PROLOG
Suasana hening menyelubungi tanah perkuburan Mahmoodiah. Awan mendung berarak,kelabu langit mula pekat, menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja. Kesemua yang hadir seperti tidak dapat menerima berita kematian Erham. Pelbagai persoalan yang muncul dalam benak setiap yang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Air mata Imani tidak putus-putus mengalir, seaakan tidak dapat menerima takdir yang sudah tertulis. Kebahagiaan yang baru dikecapinya akhirnya diragut dalam sekelip mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya, Erham hadir untuk seketika. Baginya, Erham adalah segalanya. Rintik hujan mula membasahi bumi, seaakan menangisi pemergian Erham. Athir cuba menenangkan Imani. Didakapnya erat tubuh Imani. Imani hanya menuruti perlakuan Athir. Athir cuba menenangkan Imani yang semakin galak esakkannya tatkala melihat sekujur tubuh yang dibalut kemas dengan kain putih.Jenazah Erham dibawa keluar dan dibawa ke liang yang basah kerana air hujan. Orang ramai yang hadir mula mencari tempat berteduh dan ada yang berlari ke kereta mendapatkan payung. Hanya Imani yang tidak berganjak, ditemani Athir. Kesedihannya bukan kepalang. Hancur luluh hatinya. Siapakah manusia berhati iblis yang tergamak membunuh cinta hatinya? Apa yang dia mahukan? Silih berganti soalan demi soalan dalam fikiran Imani.
11 comments:
lagi2??xsbr nih..hikhik
hurm....
starter da tao ada org kena bunuh n taktao sape yg bnuh...its quite killing the suspense mood..
perhaps next time u cn start with something more pshycothic or something yg bwat org ttanye2 with excited and eagerly'what is exactly happening?or 'whats next????'..
but sure u'll make a good story line..
keep it up dude!
-hasifan =p
prolog skeptikal
but its good
naf: thnks
itu lah muslihat nye
fahim: hahaha tu lah muslihatnye
aku menantikan detik2 watak si muslihat terserlah dengan bangganye.hahaha and bukan keh 11.11.11 keluar? haha however, well done. keep it up. -.wrekonize.
11.11.11 tahun depan, lame sgt nk tgu nye
ok..harap2 muslihatnye worth it to be waiting..huhu... keep it up a gud writing lihin.. al d best... ^_^
as usual.
aq akn jd pmbaca setia.
okay...next...
Post a Comment