Pages

V.I.P BLOG KU

Friday, April 15, 2011

THE KINGDOM TOWER SETINGGI 1600M : KENAPA NEGARA ISLAM BERLUMBA MENCIPTA TANDA-TANDA KIAMAT?



As salam readers, aku terpanggil untuk menghupdate blog walaupun aku busy yang paling teramat sangat di kala akhir semester ni. Ini semue gara-gara Kerajaan Arab yang meluluskan pembinaan Kingdom Tower yang tingginya menjangkau 1600m! Tinggi gile! 2 kali lebih tinggi dari menara tertinggi di dunia sekarang Burj Dubai. Kingdom Tower ini akan dibina di Jeddah.


Kingdom Tower akan menempatkan pejabat, pusat membeli belah, hotel, stesen kumbahannya dan janakuasanya sendiri. Ruang dalamannya pula mencapai 3.5 JUTA meter persegi! Kuasa akan dijanakan menggunakan kincir angin dan panel solar yang bakal diterapkan didalam rekaan bangunan. Adrian Smith, jurubina yang bertanggungjawab mereka Burj Khalifa diberikan kepercayaan untuk melaksanakan projek SUPERMEGA ini.
 

Wednesday, April 13, 2011

(VIDEO) PEDULI PALESTIN, HASIL KARYA PELAJAR MALAYSIA BERTARAF ANTARABANGSA!



As salam readers, pernahlah kita merasa kita ada pakaian, kita ada makanan, kita ada peralatan, tetapi semuanya dirampas? Pernah kita merasa yang kita ada banyak masa untuk duduk berdiam diri tanpa berbuat apa-apa? Pernahkah kita merasa segala yang ada di depan mata kita hilang begitu sahaja? Pernahkah kita terfikir nasib orang lain yang tak sebaik nasib yang kita terima? Pernahkah?


Okeh, pernahkah korang melihat video hasil karya pelajar tempatan mengenai nasib yang menimpa Plaestin yang begitu signifikan dan sangat kreatif seni persembahannya? Pernahkah kita terfikir dengan hanya sekelumit idea akan melahirkan satu impak yang besar? Impak yang sangat terkesan dalam diri kita? Jika tidak, marilah kita saksikan video yang bertajuk PEDULI PALESTIN ini:

ShareThis