Pages

V.I.P BLOG KU

Wednesday, November 30, 2011

PUISI CINTA ZAHIRIL ADZIM BUAT ISTERINYA, SHERA ...

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....


Kisah dua hati, kini sudah terpatri....mari kita ikuti kisah hati dua sejoli semasa majlis resepsi pengantin lelaki, Zahiril Adzim.




“Zahiril berpura-pura terjumpa kertas dalam tuxedo, ketika itu Shera sedang khusyuk mendengar lagu I will always love you – ungu, yang dinyanyikan abang Zahiril, tiba-tiba Zahiril bangun dan menujukan puisi buat isterinya, yang magisnya ada mic tersembunyi dalam tuxedo beliau”





Monday, November 28, 2011

AYAM PENYET JIJIK !

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....



Bila sebut je ayam penyet, memang most of us pernah makan....kalau belum pun, mesti korang tak pernah jumpa or memang takde niat nak makan la kan. But kalau kat Shah Alam ni, Ayam Penyet dekat Padang Jawa, memang terbaik, dah la murah...banyak pulak tu...tapi aku bukan nak cerita pasal ayam penyet Padang Jawa, tapi aku nak cerita cara pemprosesan ayam di Indonesia, di mana asal-usul Ayam Penyet ni....



So, if korang pernah ke Bandung or Bali or ape-ape tempat kat Indonesia, korang mesti akan cari Ayam Penyet...gerenti...Tapi, mungkin korang akan fikir 37 kali sebelum korang nak makan ayam penyet selepas korang tengo video ni ....lihat dan nilai....gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara....



Friday, November 25, 2011

HIJRAH SEORANG PEROKOK TEGAR...

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...




Semalam, telah ditakdirkan, aku terjumpa dengan seorang sahabat lama aku, dah lama jugak la tak jumpa. So, aku ajak la dia ni makan kat kedai makan Seksyen 7. Borak-borak, bertanya khabar sebab dah lama tak jumpa kan....masing-masing busy....tapi aku perasan, ada perubahan pada kawan aku ni...bukan penampilan mahupun berat badan, tapi....


Ya, memang betul...dia tidak merokok...tidak ada kotak rokok dan lighter yang diletakkan di atas meja seperti selalu...Aku tengok dia pun semakin segar...tak seperti kebiasaannya...Aku pun meringankan mulut aku, bertanyakan perubahan yang berlaku pada kawan aku ni.....



*********************************************


Tuesday, November 22, 2011

JALAN CARI MAKAN-MAKAN : NYONYA ASAM LAKSA JONKER 88 MEMANG TERBAIK!

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....




Semalam pergi ke Alor Gajah, ambil plan dekat Pejabat Tanah Alor Gajah untuk site final projek...dan lepas tu, pergi lah Jonker Street, dah alang-alang kan....Kawan aku, Alep yang cadangkan makan asam laksa kat kedai Jonker 88 ni....die kata memang the best asal laksa in the world lah kan.....So, kami satu group pun pergilah ke Jonker Street dalam hujan yang agak lebat....dan hasilnya memang berbaloi-baloi!






Monday, November 21, 2011

REAKSI ARTIS MALAYSIA BILA HARIMAU MUDA MENANG EMAS SUKAN SEA!

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....


Syukur! Syukur! Syukur! Alhamdulillah....




Skuad Harimau Muda berjaya mengekalkan emas yang dimenangi 2 tahun lalu. Nampaknya taring harimau malaya lebih berbisa dan berjaya mematahan sayap garuda agry birds merah putih...LOL...Good job Harimau muda! Good Job Badrol! Good Job Apex! Makin sukalah kan Dahlia Teck...we weiitttt.....!


Ok, ni ade sedikit sebanyak reaksi artis Malaysia bila Harimau Muda menang dengan sepakan penalti 4-3 selepas terikat seri 1-1....ade yang best, ade yang lawak...geli pankreas aku bace tweet dorang ni...
.






(GAMBAR) PERKAHWINAN WARTAWAN MELODI, MICHELLE @ DALILI MICHELLE !

Assalamualaikum readers....dan salam 1dunia....



20112011


Satu tarikh cantik, yang hanya datang sekali sahaja dalam kehidupan di dunia...selain Zahiril Adzim dan Shira Aiyob melangsungkan perlahwinan pada tarikh ini, wartawan sensasi Melodi, Michelle atau nama Islamnya, Dalili Michelle telah selamat diijab kabulkan dengan rakan sekerjanya, yang juga seorang wartawan rancangan Remaja, Deqwan...Semoga ikatan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat... :)



Sunday, November 20, 2011

(GAMBAR) MAJLIS PERKAHWINAN ZAHIRIL ADZIM DAN SHIRA AYOB!

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....


20112011


Tarikh yang begitu cantik, hanya datang sekali sepanjang alam kehidupan pinjaman Allah ini...sempena tarikh yang begitu istimewa ini, ramai yang ingin mengabdikan hari bersejarah mereka pada tarikh 20112011 ini. Termasuklah artis yang bergelar pelakon, Zahiril Adzim dengan pilihan hatinya, Shira Ayob, pengacara Wanita Hari Ini...dengan hantaran RM18, 000...diharapkan pasangan merpati dua sejoli ini berkekalan ikatan perkahwinan sehingga ke akhir hayat....amin...



Thursday, November 17, 2011

MESEJ TARBIYAH DI SEBALIK GAME ANGRY BIRDS!


Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....



Angry Bird..

Salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 5 tahun. Tak kira peringkat umur, boleh kate memang semua minat main Angry Birds...tidakkah korang pernah tertanya-tanya?


Kenapa perkara ni berlaku?

Apa yang best sangat game ni?


Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka. Sedar tak kita...yang sebenarnya game Angry Birds....dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah

Sunday, November 13, 2011

HADIAH ANNIVERSARY FAZURA DAN TENGKU MAHKOTA JOHOR!

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...




:)

(VIDEO) GREYSON CHANCE ft NAJWA LATIF PAPARAZZI at AIM 18 !

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....



AIM best, semue best...dan yang paling best, duet Najwa Latif dgn Greyson Chance...2-2 dari artis Youtube!




p/s: designer out there, please design something yang wow untuk Najwa, dah macam pengawas perpustakaan dah aku tengok...sorry to say la kan....

Friday, November 11, 2011

MINTA TOLONG VOTE BOLEH?

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...


Kali ni, aku saje-saje try contest LIKE-LIKE gambar kat Facebook...even aku tahu susah la nak menang sebab aku bukan nye artis, bukan nye model, bukan orang femes pun orang nak LIKE pic aku kan...(rendah diri -____-)


So, aku perlu lah minta jasa baik korang semua untuk LIKE gambar aku tu...itupun kalau sudi :) Tapi sudi-sudikanlah. Cara-caranya mudah:


1. Like fanpage Facebook Ministry of Moment : http://www.facebook.com/ministryofmoment


3. dan klik LIKE :)

ni lah gambar aku tu:


Title: Keep in Touch with Nature
Location: Pulau Manukan, Sabah 


Wednesday, November 9, 2011

Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab...

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....




Contest ini dianjurkan oleh Beta.my dan ditaja oleh Mynewshub



Ok, sekarang kita ikuti cerita "Saya nak Samsung Galaxy S II" versi angkasawan Falihin Jasmy:




1. Reka bentuk yang menawan lagi tertawan!


Dengan rekaan senipis 8.49mm, Samsung Galaxy S II menjadi idaman bagi setiap mata yang melihat. Rekaannya kelihatan mewah dan senang untuk dipegang dan dibawa. Smartphone ultra-nipis ini juga mempunyai 3D TouchWiz UX yang menambahkan keterujaan penggunaan skrin sesentuh.


2. Skrin paparan yang jelas dan nyata!


Samsung Galaxy S II menjanjikan pengalaman melayari laman web dan menonton filem dengan paparan skrin yang sangat jelas di mana tidak seperti smartphone yang lain. Dengan adanya 4.3" Super Amoled Plus, semuanya seperti melayari internet dan menonton filem seperti di dalam laptop! Dengan warna yang terang dan jelas, Samsung Galaxy S II memang menakjubkan!


3. Kamera 8 MP dan LED Flash!


Setiap saat, ada kenangan. Setiap kenangan tidak bermakna jika tidak dirakamkan. Dengan adanya kamera 8 MP dan LED Flash, setiap kenangan yang terindah tidak mungkin akan terlepas untuk dijadikan memori sepanjang zaman. Samsung Galaxy S II juga mempunyai kamera 2 MP di bahagian hadapan untuk mengabdikan potrait sendiri walau di mana jua anda berada.


4. Rakaman video berdefinasi tinggi!


Dengan 1080 Full HD Recording, setiap video yang dirakamkan adalah berdefinasi tinggi dan beresolusi tinggi. Tidak dapat dinafikan lagi keistimewaan Samsung Galaxy S II ini kerana setiap video yang dirakamkan dapat dimainkan semula dengan pantas dan jelas pada skrin paparan 4.3" Super Amoled Plus!


5. Pengalaman berkomunikasi dan berinteraksi yang mudah!


Mengatur dan menyelaras dengan lebih baik semua kenalan dalam talian melalui Social Hub. Menyelaraskan e-mel, SMS, IM dan maklumat -malumat lain ke dalam satu sistem, dan berinteraksi dengan lebih cepat dengan kenalan dan ianya menjanjikan satu pengalaman yang menarik dan segalanya menjadi semakin mudah!


