Kotak Kurma 4
Dingin pagi
menyelubungi tubuh Adhan. Sejuknya sampai ke tulang. Tangannya mula meraba di
atas tilam, mencari LG Prada miliknya yang berbunyi. Dilihat di skrin, seakan
samar nombor yang kelihatan. Matanya masih lagi mengantuk.
“Assalammualaikum,”
“Waalaikummusalam.
Siapa ni? Pagi-pagi buta ganggu orang nak tidur,” bentak Adhan. Marah betul
tatkala tidurnya terganggu.
“Ramadhan Ali
Mubarak, ayah ni,” ringkas Pak Ngah yang tersentak dengan nada kasar Adhan.
“La, ayah ke.
Nak apa ayah pagi-pagi dah call Adhan ni?”
“Saja ayah nak
tanya khabar kamu. Kamu apa khabar? Kamu dah sahur belum?” soal Pak Ngah.
“Sihat. Emmmm, belum,”
ringkas Adhan lalu menangkup bantal ke mukanya.
“Bangun sahur
nak. Jamahlah sekurang-kurangnya sebiji kurma. Sekurang-kurangnya dapat
mengalas perut kamu,”
“Emmmm, ye la ayah. Nanti Adhan makanlah. Kawan
rumah Adhan ni pun jual kurma. Banyak stok kat rumah,” sinis nada Adhan.
“Bila kamu nak
balik sini?” soalan Pak Ngah membuatkan Adhan gugup untuk menjawabnya.
“Bila ayah mati nanti Adhan balik lah. Adhan sibuk la sekarang ayah,” jawab
Adhan kasar. Pak Ngah benar-benar tersentap dengan
jawapan Adhan lalu meletak ganggang telefon. Air matanya mula mengalir.
“Adhan, bangun
sahur. Dah lewat ni. Dah nak masuk imsak dah ni pun,” ujar Firmy sambil
menggoyangkan badan Adhan. Adhan
tersentak dari lenanya. Dicapai LG Prada di sisi meja. Senarai panggilan
dijawab disemak dengan teliti. Tiada nombor telefon rumah ayahnya. Panggilan terakhir yang dibuat adalah bersama Firmy. Mengucap
panjang Adhan. Rupanya dia
hanya bermimpi. Masih terngiang perbualan kasarnya di dalam mimpi tadi.
“Ya, Allah.
Masih tak bangun lagi? Kau nak aku bawak makanan atas katil kau ke Adhan?”
sinis Firmy yang naik berang dengan perangai Adhan yang liat untuk bangkit
bersahur.
“Ye la. Ye la. Aku nak bangun la ni. Kau masak apa
Fir?” soal Adhan.
“Masak apanya.
Dah nak imsak ni. Nah kurma, jamahlah sekurang-kurangnya sebiji kurma.
Sekurang-kurangnya dapat mengalas perut kau,” ujar Firmy sambil menghulurkan
sekotak kurma dan segelas air suam.
“Macam aku pernah
dengar ayat yang kau cakap ni Fir,” ujar Adhan yang merasakan sesuatu yang
pernah dialaminya.
“Ah kau mesti mimpikan budak perempuan semalam tu kan? Dia bawakkan kurma
untuk kau. Dah la Adhan. Kau ni banyak sangat mimpinya. Lain kali nak tidur tu
basuhlah kaki,” nasihat Firmy kepada teman serumahnya.
“Bukan perempuan tu. Tapi...,”
“Tapi siapa?”
“Ah, takde
ape-ape lah. Kau abaikan apa yang aku cakap tadi,” ujar Adhan cuba
menyembunyikan apa yang dimimpikannya. Firmy hanya menggeleng.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Abang kamu dah
bangun Qaish? Umi dah kejut
dari tadi. Liat betul nak bangun. Tu la, umi dah cakap
semalam, tidur awal. Dia degil. Duduk la mengadap Facebook tu. Entah apa yang
seronoknya pun umi tak tahu,” bebel Hjh Jamilah sambil menyenduk nasi ke dalam
pinggan.
“Qaish tak tahu
la umi. Kejap ye, orang pergi tengok abang dulu,” ujar Qaish lalu pantas ke
bilik abang sulungnya, Gaous.
“Abang, bangun
bang. Sahur. Umi dah membebel dah kat bawah tu. Bangunlah bang. Kang kalau tak
sahur, mula la gastric abang tu datang. Cepatlah bangun bang,” ujar Qaish
sebaik sambil mengetuk pintu bilik abangnya bertalu-talu.
“Ermmmm…abang
dah bangun dah. Kejap lagi abang turun. Qaish dengan Umi makan lah dulu,” ujar
Gaous.
“Sekejap abang
tu karang, sampai ke subuh pun tak turun,” perli Qaish.
“Ish budak ni.
Abang kata, abang turun. Abang
turun la. Pergi je la makan dengan Umi tu,” tegas Gaous.
“Ye la. Nanti kalau dah terlambat karang, abang
jangan menyesal pulak. Umi masak sedap tu,” pujuk Qaish. Namun Gaous tetap
tidak membuka pintu biliknya lagi.
“Mana abang kamu
tu? Tak bangun jugak ke?” soal Hjh Jamilah.
“Kejap lagi dia turun. Biasalah umi, abang Gaous tu.
Liat betul nak sahur. Apa yang dia pentingkan, rokok. Sahur hisap rokok,
berbuka pun cari rokok dulu. Ingatkan bulan puasa ni boleh lah berubah tabiat
merokok dia tu, tapi nampak gayanya makin teruk pulak,” rungut Qaish.
“Entahlah Qaish.
Dah berbuih mulut umi. Dari
sekolah menengah dah macam tu. Ni dah bekerja lagi lah. Takpe, kita doakan yang
terbaik buat abang ye,” ujar Hjh Jamilah sambil melirikkan senyuman.
“Dah, kita makan dulu. Qaish baca doa makan,” pinta Hjh Jamilah sambil
menadah tangan, memohon agar rezeki yang diperoleh diberkati Ilahi.
“Sedap lauk ayam
masak kicap dan kangkung goreng belacan umi ni. Memang takde siapa yang boleh lawan la,” puji
Qaish sambil menyuakan nasi ke dalam mulutnya. Hjh
Jamilah tersenyum melihat hasil air tangannya dapat menggembirakan Qaish.
“Tapi, dah lama
tak makan sambal tumis udang dengan petai yang arwah walid selalu buat,” nada
sayu jelas kedengaran di hujung suara Qaish. Hjh Jamilah tersentak. Air matanya
mula bergenang.
“Nanti umi
buatkan masa berbuka nanti. Walaupun tak boleh tandingi kesedapan sambal tumis
udang dengan petai arwah walid, tapi umi akan buat sehabis baik untuk anak umi,”
ujar Hjh Jamilah.
“Terima kasih
umi,” ringkas balasan Qaish sambil menatap lembut wajah uminya.
“Qaish.
Sebenarnya, umi ada satu rahsia nak beri tahu dekat Qaish. Rahsia yang selama ini umi simpan rapi
dalam sanubari umi. Umi rasa, sudah tiba masanya kamu tahu mengenai rahsia ni,
Qaish,” ujar Hjh Jamilah lalu memberhentikan suapannya.
“Rahsia apa umi? Tak sangka umi Qaish ni suka simpan rahsia kan. Cakaplah
apa rahsianya umi,” ujar Qaish ingin tahu.
“Sebenarnya....”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Datuk Naqem menyembur minyak wangi kegemarannya ke pergelangan tangan dan
lehernya. Disisir rapi rambutnya ke belakang. Kolar bajunya dibetulkan.
“Eh, awak nak ke
mana ni? Awal-awal pagi dah bersiap. Hari ni kan hari Ahad. Nak pergi office
jugak ke?” soal Datin Ei’syah sebaik sahaja keluar dari bilik air.
“Salah ke saya
duduk rumah nak Nampak kacak bergaya? Untuk awak jugak Syah,” ujar Datuk Naqem
lalu mengenakan cermin matanya.
“Eh, duduk rumah
pun nak kene pakai cermin mata ke?” ujar Datin Ei’syah pelik dengan
kelakuan suaminya itu.
“Saya ada hal
sikit. Saya nak keluar kejap,”
“Awak nak jumpa
client ke?”
“Bukan client.
Saya nak jumpa orang yang cari pasal dengan saya. Saya nak settlekan mana yang
patut,” jelas Datuk Naqem.
“Ish awak ni.
Nampak macam serius je,” ujar Datin Ei’syah berkerut. Datuk Naqem memandang
tepat ke wajah isterinya.
“Awak tengok
muka saya ni. Ada muka main-main ke?” tegas nada Datuk Naqem. Datin Ei’syah
menggeleng.
“Awak pernah
dengar tak? Kelebihan orang yang meninggal pada bulan Ramadhan?” soal Datuk Naqem.
Kali ini, Datin Ei’syah mengangguk.
“Awak nampak tak
mana saya letak pistol saya?” soalan Datuk Naqem kali ini menambahkan lagi
gemuruh Datin Ei’syah.
“Awak nak buat
apa ni sebenarnya?” soal Datin Ei’syah inginkan kepastian. Datuk Naqem hanya
diam sambil membuka laci almarinya.
“Hari ni, orang
yang cari pasal dengan saya akan terima padahnya,” ujar Datuk Naqem sambil
memasukkan peluru ke dalam pistol peribadinya. Datin Ei’syah bertambah serabut
memikirkan keadaan suaminya. Nama pertama yang terlintas di kepalanya, Adhan!
Bersambung…
Terima
kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerpen bersiri TIADA
SEMANIS KURMA. Sebagai menghargai kesudian korang membaca TIADA SEMANIS
KURMA, aku juga mengadakan peraduan TIADA SEMANIS KURMA.
Cara untuk menyertai:
- Pastikan korang mempunyai akaun Facebook yang asli.
- Like Facebook Falihinjasmy.blogspot.com
- Satu soalan akan dikeluarkan pada setiap siri/episod TIADA SEMANIS KURMA di Facebook Falihinjasmy.blogspot.com selepas siri/episod TIADA SEMANIS KURMA disiarkan di blog Falihinjasmy.blogspot.com
- Jawab soalan tersebut dengan pantas dan tepat. Markah akan diberikan kepada 10 orang yang memberi jawapan yang tepat dan pantas dengan mengikut susunan menurun. Contoh: orang pertama yang menjawab dengan betul, dapat 10 markah, kedua 9 markah, ketiga 8 markah dan seterusnya.
- Markah akan dikumpul sehingga cerpen bersiri ini tamat. 10 pemenang dengan markah terkumpul tertinggi akan mendapat hadiah misteri dari Falihinjasmy.blogspot.com. Semakin kerap korang membaca dan mengikuti cerpen TIADA SEMANIS KURMA, semakin tinggi peluang korang untuk menang.
- Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pindaan adalah di tangan pihak penganjur.
Untuk soalan TIADA SEMANIS KURMA : Kotak Kurma 4, sila klik link di bawah-
Selamat mencuba dan salam Ramadhan al-mubarak :)
No comments:
Post a Comment