Pages

V.I.P BLOG KU

Tuesday, July 26, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 11




CUPPIES 11



Dapur Cupcakes Princes yang sentiasa teratur, pasti menggamit setiap mata yang melangkah masuk. Kelihatan Ben sedang sibuk menyemak barangan untuk menyediakan cupcakes yang tersusun di dalam cabinet. Satu persatu dibeleknya dan dicatat ke dalam buku. 

“Oit bos. Terime kasih la ye sebab cakap macam tu kat Afry. Terime kasih banyak-banyak,” ujar Fina sinis sambil mencuit bahu Ben. Terkejut Ben diperlakukan sebegitu. Wajah Fina ditenungnya dalam-dalam. Mukanya didekatkan ke muka Fina. Fina semakin panik. Dia berundur kebelakang. Muka Ben semakin dekat dengan muka Fina. Semakin jelas kedengaran hembusan nafas Fina. Fina akhirnya tersandar ke dinding.

“Wey Ben, ape kau buat ni?” soal Fina lalu menolak bahu Ben sekuat hatinya. Berganjak kedudukan Ben.


“Tahu kau takut kan. Cuak la tu. Sorry la Fina, aku tak taste perempuan macam kau,” ujar Ben sambil membetulkan apronnya. 

“Shyuhhh bos. Bos tak boleh cakap slow sikit ke? Kalau Afry dengar macam mane? Kantoi la aku nanti,” mohon Fina sambil merenung ke arah Ben. 

“Kau yang cakap kat aku yang kau suke dekat Afry kan. Ala, aku tak kisah la. Lagipun kau pun perempuan, menyamar je jadi lelaki. Kau beruntung tahu, dapat bos sporting macam aku ni. Mane nak cari bos sebaik aku dalam dunia ni? Bagi kau kerja walaupun aku tahu kau tu perempuan?” ujar Benjy sambil membasuh mangkuk. 

“Ala bos, perkare lame jangan diungkit bos,”

“Mane ade aku ungkit? Tapi kan, bile aku teringat balik mase malam kau datang kat sini, nak mintak kerja, aku ketawa sorang-sorang tahu tak? Aku dah agak dah kau ni perempuan. Aku suruh la kau bukak baju. Punyelah susah sampai gigil badan kau kan. Last sekali, kau mengaku yang kau ni perempuan. Nasib baik lah aku ni berhati perut. Ambil kau kerja. Simpan rahsia kau,” ujar Ben sambil ketawa kecil. Tangannya laju mencapai telur dan memcahkannya ke dalam mangkuk.

“Terime kasih bos. Sayang bos lebih lah! Biar pecah di perut bos, jangan pecah di mulut,” ujar Fina sambil memerhatikan Ben yang sedang menyediakan bahan untuk membuat Oreo Cupcakes.


Oreo Cupcakes
 
“Ala, kau jangan lah risau Fina. Aku tahu lah nak simpan rahsia kau,” ujar Ben. Fina memerhatikan gerak-geri bosnya itu.

“Sedap bos kenekan aku dengan Afry tadi kan,”

“Hahaha, itu memang niat aku pun. Saje aku nak kenen-kenenkan kau dengan Afry. Kau pun suke kan? Kau jugak yang cakap kat aku yang kau ade hati kat Afry kan?” duga Ben.

“Memanglah aku suke dekat dia bos. Tapi susahlah bos. Aku dah menyamar jadi lelaki, tak kan nak suke dekat Afry? Dah lah hari tu dia syak aku ‘bengkok’. Ish, tak boleh bos. Tak boleh,” ujar Fina sambil menggerakkan tapak tangannya ke kiri dan ke kanan.

“Ape yang tak bolehnye Fina. Kau mengaku jelah yang kau ni perempuan. Habis cerite,” 

“Bos cakap senang la. Nak pulak Afry kat aku, kalau dia tahu aku ni perempuan. Aku dah la kasar, cakap kasar. Semualah kasar,” ujar Fina yang sedar akan kekurangan dirinya.

“Setiap perempuan ade sisi kelembutannya Fina. Macam kerak nasi. Sekeras kerak nasi tu, kalau direndam dalam air, lembut jugak akhirnya,” ujar Ben sambil memasukkan kepingan biskut Oreo ke dalam mesin pengisar.

“Amboi bos, pandai bos berbahase ye. Tak sangka aku,” ujar Fina sambil tergelak kecil.

“Kau memang suke kan gelakkan aku. Kejap, aku nak tanye kau satu soalan. Fed ada try nak ngorat kau kan?” soalan Ben benar-benar membuatkan Fina terkesima. Air liurnya ditelan kelat.


**********************************************************************************


Suasana Dorish Cafe sungguh mendamaikan. Kelihatan Pn. Suri mengemaskan tudung yang dipakainya. Jus apple dihadapnya diteguk. Dadanya berdebar menantikan kemunculan seseorang. 

“Assalamualaikum. Dah lame ke tunggu? Maaf, I ade urusan sikit tadi,” ujar lelaki yang berkemeja belang lalu duduk di kerusi sebelah Pn. Suri.

“Waalaikumusalam. Takdelah lame sangat. Air yang I order ni tak habis lagi, kire ok lah tu. So, ape yang you nak dari I ni lagi En. Eusoff? Tak cukup lagi ke you dah lukakan hati I? Dah hampakan harapan Sofea? You nak ape lagi ni?” tinggi nada suara Pn. Suri kepada bekas suaminya itu.

“I just nak tebus dosa-dosa I Suri. I mengaku, memang I yang salah tinggalkan you dengan Sofea. Tapi I terpakse Suri. I terpakse ikut kehendak ayah I,” jelas En. Eusoff.

“Sudah lah you. Asyik-asyik alasan yang sama yang you berikan. I dah makan hati berulam jantung you tahu tak? Senang-senang you tinggalkan I terkontang-kanting. Besarkan Sofea sorang-sorang. Sekarang baru you nak tuntut hak you? No Eusoff. I tak kan benarkan you rampas Sofea dari I. Sofea pun dah dewasa sekarang, die tahu mana yang baik, mana yang buruk,” jelas Pn. Suri lalu meneguk jus applenya. Sedikit pun wajah bekas suaminya itu tidak dipandang.

“I tak cakap pun I nak rampas Sofea dari you. I just nak jumpe dengan Sofea. Nak bertentang mata dengan anak I sendiri. Nak bertanya khabar. Salah ke Sofea?” jelas En. Eusoff penuh ikhlas.

“Memang tak salah Eusoff. Memang tak salah! Tapi kenape sekarang? Di mane you bila I perlukan you? You takde bile Sofea perlukan you. You ikut sangat kehendak ayah you tu. Sekarang ape yang you dapat? Habuk pun takde kan?” amarah Pn. Suri semakin membara. Sedikit lagi minyak ditambah, pasti akan menyala api kemarahannya.

“I tinggalkan you dan Sofea bersebab. I tak nak you dan Sofea jadi mangsa kekejaman ayah I. You tahu kan yang kita kahwin dulu pun, ayah I tak pernah restu perkahwinan kita? Tapi, setelah ayah I meninggal, I mula sedar yang I dah lakukan kesilapan besar dalam hidup I. Tinggalkan orang yang benar-benar I sayang seikhlas hati,” sebak hati En. Eusoff menuturkan kata-kata. Pn .Suri memandang tepat ke arah bekas suaminya itu.

“Habis isteri pilihan ayah you mane you nak campak?” soal Pn. Suri, cuba menduga pendirian En. Eusoff.

“Wafa dah meninggal sebulan yang lepas Suri akibat barah rahim. I takde zuriat dengan Wafa,” jawab En. Eusoff sambil menundukkan wajahnya. Tanpa disedari, air matanya mengalir.

“Oh, dah takde zuriat, baru you nak cari zuriat you balik la ye? No, Eusoff. I tak kan benarkan you jumpa dengan Sofea. Muktamad!” tegas Pn. Suri lalu melangkah pantas meninggalkan En. Eusoff keseorangan.

“Suri, bagilah I peluang sekali lagi!” jerit En. Eusoff, namun jeritannya itu tidak mendapat sebarang rasa simpati dari Pn. Suri yang terus pergi meluncur laju dengan keretanya.


**********************************************************************************


Fina sedang menyusun cupcakes di dalam display booth. Diambilnya satu Starwberry-mallow cupcakes yang berjaya membuatkan dia terliur. Lalu disuakan ke mulutnya. Terasa sungguh nikmat Strawberry-mallow cupcakes yang dibuat oleh Ben. Terasa kesedapan cream cheese yang digunakan untuk topping. 

“Hey abang Fin, curi makan cupcakes ye!” jerit Zara yang baru sahaja sampai.

“Eh mane ade curi. Papa Zara yang suruh makan. Abang Fin makan la,” ujar Fina sambil menjilat jarinya.

“Eee, ape lah abang Fin ni, dah besar pun makan comot-comot. Abang Fin makan ikut mulut ke? Ikut hidung?” soal Zara sambil merebahkan dirinya ke atas sofa.

“Ikut mulut la. Ape pulak makan ikut hidung,”

“Habis yang kat hidung tu ape?” soal Zara dengan penuh manja. Pantas Fina menoleh ke arah cermin display booth lalu mengelap cream cheese yang terkena hidungnya. Ya Allah, comotnya aku makan, getus Fina dalam hati.

“Ha, sekarang dah takde. Zara nak cupcakes. Sedap tau papa Zara buat cupcakes ni,” pelawa Fina.

“Papa Zara buat cupcakes untuk dijual. Bukan untuk dimakan,” ujar Zara spontan sambil membuka kasutnya. Kakinya diangkat ke atas sofa.

“Terkena lagi aku,” bisik hati Fina.

“Tapi, Zara nak lah cupcakes yang abang Fin makan tu,” ujar Zara sambil ketawa kecil. Fina menggetap bibir. Geram dengan keletah Zara.

“Nah, sedap tau Strawberry-mallow cupcakes ni,” ujar Fina sebaik sahaja menghidangkan cupcakes kepada Zara. 


Strawberry-mallow cupcakes

“Untuk Zara je ke? Untuk uncle Zara takde ke?” tiba-tiba suara Afry kedengaran. Fina terkedu.

“Nak ambillah sendiri. Mengada!” ujar Fina.

“Alah you, ambillah cupcakes untuk I sekali,” ujar Afry lalu duduk di sebelah Zara. Fina merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Afry.

“En. Afry, En. Afry demam ke? Ke demam malaria? Apesal cakap merapu je ni?” Fina mula kaget.

“Mane ade I merapu. You ambillah cupcakes untuk I. Kata you suka dekat I,” ujar Afry sambil mengenyitkan matanya. Jantung Fina mula berdegup kencang. Dipandangnya Zara yang sedang menikmati cupcakes. Ah, budak kecil mane tahu ape, hatinya berbisik.

“Yang you tercegat lagi tu kenape? Ambilkanlah cupcakes untuk I, sayang,” ujar Afry lalu memuncungkan mulutnya. Bulu roma Fina mula menegak. Adakah Afry mendengar perbualannya dengan Ben tadi? Matilah aku!




Bersambung...


p/s: terima kasih kerana sudi membaca dan setia menantikan kehadiran Cuppies 10....nantikan kisah seterusnya dalam cuppies yang berikutnya ...sebarang komen  daripada korang, amatlah dihargai...

p/s/s: Jika suka, sila share kan link Cupcakes Princes ini di Facebook korang atau tweetkan sahaja di laman twiter...

p/s/s/s: jika ketinggalan membaca cuppies yang sebelum ini, sila klik link di bawah: 




15 comments:

Unknown said...

makin lama makin best ni...hehe tak sabar for next episode pulak

cyAh pUnyErrr said...

wow!!!! bes aah cupkek nih...smbil bce smbil terliur...hahahahah...ta sabo nunggu yg ke 12..

good job der....
p/s:bangga jd pengomen petama..



-aciah-

mr.F said...

@GnieSyaznihehe..tq sebab setia membace cupcakes prince ye...tlg la promote kat kawan2 yg suke bace novel :)

mr.F said...

@cyAh pUnyErrrsabo sabo...


p/s: alamak, second la pulak :)

Daya said...

makin menarik ! tp incik falihin , knp tak panjang kn part ben tnye fin pasal fed . cm tergantung je. nk gk tau ape sbnr nye yg terjadi . ;)

mr.F said...

@Dayahahah, ttu namenye bukan tergantung...suspen...kene tunggu cuppies yang seterusnya...baru ade curiosity kan?

L.I.F.E.1.2.3 said...

please sambung cepat!!! abis la time bulan posa nnt terliur baca cupcakes prince~ ;)

Anonymous said...

now its getting realllyyyy HOT okay!panassss~taksabar!

-hasifanrun

mr.F said...

@mekniebulan puase la nak letak gmbr cupcakes yg lazat :)

mr.F said...

@Anonymous i like...nak ole-ole dari phuketsss

cyAh pUnyErrr said...

alamak!!!
ades.....impian ta menjadik knyataan......
xpew cupkek 12 ado lg....
bleh jd first komen...'kih3....
bes tol ceta cupkek nih...

Anonymous said...

Best sgt.. seronok baca sebab dia letak pic cupcakes tu sekali..

Daya said...

curious sgt okay !
smpai tdo teringat2 ape la bakal terjadi. teheee

Jieha mohd said...

hee best! next..... hee :)

Miszyuyu said...

ayarkk sweet gilakkk...aaaaa!

ShareThis