Kotak Kurma 1
Adhan membuka
matanya walaupun terasa berat. Selimut di badannya ditarik ke bawah.
Perlahan-lahan dia cuba bangun dari tilam empuknya. Dilihat jam di dinding sudah pukul 10.30 pagi. Pantas
dia menyambar LG Prada di atas meja. Tiada mesej, tiada panggilan tidak
berjawab yang kelihatan di skrin LG Prada miliknya. Nada kecewa berbutir di hatinya.
Dengan langkah yang longlai, Adhan mencapai tuala dan keluar dari biliknya. Matanya yang seaakan berat untuk dibuka, bertambah berat lagi dengan
masalah yang melanda. Lalu dia membuka peti ais dan menuang susu rendah lemak
ke dalam gelas. Lalu disuakan gelas tersebut rapat ke bibirnya.
“Wei Adhan, kau
tu dah besar panjang pun tak tahu nak puasa ke? Nak kata kau period, kau
lelaki. Nak kau kata kau uzur, badan berketak-ketak!” jerkah Firmy. Hampir
terlepas gelas dari genggaman Adhan. Terkejut dengan reaksi Firmy.
“Ya Allah, aku terlupa la Fir. Hari ni 1 Ramadhan kan? Nasib baiklah kau
ingatkan, kalau tak tadi dah rezeki aku nak jamah susu ni,”
“Kau tak payah nak terlupa sangat la kan. Yang kau ni dah kenapa? Aku kejut
sahur bagai nak rak. Alarm handphone kau tu boleh kejut satu apartment pun kau
boleh tidur mati. Silap hari bulan, bom meletup sebelah
kau pun kau tak sedar. Apa masalah kau sebenarnya ni Adhan?” soal Firmy
inginkan kepastian.
“Aku bukannya
apa. Aku dah set dah alarm lepas balik terawih semalam. Aku baru baring kejap
dah terlelap. Sekarang baru bangun. Subuh aku pun dah terlepas,” kata Adhan
bernada kesal.
“Itulah kau. Kau
kalau puasa, solat jangan tinggal. Solat tu tiang agama tahu tak? Lain kali
bila aku kejut tu bangun la, tak payah nak liat sangat,” bebel Firmy. Adhan
terpaksa merelakan telinganya mendengar tazkirah percuma dari rakan serumahnya
itu.
“Baiklah ustaz
Firmy. Aku janji, lain kali tak buat lagi,” akur Adhan.
“Bagus, jangan
pandai janji saja. Janji harus ditepati,” ujar Firmy sambil mencapai kasut di
atas rak.
“Kau ni, dah
macam PM pulak. Janji ditepati bagai,” balas Adhan sinis. Firmy kembali
merenung tajam muka Adhan.
“Lantak kau lah
Adhan. Aku malas nak layan orang tak makan saman macam kau ni,”
“Memang la Fir.
Aku makan nasi kot. Makan saman mana nak kenyang. Duit aku yang keluar bayar
saman. Polis yang kenyang,” seloroh Adhan. Kali ini Firmy memang panas hati
dengan kata-kata Adhan.
“Ok lah bro,
sebelum kau berbuka dengan kasut saiz 8 aku ni, baik aku keluar dulu. Aku nak
pergi jumpa client. Kau jadi tak pergi ziarah kubur ibu kau?” soal Firmy. Hati
Adhan mula berdebar. Persoalan yang tidak dijangka keluar dari mulut Firmy.
Adhan hanya mampu mengangguk kepalanya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kelihatan
seorang lelaki tua sedang leka memberi makanan kepada ayam-ayam yang
berkeliaran di halaman rumah. Dibelakangnya, masih berdiri lagi sebuah rumah
usang hasil titik peluhnya 40 tahun yang lalu. Kini hanya tinggal kenangan
manis yang silih berganti bermain di fikirannya.
“Assalammualaikum
Pak Ngah. Bagi ayam makan ke?” sapa Mak Leha yang kebetulan lalu di hadapan
rumah Pak Ngah untuk pergi ke kebunnya.
“Waalaikumussalam
Leha. Kau nampak aku tengah bagi makan gajah ke? Dah tahu tanya lagi,” keluh Pak Ngah.
Tersentap Mak Leha.
“Alah Pak Ngah
ni. Orang saja je nak menyapa. Leha tengok Pak Ngah ni, dah makin uzur dah.
Puasa ke tak hari ni?” soal Mak Leha sambil membetulkan tudungnya.
“Aku nampak je
macam ni Leha, tapi kederat aku masih ada. Aku masih lagi mampu menahan lapar dan
dahaga. Bukannya aku buat apa pun kat rumah ni,” balas Pak Ngah.
“Itulah. Leha
pun teringin sangat nak tanya. Bukan nak jaga tepi kain Pak Ngah la kan. Tapi sebagai
jiran sekampung, Leha nak juga ambil berat dengan apa yang berlaku dengan
jiran-jiran Leha termasuklah Pak Ngah ni,”
“Kau nak tanya
apa Leha? Terus terang je la,”
“Saya musykil la Pak Ngah. Anak kesayangan Pak Ngah
tu tak pernah balik ke? Dah lama rasanya dia habis belajar kan? Tak kan tak pernah
jenguk Pak Ngah kat kampung ni? Dia takde bagi duit belanja ke kat Pak Ngah ke?
Dulu Pak Ngah bukan main sanjung lagi anak kesanyangan Pak Ngah tu. Sekarang
dah berjaya, batang hidung pun tak nampak,” ujar Mak Leha inginkan kepastian.
Pak Ngah tertunduk. Diam seribu bahasa.
“Kalau soalan ni
yang kau nak tanya, baik kau langkah kaki kau, keluar dari laman rumah aku.
Baik kau pergi kutip sayur kat kebun kau tu. Sebelum aku batal puasa marahkan
kau, baik kau balik Leha. Kau jangan sebut lagi nama budak tu,” tegas Pak Ngah
sambil merenung tepat ke arah Mak Leha lalu mencampakkan mangkuk berisi bertih
jagung ke tanah. Mak Leha terkesima. Tanpa membuang masa, Mak Leha pantas
mengatur langkah keluar dari halaman rumah Pak Ngah.
“Astagfirullahalazim,”
beristighfar Pak Ngah dengan tindakannya sebentar tadi. Mangkuk bertih jagung
yang dilempar sebentar tadi dikutip kembali. Dihalakan mukanya ke langit sambil
menadah tangan.
“Kau ampunkan
lah dosa ku dan dosa anak ku ya Allah...” rintih hati Pak Ngah lalu diraup ke
dua tapak tangannya ke mukanya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Amboi Theera.
Bukan main melilit shawl kau tu ha? Dah berapa layer dah kau belit tu? Ni mesti
nak keluar dengan Adhan kan?” soal Wirza inginkan kepastian.
“Kau jangan
sebut nama lelaki tu lagi boleh tak? Aku dah muak dengar nama dia. Dah la bulan
ni bulan dia,” marah Theera sambil menyemat pin di kepalanya.
“Kau ni, kalau ye pun benci kat dia, jangan la benci sekali bulan yang
mulia ni. Tak berkat kau berlapar dari pagi sampai ke malam tahu tak,” ujar
Wirza.
“Bukan maksud
aku macam tu. Kau memang suka kan split words aku. Aku dah menyampah lah dengan
si Adhan tu. Saje nak buat aku marah first day puasa,” rungut Theera. Berkerut
dahinya.
“Cube kau cerita
sikit. Apa yang dah Adhan tu buat kat kau. Ni tak, main sembur je. Meh story
kat aku meh. Mane tahu aku boleh tolong,” pujuk Wirza cuba meneutralkan
keadaan.
“Kau tahu kan
yang aku ni dah 25 tahun. Dah
kira tua tahu tak. Mana sanggup aku nak tunggu lagi 4 tahun? Kalau lagi 4 tahun
baru aku nak kahwin, umur aku dah 29 tahun tahu tak? Habis bila masa aku nak
mengandung lagi, bila masa aku nak beranak lagi. Mana aku larat nak tunggu 4
tahun lagi Wirza. Aku ni pun manusia biasa jugak. Mana
datang dulu, aku rembat je la,” jelas Theera.
“Oh, maksud kau.
Si Adhan tu kata lagi 4 tahun
baru korang akan kahwin? Umur dia berapa sekarang?”
“26,”
“Ha, ok la tu. Lagi 4 tahun baru umur dia 30. Baru
matured nak pimpin keluarga. Kau mana tahu dia nak stabilkan ekonomi dia dulu.
Kau pernah tanya?” soal Wirza kembali.
“Pernah.
Tapi
jawapan dia tetap sama. Tunggu lah dulu, nantilah dulu...tengoklah dulu.
Aku
dah jelak dengan jawapan si Adhan tu Wirza. Aku bukan apa. Kalau nak
kahwin,
papa aku boleh support semuanya. Dari kenduri sampailah ke hantaran.
Kenapa dia tak nak pulak? Orang dah offer, dia yang jual mahal pulak,”
keluh Theera
sambil menghenyakkan tubuhnya di sofa. Pendingin hawa tidak lagi dapat
menyejukkan hatinya.
“Kau tak boleh
pukul rata Theera. Si Adhan
tu mesti fikir yang dia ada maruah sebagai seorang lelaki. Dia tak mahu lah
papa kau sponsor semuanya. Dia nak pinang kau, dialah yang kene cari duit
sendiri. Even papa kau Datuk, tapi dia still nak
buktikan yang dia mampu untuk tanggung makan pakai kau. Kau pun satu. Dah la
kategori wanita ‘high maintenance’. Mana la larat nak tanggung,” sinis Wirza.
“Hello, aku pun
kerja jugak ok. Aku beli semua yang aku pakai ni guna duit gaji aku. So, tak
payah nak kata aku ni wanita ‘high maintenance’. Si Adhan tu je yang tak
faham,” ujar Theera sambil mengjegilkan matanya.
“Dia yang tak
faham kau ke, or kau yang tak faham dia?” soal Wirza sekali lagi. Theera
benar-benar panas hati dengan persoalan yang diajukan Wirza.
“Hello, dia tu
yang tak pandai simpan duit. Pakai phone nak canggih-manggih. Baju bukan main
branded lagi,”
“Ala, tu semua nak jaga penampilan dia di sisi kau. Baru la nampak enggang
sama enggang,” sinis Wirza sekali lagi.
“Cukup Wirza. Aku
malas nak bertekak dengan kau. Buat kurang pahala puasa aku je. Nanti buka
puasa tak payah tunggu aku. Aku buka puasa kat luar,”
“Dengan Adhan
ke?” soal Wirza. Theera hanya menggeleng.
“Baik kau cakap
dengan siapa. Nanti kalau si Adhan tu tanya aku, tak payah aku nak tipu. Lagi pun puasa mana boleh tipu,” ujar
Wirza mahu mengorek rahsia Theera.
“Adalah,”
ringkas balasan Theera sambil mengenakan kasut tumit tingginya yang bewarna
cili merah menyala. Sepadan dengan shawl yang dipakainya.
“Ok, nanti aku
pandai-pandai lah jawab kau berbuka dengan boyfriend baru. Ok?” ujar Wirza
mahukan persetujuan.
“Ok jugak tu,”
balas Theera lalu membuka pintu rumah yang tidak rapat dari tadi. Terkejut
dibuatnya tatkala tubuh yang begitu dikenalinya berdiri di hadapan pintu sambil
melirikkan senyuman sinis.
“Dah habis
mengumpat pasal I?”
“Erkkkk...”
Bersambung…
Terima
kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerpen bersiri TIADA
SEMANIS KURMA. Sebagai menghargai kesudian korang membaca TIADA SEMANIS
KURMA, aku juga mengadakan peraduan TIADA SEMANIS KURMA.
Cara untuk menyertai:
- Pastikan korang mempunyai akaun Facebook yang asli.
- Like Facebook Falihinjasmy.blogsopt.com
- Satu soalan akan dikeluarkan pada setiap siri/episod TIADA SEMANIS KURMA di Facebook Falihinjasmy.blogsopt.com selepas siri/episod TIADA SEMANIS KURMA disiarkan di blog Falihinjasmy.blogsopt.com
- Jawab soalan tersebut dengan pantas dan tepat. Markah akan diberikan kepada 10 orang yang memberi jawapan yang tepat dan pantas dengan mengikut susunan menurun. Contoh: orang pertama yang menjawab dengan betul, dapat 10 markah, kedua 9 markah, ketiga 8 markah dan seterusnya.
- Markah akan dikumpul sehingga cerpen bersiri ini tamat. 10 pemenang dengan markah terkumpul tertinggi akan mendapat hadiah misteri dari Falihinjasmy.blogspot.com. Semakin kerap korang membaca dan mengikuti cerpen TIADA SEMANIS KURMA, semakin tinggi peluang korang untuk menang.
- Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pindaan adalah di tangan pihak penganjur.
Untuk soalan TIADA SEMANIS KURMA : Kotak Kurma 1, sila klik link di bawah-
Selamat mencuba dan salam Ramadhan al-mubarak :)
2 comments:
wahh cerpen sempena ramadhan ye :)
@Ardini Humairayup...thanks sebab sudi bace :)
Post a Comment