Pages

V.I.P BLOG KU

Friday, August 17, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 9 (AKHIR)



Kotak Kurma 9



Adhan masih lagi terlantar di atas katil tidak sedarkan diri. Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya, syawal pula bakal menjelma. Nampaknya Ramadhan kali ini benar- benar menduga kehidupan Adhan. Kelihatan pintu wad ditolak perlahan. Datuk Naqem melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam wad, tidak mahu kehadirannya diketahui sesiapa. Dengan memakai topeng muka, Datuk Naqem meluru menuju ke arah Adhan. Peluh mula membasahi muka Datuk Naqem. Dia sudah nekad untuk melakukannya. Wayar yang menjadi penyambung hayat Adhan dicabut. Nadi Adhan semakin lemah. Adhan cuba membuka matanya, badannya terasa amat berat. 

“Sayang bangun sayang. Mandi dan terus bersiap. Kita nak pergi solat raya ni. Papa dan mama pun tengah bersiap,” ujar Theera sambil mengusap lembut rambut suaminya terasa peluh membasahi rambut Adhan. Adhan membuka matanya. Lalu dia tersenyum melihat wajah ayu Theera. Mukanya diraup dengan tangannya.

“Ya, Allah. Abang hidup lagi Theera. Abang hidup lagi! Alhamdulillah,” ujar Adhan penuh teruja. Theera memandang suaminya pelik. 

“Ya, alhamdulillah abang hidup lagi,” ujar Theera sambil memegang tangan Adhan. 

“Abang mimpi abang mati Theera,” ujar Adhan dengan nada hiba.

“Ya Allah. Apa yang abang cakap ni? Sudah-sudah. Itu semua mainan tidur abang je. Tu lah, lepas solat Subuh orang suruh siap. Ini tidak, abang boleh sambung tidur balik. Ni tuala siap berbelit kat kaki abang,” ujar Theera.

“Eh ye ke? Kejap je abang tidur, macam-macam dah abang mimpi Theera,”

“Sudah, bangun bang. Karang papa dengan mama dah siap, abang tak siap lagi. Cepat la bang,” paksa Theera sambil menarik tangan suaminya.

“Ye lah. Ye lah….abang nak bangun la ni,” ujar Adhan sambil mengucup pipi isterinya.

“Abang, Theera nak mintak maaf atas segala salah dan silap Theera selama kita berkahwin,”

“Ish awak ni. Biarlah siap-siap dulu, pakai baju raya. Baru mintak maaf. Abang tak mandi lagi ni. Busuk ni ha,”

“Ye lah. Abang pergi mandi, Theera nak tolong mama dekat dapur. Theera dah masak dah makanan kegemaran abang, sate goreng. Mesti abang suka punya,” ujar Theera. Adhan hanya tersenyum.

“Ish, tak sabar lah abang nak rasa sate goreng versi Theera,” ujar Adhan sambil memicit hidung isterinya. 



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Takbir raya berkumandang, menghiasi alam yang terbentang luas. Bersahutan di serata pelusuk dunia. 1 Syawal tiba, menandakan hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Tapi hati Adhan sayu setelah umi dan ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan pada hari raya tahun lalu. Yang tinggal hanya adik kandungnya, Qaish Awal, yang kini sudah mendirikan rumah tangga bersama Dr. Thaqief. 

“Apa yang abang menungkan tu bang?” soal Theera sebaik sahaja keluar dari masjid. Ayu wajahnya mengenakan tudung bewarna putih susu, sedondon dengan baju suaminya. 

“Abang terkenangkan arwah umi dan ayah. Abang rasa sayu bila umi dan walid muncul dalam mimpi abang subuh tadi,”

“Itu semua mainan tidur abang. Ada yang betul ada yang tidak. Papa mana bang?”

“Papa ada kat dalam lagi. Tengah bersalam dengan kawan-kawan papa. Mama Theera mana?”

“Mama pergi toilet kejap,” 

“Kalau macam tu, abang tunggu kat kereta dulu. Theera tunggu papa dengan mama dekat sini. Nanti kita pergi ziarah kubur arwah umi dan ayah. Abang rindulah pada mereka,” ujar Adhan, meluahkan rasa rindu yang terbuku dalam hatinya.

“Baiklah abang. Nanti Theera, papa dan mama akan menyusul. Abang pergilah dulu,” ujar Theera sambil melirikkan senyuman. Adhan membalas senyuman Theera dan berlalu pergi menuju kereta yang diletakkan di tepi jalan. Kelibat Firmy kelihatan di seberang jalan sebaik sahaja Adhan sampai ke kereta Swift biru milikya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan bekas teman serumahnya itu.

“Fir! Firmy!” jerit Adhan sambil melambaikan tangan. Namun Firmy tidak perasan dengan jeritannya. Adhan terus melangkah menyeberangi jalan dan tanpa diduga….

“Ya Allah Adhan!!!” jerit Firmy sebaik terlihat sebujur tubuh tercampak di depan matanya akibat hentaman kuat dari lori yang sedang dipandu laju. Firmy pantas mendapatkan Adhan. Darah pekat mula mengalir, mula menukar warna baju yang dipakainya. Orang ramai yang baru keluar dari masjid mula mengerumuni jalan. Ada yang mengawal aliran trafik. 

“Kenapa tu bang? Kenapa orang duk kerumun ramai-ramai kat jalan tu bang?” soal Datin Ei’syah pelik.

“Entahlah, mana abang tahu,” ujar Datuk Naqem.

“Jom mama, papa. Kita pergi tengok apa yang berlaku,” ujar Theera sambil melangkah laju menuju ke kawasan kejadian. Degupan jantungnya seaakan terhenti tatkala melihat tubuh yang terbujur kaku dengan darah merah pekat mengalir itu adalah suaminya sendiri yang dipangku Firmy. Tanpa sedar, air mata Theera mula mengalir lalu dia mendapatkan suaminya. Dikucup dahi Adhan yang kini tidak lagi bernyawa. 

“Abang, jangan tinggalkan Theera abang,” ujar Theera sambil meratapi pemergian mengejut suaminya. Terngiang kata-kata Adhan sebentar tadi yang dia rindu pada arwah umi dan ayahnya. Mungkin itulah petandanya, getus hati Theera. 

“Sabar Theera, setiap yang hidup itu pasti akan mati. Ini semua Qada’ dan qadar Allah,” ujar Firmy yang cuba menenangkan keadaan.

“Tanpa Adhan dalam hidup aku Firmy, tiada semanis kurma. Hidup aku rasa kosong Fir,” ujar Theera sambil ditenangkan Datin Ei’syah dan Datuk Naqem.

“Walau tiada semanis kurma, kita patut bersyukur kerana masih lagi dapat menikmati khasiatnya Theera. Allah lebih sayangkan Adhan. Redhakanlah pemergian Adhan, Theera. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” ujar Firmy.





Tamat.




Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerpen bersiri TIADA SEMANIS KURMA. Sebagai menghargai kesudian korang membaca TIADA SEMANIS KURMA, aku juga mengadakan peraduan TIADA SEMANIS KURMA. 


Cara untuk menyertai:

  1. Pastikan korang mempunyai akaun Facebook yang asli.
  2. Like Facebook Falihinjasmy.blogspot.com
  3. Satu soalan akan dikeluarkan pada setiap siri/episod TIADA SEMANIS KURMA di Facebook Falihinjasmy.blogspot.com selepas siri/episod TIADA SEMANIS KURMA disiarkan di blog Falihinjasmy.blogspot.com
  4. Jawab soalan tersebut dengan pantas dan tepat. Markah akan diberikan kepada 10 orang yang memberi jawapan yang tepat dan pantas dengan mengikut susunan menurun. Contoh: orang pertama yang menjawab dengan betul, dapat 10 markah, kedua 9 markah, ketiga 8 markah dan seterusnya.
  5. Markah akan dikumpul sehingga cerpen bersiri ini tamat. 10 pemenang dengan markah terkumpul tertinggi akan mendapat hadiah misteri dari Falihinjasmy.blogspot.com. Semakin kerap korang membaca dan mengikuti cerpen TIADA SEMANIS KURMA, semakin tinggi peluang korang untuk menang.
  6. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pindaan adalah di tangan pihak penganjur.



Untuk soalan TIADA SEMANIS KURMA : Kotak Kurma 9, sila klik link di bawah-




Selamat mencuba dan salam Ramadhan al-mubarak :)


1 comment:

mizz_pua said...

mimpi je semua tue . hahahahaa

ShareThis