Pages

Thursday, May 26, 2011

CUTI -CUTI MASAK : MAGGI GORENG BUMBU CHIANG MAI

As salam readers..Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. Dah lame rasenye tak masak...Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:


Ok, untuk kali ni, Hot Chef yg x seberape nk hot ni, nak ajar care-care buat MAGGI GORENG BUMBU CHIANG MAI, menu khas dan simple untuk sesiape yang sedang menjalani program penurunan berat badan- YE KE? hahahah


Ok, resipi ni sangat mudah, pejam mate pun boleh buat., even hantu kak limah pun boleh buat..hahaha...bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat MAGGI GORENG BUMBU CHIANG MAI  ni adalah seperti yang berikut:


  1. 2 bungkus Maggi yang telah dicelur dengan air panas
  2. Daging ayam yang telah dihiris
  3. 5 biji bebola daging yang dipotong dadu
  4. 1/2 biji bawang besar yang dipotong dadu
  5. 3 biji cili padi yang ditumbuk
  6. 50g kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk kasar
  7. 3 sudu besar cili boh
  8. 1 sudu sos plum
  9. secawan susu rendah lemak
  10. secubit garam

Now care nak buat, simple je, pejam sebelah mate pun boleh buat (kang pejam dua-dua lai pulak yang jadi kan~)

Mula-mula, panaskan minyak, tumiskan bawang besar sampai wangi dan masukkan cili boh dan cili padi yang telah ditumbuk - biarkan sampai naik minyak - masukkan sos plum

Ok, lepas tu, masukkan pulak hirisan ayam dan bebola daging...biarkan sampai bila-bila...hahahha

Next, masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar...masukkan garam secukup rasa

Lepas tu, pergi perah susu lembu, picit elok-elok, takut lembu marah..bagi yang takde bela lembu, pakai je susu rndah lemak...sihat betul kan..hahaha

Lepas tu, masukkan je maggi yang telah dicelur dengan air panas...ambil manggi je, yang rempah die tu simpan buat pekasam...lepas tu, gaul sehingga rata dan mesraaaaa~


Lepas tu, siap....hidangkan mengikut kreativiti masing-masing...yang penting aromanya pasti membangkitkan selera...nak lagi sedap perahkan sedikit limau nipis sebelum makan....perghhhh...mantap! Tapi mesti korang tertanya-tanya kenapa bumbu chiang mai kan? hahah..sebenarnye, aku main bubuh je name tu...bagi ade nilai komersial!



Itu sahaja untuk kali ini...semoga berjumpe lagi dalam episod CUTI-CUTI MASAK yang akan datang bersama HOT CHEF dambaan malaya...kah kah kah







 
SELAMAT MENCUBE YE!!!

11 comments:

  1. cam sedap je hehehhe.. nice try.

    ReplyDelete
  2. lovely outcome with maggie but I rather use real noodles to cook as plenty of other ingredients are added inside.

    Maggie is a quick meal for those in a hurry with hot water poured on top.

    ReplyDelete
  3. nak try lah lepas ni..sedap jer nampak

    ReplyDelete
  4. oh tidak.. mcm terliur nga megi! *dah lame gileeee x mkn.. sthun lbeyh kot!*

    ReplyDelete
  5. @CutieIntan try je, bukan susah sgt masak ni pun...

    ReplyDelete

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha