Pages

V.I.P BLOG KU

Monday, July 1, 2013

FINAL AFC FOODIE FACE-OFF 2013 KUALA LUMPUR!

Assalammualaikum readers dan salam 1 dunia...



"PENGALAMAN YANG SANGAT BERHARGA"






Ok, first of all, terima kasih bebanyak pada korang yang sudi vote hidangan aku sehingga layak menjadi TOP 50 dan seterusnya dipilih oleh juri untuk ke TOP 20 dan beraksi di final AFC FOODIE FACE-OFF 2013 yang telah berlangsung pada hari Sabtu yang lepas di The Cooking House, Desa Haratamas. Terima kasih juga buat junior aku, Faiz dan kakak-kakak beliau yang baik hati, yang sudi menemani aku dan Faiz dari pagi sampai lah ke malam.



Ok, back to the main point. Event ni actually start 10.30 pagi. Tapi delay about 1 hour sebab perkara yang tidak dapat dielakkan. Untuk final, ada 20 orang peserta yang dibahagikan kepada 2 kumpulan, 10 orang setiap kumpulan sebab ruang yang disediakan dapat memuatkan 10 orang peserta untuk memasak dalam satu-satu masa. Jadi, aku dapat no.8, kumpulan 1. Jury untuk final adalah selebriti chef yang cantik manis orangnya, Chef Anis Nabilah dan juga Chef Selebriti yang terkenal dengan rancangan 5 Rencah 5 Rasa, Chef Sherson Lian. Ada sorang peserta ni aku kenal masa masuk Masterchef Blogger 2 tahun lepas, kak Yati. Baik orangnya :)






FYI, yang masuk final ni, bukan calang-calang orang. Aku yang amatur ni kene berentap dengan chef, dengan culinary student (mostly dari Taylor), bakers, dan ada yang bergelar selebriti chef. So, what do you expect? Aku cakap dalam hati, just try my own best and if ada rezeki, adalah :)


Tema yang diberi untuk final ini adalah masakan Hari Raya dan akan disiarkan footage di AFC channel 703 masa hari raya nanti. Semua finalis perlu memasak dua hidangan yang bertemakan hari raya. 1 hidangan utama dan 1 lagi hidangan yang menggunakan Kellog's Cornflakes. For each dish, aku kene siapkan dalam masa 1 jam. Dengar macam lama...tapi bila dah berada dalam tu, rasa sekejap sangat...If salah percaturan, memang boleh tak sempat nak siapkan hidangan. FYI, semua barang untuk memasak adalah disediakan oleh penganjur mengikut resepi yang telah diberikan oleh peserta 5 hari sebelum final. 


Pendekkan cerita, inilah hidangan pertama aku. SATE LILIT LEBARAN WITH ALMOND SAUCE AND TANGY SALSA. Untuk resepi, nanti aku update next entry ye korang :)




So, masa untuk komen dari jury. Masa ni juga pihak AFC buat rakaman. Nervous gila. Kene present sikit apa yang aku dah masak. Then, dua-dua chef puji masakan aku tapi....Chef Sherson kata kuah kacang almond aku termanis sikit...kalau letak garam lagi sikit... memang umphhh... Chef Anis pulak,  dia kata aku kreatif sebab buat kuah kacang dari almond. dan dia memang suka sate lilit, tapi sate aku terkering sedikit..  if lebih juicy, maybe better. Both of them memang suka gila dengan tangy salsa aku sebab refershing. Tangy salsa yang aku buat ni ade timun jepun, mangga, tomato, bawang merah, garam gula dan perahan limau nipis :)






Then, after siap komen hidangan pertama, group 1 berehat untuk memberi laluan group 2 untuk memasak. Lepas group 2 siap memasak, group 1 masuk semula ke kitchen untuk menyiapkan hidangan ke-2 yang mesti menggunakan Kellogg's Cornflakes. 


Untuk hidangan kedua, aku mix dessert and savory. Nama hidangan ni, SPICY CRUNCHY AIDILFITRI WITH APPLE CINNAMON PUREE AND FRESH TARTAR SAUCE. Actually. resepi ni aku cipta khas dan inspired by kerepek ubi pedas dan kuih bipang. Untuk resepi, aku update later ye :)






Jury memang suka resepi kedua aku sebab sangat kreatif. Chef Sherson suka sebab aku masukkan tempe dalam hidangan ni dan dia puji Apple Cinnamon Puree aku cantik berkilat macam letak glitter :) Chef Anis puji the way aku buat plating then ade beberapa part cornflakes yang rase chewy sikit... mane tak chewy, dah aku sira dengan lada...lepas tu terdedah bawah aircond sementara nak tunggu juri rasa makanan peserta sebelum aku.... :P



bla bla bla bla.. jam dah pukul 8 malam... mase result nak diumumkan... ade harapan sikit la... tapi tiada rezeki lagi. TOP 3 semua Chinese and culinary based. No wonder lah kan. HARI RAYA sangat pemenangnya kan :P but, ada rasa kurang berpuas hati sebab ada peserta yang bawak makanan yang dah siap dari rumah then hidang atas plate. You know who you are :) ... So, buat nampak tak nampak la kan.... But at the end of the day, the experience is priceless. Chef Anis Nabilah dan Chef Sherson Liam dah rasa masakan aku and the feedback is mostly positive :) For all remaining finalist, dapat produk keluaran Sime Darby Food, Kellogg's dan juga Tefal... worth RM300 :)





p/s: never give up :)

5 comments:

Sawanila said...

Cepatnya update.... Akak belum hahahah malas lg nih. A'a kan shearson memang akan komen tambah garam..anw great experience n great lepaking time with all the finalist.

Umie Artoqiemie said...

tahniah wo! :D

Hankerie MYS said...

Hi Hanker here. By the way, I'm also not culinary base, I cuma food blogger at www.hankerie.com :)

Nice meeting you! We both make satay too :)

mr.F said...

@Sawanilayup setuju :)

mr.F said...

@Hankerie MYSoh really? tapi u memang pandai masak kn..hihihi... nice meeting you to hankerie :)

ShareThis