Pages

Thursday, August 11, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 15


CUPPIES 15


Ben mengangkat Zara yang sudah terlelap di dalam kereta lalu diletakkan di atas katilnya. Hatinya menjadi hiba tatkala terlihatkan bingkai gambar arwah isterinya yang sentiasa menemani tidur Zara. Ben mengusap lembut gambar Alys, rindu pada isterinya hanya Allah sahaja yang tahu. Diletakkannya kembali bingkai gambar tersebut dan dikucupnya satu-satunya zuriat hasil perkahwinannya dengan Alys. Penuh rasa kasih dan sayang.

“Kan aku dah cakap, mesti Fina tak terima punya,” bentak Afry sebaik sahaja Ben keluar dari bilik Zara. Eith pula hanya diam seribu bahasa.

“Salah kau jugak Afry. Kau yang lambat nak mengaku yang kau pun suka dekat dia. Mana tahu dia dah ade orang lain ke?” duga Ben.

“Betul kate Ben tu. Aku pun ade perasan jugak yang Fina sejak kebelakangan ni macam pelik semacam je. Tak chill macam selalu. Or maybe dia terkejut kot dengan surprise yang kau rancang ni Afry,” sampuk Eith.

“Entahlah. Memang silap aku kot. Dah lama dia pendam perasaan kat aku. Cuma aku je yang selalu menafikan isi hati aku. Selalu ambil endah tak endah je dengan dia. Salah kita jugak sebab tipu dia yang kita ni dah tahu yang dia tu sebenarnya perempuan,” jelas Afry sambil menekup muka dengan tangannya.


“Kita tipu dia, or dia tipu kita?” soalan Eith yang semakin menghangatkan keadaan. Ben memandangnya semacam.

“Memang la dia yang tipu kita. Cuma bila aku dah tahu Fina tu perempuan, aku cakap kat korang berdua termasuk Zara, kita berpakat nak berlakon dan layan Fina sebagai seorang lelaki. So, memang dia rasa tertipu la. Penat-penat dia berlakon jadi lelaki, cakap kau aku. Buat suara garau, pakai baju lelaki. Memang salah aku suruh dia berlakon jadi lelaki atas dasar nak dapatkan kerja dekat Cupcakes Princes. Tapi, aku tak jangka pun benda boleh jadi macam ni,” Ben bernada kesal. 

“Takpe lah Ben. Kau tak perlu salahkan diri kau. Kita sama-sama salah. Nasi dah jadi bubur pun,” ujar Afry dengan nada kecewa.

“Sedap juga makan bubur time hujan-hujan ni. Korang nak makan bubur tak? Kalau nak, aku masakkan,” ujar Eith yang cuba mengalihkan topik perbualan. Dia cuba untuk memulihkan perasaan bersalah dan rasa kecewa adik-beradik tirinya.

“Ish kau ni, orang tengah bersedih ni, kau boleh teringat makan pulak. Tapi betul jugak cakap kau Eith. Sedap jugak makan bubur time hujan macam ni. Tadi sempat makan cupcakes je,” ujar Ben. Eith hanya tersenyum lalu melangkah ke dapur.

“Takpe ke aku masak kat dapur korang ni?” soal Eith.

“Dapur kau jugak lah Eith. Kita kan adik-beradik. Goreng ikan bilis dengan bawang sekali tau,” balas Ben. Kekecewaan Afry memang jelas teserlah. Afry masih lagi tidak mampu menerima apa yang telah terjadi. Langkahnya longlai menuju ke balkoni. Memerhati keadaan bandaraya Johor Bharu yang dibasahi hujan, seperti meratapi nasib yang menimpa dirinya. Kesedihannya dikongsikan dengan setiap titis hujan yang jatuh ke bumi. Fina, kenapa kau tolak cinta aku sedangkan kau pun suka kat aku? Getus hati Afry. Afry menjerit sekuat hati, suaranya dilontarkan sekuatnya, melepaskan rasa sakit, kecewa dan hampa yang masih membelenggu dirinya.

“Wey korang Fina ada hantar mesej dekat aku la!” jerit Ben sambil memegang BlackBerrynya. Afry bergegas mendapatkan Ben, begitu juga dengan Eith.


‘Maafkan aku atas segala apa yang terjadi. Terima kasih atas segala-galanya. I’m quit. Kirim salam buat semua’


“Dia nak resign la wey. Macam mana ni?” ujar Afry panik.

“Kau try la call dia,” ujar Eith memberikan cadangan. Afry pantas mengambil handphone. Nombor Fina didail. Namun ternyata hampa kerana Fina telah mematikan handphone. 

“Macam mana ni. Fina off phone la,” ujar Afry. 

“Kita tunggu esok je la. Kalau nak pergi sekarang pun, dah lewat sangat. Nanti apa pulak kata mak dia. Lagi pun hujan makin lebat ni,” ujar Ben. Hati Afry semakin gelisah. Kenapa Fina nak berhenti kerja pulak? Sebab aku ke?


**********************************************************************************


“Maafkan Fina mak. Fina banyak buat dosa dengan mak. Halalkan segala makan minum Fina mak. Hanya mak lah satu-satunya yang Fina sayang dalam dunia ni,” ujar Fina sambil mengucup tangan Pn. Rose lalu dipeluknya emaknya itu sekuat hati. Air matanya mula mengalir.

“Mak halalkan Fina. Mak maafkan segala-galanya Fina. Mak harap, keputusan yang kau buat ni adalah yang terbaik untuk diri kau. Baik untuk kau, baik juga untuk mak, Fina. Baik juga untuk Fed. Walaupun mak tak dapat nak ikut kau, mak harap, kau pandai-pandailah jaga diri kau kat negara orang. Jaga hati Fed, jangan hampakan harapan mama dia,” ujar Pn. Rose lalu mengucup pipi Fina kiri dan kanan. 

“Baiklah mak, orang akan ikut cakap mak. Nanti kalau mak rindu Fina, mak makanlah cupcakes ye,” Itulah kata-kata terakhir Fina sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Senai bersama Fed. Tatkala terlihatkan Ozzy Orange cupcakes di atas meja, hati Pn. Rose mula sebak. Tidak pernah terduga, dia terpaksa melepaskan satu-satunya zuriatnya selepas 22 tahun menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.


Ozzy Orange cupcakes

“Assalamualaikum. Fina, oh Fina,” jerit Afry sambil menekan loceng rumah Fina. Ben memerhatikan tingkah laku adiknya bagaikan tidak keruan apabila cintanya ditolak. Sejak malam semalam, Afry memang tidak dapat melelapkan matanya walaupun sesaat.

“Waalaikumusalam. Eh, anak ni bos Fina kan? En. Afry dengan En. Ben. Jemputlah masuk ke rumah mak cik yang tak seberapa ni,” ujar Pn. Rose sambil membuka pintu pagar.

“Alah mak cik, tak payah lah nak berencik-encik dengan kami. Panggil nama je,” ujar Ben merendah diri.

“Yang lagi sorang takde ke?” soal Pn. Rose.

“Siapa yang lagi sorang mak cik?” Ben keliru.

“Ala, mak cik lupe pulak nama dia. Hari tu dia pernah datang rumah ni. Muka putih-putih macam mat saleh tu,” ujar Pn. Rose.

“Oh, itu Eith, abang tiri kami. Dia kene jaga Cupcakes Princes. Kalau semuanya ke sini, takde siapa pulak nak jaga Cupcakes Princes,” jelas Ben. Afry dari tadi diam kini mula bersuara.

“Mak cik, Fina ada kat rumah?” soal Afry.

“La, mana la nak ada. Orang tu dah nak terbang naik aeroplane. Seronok mak cik dengar orang nak naik aeroplane ni,” ujar Pn. Rose sambil tersengih. Afry dan Ben terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Pn. Rose.

“Fina terbang ke mana ni mak cik?” soal Afry inginkan kepastian. 

“La, Fina tak bagi tahu korang berdua ke? Bukan dia dah kata dia nak berhenti kerja ke malam tadi?”

“Memang ada dia bagi sms yang dia nak berhenti kerja. Tapi tak bagitahu pulak sebab apa. Dia pergi mana mak cik?” soal Ben inginkan kepastian. Begitu juga dengan Afry.

“Dia pergi New Zealand. Jumpa bakal mak mertua dia dekat sana,” ujar Pn Rose. Afry tersedak tatkala mendengar apa yang dikhabarkan oleh Pn. Rose.

“Jumpa mak mertua?” soal Afry sambil mengerutkan dahi.

“Ha’a. Mak mertua. Kawan mak cik jugak. Dia sekarang ada dekat New Zealand. Tinggal kat sana sebab tengah mendapatkan rawatan,” jelas Pn. Rose.

“Oh ok. Tapi boleh saya tahu siapa bakal suami Fina?” soal Afry yang ingin tahu siapakah lelaki yang menyebabkan Fina menolak cintanya.

“Fed,” ringkas Pn. Rose.

“Fedrus Umar?” tegas nada Afry kali ini. Pn. Rose mengangguk. Ben dan Afry saling berpandangan. Terkejut dengan apa yang telah berlaku.

“Flight Fina pukul berapa mak cik?” soal Afry. Dia masih berharap dapat berjumpa dengan Fina buat kali terakhir.

“Pukul 10.30 kalau tak silap mak cik,” 

“Ben, jom kita pergi Senai Airport. Aku nak jumpa dengan Fina,” ujar Afry sambil memandang abangnya dengan penuh harapan.

“Sekarang dah pukul 10 pagi dah, sempat lagi ke? Soal Ben. 

“Ala, kita usaha la dulu, kalau ada jodoh, dapat lah jumpa. Ok mak cik, kami beransur dulu ye,” ujar Afry sambil menghulurkan salam kepada Pn. Rose.

“Eh, tak nak minum dulu ke? Mak cik baru nak buat air,” ujar Pn. Rose.

“Takpelah mak cik, nanti lain kali kami datang lagi. Assalamualaikum,” ujar Afry lalu melangkah pantas ke keretanya. Ben mengikuti langkah Afry. Perodua Kelisa milik Afry mula meninggalkan perkarangan rumah Fina. Hati Afry semakin berdebar. Kenapa Fina tak cakap awal-awal? Tapi kenapa Fed yang dia pilih? Kenapa perkara ni berlaku dengan begitu pantas? Semakin banyak persoalan yang berlegar-legar dalam ruang fikirannya.

Ben memandang wajah adiknya yang begitu kecewa cintanya ditolak kerana Fina menerima lamaran sahabat baiknya sendiri. Tepat tekaannya selama ini bahawa Fed memang menyukai Fina sejak pertama kali mereka bertemu. Memang Fed berusaha memenangi hati Fina walaupun terpaksa berlakon sebagai seorang homoseksual di depan Fina. Tapi salah aku jugak yang tak bagitahu Fed yang Afry pun ada hati dan menyimpan perasaan terhadap Fina. Bisik hati kecil Ben yang menyesali apa yang telah terjadi. Suasana diam membisu. Ben menghidupkan radio.


Dahulu kau mencintaiku
dahulu kau menginginkanku
meskipun tak pernah ada celaku
tak berniat kau meninggalkan aku


Sekarang kau pergi menjauh
sekarang kau tinggalkan aku
di saat ku mulai mengharapkanmu
dan ku mohon maafkan aku


Aku menyesal tlah membuatmu menangis
dan biarkan memilih yang lain
tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
pasti itu terbaik untukmu


Janganlah lagi kau mengingatku kembali
aku bukanlah untukmu
meski ku memohon dan meminta hatimu
jangan pernah tinggalkan dirinya
untuk diriku


“Ish Ben, tutup la radio tu. Sebak pulak aku dengar lagu Rossa tu,” ujar Afry yang begitu menghayati setiap bait lirik lagu ‘Aku Bukan Untukmu’. Seperti terkena pada batang hidungnya sendiri.

“Ish kau ni, jangan lah emo sangat. Lagu je pun,” ujar Ben lalu menutup radio. 

“Kenapa Fina sanggup ikut Fed dan terima Fed sebagai suami dia? Bukan dia memang tak suka ke dengan Fed? Aku tengok bukan main dia menyorok kalau Fed datang Cupcakes Princes,” ujar Afry yang sedang menumpukan kepada pemanduannya.

“Kau kene ingat, mase tu dia kan menyamar jadi lelaki, so dia syak yang Fed tu tak straight sebab suka dekat dia. Padahal Fed memang dah tahu dari awal yang Fina tu perempuan. Tapi, kalau dah takdir tertulis di loh mahfuz, Fina tu memang salah satu tulang rusuk Fed, kita tak boleh nak tolak takdir Afry,” jelas Ben cuba memberikan pendapatnya walaupun pada dasarnya, kata-katanya itu begitu pahit untuk ditelan Afry.

“Ben, selagi aku boleh berusaha untuk dapatkan Fina, aku memang akan usaha sampai dapat Ben. Walau aku terpaksa korbankan nyawa aku sendiri Ben,” ujar Afry nekad.

“Uish, serius kau ye,”

“Serius la. Kau ingat aku main-main ke?” 

“Ye lah. Tapi sempat ke nak sampai airport ni?” soal Ben sambil mengerling jam tangannya. Afry menekan pedal minyak, memecut laju mengejar masa, mengejar cintanya. 


**********************************************************************************


Afry memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu masuk utama Lapangan Terbang Senai. 

“Ben, aku berhenti kat sini. Kau pergi cari parking ye. Tolong sangat-sangat. Nanti tak sempat pulak aku nak jumpa Fina,” arah Afry lalu keluar dari keretanya. Adrenalinnya semakin meninggi. Debar di dadanya hanya Allah sahaja yang tahu. Masihkah ada waktu untuk aku mengucapkan selamat tinggal kepada Fina? Getus hati Afry.

Afry berlari pantas menuju ke balai berlepas antarabangsa. Orang ramai yang lalu lalang, sedikit pun tidak mematikan langkah Afry. Dilihatnya skrin paparan senarai penerbangan. Penerbangan ke New Zealand masih lagi belum berlepas. Syukur Alhamdulillah.

“Maaf encik, tiket encik,” ujar pengawal yang menjaga pintu masuk balai berlepas.

“Tolonglah tuan, saya nak jumpa kawan saya, hal penting,” rayu Afry.

“Minta maaf encik. Encik tak dibenarkan masuk,” ujar pengawal tersebut. Afry yang semakin kesuntukan masa, nekad menerobos pintu tersebut dan terus berlari pantas. Matanya meliar mencari kelibat Fina mahupun Fed. Hatinya semakin gusar. Peluh mula menitis membasahi dahinya. 

“Bos, kau cari aku ke?” ujar Fina sambil menepuk bahu Afry dari belakang. Afry memandang ke belakang lantas memeluk erat Fina. Fina terkejut dengan tindakan Afry tetapi dia membiarkannya. Terasa kehangatan tubuh Afry mengalir ke dalam tubuhnya. 

“Ish bos, lepaskanlah. Orang ramai tengok ni,” ujar Fina yang cuba melepaskan diri dari dakapan Afry. Fed hanya memandang dari jauh. Cuba memberi peluang dan ruang buat terakhir kali kepada Afry untuk berjumpa dengan Fina.

“Fina, aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau. Cintakan kau. Walaupun aku tahu kau bukan milik aku, tapi aku pasti, kau pun cinta dan sayangkan aku kan?” soal Afry sambil memandang tepat ke arah mata Fina. 

“Afry, kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan segala-galanya. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi,” balas Fina terus berlalu menuju kea rah Fed yang sudah sedia untuk pergi ke kaunter pelepasan.

“Finaaaaaaaa!” jerit Afry. Langkah Fina terhenti. Afry pantas mendapatkan Fina lalu memberikan satu kucupan lembut di dahi Fina. Ben yang baru sahaja tiba terkejut dengan tindakan Afry dan begitu juga dengan Fed. 

Tanpa diduga, Fina menghayunkan tangannya tepat ke pipi Afry dan terus melangkah pergi bersama Fed ke kaunter pendaftran tanpa menoleh kebelakang terus menuju ke arah pintu kapal terbang. Harapan Afry berderai seakan kaca yang terhempas ke lantai, bagai ombak menghempas pantai. Matanya seakan berpinar dan tanpa disedari, dia rebah menyembah bumi.





Bersambung...

Apakah kesudahan CUPCAKES PRINCES? sama-sama kita nantikan episod terakhir CUPCAKES PRINCES: CUPPIES 16 nanti ye...



p/s: terima kasih kerana sudi membaca dan setia menantikan kehadiran Cuppies 10....nantikan kisah seterusnya dalam cuppies yang berikutnya ...sebarang komen  daripada korang, amatlah dihargai...

p/s/s: Jika suka, sila share kan link Cupcakes Princes ini di Facebook korang atau tweetkan sahaja di laman twiter...

p/s/s/s: jika ketinggalan membaca cuppies yang sebelum ini, sila klik link di bawah: 





16 comments:

  1. alahaiii dah nak habisss?smbung lahh sikit lg sampai raya ;))

    -hasifanrun

    ReplyDelete
  2. hehehe
    kne tampar free je. surely afry xdpt tdo mlm . ;)

    ReplyDelete
  3. @Fatin Syazwanijgn nangis...kesat kesat...nah tisuuu

    ReplyDelete
  4. @AnonymousEpisode last keluar first day raya nak???

    ReplyDelete
  5. @Daya Hhahhaa....berbekas kot...ke ade something yg berlaku dkt Afry? jeng jeng jeng

    ReplyDelete
  6. haha , last pye first day raya ?! pergh ~ lama gilaaa ~ tk sabaq fatin nk tggu neh XD

    ReplyDelete
  7. pEminat pEminat!!
    mianat giler ngn citEr nea...siyes sonok bace...xsabar nak tunggu last episode..huhu

    ReplyDelete
  8. @Fatin SyazwaniXKN LA FIRST DAY RAYA...kesian nanti tak berjalan raya sebab nak bace....hahahha

    ReplyDelete
  9. alaaa, knp episod akhir kuar raye 1st? sob sob~

    ReplyDelete
  10. @Daya Hish, main-main jela...tunggu je, bile2 je boleh keluar :)

    ReplyDelete
  11. alaaaa..sambuunglaaaa.... :(

    ReplyDelete

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha