Pages

Saturday, December 18, 2010

CUTI -CUTI MASAK : THAI-STYLE CHICKEN KERABU

Teehee....;D ..Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:



Dah lame rasenye tak masak..sibuk sikit lately. Ok, untuk kali ni, Hot Chef yg x seberape nk hot ni, nak ajar care-care buat THAI-STYLE CHICKEN KERABU, menu khas dan simple untuk sesiape yang sedang menjalani program penurunan berat badan mahupun pelangsingan tubuh...teehee :D



Ok, resipi ni sangat mudah, pejam mate pun boleh buat., even hantu kak limah pun boleh buat..hahaha...bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat THAI-STYLE CHICKEN KERABU ni adalah seperti yang berikut:



  1. 300gm dada ayam yang dipotong dadu (kalau takde dade ayam, part lain pun boleh, even kaki ayam pun cam best!)
  2. 3 biji buat tomato dipotong dadu
  3. 1/2 cawan perahan jus lemon (kalau takde, gune limau nipis pun boleh)
  4. 2 batang serai dihiris haluuuuuussssssss--gaya Harith Iskander okeh!
  5. 1 kuntum bunga matahari kantan juga dihiris haluuuusssssssssss
  6. 3 helai daun limau purut diracik-racik haluuuussss seperti orang buat bunga rampai
  7. 2 ulas bawang putih didadu kecik-kecik
  8. 6-15 biji cili padi juga didiris haluuuuusssssss (tahap kepedasan bergantung kepada sistem ketahanan  pijau masing-masing)
  9. 1 sudu makan sos ikan

Now, care nak buat. Hantu mak limah pergi rebus ayam yang dipotong dadu tadi. biarkan sehingga ayam 3/4 masak. Air rebusan ayam jgn dibuang sebab boleh digunakan untuk buat bancuh oren sunquick nanti...hahaha, melawak je...sebenarnye, air rebusan tu boleh simpan utk masak mee goreng basah ke, nasi ayam ke...kan...


Next, amek satu mangkuk yang diimport dari italy (kalau takde, ape-ape jenis mangkuk yang bersih pun boleh) dan masukkan kesemua bahan yang telah tersedia dan digaul-gaul sampai rata...SIAP! Kan senang, betul tak Kak Limah? Untuk lebih sedap dan lazat lagi, boleh taburkan bawang goreng crunchy di atas THAI-STYLE CHICKEN KERABU




Itu sahaja untuk kali ini...semoga berjumpe lagi dalam episod CUTI-CUTI MASAK yang akan datang bersama HOT CHEF dambaan malaya...kah kah kah







 
SELAMAT MENCUBE & SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!

.

6 comments:

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha