Pages

Monday, August 8, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 14


CUPPIES 14


Fina melangkah lemah memasuki Cupcakes Princes. Langkanya bagai tidak jejak ke tanah. Kata-kata Fed bermain difikirannya. Apa yang harus aku buat sekarang? Fikiran Fina mula berserabut.

“Bos, boleh tak aku nak ambil cuti half day? Aku tak berapa nak sihat lah bos,” ujar Fina sambil menanggalkan apronnya. Ben hanya memandang ke arah Fina.

“Kau tak sihat ke Fin? Fed ada buat apa-apa ke dekat kau? Aku tengok dia tadi mcam serius gila je dekat kau. Kalau ada apa-apa yang Fed buat kat kau, kau cakap je dekat aku. Nanti tahu lah aku slow talk dengan dia,” soal Ben inginkan kepastian. Fina hanya menggeleng. 

“Kau betul takde ape-ape ni Fin? Muka kau aku tengok pucat semacam je. Ok, kau pergilah balik rehat kat rumah. Tapi malam ni kau jangan lupa ye, ada mesyuarat tergempar pasal Cupcakes Princes. Kau jangan tak datang pulak. Dalam pukul 10.30 mlm,” ujar Ben.

“Mesyuarat pasal apa bos?” soal Fina sambil mengambil kunci skuternya yang telah siap dibaiki.

“Adalah. Kau datang je malam ni ok,” ujar Ben sambil menyusun Chunky Cinnamon Cupcakes ke dalam kotak seperti yang ditempah pelanggannya.

Chunky Cinnamon Cupcakes

“Ok lah, bos. Nanti malam aku datang balik. Assalamualaikum,”

“Waalaikumusalam. Eh kejap Fin, nah ambil Chunky Cinnamon Cupcakes ni. Mana tahu boleh pam balik darah kau ke muka,” seloroh Ben dengan muka bersahaja.

“Thanks bos,” ujar Fina sambil mengambil pemberian bosnya dan berlalu pergi. 

“Bang, Fin pergi mana? Aku selisih dengan dia tadi. Nampak macam tergesa-gesa je,” soal Afry sebaik sahaja tiba. Dia baru sahaja tiba selepas selesai urusan di bank. Rambutnya yang panjang hingga ke bahu diikat dan dikemaskan.

“Dia tak sihat. Tu yang dia mintak cuti half day,” jelas Ben. Riak muka Afry mula gelisah. 

“Habis macam mana rancangan kita malam ni? Buat penat je aku plan, last-last ini yang jadi,” ujar Afry yang gusar segala yang telah diatur akan menjadi sia-sia.

 “Itu kau jangan risau. Aku dah settlekan semuanya. Aku pun dah bagitahu Fin. Kau rileks je bro,” ujar Ben, cuba menyakinkan adiknya.

“Kalau dia tak terima macam mana?”

“We just wait and see. Aku pasti dia akan terima. Tapi kalau....” kata-kata Ben terhenti. Bagai ada sesuatu yang menyekatnya untuk mengeluarkan apa yang terkandung dalam kotak fikirannya.

“Kalau ape Ben?” soal Afry inginkan kepastian.

“Em, takde ape-apelah. Kita buat je seperti yang kau dah rancang. Aku dengan Eith dah buat apa yang kau suruh. Kita hanya mampu merancang Afry, Tuhan yang menentukan,” ringkas Ben lalu melangkah ke arah dapur. Afry terdiam seketika. Mungkin ini memang salahnya. Selalu menafikan isi hatinya. Selalu menidakkan perkara yang benar. 


**********************************************************************************


Sofea merenung tepat ke arah bunguksan cupcakes yang diterimanya pagi tadi. Ligat dia berfikir mencari siapakah gerangan yang menghantar White Choc Coconut Cupcakes kepadanya. Sejak dia melangkah kaki ke pejabat, matanya asyik menatap bungkusan tersebut. Dibukanya pula kad bewarna kuning. Ditatapnya puas. Sudah beberapa kali dia mengecam tulisan di kad tersebut. Tetapi nyata dia gagal. Tiba-tiba, nama Remy muncul di benaknya. Pantas Iphone 4 miliknya diambil. Nombor telefon Remy didailnya.

“Assalamualaikum Remy,” ujar Sofea.

“Waalaikumusalam. Maaf, ni bukan Remy. Remy pergi ke toilet. Boleh saya dengan siapa saya bercakap ni?” ujar seorang wanita yang menjawab panggilan Sofea.

“Saya Sofea. Boleh tak saya bercakap dengan Remy?” pinta Sofea. Hati kecilnya mula berkata, dasar jantan buaya darat!

“Kejap ya. Sayang, ada orang call you ni. Sofea,” jerit wanita tersebut dihujung talian. Sedikit sebanyak menghiris kembali luka lama yang sudah kering di hati Sofea.

“Ha, Sofea. You nak apa lagi?” tegas nada Remy.

“I just nak tanya. You ada letak apa-apa ke depan rumah I?” soal Sofea.

“What do you mean? I nak santau you ke apa letak ayam pancung kepala depan rumah you?” gertak Remy.

“Hey, I didn’t mean that, Remy. Tak lah teruk sangat sampai ayam pancung kepala dekat depan rumah I. Cuma cupcakes. You ada bagi I cupcakes ke?” soal Sofea inginkan kepastian dari Remy.

“Buat apa I nak mengaharap pada yang tak sudi. For your information Sofea, I dah ada pengganti you. So, you tak payah nak terhegeh-hegeh nak dekat I balik,” lagak Remy. Sofea mula bengang.

“Cukup Remy. I pun tak hadap la dengan jantan haprak macam you ni. Kaki betina!” marah Sofea lalau mematikan talian. Semakin bertambah celaru fikirannya. Ternyata, Remy bukan orang yang dicari.

“Cik Sofea, ada orang nak jumpa dengan cik,” ujar setiausaha Sofea sebaik sahaja mengetuk pintu.

“Suruh dia masuk,” ujar Sofea tanpa bertanya siapakah gerangan yang ingin bertemu dengannya. Kepalanya masih pusing mencari jawapan.

“Assalamualaikum Sofea,” ujar En. Eusoff sambil menolak daun pintu. Langkahnya terhenti tatkala menunggu respon dari Sofea.

“Waalaikumusalam, ayah?” ujar Sofea terkejut sebaik sahaja mengamati tubuh yang berdiri di depan matanya. Ya, insan yang selama ini hilang tanpa khabar berita kini kembali dalam hidupnya. Luka lama bakal berdarah kembali.

“Sofea apa khabar? Dah besar kamu sekarang ya. Cantik macam mak kamu,” ujar En. Eusoff sambil menghulurkan salam kepada Sofea. Sofea teragak-agak untuk menyambutnya. Namun, tangan ayahnya dikucup lembut. Sudah lama dia tidak memegang tangan kasar milik ayahnya. Sudah hampir 20 tahun. Satu tempoh masa yang agak lama.

“Terima kasih. Jemput duduk ayah,” pelawa Sofea. En. Eusoff menurut kata Sofea. Walaupun ada kebencian di hatinya, namun atas dasar ihsan, Sofea masih lagi mampu mengawal keadaan.

“Maafkan ayah Sofea. Ayah memang dah banyak buat salah dengan kamu dan mak kamu. Ayah menyesal Sofea,” rintih En. Eusoff sambil memandang tepat wajah Sofea.

“Kenapa ayah datang balik dalam hidup Sofea dan mak? Bukan ayah dah lama tinggalkan kami ke? Tinggalkan mak ibarat digantung tak bertali. Sanggup ayah buat semua ni? Mak besarkan Sofea seorang diri. Sofea dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah. Tapi kenapa baru sekarang ayah muncul dalam hidup Sofea?” ujar Sofea dengan nada sebak.
“Ayah nak tebus balik dosa-dosa ayah Sofea,” ujar En. Eusoff sambil menundukkan kepalanya. Rasa kesal teramat sangat.

“Dah lah ayah,Sofea tak mahu jumpa ayah lagi. Cukuplah mak saja yang jadi ayah dan mak Sofea. Kami bahagia tanpa ayah,” ujar Sofea dengan nada kesal.

“Sampai hati Sofea cakap ayah macam tu? Baik buruk ayah ni, ayah tetap ayah Sofea. Satu-satunya wali Sofea. Sejauh mana Sofea mampu melarikan diri dari takdir? Sofea pasti akan mencari ayah suatu hari nanti bila sampai seru Sofea untuk berkahwin. Please Sofea, ayah minta maaf banyak-banyak. Manusia mana tidak melakukan kesilapan. Manusia mana yang tidak pernah leka. Ayah menyesal Sofea. Ingat Sofea, tanpa ayah, tiada Sofea di dunia ini,” ujar En. Eusoff sepenuh hati. Sofea terdiam seketika. Dia mula bangun dan melangkah ke arah ayahnya.

“Maafkan Sofea ayah. Sofea memang anak tak mengenang jasa,” ujar Sofea sambil memeluk insan bergelar ayah yang selama ini hanya dapat dilihat di dalam gambar. Hangat tubuh En. Eusoff dirasainya. Tanpa diduga, air matanya mula mengalir.

“Sofea tak bersalah nak. Ayah yang salah. Maafkan kekhilafan ayah Sofea,” ujar En. Eusoff sambil mengucup lembut dahi Sofea. Dia cuba mengalirkan kerinduan yang teramat sangat terhadap anaknya.

“Sofea sayang ayah,” ujar Sofea lalu melepaskan dakapannya lalu mengucup lembut tangan En. Eusoff.

“Ayah pun sayang Sofea. Sofea satu-satunya anak ayah,” 

“Ayah, Sofea nak tanya satu soalan,” 

“Apa dia Sofea,”

“Ayah ke yang letak cupcakes ni depan rumah Sofea?” soal Sofea inginkan kepastian. En. Eusoff mengangguk lalu tersenyum. Sofea pantas mengambil satu cupcakes dari dalam kotak tersebut lalu disuapkan ke mulut ayahnya.

“Terima kasih ayah,” ujar Sofea sambil menatap wajah ayahnya. En. Eusoff tersenyum gembira tatkala Sofea mula menerimanya semula.

“Sofea, kasih dan sayang ayah kepada Sofea ibarat cupcakes ni Sofea. Kasih itu cup, sayang itu cakes,” ujar En. Eusoff sambil mengambil baki cupcakes di tangan Sofea lalu disuapkan ke mulut anaknya itu. Jelas terpancar sinar kebahagiaan di antara mereka.


**********************************************************************************


“Kau pilih yang terbaik buat diri kau Fina. Mak tak nak kau menyesal di kemudian hari dan mak pun tak suka kau hampakan harapan orang,” kata-kata emaknya masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Fina masih lagi kabur dengan keputusan yang bakal dibuatnya. Adakah dia akan menerima Fed dalam kehidupannya? Sebagai insan bergelar suami? Ah, aku buntu! Jerit Fina di dalam hati, sambil skuternya di letakkan di tepi jalan. Langkahnya pantas menuju ke Cupcakes Princes.

“Aik, apesal gelap pulak ni? Kate pukul 10.30 malam. Ni dah 10.35, aku lambat 5 minit je kot. Tak kan dah habis meeting?” Fina berbicara sendirian. Dintinjaunya Cupcakes Princes dari luar cermin. Tiada apa yang kelihatan. Dia nekad untuk masuk ke dalam. Pintu Cupcakes Princes ditolaknya. Tak berkunci? Gila apa bos ni tak kunci pintu. Getus hati Fina. 


Happy birthday to you,

happy birthday to you,

happy birthday to Fina,

happy birthday to you...


Birthday Cupcakes

Kelihatan Afry sedang membawa cupcakes hari jadi bersama lilin di atasnya, bersama Ben yang mendukung Zara sambil diringi gesekan violin oleh Eith. Fina terkesima. Tidak sangka mereka sanggup merancang kejutan buatnya.

“Happy birthday Fina. May Allah bless you,” ujar Afry sambil menghulurkan cupcakes hari jadi kepada Fina. Dengan satu nafas, Fina meniupnya. Ben terus menyalakan semua lampu di dalam Cupcakes Princes.

“Terima kasih Afry, Ben, Eith dan Zara. Aku terharu sangat. Tapi kenapa korang panggil aku Fina?” soal Fina yang dari tadi seakan terkejut mereka beramai-ramai menyanyikan lagu happy birthday mengunakan nama Fina.

“Sudahlah Fina. Penat dah kau berlakon. Kalau ada anugerah pelakon wanita terbaik, kau lah pemenangnya,” ujar Eith.

“Entah kak Fina ni. Kami semua dah tahu lah abang Fin ni sebenarnya perempuan. Betul kan kak Fina?” ujar suara manja Zara sambil mencium pipi Fina. Fina hanya mampu tersenyum nipis. Pandangannya tepat ke arah Ben. Fina membulatkan matanya. Riak muka Ben seperti tidak bersalah.

“Mesti kau punya kerja kan Ben!” duga Fina. Ben hanya ketawa. Begitu juga dengan Eith dan Afry. Zara juga tidak ketinggalan. Kelihatan mereka gembira bagaikan satu keluarga.

“Fina, aku dah bagitahu kau kan sebelum ni. Sejak malam pertama kau datang dekat Cupcakes Princes, aku memang dah tahu kau sebenarnya perempuan. Tapi, kau kata kau lelaki, tapi bila kau bagi salinan  I/C kau masa isi borang, memang sah kau ni perempuan. Tapi, kau minta aku rahsiakan perkara ni dari orang lain. Tapi nak buat macam mana Fina, kami semua ni ada pertalian darah. Rahsia patut dikongsi. Betul tak Afry? Eith?” ujar Ben dengan nada bersahaja. Fina masih lagi tidak boleh menerima kenyataan yang selama ini dia diperdaya dengan lakonan mereka tiga beradik dan termasuklah sekali Zara. 

“Ala kak Fina. Kakak kan cantik, Uncle Afry pun suka dekat kakak,” ujar Zara sambil menyuakan cupcakes ke mulutnya. Afry terus tergamam tatkala Zara secara spontan membocorkan rahsianya. Fina juga turut terkedu.

“Alah Zara ni. Uncle baru nak buat surprise kat kak Fina ni,” ujar Afry sambil melangkah ke arah Fina. Tangannya disorokkan kebelakang. Dada Fina mula berdebar. Apa lagi kejutan yang bakal diterimanya? Bisik Fina dalam hati.

“Fina, sudikah kau jadi kekasihku?” ujar Afry sambil melutut di depan Fina. Kotak berisi cincin berbentuk cupcakes diberikan kepada Fina. Fina benar-benar terkejut dengan tindakan Afry. Tidak pernah sekali terlintas difikiranya perkara ini terjadi di dalam hidupnya.



“Apa lagi Fina, terima je lah,” ujar Eith sambil tersenyum. Begitu juga Ben dan Zara yang tidak sabar menunggu jawapan dari mulut Fina. Degupan jantung Afry semakin pantas, peluh didahinya mula mengalir.

“Err..........,” suara Fina tersekat. Nafasnya ditarik dalam-dalam.

“Maafkan aku Afry, aku tak boleh,” ujar Fina lalu berlari keluar dari Cupcakes Princes. Air matanya mengalir laju. Kesemua yang ada di dalam Cupcakes Princes terkejut dengan jawapan yang diberikan Fina. Afry cuba mengejar Fina.

“Fina!”jerit Afry. Namun Fina tidak mengendahkan jeritannya dan terus meninggalkan Cupcakes Princes dengan skuternya. Hujan yang mula membasahi bumi, seakan bersimpati dengan apa yang telah terjadi.




Bersambung...


p/s: terima kasih kerana sudi membaca dan setia menantikan kehadiran Cuppies 10....nantikan kisah seterusnya dalam cuppies yang berikutnya ...sebarang komen  daripada korang, amatlah dihargai...

p/s/s: Jika suka, sila share kan link Cupcakes Princes ini di Facebook korang atau tweetkan sahaja di laman twiter...

p/s/s/s: jika ketinggalan membaca cuppies yang sebelum ini, sila klik link di bawah: 





5 comments:

  1. aduh... cpt la keluar yang seterusnye.. huhuh

    ReplyDelete
  2. tang sambung2 tu yang tak larat..... menarik citernye... teruskan

    ReplyDelete
  3. love aunty rose!she so funny!:)..tak sabar tunggu episod seterusnya!

    ReplyDelete
  4. bl de sambungannyer neh...cant wait...huhu!

    ReplyDelete

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha