Pages

V.I.P BLOG KU

Thursday, July 11, 2013

RESEPI BERBUKA PUASA 2013: SATE LILIT BERKUAH KACANG BADAM DAN SALSA MANGGA!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...



"NAK CARI KELAINAN DALAM MENYEDIAKAN MENU BERBUKA PUASA?"



Hi semua....selamat menjalani ibdah puasa... mesti ada yang tengah mencari idea untuk menyediakan something yang lain untuk juadah berbuak puasa kan? So, aku nak kongsi satu resepi, SATE LILIT BERKUAH KACANG BADAM DAN SALSA MANGGA ... actually resepi ini adalah dari resepi yang aku gunakan masa Final AFC FOODIE FACE-OFF bebarapa minggu yang lepas... bagi yang tertinggal pengalaman aku di final tu.. boleh refer sini.






Ok, berikut adalah bahan yang diperlukan untuk menyediakan SATE LILIT BERKUAH KACANG BADAM DAN SALSA MANGGA:






Bahan untuk sate lilit:
400 gram daging cincang (boleh juga guna daging ayam cincang)
3 keping biskut Jacob's Weetmeal
1 cawan Kellogg's cornflakes
1 biji telur
2 biji lada merah yang dipotong dadu
Daun ketumbar (dihiris halus)
6-8 batang serai
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu serbuk ketumbar
Sedikit minyak untuk grill sate lilit

Bahan untuk Kuah Kacang Badam:
8 biji lada merah
1 batang serai
2 biji bawang putih
1 biji bawang merah
3 sudu besar gula melaka
120 gram badam yang telah disangai dan ditumbuk sederhana halus
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu serbuk ketumbar
garam secukup rasa
minyal untuk menggoreng

Bahan untuk Salsa Mangga:
1/2 batang timun jepun yang dipotong dadu kecil
1 biji mangga yang dipotong dadu kecil
1 biji tomato yang dipotong dadu kecil
1 biji bawang besar dipotong dadu
5 biji limau kasturi ( perah untuk jusnya)
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam




Oleh kerana masa aku masak di final AFC tak sempat nak ambil step-by-step preparation, so korang boleh lah imagine sendiri ye.


Cara menyediakan Sate Lilit: 
1. Kisar bahan kering iaitu biskut Jacob's Weetmeal dan juga Kellogg's cornflakes sehingga halus. Bahan ni untuk menjadi pengikat kepada sate lilit.
2. Kisar bahan basah; 1 batang serai, 2 biji bawang putih dan 1 biji bawang besar.
3. Masukkan daging cincang ke dalam mangkuk besar. Kemudian, masukkan bahan kering dan bahan basah yang telah dikisar, lada yang dipotong dadu dan hirisan daun ketumbar. Gaul hingga rata.
4. Kemudian masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar. Gaul hingga rata. Pecahkan 1 biji telur dan gaul hingga sebati.
5. Ambil serai dan ketuk bahagian pangkalnya supaya bau serai dapat meresap ke dalam daging. Ambil bahan yang telah digaul tadi dan bentukkan di pangkal serai seperti di dalam gambar. Biarkan seketika (10-20 minit) supaya segala rempah dapat diserap ke dalam daging sebelum di-grill.
6. Panaskan grill pan dan letakkan sedikit minyak. Letakkan sate lilit. Boleh juga dicampurkan minyak dengan sedikit air dan direnjiskan di atas sate lilit dengan menggunakan serai yang telah dititik. Palingkan setiap permukaan agar sate lilit dimasak dengan sekata.

Cara menyediakan Kuah Kacang Badam: 
1. Kisar bahan basah; lada, bawang putih, bawang besar dan serai.
2. Panaskan minyak (4 sudu besar) di dalam kuali.
3. Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak.
4. Masukkan 3 sudu gula melaka, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan garam secukup rasa.
5. Kemudian, masukkan kacang badam yang telah ditumbuk dan kacau sehingga rata.

Cara menyediakan Salsa Mangga: 
1. Masukkan timun jepun (dipotong dadu), mangga (dipotong dadu),  tomato (dipotong dadu) dan bawang besar (dipotong dadu) ke dalam mangkuk.
2. Masukkan jus perahan limau kasturi, 1 sudu gula dan garam secukup rasa. Gaul sehingga rata.



Ok, dah siap semua, boleh lah dihidang seperti contoh dibawah. Selamat mencuba :)







p/s: boleh juga dihidang semasa hari raya nanti :)



No comments:

ShareThis