Pages

Friday, June 10, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 07


CUPPIES 07


Bulan bertemankan bintang yang setia melatari malam yang gelap. Begitulah kehidupan. Saling lengkap melengkapi. Kelihatan Benjy sedang menikmati hot chocolate sambil merenung jauh ke arah kesibukkan Kota Singa yang boleh dilihat dari apartmennya. 

“Jauh menung bang. Teringat kat Kak Alys ke?” sapaan Afry menyedarkan Benjy dari lamunannya. Mug berisi hot chocolate di letakkan di atas meja.

“Eh, Afry. Abang tak perasan pulak kau ade dekat belakang. Zara dah tidur?” Soal Benjy. Afry hanya mengangguk lalu menghampiri abang kandungnya itu.

“Abang rindukan Kak Alys ke?” pertanyaan yang sama diulang Afry. Benjy hanya mendongak ke arah kepekatan malam.

“Siapa tak rindu isteri sendiri Afry. Kak Alys, first love abang. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Abang redha dengan segala yang sudah tertulis. Jodoh abang dengan Kak Alys tak panjang. Syukur ade Zara. Dapatlah abang melepaskan rindu pada Zara,” sebak hati Benjy mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.

“Afry kesian tengok abang dengan si Zara tu. Petang tadi, Zara ade cakap pasal mama die. Cikgu die dekat taska ade cerita pasal kasih ibu. Zara kate, die tak boleh nak cakap ape-ape bile cikgu die tanya pasal ibu. Kesian Afry dengan Zara. Abang tak nak cari pengganti Kak Alys ke bang,” soalan Afry betul-betul menyentak perasaan Benjy.

“Kau jangan cakap pasal perkare tu boleh tak Afry? Kasih dan sayang abang hanya pada Kak Alys je. Tiade siapa yang boleh jadi pengganti die,” tegas Benjy. Afry terdiam seketika.

“Abang, sampai bile abang nak macam ni? Yang dah pergi kan tetap pergi. Kita yang hidup ni, kene teruskan hidup. Hanya doa je yang kita boleh kirimkan. Abang sanggup ke nak tengok Zara membesar tanpa kasih sayang seorang mama? Abang kene ingat, Zara tu perempuan. Susah nak besarkan anak perempuan ni bang,” jelas Afry, cuba mempertahankan cadangannya.

“Abang bukan ape Afry. Abang tak bersedia lagi. Bukan abang tak mencari. Tapi abang tak jumpe lagi yang sesuai. Lagi pun kau tahu kan, abang memang susah nak jatuh hati dengan perempuan,”  jelas Benjy.

“Abang, abang kene bukak pintu hati abang, bagi sedikit ruang untuk perempuan lain mengisi kekosongan hati abang. Kak Alys hanya satu dalam dunia ni. Kalau abang nak cari yang sebijik macam Kak Alys, sampai kucing bertanduk pun abang tak akan jumpe,” ujar Afry sambil menepuk bahu Benjy.

“Baiklah Afry. Abang cube. Ni abang nak cakap dengan kau, esok ade lagi sorang pekerja baru kite. Abang baru interview die petang tadi. Nama die Eith. Eithan Parker Abdullah,” ujar Benjy.

“Oh ok, jadi sekarang dah ade 4 orang la kan dalam Cupcakes Princes? Abang, Afry, Fin dan Eith. Tapi bang, Afry macam confius sikit lah dengan si Fin tu,” ujar Afry.

“Ape yang kau confius?”

“Fin tu lelaki tulen ke bang? Nampak macam lelaki auw auw je. Mat jambu,” kata-kata Afry membuatkan Benjy hampir tersedak ketika menghirup Hot Chocolate. Peristiwa malam kelmarin kembali bermain di dalam fikirannya.

“Er, die tu lelaki la. Kau ni pun, tak kan tak boleh beza lelaki dengan perempuan,” jawab Benjy cuba berdalih.

“Masalahnya zaman sekarang, semuenye tak boleh nak percaya. Nampak cantik, ayu. Sekali nyah,” gelak Afry. Benjy turut tertawa.

“Habis kau nak kate si Fin tu nyah la?”

“Eh, saye tak kate pun, abang yang cakap,”

“Kau suke dekat die ea Afry? Baik kau cakap,” tegas Benjy sambil merenung mata Afry. Afry terdiam seketika tatkala mendengar kata-kata Benjy.


**********************************************************************************


Fina mematikan enjin skuternya perlahan. Dia melangkah perlahan sambil membimbit sekotak cupcakes. Pintu dibuka perlahan. Fina melangkah penuh berhati-hati, tidak mahu emaknya tahu yang dia pulang lewat. Namun, ruang tamu yang tadinya gelap, kini tiba-tiba cerah.

“Lambat kau balik Fina, kau kerje ke kau buat kerje ni?” sindir Pn. Rose sambil mencekak pinggang. Matanya merenung tepat ke arah anak perempuannya itu.

“Er, Fina kerje la mak. Kedai tutup pukul 9.00 malam. Lepas kerje, Mai dengan Sarah ajak makan dekat mamak. Yang mak nak tuduh Fina buat kerje yang bukan-bukan ni kenape? Ape yang mak cakap tu doa tau. Mak nak Fina jadi jahat ke mak?” jawab Fina untuk mempertahankan dirinya. 

“Kau ni, mak cakap sepatah, kau jawab sepuluh patah. Ade je jawapan kau kan,” bebel Pn. Rose.

“Alah mak, macam tak biase pulak. Ni ade cupcakes untuk mak,” ujar Fina sambil menyerahkan sekotak cupcakes kepada Pn. Rose sambil tersenyum manja. 

“Kau kerje kat mane ni Fina. Mak tanye pagi tadi, berlesup kau pergi dengan skuter kau tu,” soal Pn. Rose sambil menyuakan cupcakes ke dalam mulutnya.

“Pagi tadi, Fina nak cepat. Kalau Fina jawab soalan mak pagi tadi, mungkin Fina tak dapat kerja,” 

“Kau ni, mak tanye lain, kau jawab lain. Mak tanye, kau kerje kat mane?” soal Pn. Rose sekali lagi. Tangannya laju menyua cupcakes ke dalam mulut. 

“Cube mak tengok tulisan kat atas kotak cupcakes tu,” jawab Fina sambil menjuihkan bibirnya kea rah kotak cupcakes di atas meja.

“Cupcakes Princes? Putera kek cawan?” soal Pn. Rose inginkan kepastian.

“Ha, pandai pun mak,”

“Kau kan perempuan, boleh pulak kau kerje tempat putera-putera ni?”

“Ala mak, orang jadi lelaki lah. Cover macho sikit. Orang panggil Fina kat tempat kerje, Fin. Name penuh, Arieffin Hardy. Glamour tak mak?” soal Fina sambil tangannya mengambil cupcakes di dalam kotak.

“Glamour kau kate? Kau bohong orang kau tahu Fina! Tak baik tipu orang. Mak tak ajar kau tipu orang Fina,” sebak hati Pn. Rose namun mulutnya tidak berhenti menguyah cupcakes.

“Habis dah mak kate kalau Fina tak dapat kerje, Fina tak boleh balik rumah. So, Fina terpakselah mak. Mak jangan marah dekat Fina. Mak jangan risau. Selagi Fina boleh cover baik punya, mak tak perlu bimbang. Die orang tak kan tahu rahsie Fina ni,” jelas Fina, cuba meyakinkan emaknya.

“Ikut kau lah Fina. Janji kau ade kerje. Ape-ape jadi nanti, mak tak nak masuk campur. Tapi, ok jugak kau kerje kedai cupcakes ni. Hari- hari mak dapat makan cupcakes free,” seloroh Pn. Rose.

“Hahaha, mak, mak. Ni pun bos Fina, si Benjy tu yang bagi. Kalau bawak balik tiap-tiap hari, mahu lingkup cafe die tu mak,” jawab Fina.

“Tapi sedap lah Fina cupcakes ni. Ape name cupcakes ni? Dah la sedap. Cantik pulak tu. Berape harge sebiji ni Fina?” soal Pn. Rose, ingin tahu.
Chocolate Chips Mint Cupcakes

“Sedap kan mak. Fina tahu mak mesti suke. Yang ni baru satu jenis je ni. Kat cafe tu, ade macam-macam jenis mak. Rambang mate kalau mak tengok. Yang Fina bawak balik ni, Chocolate Chips Mint Cupcakes. RM 3.70 sebiji mak,” jelas Fina. Pn. Rose sedikit terkejut dengan jawapan Fina.

“Mahalnya cupcakes ni,” 

“Mane ade benda murah mak. Nak masuk toilet pun dah naik harge. Mak nak murah, mak beli tepung, gula, telur, chocolate dan ape-ape lagi bahan, mak buat sendiri la,” seloroh Fina sambil menyuakan cupcakes ke dalam mulut emaknya. Pn Rose menjeling sinis.


**********************************************************************************


Kereta Mini Cooper milik Eith membelah laju kegelapan malam. Yuyu di sebelahnya hanya diam seribu bahasa. Lagu Kita nyanyian Aizat menemani kesunyian malam.

“Yang you ni moody dari tadi kenape. I dah belanje makan pun you nak masam muke dengan I kenape?” soal Eith mahukan kepastian dari kekasihnya.

“Eith, I nak you terus terang dengan I. You kerje ape sebenarnya? Dah dua bulan kite kawan, asal I tanye, ade je alasan you tak nak jawab you kerje ape kan,” soal Yuyu sambil merenung ke arah Eith yang memiliki wajah pan asian.

“La, pasal tu ke? Actually, before this, I kerje dekat firm arkitek as Junior Arkitek. Tapi I tak tahan la, kerje siang malam. Tidur I tak pernah nak cukup. Nak keluar dengan you pun I takde mase. As for now, I realized that, architecture is not my cup of tea anymore,” jelas Eith.

“Habis sekarang you kerje ape pulak? Bukan semalam you kate nak pergi interview kerje ke?” soal Yuyu inginkan kepastian.

“I kerje dekat kedai cupcakes. Jadi assistant chef buat pastry,”

“Hah? U kerje kedai cupcakes?”

“Kenape you nak terkejut pulak? Weird ke I jadi chef?”

“Tak weird. Cume jauh sangat dengan bidang you sebelum ni. Ape name kedai tu? Kalau I free, boleh I singgah,”

“Rahsia,” ringkas jawapan Eith.

“Kenape you nak berahsia sangat denga I Eith? I tanye name kedai je pun,” rajuk Yuyu. Bibirnya dimuncungkan.

“I rase you tak patut tahu kot,”

“But why, Eith?” 

“Sebab, I kerje dekat situ pun sebab I ade misi yang I perlu settlekan. Ade sesuatu yang perlu I lakukan,”

“Misi ape ni Eith?” Soal Yuyu kerana tidak berapa pasti dengan jawapan yang diberikan Eith. Eith hanya mengukirkan senyuman.

“Ini soal hidup dan mati!” tegas Eith. 



Bersambung...


p/s: terima kasih kerana sudi membaca. nantikan kisah seterusnya dalam cuppies yang berikutnya ...sebarang komen  daripada korang, amatlah dihargai...

p/s/s: jika ketinggalan membaca cuppies yang sebelum ini, sila klik link di bawah: 

7 comments:

  1. waa...cepat la hbskn..makin suspen lak..

    ReplyDelete
  2. nice!!! when you're done, you can publish a book!

    ReplyDelete
  3. okay..dah start wow ;)

    -hasifanrun

    ReplyDelete
  4. hurmmm..ape ea sambungan cupcakes princes ni?..x sabar nak taw..
    :)

    ReplyDelete
  5. hurmmm..makin menarik la cerita cupcakes princess..bila nak buat sambungan yang seterusnya?..

    ReplyDelete
  6. kenapa Eith nk rahsia2 dgn Yuyu ni :( .. adoii dh terperasan sendiri dh ni wakakaka..

    ReplyDelete

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha