Pages

V.I.P BLOG KU

Showing posts with label slogan menang contest. Show all posts
Showing posts with label slogan menang contest. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

REZEKI RAMADAN: DARI LEMPENG BERTUKAR S4 DAN IPAD MINI !

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...



"ALHAMDULILLAH...REZEKI BULAN MULIA"



Ok, memang gembira apa yang diimpikan menjadi realiti. Double winning! Rezeki anak dan emak :) Mula-mula buat satu lempeng je untuk contest yang dianjurkan Murai ni sempena Masterchef Selebriti Malaysia musim ke-2 atas nama aku. Alang-alang, buat lagi satu lempeng, bubuh nama pn. emak sekali. Tak sangka kami berdua menang. Alhamdulillah~~~ *gaya tiru Sheila Rusly dalam ketuk-ketuk ramadan*




So, inilah hiasan lempeng dan slogan yang berjaya menambat hati juri :)

Thursday, April 11, 2013

FREE TRIP TO MACAU : DAY 1!

Assalammualaikum readers dan salm 1dunia....



"PERNAH RASA BAGAIKAN BULAN JATUH KE RIBA?"


Hi, lama tak update blog...selalu update kat instagram sebab cepat, ringkas dan mudah. Tapi kesian kat blog aku ni... kesian kat korang yang asyik bukak blog ni, tapi takde cerita baru (eh, ade ke yang bukak masalahnya?) 


Ok, back to business, aku nak share story time aku pergi melancong ke Macau Oktober tahun lepas. Actually, aku menang trip untuk 2 orang ke Macau dari satu contest online yang aku join secara suka-suka. Contest anjuran Mix.fm dengan kerjasama tourism Macau dan Air Asia. Kene padankan nama tempat dan gambar tempat yang best di Macau dan buat slogan. Seriously aku cakap, slogan tu aku buat on the spot. Tu yang tak expect menang pun. Rezeki, alhamdulillah....


Tata malaysia....


Ni la Zaedi :)


Aku bawa kawan baik aku, Zaedi untuk pergi ke Macau. Dia pun on je. So kami  pergi selama 3 hari 2 malam ke Macau bersama 9 lagi pemenang bersama seorang pasangan masing-masing. Trip ni dimeriahkan lagi dengan kehadiran DJ Mix.fm, JD dan Dilly. Dua-dua memang kepala gila-gila and peramah :)

Friday, March 23, 2012

SLOGAN INI MEMBAWA TUAH!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"IDEA DATANG BUKAN BERGOLEK, BUKAN MELAYANG"


Ok, hari ni, hari Jumaat...at last hari minggu pun tiba... balik dari office pukul 7 tadi pi siap2 nak solat...pastu makan, pastu baru buka FB...buka-buka, ade kawan FB tag nama aku menang dalam satu contest ni. Contest anjuran FB Dumex Dugro. Berikut merupakan hadiah yang aku menang:




Alhamdulillah..... mesti mak aku suka kan....... Ok, ade kawan aku yang komen kat FB, macam mana slogan yang aku buat sampai boleh menang...Ok, jujur aku cakap, slogan untuk contest ni datang on the spot bila aku online kat office before balik rumah minggu lepas...aku terus isi dalam form...selalu aku buat dalam Microsoft Word dulu...tapi kali ni tak...so, aku macam ingat tak ingat la slogan tu... tapi aku try ingat balik...slogan yang menang adalah lebih kurang macam ni:

ShareThis