Pages

V.I.P BLOG KU

Wednesday, August 17, 2011

CUPCAKES PRINCES BAKAL DIJADIKAN DRAMA TV !



As salam readers dan salam 1dunia.....So, amacam ending Cupcakes Princes? Dapat jangke ke tak dapat jangke? HAHAHAHA....first of all, thank you lot lot kat korang yang sudi meluangkan masa untuk membace CUPCAKES PRINCES dari CUPPIES 01 sampailah CUPPIES 16...tahniah untuk korang! Aku pun tahu, ade yang jadi silent readers kan kan kan??? -perasan lebey la =,=


Eh kejap...sape-sape yang belum bace habis CUPCAKES PRINCES, gi bace dulu...aku dah siap-siapkan semue link setiap CUPPIES ni ha:

 

Ok, tapi yang paling best nye, CUPCAKES PRINCES ni telah berjaya menambat satu syarikat produksi untuk dijadikan DRAMA TV bersiri....agak-agak boleh challenge Nora Elena tak? Ok...perasan lagi...tapi korang nak tahu tak barisan pelakon yang bakal membintangi drama bersiri CUPCAKES PRINCES ni? Memang dasyat wa cakap sama lu....


Tuesday, August 16, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 16 (AKHIR)

 

CUPPIES 16


Fed terus membawa Fina ke Auckland City Hospital sebaik sahaja tiba di Auckland Airport. Hati Fina masih lagi berdebar-debar kerana pengalaman pertamanya menaiki kapal terbang ke luar negara dan turut ditambah debaran untuk berjumpa dengan bakal emak mertuanya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital tersebut. Pada masa yang sama, dia teringatkan peristiwa yang terjadi di Lapangan Terbang Senai sebentar tadi. Jauh di hati kecilnya, rasa bersalah yang teramat sangat. Tindakan spontannya terhadap Afry memang melampau. Namun, semuanya sudah terjadi. Mustahil baginya untuk mengundurkan masa.

“Fina, my mom tak berapa nak sihat. I hope, you dapat layan dia dengan baik. Apa yang dia cakap, you ikut je ok. Jangan membantah,” ujar Fed sebelum menuju ke kaunter pendaftaran.

“Baik Fed,” ringkas Fina lalu mengekori langkah Fed. Dalam kepalanya, pelbagai persoalan silih berganti. Bagai ada sesuatu yang tidak kena.

“Sorry miss, may I know where is my mom’s room? Her name is Lily Tan Abdullah,” soal Fed kepada jururawat yang menjaga kaunter pendaftaran.

ShareThis