya tak lama. Masa I umur dua tahun, papa I meninggal. Dia ceraikan mak I, sebab tak mahu tengok mak bersedih sebab papa akan mati. After papa I meninggal, datuk I yang jaga I dan dia lah yang ceritakan semua ni dekat I. Selepas tu, I nekad nak cari mak kandung I dan alhamdulillah, tahun lepas I, I jumpa dengan mak I selepas 2 tahun I balik ke Malaysia,” jelas Eith. Sofea begitu tekun mendengarnya.

“So, bila I jumpa mak I tahun lepas, dia happy sangat sebab dapat jumpa dengan I. Lagipun, mak I tak berapa nak sihat. Mak bagitahu I yang I ni ada 2 orang adik, hasil perkahwinan kedua mak. Suami mak yang baru pun dah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya,” ujar Eith.

“I’m sorry to hear that,” ringkas Sofea.

“Tapi, I baru je jumpa dengan Ben dan Afry minggu lepas. Sebab I tak kasi mak I cerita pasal I dekat mereka berdua. I takut mereka tak boleh terima hakikat. Tapi, bila mak I sakit, I terpaksa dedahkan siapa diri I yang sebenarnya dekat Ben dan Afry,” jelas Eith.

“Habis, mereka boleh terima you ke tak?” soal Sofea ingin tahu. Eith hanya diam seribu bahasa. 

“Emm, itu I tak tahu lah Sofea. Sebab itulah mak I suruh I kerja dekat Cupcakes Princes. Nak rapatkan hubungan I dengan adik-adik tiri I,” jawab Eith.

“Oh ok, menarik jugak kisah hidup you ni kan. Boleh buat drama,” seloroh Sofea. Eith hanya tergelak kecil.

“Banyaklah you,” ujar Eith lalu menghirup baki black coffee di hadapanya.

“Eith, I dari tadi tertanya-tanya. Kenapa you beriya sangat nak rahsiakan perkara ni dari Yuyu?” aju Sofea sambil memandang tepat ke arah Eith.

“Errrr.....” gugup Eith untuk menjawab soalan Sofea.

“Kenapa you lebih percayakan I dari Yuyu?” soal Sofea lagi. 

“Errrr....”


**********************************************************************************


Pn. Rose memerhatikan jam di dinding. Sudah pukul 11.30 malam, tetapi anak perempuannya masih belum balik lagi. Hatinya tidak sabar lagi ingin menunjukkan Fina gambar calon menantunya. Harap-harap Fina sukalah, getus hatinya.

“Assalamualikum,” ujar Fina lalu membuka pintu. Alangkah terkejut tatkala terpandang emaknya berdiri di depan pintu sambil memandang tepat ke arahnya.

“Waalaikummusalam. Yang kau ni dah lewat baru nak balik kenape. Kau habis kerja pukul 10 kan? Jauh sangat ke tempat kerja kau tu ha? Sampai satu jam setengah baru nak sampai rumah? Lagi satu, siapa yang hantar kau balik tu ha? Mak tak nampak pun skuter kau?” soal Pn. Rose sambil membetulkan cermin matanya.

“Ish mak ni. Asal orang balik je mak bebel. Asal mak bebel je orang balik. Skuter orang rosak la mak. Yang hantar Fina balik naik kereta kelisa tu bos Fina. Afry,” jelas Fina sambil melangkah ke arah meja makan.

“Kau ade ape-ape ke dengan bos kau tu?” duga Pn. Rose.

“Ish mak ni. Ke situ pulak die. Kan Fina menyamar jadi lelaki kat tempat kerja,” 

“Ala, mana la tahu bos kau tu ‘bengkok’ ke kan. Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya sangat Fina. Kau nak cari bakal suami kau, kau kene cari yang elok-elok,” 

“Mak ni, tak habis-habis cerita pasal kahwin. Orang muda lagi lah mak. Tak puas nak enjoy lagi,” rungut Fina.

“Mak tak nak kau jadi anak dara tua Fina,”

“Ala mak jangan risau. Orang tak kan ikut jejak langkah mak kahwin umur 32,” seloroh Fina sambil tergelak kecil. Pn. Rose mula geram.

“Aku cili mulut kau tu karang, terjuih bibir macam Kilafairy kau nak?”

“Pergh, seksi kot bibir macam die mak,” balas Fina sambil menjuihkan bibirnya.

“Ah, lantak kau la Fina. Kau takde bawak balik cupcakes ke hari ni? Mak mengidam pulak nak makan cupcakes,” ujar Pn. Rose sambil melihat bunguksan yang dibawa Fina.

“Ade. Fina tahu mak mesti tanye pasal cupcakes. Ni ade Vanilla Pavlova cupcakes. Mesti mak suke kan?” ujar Fina sambil membuka bungkusan kotak Cupcakes Princes.


Vanilla Pavlova cupcakes

“Wah, cantiknya Fina. Nak makan pun mak rase sayang sangat,”

“Kalau sayang, mak pergi hantar frame, gantung kat dinding,” seloroh Fina sambil menyuapkan Vanilla Pavlova cupcakes ke mulut emaknya.

“Sedap la Fina. Kau try la ngorat bos kau tu. Kalau kau kahwin dengan bos kau tu, dapatlah mak makan cupcakes tiap-tiap hari,” ujar Pn. Rose sambil menyuakan cupcakes ke mulutnya.

“Lepas tu, mak boleh la jadi model rasmi Cupcakes Princes kan? Eh tak boleh guna nama Cupcakes Princes la. Kene tukar nama Cupcakes Auntie Rose. Terbaik tu Fina,” ujar Pn. Rose. Tinggi betul harapannya.

“Ish mak ni, kalau berangan memang nombor satu. Dah lah mak, orang nak mandi ni. Belengas dah badan ni,” ujar Fina lalu melangkah kebiliknya.

“Eh kejap. Mak ade sesuatu nak tunjuk kat kau ni. Ala, gambar anak kawan lama mak, Pn. Lily. Mana lah tahu kau berkenan ke,” ujar Pn. Rose lalu menyerahkan gambar tersebut kepada Fina.

“Mak letak lah dulu atas meja. Lepas mandi nanti orang tengok,” ujar Fina . 

“Anak kawan mak tu, baru balik dari New Zealand. Baru habis belajar,” ujar Pn. Rose. Langkah Fina terhenti. New Zealand? Pantas Fina kembali ke meja makan. Gambar tersebut ditatapnya. Ya, memang betul sangkaannya!



Bersambung...


p/s: terima kasih kerana sudi membaca dan setia menantikan kehadiran Cuppies 10....nantikan kisah seterusnya dalam cuppies yang berikutnya ...sebarang komen  daripada korang, amatlah dihargai...

p/s/s: Jika suka, sila share kan link Cupcakes Princes ini di Facebook korang atau tweetkan sahaja di laman twiter...

p/s/s/s: jika ketinggalan membaca cuppies yang sebelum ini, sila klik link di bawah: 





4 comments:

  1. episod kali ni lebih puas aty ! teruskan berkarya Mr FL . :)

    ReplyDelete
  2. hahahaha okayyyyyy best ;)

    -hasifanrun

    ReplyDelete
  3. bila nak smbung...xsabar nie..best sngt

    ReplyDelete

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha