Kotak Kurma 9
Adhan masih lagi
terlantar di atas katil tidak sedarkan diri. Ramadhan semakin sampai ke
penghujungnya, syawal pula bakal menjelma. Nampaknya Ramadhan kali ini benar-
benar menduga kehidupan Adhan. Kelihatan pintu wad ditolak perlahan. Datuk
Naqem melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam wad, tidak mahu kehadirannya diketahui sesiapa.
Dengan memakai topeng muka, Datuk Naqem meluru menuju ke arah
Adhan. Peluh mula membasahi muka Datuk Naqem. Dia sudah nekad untuk
melakukannya. Wayar yang menjadi penyambung hayat Adhan dicabut. Nadi Adhan
semakin lemah. Adhan cuba membuka matanya, badannya terasa amat berat.
“Sayang bangun
sayang. Mandi dan terus
bersiap. Kita nak pergi solat raya ni. Papa dan mama
pun tengah bersiap,” ujar Theera sambil mengusap lembut rambut suaminya terasa peluh membasahi rambut Adhan. Adhan
membuka matanya. Lalu dia tersenyum melihat wajah ayu Theera. Mukanya diraup
dengan tangannya.
“Ya, Allah.
Abang hidup lagi Theera. Abang hidup lagi! Alhamdulillah,” ujar Adhan penuh
teruja. Theera memandang suaminya pelik.
“Ya, alhamdulillah abang hidup lagi,” ujar Theera sambil memegang tangan Adhan.
“Abang mimpi
abang mati Theera,” ujar Adhan dengan nada hiba.
“Ya Allah. Apa
yang abang cakap ni? Sudah-sudah. Itu semua mainan tidur abang je. Tu lah, lepas solat
Subuh orang suruh siap. Ini tidak, abang boleh sambung tidur balik. Ni tuala siap berbelit
kat kaki abang,” ujar Theera.
“Eh ye ke? Kejap
je abang tidur, macam-macam dah abang mimpi Theera,”
“Sudah, bangun
bang. Karang papa dengan mama dah siap, abang tak siap lagi. Cepat la bang,”
paksa Theera sambil menarik tangan suaminya.
“Ye lah. Ye
lah….abang nak bangun la ni,” ujar Adhan sambil mengucup pipi isterinya.
“Abang, Theera
nak mintak maaf atas segala salah dan silap Theera selama kita berkahwin,”
“Ish awak ni.
Biarlah siap-siap dulu, pakai baju raya. Baru mintak maaf. Abang tak mandi lagi
ni. Busuk ni ha,”
“Ye lah. Abang
pergi mandi, Theera nak tolong mama dekat dapur. Theera dah masak dah makanan
kegemaran abang, sate goreng. Mesti abang suka punya,” ujar Theera. Adhan hanya
tersenyum.
“Ish, tak sabar
lah abang nak rasa sate goreng versi Theera,” ujar Adhan sambil memicit hidung
isterinya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Takbir raya
berkumandang, menghiasi alam yang terbentang luas. Bersahutan di serata pelusuk dunia. 1 Syawal tiba,
menandakan hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan
Ramadhan. Tapi hati Adhan sayu setelah umi dan ayahnya meninggal dunia dalam
kemalangan pada hari raya tahun lalu. Yang tinggal hanya adik kandungnya, Qaish
Awal, yang kini sudah mendirikan rumah tangga bersama Dr. Thaqief.
“Apa yang abang
menungkan tu bang?” soal Theera sebaik sahaja keluar dari masjid. Ayu wajahnya
mengenakan tudung bewarna putih susu, sedondon dengan baju suaminya.
“Abang terkenangkan
arwah umi dan ayah. Abang rasa sayu bila umi dan walid muncul dalam mimpi abang
subuh tadi,”
“Itu semua
mainan tidur abang. Ada yang betul ada yang tidak. Papa mana bang?”
“Papa ada kat dalam lagi. Tengah bersalam dengan kawan-kawan papa. Mama Theera mana?”
“Mama pergi toilet kejap,”
“Kalau macam tu, abang tunggu kat kereta dulu. Theera tunggu papa dengan
mama dekat sini. Nanti kita pergi ziarah kubur arwah umi dan ayah. Abang
rindulah pada mereka,” ujar Adhan, meluahkan rasa rindu yang terbuku dalam
hatinya.
“Baiklah abang.
Nanti Theera, papa dan mama akan menyusul. Abang pergilah dulu,” ujar Theera
sambil melirikkan senyuman. Adhan membalas senyuman Theera dan berlalu pergi
menuju kereta yang diletakkan di tepi jalan. Kelibat Firmy kelihatan di
seberang jalan sebaik sahaja Adhan sampai ke kereta Swift biru milikya. Sudah
lama dia tidak berjumpa dengan bekas teman serumahnya itu.
“Fir! Firmy!”
jerit Adhan sambil melambaikan tangan. Namun Firmy tidak perasan dengan
jeritannya. Adhan terus melangkah menyeberangi jalan dan tanpa diduga….
“Ya Allah Adhan!!!”
jerit Firmy sebaik terlihat sebujur tubuh tercampak di depan matanya akibat
hentaman kuat dari lori yang sedang dipandu laju. Firmy pantas mendapatkan Adhan. Darah
pekat mula mengalir, mula menukar warna baju yang dipakainya. Orang ramai yang baru keluar
dari masjid mula mengerumuni jalan. Ada yang mengawal aliran trafik.
“Kenapa tu bang? Kenapa orang duk kerumun ramai-ramai kat jalan tu bang?” soal
Datin Ei’syah pelik.
“Entahlah, mana
abang tahu,” ujar Datuk Naqem.
“Jom mama, papa.
Kita pergi tengok apa yang berlaku,” ujar Theera sambil melangkah laju menuju
ke kawasan kejadian. Degupan jantungnya seaakan terhenti tatkala melihat tubuh
yang terbujur kaku dengan darah merah pekat mengalir itu adalah suaminya
sendiri yang dipangku Firmy. Tanpa sedar, air mata Theera mula mengalir lalu dia mendapatkan suaminya. Dikucup
dahi Adhan yang kini tidak lagi bernyawa.
“Abang, jangan
tinggalkan Theera abang,” ujar Theera sambil meratapi pemergian mengejut
suaminya. Terngiang kata-kata Adhan sebentar tadi yang dia rindu pada arwah umi dan
ayahnya. Mungkin itulah petandanya, getus hati Theera.
“Sabar Theera,
setiap yang hidup itu pasti akan mati. Ini semua Qada’ dan qadar Allah,” ujar
Firmy yang cuba menenangkan keadaan.
“Tanpa Adhan
dalam hidup aku Firmy, tiada semanis kurma. Hidup aku rasa kosong Fir,” ujar
Theera sambil ditenangkan Datin Ei’syah dan Datuk Naqem.
“Walau tiada
semanis kurma, kita patut bersyukur kerana masih lagi dapat menikmati khasiatnya Theera.
Allah lebih sayangkan Adhan. Redhakanlah pemergian Adhan, Theera. Semoga rohnya
dicucuri rahmat,” ujar Firmy.
Tamat.
Terima
kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerpen bersiri TIADA
SEMANIS KURMA. Sebagai menghargai kesudian korang membaca TIADA SEMANIS
KURMA, aku juga mengadakan peraduan TIADA SEMANIS KURMA.
Cara untuk menyertai:
- Pastikan korang mempunyai akaun Facebook yang asli.
- Like Facebook Falihinjasmy.blogspot.com
- Satu soalan akan dikeluarkan pada setiap siri/episod TIADA SEMANIS KURMA di Facebook Falihinjasmy.blogspot.com selepas siri/episod TIADA SEMANIS KURMA disiarkan di blog Falihinjasmy.blogspot.com
- Jawab soalan tersebut dengan pantas dan tepat.
Markah akan diberikan kepada 10 orang yang memberi jawapan yang tepat
dan pantas dengan mengikut susunan menurun. Contoh: orang pertama yang
menjawab dengan betul, dapat 10 markah, kedua 9 markah, ketiga 8 markah
dan seterusnya.
- Markah akan dikumpul sehingga cerpen bersiri ini tamat. 10 pemenang dengan markah terkumpul tertinggi
akan mendapat hadiah misteri dari Falihinjasmy.blogspot.com. Semakin
kerap korang membaca dan mengikuti cerpen TIADA SEMANIS KURMA, semakin
tinggi peluang korang untuk menang.
- Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pindaan adalah di tangan pihak penganjur.
Untuk soalan TIADA SEMANIS KURMA : Kotak Kurma 9, sila klik link di bawah-
Selamat mencuba dan salam Ramadhan al-mubarak :)