6. Menawarkan hiburan yang berpanjangan!


Dengan adanya Dual Core Application Processor, ianya menjadikan Samsung Galaxy S II sebagai smartphones yang menawarkan kelajuan yang tinggi untuk melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa, web loading yang pantas dan prestasi permainan yang tinngi. Dengan game yang berkualiti tinggi, pastinya satu kepuasan bila segala-galanya berada dalam genggaman tangan!


7. Terbaik di kalangan yang terbaik!


Dengan prestasi yang melebihi jangkauan dan berteknologi tinggi, pastinya Samsung Galaxy S II menjadi salah satu smartphones pilihan ramai yang mahukan evolusi dalam berkomunikasi yang menjanjikan kebebasan untuk berinteraksi! Tidak boleh dinafikan lagi, Samsung Galaxy S II memang satu pilihan yang bijak.



Infiniti terima kasih kepada Beta.my dan penaja, Mynewshub kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk memiliki salah satu ciptaan yang luar biasa iaitu Samsung Galaxy S II. Semoga ianya menjadi realiti...amin. Kepada semua, jika mahukan Samsung Galaxy S II ini, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Klik banner di bawah ini untuk maklumat lanjut.





Mynewshub penuh berinformasi,
Beta.my tawarkan teknologi terkini,
Terima Kasih daun keladi,
Kepada penganjur yang baik budi.


Sorong papan tarik papan,
Papan disimpan di dalam peti,
Samsung Galaxy S II jadi dambaan,
Semoga fantasi menjadi realiti.






p/s: semoga semuanya dimurahkan rezeki :)


Tuesday, November 8, 2011

(GAMBAR) HIASAN DALAMAN ISTANA NEGARA YANG BARU!

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....


Satu lagi mercu tanda negara, iaitu Istana Negara telah dibina dengan kos yang khabarnya menelan belanja RM 900 juta. Istana Negara yang baru ini terletak di Jalan Duta, bakal menggantikan Istana Negara Malaysia yang lama untuk dijadikan sebagai kediaman rasmi Yang DiPertuan Agong. 


Istana Negara Malaysia yang digunakan ketika ini iaitu di Jalan Istana merupakan sebuah bangunan sejarah yang asalnya kepunyaan jutawan China tempatan yang bernama Chan Wing. Kalau dulu sekitar tahun 1928, Istana Negara ini hanyalah sebuah rumah banglo dua tingkat yang mana selepas tempoh kekalahan Jepun di Tanah Melayu dan berundur, Kerajaan Negeri Selangor telah membelinya. Ia kemudiannya diubahsuai dan dinaiktarafkan untuk menjadi kediaman rasmi Sultan Selangor ketika itu sehinggalah pada tahun 1957.


Akhirnya Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk membeli bagi menjadikannya sebagai Istana Negara Malaysia dan telah mengalami beberapa tempoh pengubahsuaian sehinggalah terdirinya Istana Negara Malaysia yang ada pada hari ini di Jalan Istana. 


Berikut adalah gambar Istana Negara yang baru dari pandangan luar dan juga hiasan dalamannya yang kelihatan begitu eksklusif:







Sunday, November 6, 2011

MENU ISTIMEWA AIDILADHA !

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...


Salam aidiladha....


Apa menu istimewa korang hari ni? Ni menu istimewa aku sempena hari raya korban tahun ini:




1. FEEL FREE TO FLY NASI MINYAK BERSAMA SATE GORENG





Saturday, November 5, 2011

KORBAN SEORANG PEROKOK TEGAR...

Assalamualaikum readers dan salam 1 dunia....




Aku ade seorang kawan...dia seorang kawan yang baik, baik budi bahasa, baik pekerti dan suka membantu orang yang lain....tetapi dia seorang perokok tegar...memang sukar baginya untuk tidak menghisap rokok walaupun sehari... Dia dan rokok bagai aur dengan tebing, eh tidak, bagai isi dan kuku, memang sukar untuk dipisahkan... di setiap hembusan nafasnya pasti berbau rokok...


Wednesday, November 2, 2011

CUTI - CUTI MASAK: FEEL FREE TO FLY PAN GRILLED CHICKEN

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....


Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. ...Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:


Waaa....dah lama tak update pasal masak-memasak kan...last aku masak masa Final MasterChef Blogger... itu pun aku tak habis lagi cerite pasal final tu...tapi kali ni, seperti yang aku dah janji, aku nak share resepi yang membawa aku ke final Astro MasterChef Blogger iaitu, FEEL FREE TO FLY PAN GRILLED CHICKEN.... jujur aku cakap, aku main campak-campak je mase buat resepi ni time semi final....Alhamdulillah...menjadi favourite judges....





Bahan-bahan:

ShareThis