Pages

V.I.P BLOG KU

Thursday, December 2, 2010

MUSLIHAT ( MUKA LAPAN )





MUKA LAPAN



                Suasana tegang mula menyelubungi. Datin Habibah dari tadi menangis teresak-esak. Datuk Hambali hanya diam seribu bahasa. Pak Daud tidak mampu berbuat apa-apa, hanya meneruskan perjalanan ke banglo milik Datuk Hambali. Safwan hanya berpeluk tubuh, tidak mahu mencampuri hal keluarga majikannya. 

                “I nak you ceraikan I. I tak sanggup hidup ditipu you lagi. Siapa perempuan tu? Sanggup you buat I macam ni,” ujar Datin Habibah sambil mengelap air mata yang tidak henti-henti keluar. Tisu di tangannya hampir lunyai. Datuk Hambali hanya diam. Masih terasa bekas tamparan seorang wanita di pipinya. Perit.

                “I ada hak sebagai seorang lelaki. I ada tiga lagi tempat kosong,” ujar Datuk Hambali cuba mempertahankan diri. Pandangannya jauh dicampak keluar kereta. Tidak mampu untuk memandang wajah isterinya itu.

                “So, you dah kahwin la dengan perempuan sundal tu?” air mata Datin Habibah semakin menderu laju. Sebak di hatinya hanya Tuhan yang tahu.

                “Mulut you jage sikit. Ye, memang I dah kahwin. Dah 2 bulan I kahwin dengan dia. I dah bosan dengan sikap dingin you. Lagi pun, you pun sama kan? Sudah lah Bibah, I tahu apa yang you buat bila I takde kat rumah. You jangan nak bohong I lagi, I dah tahu semuanya,” ujar Datuk Hambali dengan nada kesal. Datin Habibah terpana dengan kata-kata suaminya. Dia dah tahu semuanya? Getus hati Datin Habibah.

                “Apa maksud you? You yang main kayu tiga, sekarang nak tuduh I yang macam-macam pulak?”

                “I bukan nak tuduh, I ade bukti. Pak Daud, mana envelope tu?” pinta Datuk Hambali. Pak Daud menunjukkan isyarat kepada Safwan untuk memberi envelope di dalam dash board kepada Datuk Hambali. 

                “Ni envelopenye datuk,” ujar Safwan.

                “Nah, ni buktinye. I tak sangke yang you sanggup cari lelaki muda  macam Athir semata-mata nak puaskan nafsu you,” sinis Datuk Hambali, memulangkan paku buah keras. Tangan Datin Habibah menggigil membuka envelope. Dilihatnya satu persatu gambar kemesraannya dengan Athir. Darah mula menyirap. Malu teramat sangat dengan suaminya.

                “I tak tahu nak cakap ape lagi Bibah. You yang pilih cara hidup you. I dah bagi kebahagiaan, kemewahan. Tapi ape yang I dapat? Ini yang I dapat!” tegas Datuk Hambali. Pak Daud terkejut kerana tidak pernah Datuk Hambali meninggikan suara dengan ahli keluarganya, terutama Datin Habibah.



**********************************************************************************



                Perkarangan banglo Datuk Hambali dipenuhi dengan orang ramai. Dua buah kereta peronda polis dan sebuah ambulans berada di luar perkarangan banglo. Orang ramai, rata-ratanya jiran tetangga, berpusu-pusu memasuki kawasan banglo Datuk Hambali. Kelihatan Ezhan dan Imani sedang mententeramkan Erham. Pak Daud meletakkan Mercedes Benz di bahu jalan.

                “Kenapa ramai sangat orang ni?” ujar Datuk Hambali hairan lalu bergegas masuk ke dalam rumahnya. Diikuti dengan Datin Habibah, Pak Daud dan juga Safwan.

                “Encik, encik tak boleh masuk. Ni kawasan larangan,” ujar salah seorang polis yang bertugas, Inspektor Basit sebaik sahaja Datuk Hambali dan Datin Habibah melepasi garisan larangan masuk.

                “Ni rumah I, kenape pulak I tak boleh masuk?” tempik Datuk Hambali.

                “Oh, ok. Jadi ni la Datuk Hambali. Saya Inspektor Basit, dari IPD Johor Bharu. Saya harap datuk dapat bersabar. Mari ikut saya,” ujar Inspektor Basit sambil membawa masuk Datuk Hambali dan Datin Habibah ke dalam banglo.

                “Ya Allah anak aku!” jerit Datin Habibah. Datuk Hambali terduduk melihat keadaan Liya yang terbaring sudah tidak bernyawa. Darah merah pekat mengalir. Ada kesan tembakan dikepalanya. Datin Habibah pantas mendapatkan jasad anaknya itu. Layu tidak bernyawa lagi. 

                “Liya, bangun Liya. Bangun!” pinta Datin Habibah sambil mengucup lembut pipi anaknya itu. Darah mula membasahi tangan dan pakaian Datin Habibah.

                “Maafkan saya datin. Saya harap datin dapat beri kerjasama. Kami nak bawak jenazah ke hospital untuk dibedah siasat,” ujar Inspektor Hanis.

                “Apa yang dah berlaku ni inspektor?” ujar Datuk Hambali sambil mengelap baki air mata yang keluar.

                “Kami menerima aduan dari jiran datuk yang terdengar bunyi tembakan pada pukul 8.17 malam tadi. Kami bergegas ke rumah datuk dan kami dapati mangsa sudah terbaring di ruang tamu dan tidak bernyawa. Liya mungkin meninggal kerana tembakan tepat ke kepalanya. Kes pembunuhan ni masih lagi dalam siasatan dan saya berharap agar pihak datuk dan ahli keluarga datuk yang lain dapat bersabar sementara pihak polis menjalankan siasatan dan mengumpul bahan bukti,” ujar Inspektor Basit.

                “Siapa yang tergamak buat anak kita macam ni bang?” esakkan Datin Habibah semakin kuat. Datuk Hambali memeluk erat isterinya. Kisah di lapangan terbang dan di dalam kereta tadi hilang serta merta. Kini hanya derai air mata yang mengiringi pemergian mengejut Liya.



**********************************************************************************



                “Sabar En. Erham, ni semua ujian Allah. Ajal maut semua di tangan Allah,” ujar Safwan sambil menenangkan anak majikannya itu. Erham hanya diam berpeluk tubuh. Imani setia menemani Erham tatkala buah hatinya itu sedang diduga dengan ujian dari Allah S.W.T. Ezhan pula hanya diam memerhati.

                “Safwan, semua ni salah saya. Saya yang lambat sampai. Liya dah call aku banyak kali sebab dia rasa macam ade orang dalam rumah. Die suruh aku balik cepat. Tapi bila aku sampai, Liya dah takde. Liya dah mati. Kalaulah aku awal sikit tadi, Liya mungkin tak mati,” ujar Erham sambil menahan sebak di dada.

                “En. Erham tak boleh cakap macam tu. Ni semua urusan Allah. Kita kena terima Qada’ dan Qadar,” ujar Safwan penuh hemah.

                “Kau senang la cakap nak terima Qada’ dan Qadar. Yang mati bukan ahli keluarga kau! Cakap pandai. Kau tu driver je pun. Itu pun tak confirm lagi,” jerkah Ezhan yang dari tadi cuba menahan amarahnya. Safwan terdiam.

                “Memang saye takde kene mengena dalam keluarga ni. Saye hanya nak bagi kekuatan kepada En. Erham. Salah ke?” soal Safwan. Ezhan tidak mampu lagi menahan nafsu amarahnya. Penumbuknya dihayun sekuat hati ke muka Safwan. Darah mula mengalir keluar. Ezhan dan Imani tersentak dengan perlakuan Ezhan. Pak Daud cuba mendapatkan Safwan.

                “Dah, dah. Jangan nak bergaduh. Adik kamu tu dah meninggal tak kan kamu nak pukul orang yang tak bersalah ni? Dah Safwan, mari kita balik,” ujar Pak Daud sambil memimpin tangan Safwan menuju ke kereta.

                “Yang kau ni kenape? Budak tu tak bersalah kan? Yang kau tibe-tibe tumbuk die kenape? Soal Erham. Imani cuba menenangkan amarah buah hatinya itu.

                “Mulut budak tu memang melampau. Senang la die cakap. Ajal maut di tangan Tuhan! Sabar! Qada’ dan Qadar!” ujar Ezhan.

                “Yang pergi akan tetap pergi Han. Tak baik you cakap macam tu,” ujar Imani lembut, cuba mententeramkan keadaan. Cuba mengendurkan suasana yang tegang.

                “Ah, you pun same je Imani!” bentak Ezhan lalu melangkah pergi menuju ke Mini Cooper miliknya. Pantas dia meninggalkan perkarangan banglo. Erham terdiam. Begitu juga Imani.



**********************************************************************************



                “Ya Allah! Kenape muka kau lebam ni Safwan?” ujar Hj. Zakey sebaik sahaja membuka pintu rumah.

                “Anak datuk tu tumbuk die tadi,” ringkas Pak Daud. Safwan hanya diam menuju ke sofa. Hj. Zakey pergi mendapatkan kit kecemasan.

                “Ape yang kau dah buat sampai anak datuk tu tumbuk kau ni Safwan?” soal Hj. Zakey sambil membersihkan luka di pipi Safwan. 

                “Saye nak tenteramkan abang die. Tibe-tibe die marah. Tak pasal-pasal dapat penumbuk free,” ujar Safwan. Pak Daud hanya memerhati Hj. Zakey yang sedang menyapu iodin ke muka Safwan.

                “Kau nak tenteramkan abang die? Kenape? Ade ape-ape berlaku ke?”

                “Anak datuk yang bungsu tu mati kene tembak kat kepale. So, saye nasihatkan lah En. Erham supaya bersabar dengan ketentuan Allah,” jelas Safwan.

                “Lepas tu dapat penumbuk free,” sampuk Pak Daud sambil tersengih.

                “Anak die mati kene tembak?” jelas riak muka Hj. Zaki terkejut. 

                “Aku pun tak tahulah Zakey. Aku tengok keluraga diorang tu macam ade je yang tak kena. Datuk kahwin lain. Datin main kayu tiga dengan lelaki muda. Anak bungsu pulak mati kene tembak,” kata Pak Daud meluahkan apa yang ada dalam benaknya.

                “Kejap-kejap. Kau kate datin main kayu tiga dengan siap tadi?” soal Hj. Zakey inginkan kepastian.

                “Dengan lelaki muda la. Dia kan banyak duit. Tabur je duit, ramai lah anak ikan yang datang,” sinis Pak Daud. Hj. Zakey menggeleng kepalanya.

                “Datuk siap ade bukti gambar mesra datin dengan budak lelaki tu. Siape ea name die tadi datuk sebut? Ha, Athir!” ujar Safwan. Hj. Zakey terkejut dengan penjelasan Safwan. Athir? Getus hati Hj. Zakey. Fikirannya kembali teringatkan wajah Hjh. Soleha.




Bersambung...





p/s: kind to leave your feedback and name =) TQ! 
 
.

Wednesday, December 1, 2010

MUSLIHAT ( MUKA TUJUH )




MUKA TUJUH


                Kesibukkan Kota Singa semakin rancak. Pelbagai karenah, pelbagai agenda. Namun, debaran dalam hati Datin Habibah, hanya Tuhan yang tahu. Athir memang melampau! Tidak pernah cukup dengan apa yang aku dah bagi dekat dia, anak aku pulak kau nak kebas! Getus hati Datin Habibah. Amarahnya semakin membuak. Pertemuan dengan Athir sebentar tadi bagai mencurah minyak ke dalam api menyala.

                “Kenapa mama senyap je ni? Muka mama macam nak makan orang je Liya tengok,” 

                “Memang mama nak makan orang!” tinggi nada Datin Habibah.

                “Ish mama ni. Bergurau pulak. Kalau lapar sangat, jom kite makan dulu,” ujar Liya sambil menarik tangan mamanya ke dalam Tony Roma’s. Datin Habibah hanya menuruti kehendak Liya. Mereka berdua mengambil meja yang tersorok sedikit. Liya mula menyelak helaian menu. Begitu teruja dengan sajian hidangan yang ditawarkan.

                “Dah lama ke Liya kawan dengan Athir?” soal Datin Habibah inginkan kepastian. Darjah kepanasan hatinya masih belum turun.

                “Baru je ma, dalam 2 bulan macam tu. But, he is a nice guy. Dah la handsome, kind hearted, hormat orang tua, yang penting dia honest. Liya suka cara die bawak diri. Mama suka tak kalau Athir jadi menantu mama? Mesti mama suka kan?” soalan Liya benar-benar menyentap perasaan Datin Habibah. Mana mungkin Athir jadi menantunya. Boleh tunggan terbalik hidup aku! Bisik hati Datin Habibah.

                “Mama tak nak Liya kawan lagi dengan Athir,” tegas suara Datin Habibah. Serius. Liya terkejut dengan apa yang dikatakan olah mamanya.

                “Tapi kenapa ma?”

                “Mama kata tak boleh, tak boleh la. Muktamad!” Datin Habibah menggetap bibir. Liya tertunduk membisu. Air matanya mula bergenang. Sedikit demi sedikit mula mengalir membasahi pipinya. Datin Habibah hanya memerhatikan. Biarlah kau derita Liya. Aku tak mahu lelaki macam Athir kecewakan kau, getus hati Datin Habibah.


**********************************************************************************


                Senyuman Imani sampai ke telinga. Begitu juga dengan Erham. Kedua-duanya bagai asyik dalam dunia mereka. Hanyut dibuai anganan indah.

                “You sanggup jaga I walau apa pun yang terjadi Erham?” 

                “I janji, I akan jaga you sampai akhir hayat I. I akan sayang you macam mana you sayang I. Kasih I pada you seluas langit, tiada penghujung. Sayang I pada you seterik matahari Imani” ujar Erham penuh romantis.

                “Kejap. Kenapa sayang you pada I seterik matahari?” soal Imani pelik.

                “Matahari walau panas, tapi tetap memberi manfaat pada kehidupan. Macam I, kadang-kadang I marah, marah I bertempat. I marah sebab I sayangkan you,” ulas Erham lalu mengucup tangan Imani sambil meneruskan pemanduannya. Senyuman Imani semakin melirik. Erham bakal menjadi miliknya. Hanya masa yang menentukan.

                “Erham, kalau kita nak kahwin, kene buat ujian HIV dulu kan?” soalan Imani menyentap khayalan Erham. Soalan yang selama ini bermain dalam fikirannya, akhirnya terkeluar dari mulut Imani. Erham mula gugup.

                “Err, ye lah. Mesti la kena,” ujar Erham ringkas. Peluh jantan mula menitik.

                “Kenapa you macam panik je? You tak sihat ke?” 

                “Eh, mana ade. I ok je. You, lepas ni nak I hantar you pergi office or balik rumah?” Erham cuba mengalih topik perbualan.  

                “Office la sayang. Belum habis office hour lagi ni. Mane boleh balik rumah. Ape la you ni. I rase macam ade sesuatu yang tak kena dengan you ni,” ujar Imani. Erham hanya menelan air liur.



**********************************************************************************



                Hj. Zakey merenung bingkai gambar di tangannya. Masih tersimpan rapi dalam simpanan. Gambar yang penuh beerti dalam hidupnya. Gambar dia bersama sahabat baiknya, Hj. Darwis. Kedua-duanya segak ketika muda. Dilihat wajah muka bekas isterinya, Habibah yang memangku anak mereka yang masih baru menjengah dunia. Sayu Hj. Zakey mengenangkan saat Habibah meninggalkan dia dan Safwan 20 tahun dulu semata mengejar kekayaan dunia. Sanggup Habibah meninggalkan aku? Riak muka Hj. Zakey berubah.
                “Sampai bile kau nak simpan rahsia ni Zakey? Makin lame aku tengok kau ni, makin parah luka kat hati kau,” ujar Hjh Soleha.

                “Entah la Leha, belum sampai masanya lagi,” ujar Hj. Zakey.

                “Aku bukannya ape, aku kesian tengok si Safwan tu. Aku tak mahu rahsia yang kita simpan ni akan musnahkan hidup die. Aku tak nak die kecewa, Zakey,” ujar Hjh Soleha sambil menuangkan kopi untuk Hj. Zakey yang baru saja sampai. 

                “Aku tak kan beritahu hal sebenar selagi dendam aku belum terbalas. Biarlah Safwan tak tahu hal sebenar, senang sikit kerja aku,” Hj.Zakey meletakkan bingkai gambar kembali ke dalam kotak. Hatinya semakin sebak.

                “Leha, aku terhutang budi dengan kau sebab kau dengan Darwis sanggup jage Safwan dari kecik sampai sekarang,” ujar Hj. Zakey.

                “Ape salahnya Zakey tolong sesame saudara. Kau pun kan sahabat baik arwah. Aku sayangkan Safwan macam anak aku sendiri Zakey,” air mata Hjh Soleha mula mengalir. Hj. Zakey mula hairan dengan perlakuan Hjh Soleha.

                “Kenape kau nangis ni Leha?”

                “Aku terkenangkan arwah. 20 tahun aku hidup dengan die. Susah senang die selalu ade. Tapi yang paling perit bile die bagi tahu yang Safwan tu bukan anak die. Mase tu, Tuhan saje yang tahu betapa luluhnya perasaan aku. Kau bayangkan, 15 tahun aku didik dan jage Safwan, mati-mati aku ingat Safwan tu anak arwah. Rupe-rupenye anak kau,” Hjh Soleha mengesat air matanya. 

                “Itulah yang aku cakap tadi. Bila sampai mase, semuanya akan terbongkar. Rahsia yang arwah simpan akhirnya kau tahu jugak. Aku bersalah jugak Leha dalam hal ni. Aku terpakse lakukan semua ni untuk kebaikan Safwan. Mase depan Safwan,” ujar Hj. Zakey. Perlahan dia berjalan ke jendela. Tetingkap dikuak. Angin luar menderu masuk ke dalam rumah. Nyaman sedikit rasanya.

                “Leha, tak silap aku, kau ade anak kandung jugak kan? Siape namenye? Azhir? Akhir?” aju Hj. Zakey. Fikirannya teringatkan tentang anak kandung Hjh Soleha.

                “Athir. Entah lah Zakey. Dah lame die lari dari rumah. Sejak aku kahwin dengan arwah, dia macam tak puas hati. Salah aku jugak asyik lebihkan Safwan,” ujar Hjh Soleha. Malas dia hendak kenangkan anak yang tak pernah mengenang budi.

                “Oh, Athir! Baru aku ingat. Kau nak aku carikan die tak? Aku bab-bab cari orang ni memang nombor satu. Bukan ape, aku kesian tengok kau. Arwah dah takde, Safwan dah duduk dengan aku. Kau sorang-sorang je kat kampong ni,” ujar Hj Zakey.

                “ Biarlah Zakey. Kalau die sayang dekat aku, pandai lah die balik rumah ni. Itupun kalau die masih ingat jalan balik rumah ni,” sinis Hjh Soleha. Dia sudah tawar hati dengan Athir. Biarlah aku hidup keseorangan asalkan bahagia, bisik hatinya.



**********************************************************************************



                “Mampos aku!” jerit Athir. Dia melemparkan kasutnya ke dinding lalu menghempas pintu rumahnya sekuat hati. Bertempiaran lari kucing kesayangannya Miki. Terkejut dengan tindakan tuannya. Kejadiaan siang hari tadi benar- benar membuatkan jantungnya hampir berhenti berdegup. Nyawanya bagai di kerongkong. Macam mane lah aku boleh bercinta dengan anak dia! Getus hati Athir. 

Athir melangkah ke dapur, mendapatkan air suam untuk menghilangkan gemuruh hatinya. Baru saja hendak meneguk, Blackberry kesayangannya berbunyi. Dilihatnya di skrin, nama Datin Habibah tertera. Mati aku! Nak jawab ke tak ni? 

                “Sampai hati you buat I macam ni? I dah bagi macam-macam yang you nak. Kondo? Kerete? Duit? Semue yang you mintak I bagi. Tapi ape yang I dapat? Boleh pulak you main cinta dengan anak I? Ape semue ni you? Ape semue ni?” tinggi nada Datin Habibah sebaik Athir menjawab panggilannya. Athir hanya mampu berdiam diri. Peluh di dahinya mula mengalir pantas.

                “Kenape you senyap? You dah sakitkan hati I taw tak? You dah hampakan perasaan I!” suara sebak mula kedengaran di hujung talian. Athir mula hilang rasional.

                “Hey perempuan, kau sedarlah diri kau tu sikit. Kau tu dah tue! Dah ade suami! Anak dah besar panjang! Nak jagung muda je! Sudah lah, rumah kate pergi, kubur kate mari. Aku dah malas nak layan kau lagi!” tinggi nada Athir lalu mematikan talian. Terduduk Athir memikirkan kembali segala kata yang dihamburkan kepada Datin Habibah sebentar tadi. Ah, biarlah! Getus hati Athir.



**********************************************************************************



                “Datin, mari berangkat. Datuk dah nak sampai ni,” ujar Pak Daud. Datin Habibah pantas mengenakan cermin mata hitam Channel. Tidak mahu orang lain tahu kesedihannya. Pak Daud membukakan pintu kereta untuk Datin Habibah.

                “Boleh jalan Pak Daud,” arah Datin Habibah. Mercedes Benz hitam mula meninggalkan perkarangan banglo. Masing-masing diam seribu bahasa. Safwan hanya memerhatikan cara pemanduan Pak Daud penuh hemah.

                “Datin nak singgah mane-mane dulu ke? Saye boleh hantarkan,” ujar Pak Daud.

                “Takpelah. Pak Daud terus pergi airport je la,” ujar datin Habibah. Pak Daud Baru nak mencari akal supaya rahsia datuk tak terbongkar. Namun, semuanya sia-sia. Dari siang tadi panggilannya tidak dijawab datuk. Matilah datuk kali ni! Getus hati Pak Daud.

                “Pak Daud drop saye kat sini,” arah Datin Habibah sebaik sahaja dia terlihat kelibat suaminya di balai ketibaan. Pantas dia membuka pintu kereta. Langkahnya diatur laju menuju ke arah suaminya.

                “Oh, ni kerja you selami ni ye!” pantas Datin Habibah menghadiahkan penampar ke muka suaminya. Perempuan muda di sebelah Datuk Hambali mula panik. Tidak tahu berbuat apa.

                “Ah kau perempuan sial! Kau saje nak goda suami aku kan?” satu lagi penampar dilepaskan, tetapi ke sasaran berbeza. Panas hati Datin Habibah melebihi hadnya. Satu lagi penampar hinggap ke pipi perempuan itu. Air mata Datin Habibah mula mengalir. Sebak. Keciwa. Geram. Bercampur baur.


               

Bersambung...




p/s: kind to leave your feedback and name =) TQ! 


.




ShareThis