As salam readers...korang pernah dapat BE or name penuhnye Buffered Earnings? Tak pernah? Ok, takpe-takpe, aku ade bende nak story kat korang semue pasal macam mane kite boleh dapat BE dari Nuffnang. Caranya nak kate mudah, tak jugak, nak kate susah pun tak jugak...yang penting keikhlasan....har har har..Best kalau dapat BE ni...masyukkk..n now, aku ade satu BE yang tengah naik mencanak...bagi yang tak pernah dapat BE or BE tak pernah lekat kat blog korang, ade jalannye...Nak tahu macam mane nak dpt BE ni? jom ikuti satu per satu step di bawah:
1. Demografi pembaca blogkorang
Jangan malas untuk mengisi dan mengemaskini ruangan survey pada “Edit Blogger Bio Survey” korang secara berkala. Ini kerana pengiklan selalunya mendapatkan maklumat mengenai ‘target audience’ yang mereka kehendaki berdasarkan maklumat yang telah korang isi. Sekiranya pembaca blog korang termasuk dalam kategori yang mereka kehendaki dan sesuai untuk sesuatu kempen, ada kemungkinan mereka akan membeli ruangan iklan di blog korang. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pemilik blog ialah meninggalkan ruangan tersebut begitu sahaja tanpa diisi.2. Cara penyediaan iklan di blog
Jangan meletakkan sesuka hati unit iklan yang telah diberi. Cuba bayangkan bagaimana agaknya perasaan pengiklan yang bersusah payah menghabiskan banyak wang untuk merekabentuk design dan membeli ruangan iklan sekiranya korang meletakkan unit iklan mereka di tempat yang tidak sepatutnya dan kurang efektif. Untuk itu sila pastikan Skyscraper diletakkan di bahagian side bar, Leaderboard di bahagian header, dan Large Rectangle selepas artikel pertama blog korang. Ingat, jangan salahkan pihak Nuffnang sekiranya pengiklan tidak mahu memberi BE kepada anda akibat kekhilafan remeh yang sengaja korang buat. Perlu diingat korang bukan pemilik tunggal yang beriklan dengan Nuffnang, ada beribu lagi blog yang mungkin sempurna cara penyediaan iklannya di Malaysia.