Pages

Tuesday, August 16, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 16 (AKHIR)

 

CUPPIES 16


Fed terus membawa Fina ke Auckland City Hospital sebaik sahaja tiba di Auckland Airport. Hati Fina masih lagi berdebar-debar kerana pengalaman pertamanya menaiki kapal terbang ke luar negara dan turut ditambah debaran untuk berjumpa dengan bakal emak mertuanya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital tersebut. Pada masa yang sama, dia teringatkan peristiwa yang terjadi di Lapangan Terbang Senai sebentar tadi. Jauh di hati kecilnya, rasa bersalah yang teramat sangat. Tindakan spontannya terhadap Afry memang melampau. Namun, semuanya sudah terjadi. Mustahil baginya untuk mengundurkan masa.

“Fina, my mom tak berapa nak sihat. I hope, you dapat layan dia dengan baik. Apa yang dia cakap, you ikut je ok. Jangan membantah,” ujar Fed sebelum menuju ke kaunter pendaftaran.

“Baik Fed,” ringkas Fina lalu mengekori langkah Fed. Dalam kepalanya, pelbagai persoalan silih berganti. Bagai ada sesuatu yang tidak kena.

“Sorry miss, may I know where is my mom’s room? Her name is Lily Tan Abdullah,” soal Fed kepada jururawat yang menjaga kaunter pendaftaran.


“I’m sorry sir. Your mom already passed away this morning on 11.25 am. We already try to call you, but there is no answer from you,” ujar jururawat tersebut. Fed baru tersedar BlackBerrynya sudah kehabisan bateri tatkala mengeluarkannya dari kocek seluar. Berita yang disampaikan oleh jururawat tersebut membuatkan dia terduduk. Dunia seakan gelap gelita. Semuanya bagai sudah berakhir buat Fed.

“Sabar Fed. Setiap yang hidup pasti akan menemui ajal. Ajal akan datang bila tiba waktunya, tidak sesaat awal, tidak sesaat lambat. I hope you redhakan pemergian mama you semoga rohnya tenang di sana,” ujar Fina yang cuba memberikan semangat kepada Fed. Fed hanya mampu menekup mukanya menahan sebak di dada. Tidak sangka dia tidak sempat untuk berjumpa dengan mamanya yang pergi lebih awal dari tarikh yang dijangkakan doktor. Kuasa Allah mengatasi jangkaan manusia, bisik hati Fed.

“Fed, jom kita duduk dulu,” ujar Fina sambil membantu Fed yang sudah lemah untuk melangkah menuju ke arah bangku berhampiran.

“You tunggu sini dulu, I pergi beli air kejap ye,” ujar Fina lalu meninggalkan Fed sendirian yang masih lagi terkejut dengan berita kematian mamanya. Satu-satunya tempat dia berkongsi kasih dan sayang.

“I’m sorry for your lost,” ujar Mr. Jazman, selaku peguam peribadi Pn. Lily yang datang menyapa Fed. Fed mengangkat mukanya. Air matanya dilap.

“Thank you Mr. Jazman. This thing happens really fast. So, you sempat ke jumpa dengan mama I sebelum dia menghembuskan nafas terkahir?” soal Fed. Mr. Jazman mengangguk.

“I sempat sampai sini. Actually I memang ada dekat area sini sebab ade tugasan di Malaysian Consulate. So, pihak hospital call I pagi tadi, inform your mom dah nazak. I try to call you but you off your handphone right?” ujar Mr. Jazman.

“I dalam flight tadi, I off and I tak sedar yang my phone’s battery already empty. Mama ade cakap apa-apa ke before she closes her eyes?” soal Fed inginkan kepastian.

“Masa I sampai, dia memang tengah nazak. Dia ada sebut nama you. I sempat ajar dia mengucap sebelum mama you menghembuskan nafas terakhir,” ujar Mr. Jazman.

“Terima kasih sebab berada di sisi mama I before she dies,” ujar Fed. Air matanya bergenang kembali.

“And one more thing Fed. Memandangkan hanya you seorang sahaja waris yang tinggal, 50% daripada harta peninggalan mama you, will be owned by you and another balance 50%, akan sedekahkan kepada orang yang lebih memerlukan seperti rumah anak-anak yatim, rumah orang- orang tua dan persatuan pesakit-pesakit leukimia. She is really kind Fed,” puji Mr. Jazman.

“Yup, mama memang seorang yang baik hati. Memang betul orang kata, kebanyakan orang yang baik, memang akan pergi dahulu bertemu Ilahi,” ujar Fed yang terkenang kembali segala peristiwa manis bersama arwah mamanya.

“Your mom now tengah dimandikan oleh wakil dari Islamic Community of Auckland. Selepas ni akan dibawa ke Masjid E Umar untuk disolatkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Auckland. After that, I akan bacakan wasiat terakhir mama you,” ujar Mr. Jazman. Fed hanya mengangguk kepalanya tanda setuju.

“Before that Mr. Jazman. I ade satu lagi soalan. Did she mention about my wedding with Nurasyafina Mohd Rasul dalam wasiat dia?” soal Fed inginkan kepastian.

“Maaf En. Fed. You kena bersabar sedikit. Nanti after jenazah mama you selamat dikebumikan, semuanya akan terjawab,” ujar Mr. Jazman sambil tersenyum nipis lalu melangkah meninggalkan Fed. Fina yang dari tadi menyorok di sebalik dinding, mendengar perbualan mereka. Dadanya semakin berdebar untuk mengetahui isi kandungan wasiat mama Fed. Adakah Fedrus Umar memang sudah ditakdirkan menjadi suaminya?


**********************************************************************************


2 tahun kemudian.


“Pak cik, Setia Eco Park boleh?” ujar gadis berambut panjang paras bahu. Gayanya yang sopan berbaju kurung dan hanya sedikit make-up dikenakan ke wajahnya, sudah cukup menambahkan pesonanya. 

“Boleh Cik,” ujar pemandu teksi limosin Lapangan Terbang Senai lalu membantu gadis tersebut memasukkan luggagenya ke dalam bonet kereta.

“Baru balik dari mana cik?” soal pemadu teksi tersebut. Gadis tersebut hanya melirikkan senyuman lalu mengenakan cermin mata hitamnya.

“Dari New Zealand,” ringkas gadis tersebut. Sepanjang perjalanan, hanya lagu yang dimainkan di radio sahaja yang kedengaran. Gadis tersebut hanya diam seribu bahasa dan termenung jauh melihat keadaan di luar cermin. 

“Berapa ya pak cik?”

“RM30 je cik,” ujar pemandu tersebut sebaik saja sampai di Pusat Komersial Setia Eco Park. Gadis tersebut menghulurkan sekeping not RM 50.

“Pak Cik simpan je duit lebih tu ye. Buat belanja minum kopi,” ujar gadis tersebut lalu mengheret luggagenya menuju ke Cupcakes Princes. 

“Baiknya budak perempuan ni. Dah la cantik, baik hati pulak tu. Sesuai jadi calon menantu aku,” ujar pemandu teksi tersebut lalu meninggalkan kawasan Pusat Komersial Setia Eco Park. 

“Selamat datang ke Cupcakes Princes,” ujar Eith sebaik saja gadis tersebut melangkah masuk ke dalam Cupcakes Princes. Cermin mata hitamnya masih tidak ditanggalkan lagi, hanya bibir yang mengukir senyuman membalas sapaan mesra Eith. Diperhatikan hiasan dalaman Cupcakes Princes, masih seperti dahulu, tetapi semakin cantik dan kemas. Bisik gadis tersebut di dalam hati. 

“Ada apa yang saya boleh bantu cik?” soal Eith sambil memberikan menu kepada gadis yang begitu ayu pada pandangannya. Tidak berkelip matanya melihat.

“Can I have one Green Tea Cupcakes and a mug of Sweetheart Hot Chocolate?” ujar perempuan itu tanpa melihat sedikit pun ke arah menu yang diberikan. Pelik perempuan ni, macam mana dia tahu nama cupcakes dan minuman dekat sini tanpa tengok menu? Nak kate pernah datang, tak pernah pulak aku nampak. Getus hati Eith.

“Ok, noted. Please have a sit and you also can enjoys reading megazines there,” ujar Eith sambil menunjukkan rak yang disangkut di dinding yang mana menempatkan pelbagai majalah untuk dibaca oleh pelanngan sementara menunggu pesanan sampai. Gadis tersebut hanya tersenyum. Matanya meliar mencari seseorang yang amat dirinduinya. 

“Miss, this is your Green Tea Cupcakes dan Sweetheart Hot Chocolate. Enjoy your meal,” ujar Eith sambil meletakkan pesanan di atas meja.

Green Tea Cupcakes

“Thank you Eith,” ujar gadis tersebut.

“You’re welcome. By the way, how come you know my name?” soal Eith.

“Dah dekat baju kau tu ape? Bukannye tulis Eith ke?” ujar gadis tersebut sambil membuka cermin mata hitamnya. Eith menatap gadis yang berada di depan matanya. Diamati betul-betul wajah gadis tersebut. 

“Ya Allah! Kau rupanya Fina? Wah, dah cantik lah kau sekarang. Kau memang pandai berlakon kan. Aku ingat awek cantik mana la pagi-pagi dah pakai sunglasses masuk dalam Cupcakes Princes. Bertuah kau Fina!” jerit Eith penuh teruja. Tidak sangka gadis berambut panjang tersebut adalah Fina. Lain benar penampilannya sekarang.

“Amacam? Cantik tak aku? Aku tengok mate kau tadi tak berkelip pandang aku atas bawah,” ujar Fina sambil ketawa.

“Memang superb lah kau Fina. Tak sangka pulak aku kau boleh jadi macam ni. Kau ape cerite sekarang ni? Dah dua tahun kau menghilang. Duduk negara orang, dah tak ingat negara sendiri. Dengar-dengar dah kahwin dengan Fed? Mana Fed?” soal Eith.

“Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri Eith. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Panjang ceritanya Eith. Bos mane bos?” soal Fina yang dari tadi mencari kelibat Afry dan juga Ben.

“Kau ni kan. Susah sangat nak cerita. Ben ade kat dapur tengah buat cupcakes. Dah banyak cupcakes baru yang dia cipta. Alhamdulillah, pelanggan pun makin ramai. Afry keluar kejap sebab dia ade hal. Kejap lagi dia balik la tu,” ujar Eith.

“Oh, ok,” ringaks Fina.

“Kau duduk kejap. Aku pergi dapur panggil Ben. Mesti dia pun terkejut tengok kau dah ‘women’ sekarang ni,” seloroh Eith sambil melangkah ke arah dapur. Fina hanya tersenyum dengan usikan Eith. Sudah lama dia tinggalkan suasana yang ceria di Cupcakes Princes. Rindunya tidak terperi.

“You duduk sini dulu, I bawak Ammar pergi belakang kejap,” ujar satu suara yang sudah lama tidak didengarinya. Fina menoleh kebelakang, dilihatnya Afry sedang mendukung bayi yang sedang merengek sambil diperhatikan oleh seorang perempuan. Kelihatan seperti Sofea. Ya, memang betul tekaannya!

“Ok, you bawaklah Ammar pergi belakang. I tunggu kat sini je,” ujar Sofea sambil mengelap peluhnya. Afry tidak perasan kehadiran Fina dan terus berlalu ke dapur sambil mendukung Ammar. Afry dah kahwin dengan Sofea ke? Dah ade anak? Soal Fina dalam hati. Harapannya kian pudar, bagaikan pelangi yang tiada kekalnya selepas hujan. Dengan hati yang luluh, Fina mengeluarkan sepucuk surat lalu diletakkan di atas meja bersama bayaran cupcakes dan minumannya. Dia pantas melangkah keluar, meninggalkan Cupcakes Princes dengan hati yang lara.


**********************************************************************************


“Kau biar betul Eith Fina dah balik? Mana-mana?” ujar Ben sebaik sahaja Eith memberitahu tentang kedatangan Fina.

“Fina dah balik? Kau jangan main-main Eith,” ujar Afry yang baru memasuki dapur. Ammar diserahkan kepada Ben. 

“Betul la, aku tak tipu. Ade kat luar tu. Dah cantik dia sekarang ni. Yang kau ni Afry, tak kan tak perasan ade perempuan pakai baju kurung kat luar tadi?” soal Eith.

“Mana la aku nak perasan. Ammar ni lah, asyik merengek je lepas kene inject dekat klinik. Aku teruslah pergi dapur,” jelas Afry.

“Dah-dah, jom keluar. Aku nak tengok jugak Fina versi ‘women’ ni,” ujar Ben sambil mendukung Ammar yang baru berusia 10 bulan. Mereka bertiga malangkah keluar dari bahagian dapur.

“Mana Finanya Eith? Takde pun. Sofea ade lah?” soal Ben.

“Eh tadi adelah! Tu kat situ dia duduk tadi. Green Tea Cupcakes tu, dia lah yang order,” ujar Eith, cuba mempertahankan kata-katanya.

“Sofea, you ade nampak tak perempuan yang duduk kat sini tadi?” soal Afry inginkan kepastian.

“Nampak. Dia dah keluar tadi. Nampak macam tergesa-gesa. Tu yang die letak duit atas meja tu,” ujar Sofea sambil menjuihkan bibirnya ke arah meja yang diduduki Fina sebentar tadi.

“Wey, ade surat la. Untuk kau lah Afry,” ujar Eith sebaik sahaja menyedari ada sepucuk surat di bawah duit yang diletakkan Fina di atas meja. Afry mengambilnya lalu dibukanya penuh teliti. Dadanya mula berdebar. Ben dan Eith juga tidak ketinggalan sama untuk mengetahui isi kandungan tersebut.




Afry,


Ini semua adalah KEHIDUPAN.


Tidak lengkap KEHIDUPAN tanpa kemaafan.
Maafkan keterlanjuran aku yang bertindak di luar duga dua tahun lepas. Walaupun sudah dua tahun, aku tahu, kesannya masih lagi terasa sehingga saat ini. Bahang di tangan aku masih lagi terasa, apatah lagi bahang pipi kau yang menerimanya. Bukan sengaja, cuma di luar duga kerana aku alpa.


Setiap yang berlaku dalam KEHIDUPAN ada sebab dan alasan.
Bukan aku sengaja menolak cinta yang kau beri, tapi tangan aku sudah digantung ke langit, kaki aku dipasak ke bumi. Aku tiada pilihan lain selain menuruti kehendak orang tua yang sudah mengaturkan jodoh aku. Tanpa aku duga, jodoh yang diaturkan adalah Fedrus Umar, anak kepada kenalan emak aku dan juga kenalan kau sendiri. Kerana mama Fed sudah tidak lama lagi di dunia kerana menghidapi luekimia, aku bersetuju untuk memenuhi permintaan terakhirnya. 


Dalam KEHIDUPAN, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.
Setibanya kami di New Zealand, mama Fed sudah menghembuskan nafas terakhir. Dalam wasiat yang ditinggalkannya, tidak termetrai nama aku sebagai calon isteri kepada Fed. Mama Fed memberikan kebebasan kepada Fed sama ada mahu menikahi aku ataupun gadis lain pilihan hatinya sendiri. Setelah berbincang, kami sebulat suara meneruskan kehidupan masing-masing tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Fed sudah mempunyai pilihan hatinya, Isly Isnaini, kenalan aku sendiri.


Resam KEHIDUPAN, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
Memandangkan aku telah sudi menerima pelawaan Fed untuk berjumpa dengan mamanya, Fed dengan bermurah hati menaja pengajian aku dalam bidang kek dan pastri di sebuah kolej masakan terkenal di Auckland sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan aku. Di kesempatan yang diberi, aku mengambil ruang dan peluang untuk menimba ilmu dan kemahiran. Setelah dua tahun berlalu, aku berjaya menamatkan pengajian dan aku memutuskan untuk pulang ke tanah air.


Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan, itulah KEHIDUPAN.
Aku berharap, bila aku jejaki kaki di bumi tercinta ini, aku dapat meredakan semula bahang di pipi insan bernama Afry. Kerana aku yakin, aku adalah salah satu tulang rusuk kiri kau yang hilang. Dan kini aku kembali, atas tuntutan terhadap pelengkap diri dalam mengisi kekosongan jiwa ini. Semoga sisa cinta kau masih lagi berbaki buat aku, Afry. Di saat aku mengakhiri tulisan aku ini, aku mahu kau tahu, yang aku cintakan kau ibarat cupcakes.

“Kasih itu cup, sayang itu cakes”




Ini bukan perigi cari timba, tapi ‘cakes’ yang mencari ‘cup’,
Fina a.k.a Fin




“Wah, gile sweet Fina ni? Tak sangka aku!” ujar Eith. Afry hanya tersenyum. Begitu juga dengan Ben dan Sofea.

“Ha, apa lagi Afry, tak semua orang dapat second chance. Lagipun, Fina single lagi kot,” ujar Ben. 

“Tapi aku nak cari dia kat mana?” soal Afry.

“Alah, mesti dia balik rumah mak dia jugak, kau try lah pergi cari dia kat sana. Kami doakan yang terbaik buat kau,” ujar Ben sambil menepuk lembut peha Ammar yang sudah terlelap.

“Habis siapa nak ambil Zara kat sekolah?” soal Afry lagi.

“Kau jangan fikir pasal Zara. Nanti aku pergi tolong ambilkan dia kat sekolah. Dah, dah. Kau pergi lah cari Fina tu. Eh silap, cari ‘cakes’ kau tu,” seloroh Eith. Tanpa melengahkan masa, Afry terus pergi menuju ke kereta Suzuki Swift miliknya yang baru dibeli. Dilihatnya di dalam dashboard, cincin berbentuk cupcakes masih lagi tersimpan kemas di dalam bekasnya. Akhirnya kau akan jadi milik aku Fina, Alhamdulillah. Getus hati Afry.


**********************************************************************************


“Assalamualaikum,” ujar Afry sambil menekan loceng rumah Fina. Degup jantungnya semakin pantas. Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan Fina. 

“Waalaikumusalam. Eh, Afry? Meh jemput masuk, macam tahu-tahu je Fina dah balik kan,” ujar Pn. Rose sambil membuka pintu pagar.

“Mak cik ape khabar? Dah lama kita tak jumpe ye mak cik,” ujar Afry sambil menghulurkan salam kepada Pn. Rose.

“Biasalah, bunga segar aku import ke New Zealand, yang tinggal bunga kertas je ni ha. Mana la kumbang nak datang. Betul tak?” sinis seloroh Pn. Rose.

“Ish mak cik ni. Jangan cakap macam tu. Ni saya ade bawak buah tangan sikit dari Cupcakes Princes. Mesti mak cik suka,” ujar Afry lalu menyerahkan bungkusan Cupcakes Princes kepada Pn. Rose.

“Ish dah lame benor mak cik tak makan cupcakes. Last time mak cik makan mase Fina kerja dekat Cupcakes Princes la. Mak cik ade jugak cari resepi cupcakes kat blog-blog masakan. Penat jugaklah mak cik blogwalking. Last-last, jadi lempeng juga akhirnya,” ujar Pn. Rose yang begitu teruja dengan buah tangan yang dibawa Afry.

“Sedap tu mak cik. Marcy Macaron Cupcakes, resepi cupcakes terbaru dekat Cupcakes Princes. Mak cik lah orang pertama yang bertuah untuk rasa cupcakes ni,” jelas Afry cuba mengambil hati bakal emak mertuanya.


Marcy Macaron Cupcakes
 
“Susah betul nak sebut nama cupcakes ni. Tapi takpe, yang penting sedap. Kamu duduk dulu ye Afry, mak cik pergi dapur dulu buat air,” 

“Tak payah susah-susah lah mak cik,” ujar Afry.

“Takde yang susahnye pun. Kau duduk je situ diam-diam,” ujar Pn. Rose lalu melangkah ke dapur. Mata Afry meliar mencari kelibat Fina. Puas diamatinya setiap inci rumah.

“Jemput minum Afry. Air orang bujang je ni. Eh silap, air mak janda je ni,” seloroh Pn. Rose. Afry tertawa kecil lalu menghirup air teh yang disediakan Pn. Rose.

“Yang kamu ni kenape? Mulut minum teh, mata meliar je mak cik tengok. Kamu cari Fina ke?” soal Pn. Rose yang pelik dengan tingkah laku Afry.

“Ha’a mak cik. Fina mane mak cik? Kata dah balik dari New Zealand?” aju Afry.

“Fina dah keluar tadi. Lepas dia sampai, sempatlah dia salam peluk cium mak cik. Lepas tu dia keluar balik. Katanya nak pergi Danga Bay. Nak tenangkan fikiran,” jelas Pn. Rose.

“La, kenapa mak cik tak cakap awal-awal?” rungut Afry.

“Dah kamu tak tanye. Mana mak cik nak cakap,” balas Pn. Rose.

“Takpelah mak cik, saya mintak diri dulu. Assalamualaikum,” ujar Afry lalu mengucup lembut tangan Pn. Rose. 

“Waalaikumusalam. Lain kali datang lah lagi, tapi jangan lupa bawak cupcakes sekali ye,” ujar Pn. Rose. Afry hanya mampu menoleh ke arah Pn. Rose lalu mengukirkan senyuman.


**********************************************************************************


Fina membuang pandangannya jauh ke Selat Tebrau yang terbentang luas di depan matanya. Semakin difikir, semakin serabut kepalanya. Ingin sahaja dia lontarkan jeritan sekuat hati tetapi dia tidak berdaya. Adakah masih ada harapan buatnya untuk meraih sisa cinta Afry yang pernah ditolaknya suatu ketika dulu? Adakah masih ada ruang buatnya untuk menempatkan dirinya di dalam hati Afry? 

“Assalamualaikum Fina,” terkejut Fina tatkala mendengarkan suara Afry. Dia menoleh ke belakang. Afry kini berdiri betul-betul di hadapan mukanya. Tanpa disedari, Fina menampar pipi Afry. Afry terkedu dengan tindakan Fina.

“Waalaikumusalam. Sanggup kau lukakan hati aku Afry? Sanggup kau hancurkan harapan aku Afry? Sanggup kau buat aku macam ni Afry?” bertalu-talu soalan keluar dari mulut Fina. Afry terkesima dengan kata-kata Fina. Dia seakan keliru dengan tindakan Fina menamparnya.

“Apa maksud kau ni Fina? Dua tahun lepas, kau tampar pipi aku sebelah kiri, sekarang kau tampar pulak pipi aku sebelah kanan? Apa yang kau cuba maksudkan Fina?” soal Afry.

“Kenapa kau tak bagi aku peluang kedua untuk meraih cinta kau Afry? Aku memang suka dekat kau, sayang dekat kau. Tapi kenapa kau sanggup kahwin dengan Sofea?” tinggi nada Fina. Amarahnya kian membuak. Walaupun penampilannya kini lebih ayu, namun perwatakannya masih lagi seperti dahulu.

“Eh kejap. Kau dah salah faham ni. Bila masa pulak aku kahwin dengan Sofea?” soal Afry cuba mempertahankan dirinya.

“Kau jangan nak tipu Afry. Habis kau dukung anak siapa dekat Cupcakes Princes tadi kalau bukan anak kau dengan Sofea?” soal Fina mempertaruhkan bukti berdasarkan pemerhatianya. Afry hanya mampu ketawa.

“Kau jelous ke?”

“Ye, memang aku jelous,” akui Fina.

“Kau ni kan. Memang tak pernah berubah. Masih macam dulu. Harap rambut je panjang, tapi fikiran pendek. Bayi yang aku dukung tadi tu anak Ben. Untuk pengetahuan kau, Sofea tu isteri Ben. Mak tiri Zara dan aku, masih lagi single and available,” jelas Afry. Muka Fina mula merah padam. Sangkaannya salah dan kini memakan dirinya.

“Ha kenapa diam? Malu? Tu lah, lain kali jangan main serkap jarang je. Tak tahu hujung pangkal, main sembur je ikut suka hati kau,” sinis Afry. Dilihatnya Fina tertunduk malu. Afry menghampiri Fina lalu merapatkan Fina ke dadanya.

“Dah, tak perlu nak nangis. Tak payah lah cengeng sangat. Dah tak cantik dah make up tu,” seloroh Afry, cuba mengambil hati Fina.

“Maafkan aku Afry. Memang salah aku. Aku memang selalu buat keputusan yang salah,” ujar Fina sambil mengesat air matanya.

“Aku boleh maafkan kau tapi dengan satu syarat,” ujar Afry sambil merenung tepat ke arah Fina. Diamati wajah Fina yang semakin ayu dari dahulu.

“Apa syaratnya?” soal Fina sambil menatap wajah redup Afry.

“Aku akan maafkan kau selepas aku tampar kau balik dua kali,” ujar Afry.

“Baiklah. Kalau itu harga yang perlu aku bayar untuk dapatkan kemaafan dari kau, aku terima,” ujar Fina lalu menutup matanya. Dadanya mula berdebar menanti tangan Afry singgah ke pipinya. Afry menghampiri Fina lalu dia mengucup lembut dahi Fina.

“Fina, sudikah engkau menjadi suri hidup aku? Menjadi pelengkap tulang rusuk kiri aku?” bisik Afry ke telinga Fina. Kotak berisi cincin berbentuk cupcakes dihulurkan ke tangan Fina. Fina membuka matanya. Begitu tersentuh nalurinya sebagai seorang perempuan tatkala dilamar sebegitu bersaksikan Selat Tebrau dan awan putih yang melatari langit membiru.

“Aku sudi Afry,” ringkas Fina. Afry lantas menyarungkan cincin di jari manis Fina.




“Alamak, longgar la pulak,” Afry mula panik. Cincin yang dibelinya dua tahun lepas, longgar di jari manis Fina.

“Takpe Afry. Benda boleh settle,”ujar Fina sambil mengeluarkan tisu dari beg tangannya lalu diselitkan di antara ruang yang kosong.

“Ha, kan dah tak longgar. By the way, cantik cincin ni. Pandai kau pilih” puji Fina.

“Secantik tuannya juga,” giliran Afry membalas pujian.

“Aku suka sebab ade bentuk cupcakes ni. Sweet sangat. Kasih itu cup....” 

“Sayang itu cakes,” ujar Afry menghabiskan kata-kata Fina dan termetrailah janji berlandaskan cinta di antara dua hati, jodoh di antara dua jiwa. Sebuah kisah kasih dan sayang di antara ‘cup’ dan ‘cakes’.




-TAMAT-



Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tidak ada kena-mengena yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.



Hak milik terpelihara®
_falihin jasmy | 2011_




Nantikan sesuatu yang istimewa buat peminat CUPCAKES PRINCES esok! TUNGGUUUUUU.....



p/s: terima kasih kerana sudi membaca CUPCAKES PRINCES dari awal sehingga akhir...sebarang komen  daripada korang, amatlah dihargai...

p/s/s: Jika suka, sila share kan link Cupcakes Princes ini di Facebook korang atau tweetkan sahaja di laman twiter...

p/s/s/s: jika ketinggalan membaca cuppies yang sebelum ini, sila klik link di bawah: 





32 comments:

  1. finally..^^
    hihi,,best3..:)
    good job..

    ReplyDelete
  2. @~ WafleCoKLAt ~Boleh, silakan,...jika share di blog, hope backlink kan ye :) tq

    ReplyDelete
  3. panjang gilaaa last epi ni you..haha..and so as expected sofea kahwin dgn ben lahh...but surprisingly lahh for the main character...best2..hehe..bila nk shortlist pelakon?ngeeeeeheee

    ;)

    -hasifanrun

    ReplyDelete
  4. @Anonymouskan, saje je nak buat pepanjang bagi puas...hahaha,,senarai pelakon dah siap dh, tunggu...esok kot :)

    ReplyDelete
  5. yeay! dh abis.. sweet giler citer nie..
    al0o2.. nak jugak kena lamar mcm tu... kikikikiki

    ReplyDelete
  6. baru puas, bce smpai abes . :)

    ReplyDelete
  7. =.=" apa ni falihin suma cita nk 14~16 episod jaa..esok2 aku bosan apa aku nk buat lg? buat la panjang2 mcm sinetron tuh..hahahah

    ReplyDelete
  8. terbaik la cerita nie .. :)
    suka sangat :)

    ReplyDelete
  9. suke gler cte nie. smpai mjamah mata dgn cupcakes. huhu. btw nice ending ^^~

    ReplyDelete
  10. @Daya Htq DAYA H, u r the one of the Die Hard Fan Cupcakes Princes!! tqtqtq

    ReplyDelete
  11. @fieylifyeay habis dah, lepas ni jgn rindu2 palk dekat afry :P

    ReplyDelete
  12. @Izzul Azrikau bace lah balik dari awal....hahahaha

    ReplyDelete
  13. teramat sweet ending nyer...
    hepy ever after la kate kan..huhu

    ReplyDelete
  14. heheheh...senyum sorg2 aku bace ending cite ni ^^

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah bersama jugak..sweet gile kn.. nk ajak kengkawan bace sekali cter ni.. =p..

    ReplyDelete
  16. @Miszyuyutq for reading n drop in comments in each cuppies :)thanks a lot! meh suruh ramai lg kawan yg bace, pastu leh join contest ni :)

    ReplyDelete
  17. serius bess...
    bila nak ditayangkan kat tv ye

    ReplyDelete
  18. hi...

    baru jer tesempak ngan belog nih, then terjumpa link utk cupcakes nih...try baca..

    bila baca, rasa nak sangat apa jadi next...n now already settle baca ur cupcakes princess..

    x sabar nak tunggu this drama kat tv..

    ur cerita memang superb...n i like it verry much..:)

    ReplyDelete
  19. Wow , so sweet ..
    baru jumpa blog ni tadi .. and terus marathon first ep sampai the end .. mmg tak boleh stop bace sebab setiap cerita tu suspen je .. haha

    good job bro .. tak expect lelaki boleh buat mcm ni :)

    ReplyDelete
  20. Tq Falihin u make my day..

    Love this sweet story telling..rasa cam terbawak sama in their character.Tq again..love it

    ReplyDelete
  21. Tq Falihin you make my day..

    Love this sweet story telling.Rasa terbawak dengan character dlm novel you ni..tak sabar nak tgk yg tv version..love it and enjoy reading it.

    ReplyDelete
  22. fall in love ! haha..
    aku suke cte ni.. senyum sorang2 dowh !
    good job :)

    ReplyDelete

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha