Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...
"Ombak Rindu versi Indonesia lagi hebat dari Ombak Rindu Malaysia!"
Wah, statement aku mesti ramai yang makan hati...ok, rileks semua...meh aku terangkan...korang janga gelabah tak tentu arah. Memang aku tak nafikan filem Ombak Rindu memang best sehingga kutipannya mencecah jutaan ringgit. Tapi, selepas aku tonton trailer filem dari seberang (Indonesia), aku mula merubah pandangan aku. Aku rasa, filem ni mempunyai ombak yang lebih hebat dan lebih bermakna...ombak TSUNAMI!
Filem yang aku maksudkan adalah filem "HAFALAN SHALAT DELISA" yang bakal ditayangkan di Indonesia pada 22 Disember ini...pada syarikat produksi di Malaysia, sila ambil filem ini dan tayang di Malaysia kerana ianya merupakan satu karya yang hebat, hasil adaptasi dari novel terlaris karya Tere Liye yang juga berjudul HAFALAN SHALAT DELISA. Syalat di sini bermaksud Solat.
Berikut merupakan sedikit sinopsis mengenai filem ini:

