Kotak Kurma 6
Suara Adhan sudah lagi tidak kedenganaran. Qaish
cuba membisikkan kalimah syahadah di telingan Adhan. Orang ramai yang berada di
kawasan tempat letak kereta mula mengerumuni, ingin melihat apa yang berlaku.
Ada di antara mereka yang cuba mendapatkan bantuan. Namun, segalanya sudah
terlambat.
“Adhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!”
jerit Qaish sekuat hati.
“Pak cik, oh pak
cik. Kita dah sampai KL ni,” ujar pemandu bus ekspress sambil mencuit bahu Pak
Ngah. Pak Ngah tersedar, matanya digosok. Mengucap panjang dia. Semuanya hanya
mainan mimpi sahaja.
“Encik, ni dekat
mana?” tanya Pak Ngah.
“Ni kat Puduraya
pak cik. Pak cik nak ke mana sebenarnya? Nampak macam pertama kali datang KL
ni,” soal pemandu itu lagi. Pak Ngah mengangguk. Di ambilnya kertas di dalam
saku bajunya.
“Pak cik nak
pergi rumah anak pak cik. Ini alamatnya,” ujar Pak Ngah sambil menghulurkan
kertas kepada pemandu bas tersebut.
“Oh, saya tahu
alamat ni. Macam ni pak cik, saya punya shift hari ni dah habis. Esok pagi baru
saya bawak bus balik. Apa kata kalau pak cik ikut saya balik, nanti saya boleh
tunjukkan rumah anak pak cik ni,” pelawa pemandu bus tersebut dengan nada penuh
mesra.
“Tak apa lah
nak. Menyusahkan kamu je,”
“Apa yang
susahnya pak cik. Lagipun tak salah kita tolong orang dalam kesusahan. Hari ini hari pak cik, esok lusa siapa
yang tahu,”
“Kalau kamu dah kata macam tu, pak cik ikutkan saja. Nama anak ni siapa?”
“Orang panggil saya Amad. Nama pak cik siapa?” soal Amad.
“Panggil saja Pak Ngah. Orang kampung semua panggil Pak Ngah. Dari dulu
sampailah sekarang,” ujar Pak Ngah sambil mengagkat begnya.
“Eh Pak Ngah, biar saya tolong angkatkan beg Pak Ngah tu,” ujar Amad lalu
mengambil beg Pak Ngah dan terus dibawanya keluar dari bas.
“Kalau tak
keberatan, boleh saya tahu nama anak Pak Ngah ni?” soal Amad ingin tahu.
“Nama dia
Ramadhan. Dari kecil pak cik panggil Adhan,” ujar Pak Ngah. Amad terkesima
seketika. Fikirannya mula menyatakan sesuatu.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Theera sedang
menangis teresak-esak di sisi katil. Datin Ei’syah cuba menenangkan anaknya
itu. Qaish dan Hjh Jamilah sedang membacakan Yassin buat Adhan yang sedang
koma. Mata Qaish sudah mula bergenang. Sayu suaranya membacakan surah Yassin. Firmy
baru sahaja selesai bertemu dengan Doktor yang merawat Adhan.
“Macam mana Fir?
Apa kata doktor?” soal Theera ingin tahu. Walaupun Adhan hanyalah bekas
tunangnya, namun memang sukar dia memadam nama Adhan dari lubuk hatinya. Firmy
memandang wajah-wajah yang berada di dalam wad. Theera, Datin Ei’syah, Qaish
dan uminya. Ditarik nafasnya dalam-dalam. Jelas riak wajahnya menunjukkan rasa
kesedihan. Langit di luar mula berarak mendung dan akhirnya rintik-rintik hujan
turun, seakan menangisi apa yang telah berlaku.
“Doktor kata
keadaan Adhan memang kritikal. Peluru tersebut hampir terkena jantungnya. Mujur
kita Adhan cepat medapat rawatan dan pembedahan,” jelas Firmy.
“Habis Adhan ada
peluang untuk hidup atau tidak?” soal Qaish.
“Doktor kata,
50-50. Bergantung kepada tubuh Adhan untuk melawan kesakitan. Kita hanya mampu
berserah kepada Allah. Doakan yang terbaik buat Adhan,” ujar Firmy sambil
menatap wajah Adhan yang terbujur kaku di atas katil.
“Theera tak sangka perkara macam ni boleh jadi pada Adhan. Siapa yang tergamak nak buat perkara macam ni? Setahu Theera, Adhan
tak pernah ada musuh dengan orang,” ujar nada sebak Theera. Air matanya yang
dari tadi mengalir mula kering.
“Semua ni salah
saya,” ujar Qaish. Kata-katanya membuatkan semua mata memandang tepat ke
arahnya. Hjh Jamilah mengerutkan dahinya.
“Kalau Adhan tak
tolong saya hantarkan kurma ke kereta, pasti perkara ni tak akan terjadi,” ujar
Qaish sambil meletakkan Yassin di atas meja sisi.
“Bukan Qaish.
Ini bukan salah awak. Kebetulan sahaja awak beli kurma dari kami, dan sudah
ditakdirkan Adhan mahu menolong awak mengangkat kurma ke kereta awak. Saya
rasa, semua ini takdir Allah. Mungkin ada hikmah disebaliknya,” ujar Firmy cuba
menenangkan keadaan. Datin Ei’syah mula gelisah. Hatinya mula berdebar. Dia
tahu perkara yang berlaku disebaliknya. Cuma mulutnya saja berat untuk
berkata-kata.
“Tapi, Theera
dapat rasakan. Ada sesuatu yang sudah dirancang di sebalik apa yang telah
berlaku. Kita tak tahu, hati budi orang. Nampak sahaja bertudung litup. Hati berselindung
disebaliknya. Baik buruk kita tak tahu,” ujar Theera melemparkan tuduhan.
“Awak nak kata
sayalah yang rancang semua ini?” soal Qaish. Matanya tepat memandang ke arah
Theera.
“Saya tak kata
awak. Kenapa awak nak terasa?” balas Theera dengan nada menjengkelkan.
“Habis siapa
lagi yang bertudung litup dalam wad ni? Bulan Ramadhan, bulan yang mulia. Sanggup
awak tuduh orang sebarangan, ” ujar Qaish cuba mempertahankan dirinya.
“Terpulang
kepada sesiapa yang menilai,” ringkas Theera.
“Sudah, tak baik
nak tuding jari. Cukup. Ini semua
Qada’ dan Qadar Allah. Kalau cik Theera nak terus
salahkan anak saya. Saya mohon beransur,” ujar Hjh Jamilah sambil menarik
tangan Qaish, membawanya keluar dari bilik wad. Firmy hanya terdiam membisu.
Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Datin Ei’syah mula gelisah. Dia juga
meninggalkan wad berkenaan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Datuk Naqem
meletakkan pistolnya di dalam dash board. Dia menghembus panjang nafasnya. Peluh di dahinya
dikesat. Volkswagen Passat miliknya diletak di bawah garaj. Blackberrynya
berbunyi. Kelihatan nama isterinya di skrin.
“Waalaikummusalam,” jawab Datuk Naqem sebaik sahaja mengangkat panggilan
isterinya.
“Abang dekat
mana ni?” soal Datin Ei’syah. Datuk Naqem mula berdebar. Dia seakan tahu soalan
yang bakal diajukan oleh isterinya itu.
“Saya dekat
rumah lah. Baru je sampai,”
“Abang, baik
abang mengaku. Abang ke yang lakukan semua ini?” soal Datin Ei’syah serius.
Datuk Naqem mula panik. Suaranya mula tersekat.
“Err…..sebenarnya….”
Bersambung…
Terima
kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerpen bersiri TIADA
SEMANIS KURMA. Sebagai menghargai kesudian korang membaca TIADA SEMANIS
KURMA, aku juga mengadakan peraduan TIADA SEMANIS KURMA.
Cara untuk menyertai:
- Pastikan korang mempunyai akaun Facebook yang asli.
- Like Facebook Falihinjasmy.blogspot.com
- Satu soalan akan dikeluarkan pada setiap siri/episod TIADA SEMANIS KURMA di Facebook Falihinjasmy.blogspot.com selepas siri/episod TIADA SEMANIS KURMA disiarkan di blog Falihinjasmy.blogspot.com
- Jawab soalan tersebut dengan pantas dan tepat. Markah akan diberikan kepada 10 orang yang memberi jawapan yang tepat dan pantas dengan mengikut susunan menurun. Contoh: orang pertama yang menjawab dengan betul, dapat 10 markah, kedua 9 markah, ketiga 8 markah dan seterusnya.
- Markah akan dikumpul sehingga cerpen bersiri ini tamat. 10 pemenang dengan markah terkumpul tertinggi akan mendapat hadiah misteri dari Falihinjasmy.blogspot.com. Semakin kerap korang membaca dan mengikuti cerpen TIADA SEMANIS KURMA, semakin tinggi peluang korang untuk menang.
- Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pindaan adalah di tangan pihak penganjur.
Untuk soalan TIADA SEMANIS KURMA : Kotak Kurma 6, sila klik link di bawah-
Selamat mencuba dan salam Ramadhan al-mubarak :)
No comments:
Post a Comment