Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...
Ok, ni sambungan daripada
PART 1. Hari kedua bermula. Bangun subuh pukul 4.30 pagi sebab kat Korea, pukul 3.18 pagi dah masuk waktu Subuh. Pn. emak buat air milo panas dan makan dengan biskut untuk alas perut dulu sebab nak tunggu breakfast kat hotel lama lagi, kira-kira 7.30 pagi. Sambil-sambil bersiap (sebab hari kedua tidur hotel lain pulak), sempat la layan Running Man. Even takde subtitle, buat-buat faham je la...
|
Ok, hari kedua, try la setting phone kat monopod... sempat la ambil gambar depan hotel. Memandangkan hujan dah mula turun, monopod kembali disimpan dalam beg. hahahaha.... |
|
Tuddiiiaaaa... sejukk.... |
Then after check out, kami dibawa ke destinasi pertama untuk hari kedua iaitu Teddy Bear Museum. Perjalan kira-kira 20 minit dari hotel. Teddy Bear Museum ni actually ada beberapa branch around the world, one of them ada di Seorak, Korea. Bagi peminat-peminat teddy bear, korang pasti teruja. Bear ni jugak merupakan salah satu haiwan yang menjadi identiti Korea.