MUKA EMPAT
Jarum jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Kelihatan Safwan masih lagi berteleku di sejadah, berzikir dan bertahmid, memuji kebesaran yang Maha Esa. Dipanjatkan kesyukuran di atas segala kurnia. Semoga doanya untuk berjumpa dengan emak kandungnya akan termakbul. Emak kandung yang telah meninggalkannya sejak dia dilahirkan. Tidak pernah terlintas di fikirannya yang Hjh Soleha hanyalah emak tirinya. Sungguh bertuah Safwan mendapat emak tiri yang baik hati, kasih sayang yang dicurah tidak berbelah bahagi.
“Dah bangun dah Safwan? Pak cik baru ingat nak kejutkan kau Solat Subuh. Baguslah kalau macam ni. Sejuk perut mak kau mengandung,” ujar Hj Zakey.
“Alhamdulillah pak cik. Saya memang dah biase bangun pagi-pagi. Lebih- lebih lagi bila nak tahu siape mak saye yang sebenar. Emak yang telah mengandungkan saye selama 9 bulan 10 hari,” ujar Safwan. Sayu hati Hj. Zakey mendengar kata- kata Safwan. Rasa tidak sampai hati untuk memberi tahu hal yang sebenar.
“Safwan, pak cik sebenarnye serba salah nak bagi tahu pasal mak kau,” ujar Hj. Zakey.
“Kenape dengan mak saye pak cik?” kerisauan Safwan semakin bertambah. Hatinya semakin berdebar.
“Mak kau dah lame meninggal Safwan. Kire-kire 4 tahun yang lalu,” ujar Hj. Zakey. Bagaikan jantungnya direntap, Safwan terkedu. Pembuluh darahnya seakan berhenti berfungsi. Fikirannya buntu. Matanya seaakan berpinar.
“Innalilahi Wa Inna Illaihi Rajiuun. Betul ke ape yang saye dengar ni pak cik?” soal Safwan inginkan kepastian. Hj. Zakey hanya mampu mengangguk. Membenarkan kata-katanya sebentar tadi. Seperti kaca yang berderai ke lantai, begitulah perasaan dan harapan Safwan berkecai. Air mata yang sudah bertakung, akhirnya melimpah. Rasa kosong dalam dirinya.
**********************************************************************************
Awal pagi lagi Datin Habibah telah menyiapkan sarapan pagi untuk ahli keluarganya. Sarapan ringkas dengan nasi goreng cina, cucur ikan bilis dan teh pudina. Pastinya membangkitkan selera ahli keluarganya.
“Morning Mama,” sapa Liya sambil mencium pipi mamanya.
“Morning Liya. Meh duduk. Makan sarapan ni. Mama buat cucur ikan bilis kegemaran Liya ni,” pelawa Datin Habibah.
“Rajin mama Liya ni. Dah lame mama tak masak cucur ikan bilis ni kan? Best in the world!” puji Liya melambung. Erham yang baru sahaja siap untuk ke pejabat terus mendapatkan tempat duduknya di sebelah Liya.
“Morning mama, Liya. Papa mane mama? Dari semalam tak jumpe?” soal Erham.
“Memanglah tak jumpe. Dah Am balik lewat malam, papa dah tidur. Nak jumpe pagi ni memang la tak dapat. Lepas subuh tadi papa dah bertolak ke airport dengan Pak Daud. Ade urusan kat Dubai. Syarikat usaha sama dengan kenalan papa dekat Dubai ade problem sikit,” jelas Datin Habibah.
“Ape problemnye ma? Serius ke?” soal Erham ingin tahu. Jelas karekter sebagai anak sulung yang begitu komited dengan tanggungjawabnya.
“Entah la. Papa tak cakap pun ape masalahnye, better you text him for clearer answer. Mama tak masuk campur hal-hal pejabat ni,” ujar Datin Habibah sambil tersenyum. Liya hanya mendiamkan diri, tidak mahu menyampuk orang tua bercakap. Nasi goreng dalam pinggannya sudah separuh dimakannya.
“Ezhan, mari sarapan sekali. Mama dah masak ni,” pelawa Datin Habibah sejurus Ezhan melintasi meja makan.
“Takpe lah mama. Han tak lapar. Nanti kalau Han lapar, pandai-pandai la Han makan kat mane-mane kopitiam. Han tak selesa sarapan kat rumah. Banyak lalat,” ujar Ezhan sinis lalu keluar menuju ke Mini Cooper miliknya. Liya terkedu mendengar alasan Ezhan. Perkataan lalat itu memang ditujukan untuknya. Erham yang sudah lali dengan perangai adiknya, hanya mendiamkan diri. Hendak ditegur dah besar.
“Dah Liya. Habiskan nasi tu. Lantaklah Han nak cakap ape pun. Abang tetap sayang adik abang,” ujar Ezham, cuba mengambil hati Liya. Dia faham perasaan Liya. Datin Habibah turut terasa hati dengan perangai Ezhan. Jauh benar perangainya dengan Erham. Bagai langit dan bumi.
**********************************************************************************
Hjh Soleha berjalan kaki menuju ke kedai runcit milik Hj. Mat. Barang dapur di rumahnya hampir tiada. Berbekalkan duit pencen arwah suaminya. Dapatlah dia menampung perbelanjaan harian.
“Assalamualaikum Bang Aji. Beras dekat mane?” soal Hjh Soleha.
“Eh Leha. Dah lame tak nampak kau kan. Semakin berseri-seri Bang Aji nampak. Beras? Ade dekat belakang tu ha. Amer, Amer! Ambilkan beras sekampit untuk Mak Aji kau ni,” jerit Hj. Mat kepada pekerjanya.
“Berape semue sekali Bang Aji?” soal Hjh Soleha.
“Takpelah Leha. Bang Aji belanje. Sedekah,” Hj. Mat cuba masuk jarum.
“Ish, takpelah Bang Aji. Saye bukannye takde duit. Berape semue sekali ni Bang Aji?” soal Hjh Soleha sekali lagi. Hj. Mat seakan bengang kerana tawarannya ditolak ,mentah-mentah.
“RM67.30 je. 30 sen tak payah lah. RM 67 je,” ujar Hj. Mat. Hjh Soleha menghulurkan dua keping not RM50 kepada Hj. Mat.
“Nah, ni bakinya. Leha, betul ke orang kampong kate anak kau si Safwan tu lari dari rumah? Ape lah malang nasib kau kan Leha. Suami dah takde. Anak sulung dah lari entah ke mane. Last-last, anak bungsu kau pun lari dari rumah jugak. Kalau kau tak tolak pinangan aku dulu Leha, tak payahlah kau susah-susah. Dah jatuh, kene timpa tangge pulak!,” sinis Hj. Mat. Hati Hjh Soleha kian terbakar dengan sindiran tajam Hj. Mat.
“Hey Bang Aji. Saye tak pandang lah duit berkepuk Bang Aji tu. Bukan boleh bawak masuk kubur pun. Lagi satu, orang kampong ape tahu? Pandai nak cakap pasal anak orang je. Padahal anak sendiri dua kali lima je,” ujar Hjh Soleha dengan nada yang tinggi. Tahap kesabarannya kini tercabar. Sebelum hati yang terbakar kian menyala, pantas Hjh Soleha meninggalkan kedai Hj. Mat.
“Kalau marah pun, barang kau ni tak nak ke?” jerit Hj. Mat. Semakin laju Hjh Soleha melangkah, seakan tidak peduli dengan jeritan Hj. Mat.
“Amer, Amer! Kau pergi hantar barang-barang ni dengan duit ni sekali dekat rumah Mak Aji kau,” arah Hj. Mat.
“Kenape dengan Mak Aji tu? Nak kate period, dah menopous rasenye,” seloroh Amer.
“Yang kau ni nak lebih-lebih pehal pulak. Dah. Dah. Pergi hantar semue ni dekat rumah die,” arah Hj. Mat dengan nada yang lebih tegas sambil membetulkan kopiah di atas kepalanya.
**********************************************************************************
“Athir mane Erin? I Tak nampak pun die dari tadi. Ade meeting dengan client ke?” soal Imani kepada rakan sekerjanya, Erin.
“Die ambil MC hari ni. Tak sihat katenye. You tak tahu ke?” aju Erin kembali.
“Tak tahu pulak die sakit. Semalam ok je I tengok. Sihat walafiat je,” jelas Imani.
“Pelik I. You bukan rapat dengan die ke? You kan selalu denagn die,” ujar Erin. Ada nada-nada cemburu terdengar.
“I dengan Athir just an office mates je Erin. Macam I dengan You jugak. Kalau I rapat pun, tak semue perkare pasal die I kene tahu, right?” tegas Imani lalu melangkah meninggalkan cubicle Erin. Dia tak mahu bertengkar dengan rakan sekerjanya. Susah nanti.
“I’m sorry dear,” ujar Erin.
“It’s ok. Sorry. I emo sikit la lately,” ujar Imani sambil tersenyum. Dia terus duduk di cubiclenya. Pantas menghantar mesej menggunakan Blackberrynya kepada Athir.
‘You tak sihat ke? Hope you will be fine =)’
Lama Imani menunggu balasan dari Athir, namun dia hampa. Bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Athir memang susah untuk membalas mesej. Lebih-lebih lagi kalau dia sakit. Getus hati Imani lalu menyiapkan proposal rekaan dalaman untuk clientnya.
**********************************************************************************
Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku
Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua
Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa
Kelihatan Athir sedang asyik melayan bait-bait lirik lagu Hanyut dendangan Faizal Tahir. Fikirannya hanyut entah ke mana. Tubuhnya yang tinggi lampai dihenyakkan ke sofa empuk. Terlihat apartment bujang miliknya tersusun rapi. Segalanya bewarna putih dan merah. Warna kegemarannya. Kesan panadol active fast benar-benar membuatkan dia mengantuk. Belum sempat dia melelapkan matanya, loceng berbunyi. Pantas Athir berjalan ke arah pintu.
“Hye sayang. You tak sihat ke? Ni I ade buatkan bubur untuk you,” ujar perempuan yang berbaju kurung dan berselendang itu. Matanya meliar ke kiri dan ke kanan. Hendak memastikan tiada mata yang melihat kelibatnya.
“Hye honey. Kenape you lambat? Dari tadi I tunggu,” ujar Athir sambil menyambut bungkusan bubur dari tangan perempuan itu. Satu ciuman singgah di pipinya.
“I ade hal sikit dekat rumah tadi. You jangan lah merajuk. Nanti I bagi duit belanja lebih untuk You bulan ni,” ujar perempuan itu sambil melirikkan senyuman paling manis lalu masuk ke dalam bilik tidur Athir.
“You duduklah dulu honey. I buatkan air untuk you,” ujar Athir, terus melangkah ke dapur, mengambil minuman untuk tetamu istimewanya. Tetamu yang sangat bernilai dalam hidupnya. Tetamu yang selama ini membahagiakan hari- harinya.
Bersambung....
p/s: kind to leave your feedback and name tq __ =)
5 comments:
wow.... thats all i can say.. keep it up dear..:)
thnks kak Y =)
again..part safwan is quite predictable..
but its a good work after all ;)
tp rasa mcm.....ada guna rencah yg sama mcm dlm 14hari cinta..ngeeeee...
keep it up dude
-hasifan
:) i like!
-kakak mahirah
yang nihhhh best....well done...sgt menghayati dlm adegan hjh soleha ngan hj mat...first class ...tip top...huhuhu
-bond-
Post a Comment