Pages

Sunday, June 19, 2011

CUTI - CUTI MASAK: LEMON SORBET WITH MANGO PUDDING





As salam readers..Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. ...Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:


Ok, sempena hari bapa kali ni, Hot Chef yg x seberape nk hot ni, nak ajar care-care buat LEMON SORBET WITH MANGO PUDDING, satu resepi desert yang sangat mudah dan sesuai untuk semue, ala-ala semanis kurma....



Untuk resepi LEMON SORBET WITH MANGO PUDDING, kite ade 2 portion iaitu, LEMON SORBET dan MANGO PUDDING. So, jom kite mulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan LEMON SORBET WITH MANGO PUDDING adelah seperti yang berikut:


BAHAN A:
3 biji lemon yang diperah untuk mendapatkan jusnya
200gm gula kastor / gula pasir
350 ml air
1 sudu besar serbuk agar-agar


BAHAN B:
1 biji mangga muda yang dipotong dadu
2 sudu besar madu
3 sudu besar gula
1 cawan susu rendah lemak
1/2 cawan air yang dicampur tepung jagung


Sekarang, cara-cara menyediakan LEMON SORBET. Untuk menyediakan LEMON SORBET, panaskan 350 ml air di dalam periuk. Kemudian, masukkan 200gm gula dan serbuk agar-agar, dan kacau sehingga mendidih. Setelah mendidih, biarkan seketika. Setelah campuran tadi suam, masukkan jus lemon yang telah diperah...kacau sehingga sebati dan masukkan ke dalam bekas dan simpan di tempat sejuk beku.


Setelah setengah jam atau sejam di dalam fridge, keluarkan campuran tadi jika campuran sudah separa beku. Kemudian, campuran tadi dikacau dengan mengunakan pemutar telur. Proses ini tidak perlu sekiranya korang ade ice cream maker.

Ok, selepas diputar, campuran tadi hendaklah disimpan semula di tempat sejuk beku. Now, untuk menyediakan MANGO PUDDING:
  • Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar gula dan 2 sudu besar madu. Biarkan gula tersebut mencair. Sentiasa kacau untuk mengelakkan gula menjadi hangus.
  • Kemudian, masukkan mangga muda yang telah dipotong dadu. Gaul sehingga sebati, masukkan susu rendah lemak, dan biarkan sehingga mangga menjadi lembut.
Biarkan sehingga mangga muda menjadi lembut
Masukkan setengah cawan air yang dicampur tepung jagung dan kacau sehingga menjadi pekat dan likat.
Kemudian masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam fridge.

Ok, untuk penyediaan, keluarkan LEMON SORBET yang telah beku, dan sudukan ke dalam piring atau mangkuk kecil. Keluarkan juga MANGO PUDDING dan diletakkan bersama LEMON SORBET. Cadangan hidangan adelah seperti yang berikut. Hiasan terpulang kepada citarasa masing-masing.




So, sape-sape yang memang feveret gile dengan LEMON SORBET, korang boleh la cube LEMON SORBET WITH MANGO PUDDING dan jadikan sebagai hadiah sempena hari bapa...So, enjoice! Itu sahaja untuk kali ini...semoga berjumpe lagi dalam episod CUTI-CUTI MASAK yang akan datang bersama HOT CHEF dambaan malaya...kah kah kah



 
SELAMAT HARI BAPA & SELAMAT MENCUBE YE!!!

9 comments:

pecah kace pecah cermen
sudah bace harap komen...hahaha