Pages

V.I.P BLOG KU

Monday, February 14, 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1432 H



As salam, kini tibalah tanggal 12 Rabiulawal 1432 H, yang merupakan tarikh sambutan Keputeraan Baginda, Nabi Muhammad S.A.W. Sempena sambutan Maulidur Rasul, saye ingin berkongsi mengenai wasiat terkahir Rasulullah dalam khutbah terakhir sebelum Baginda wafat. Sama-sama kita renungkan, betapa kasih dan sayangnya Baginda terhadap umatnya....

**********************************************

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Wahai manusia sila dengar apa yang bakal aku perkatakan ini. Aku tidak tahu apakah akan dapat lagi aku bersama kamu semua lagi selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini selamanya."

"Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara (diharamkan untuk sesiapa pun daripada mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini (Makkah dan sekitarnya)."

"Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya. Ingatlah segala amalan jahiliah telah berada di bawah tapak kakiku (telah dihapuskan)."

"Tuntutan hutang darah pada zaman jahiliah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan hutang darah yang pertama telah aku batalkan ialah darah Ibn Rabi'ah bin al-Harith yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail."

"Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhan."

"Wahai manusia! Takutilah Allah s.w.t. dalam urusan berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah s.w.t. dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka, tapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadap kamu, maka wajib bagi kamu menjaga makan dan pakai mereka dengan baik."

"Semua orang Muslim adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang Muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya."

"Janganlah kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu panduan, jika kamu berpegang kepadanya dan ajarannya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah kitab Allah dan sunah Nabi-Nya."

"Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepas aku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah s.w.t., Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat hartamu dengan penuh kerelaan. Kerjakanlah jua haji ke Rumah Suci Tuhanmu (Kaabah) dan dengan itu kamu bakal menghuni syurga Tuhanmu."

"Tuhan kamu adalah Esa. Datuk kamu pula satu. Kamu semua berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah. Orang yang terbaik daripada kalangan kamu adalah mereka yang paling bertakwa kepada Allah s.w.t. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atau bangsa lain kecuali dengan takwa."

"Allah s.w.t. telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada ahli waris penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan anaknya yang sebenar, juga akan menerima laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia."

"Kemudian kamu semua bakal ditanya tentang diriku, maka apakah yang bakal kamu perkatakan?" Kami menjawab: "Kami bersaksi bahawasanya tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu."

Lantas Baginda s.a.w. mengangkat tangannya ke langit seraya menurunkannya ke arah orang ramai lalu berkata sebanyak tiga kali (yang bermaksud): "Ya Allah! Saksikanlah."

**********************************************

Oleh itu, bersama-samalah kite memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan menuruti segala sunnah Baginda.....


2 comments:

FaKArePa!n said...

Selamat menyambut maulidur rasul..

jom baca

Jom habiskan duit anda di Old Town White Coffee

mr.syazwan said...

Tiada harapan selain ALLAH...

Tiada idola selain NABI..

Tiada kata seindah QUR'AN..

Tiada jalan seluruh SUNNAH..

Tiada perjuangan selain ISLAM..

ShareThis