Pages

Wednesday, July 17, 2013

RESEPI BISKUT RAYA 2013: SPICY CARAMEL CRUNCH AIDILFITRI WITH APPLE CINNAMON SAUCE!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....



"NAK KUIH RAYA KORANG LAIN DARI YANG LAIN? APA KATA CUBA RESEPI INI!"



Ok, resepi biskut raya ni actually aku invent untuk Final AFC Foodie Face-Off bulan lepas... Basically, biskut ni inspired by kerepek pedas dan kuih bipang. Rasanya rangup, pedas dan manis. Untuk kelainan, biskut ini dihidang bersama Apple Cinnamon Sauce :) dan boleh juga dihidang bersama Fresh Tartar Sauce :)







Ok, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti yang berikut:



Bahan-bahan Spicy Caramel Crunch : 
2 cawan Kellogg's cornflakes (basically prefer nestle cornflakes)
1 keping tempe yang dihiris nipis
40 gram kacang gajus ditumbuk kasar (beli Tong Garden punya habis cerita)
40 gram kuaci bunga matahari (beli yang Tong Garden punye jugak)
50 gram bijan putih yang telah disangai
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar madu
5 biji lada merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa
Bahan-bahan Apple Cinnamon Sauce : 
1 biji epal hijau
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh serbuk kayu manis
Bahan-bahan Fresh Tartar Sauce : 
1 cawan yogurt asli
Sedikit daun pudina yang dihiris halus
Sedikit parutan kulit lemon


Ok, oleh kerana aku buat masa Final AFC Foodie Face-Off, so takdelah gambar step by step ye... maaf banyak-banyak.... tapi nak buat biskut ni memang senang yang amat Kak Ton oii...


Cara-cara menyediakan Spicy Caramel Crunch : 
1. Kisar lada merah, bawang besar dan juga bawang kecil sehingga lumat.
2. Panaskan minyak dan goreng tempe yang telah dipotong nipis terlebih dahulu. Goreng sehingga garing. Angkat dan tuskan.
3. Panaskan minyak (sebanyak 4 sudu besar) dengan api sederhana. Tumis paste yang telah dikisar tadi sehingga naik minyak. Kemudian masukkan gula. garam secukup rasa dan madu. Kacau sehingga paste tadi mula memekat dan tutup api.
4. Setelah paste mula memekat, masukkan tempe yang telah digoreng, kacang gajus, kuaci dan Cornflakes dan kacau sehingga rata (pastikan paste tadi sudah memekat/ kering, jangan sesekali masukkan cornflakes ketika paste masih cair/basah yang akan menyebabkan cornflakes menjadi lemau).
5. Setelah sebati masukkan bijan dan gaul rata. Untuk Final AFC ni, aku mampatkan campuran tadi dalam dulang acuan cupcakes. Terpulang pada korang sama ada nak guna loyang besar dan potong empat segi or masukkan saja dalam cawan kertas kecil cupcakes :)
6. Tutup dengan plastik wrap dan biar selama 10 minit sebelum dikeluarkan.

Cara-cara menyediakan Apple Cinnamon Sauce : 
1. Apple hijau dipotong dadu dan dimasukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan dimasak dengan api sederhana. Kacau sehingga gula mencair dan apple mula menjadi lembik. Masukkan serbuk katu manis dan kacau selama 5 minit.
2. Masukkan campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Tapis puree yang terhasil untuk mendapatkan Apple Cinnamon Sauce yang benar-benar halus. Kalau korang berjaya buat, dia seakan-akan ade glitter pada sauce tersebut :)

Cara-cara menyediakan Fresh Tartar Sauce : 
1. Gaulkan yogurt asli, daun pudina dan parutan kulit lemon sehingga rata dan simpa di dalam peti sejuk.


Ok, cara untuk menghidang, korang boleh hidang seperti dalam gambar yang dibawah:








Dan yang ni masa aku cuba buat kat rumah sebelum final AFC:





Ok, tak kan tengok je kot? Cuba la buat... kalau nak buat banyak boleh lah double or triple kan resepi ni... iku kesesuaian masing-masing :)




p/s: sekali cuba pasti nak lagi

8 comments:

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha