Pages

V.I.P BLOG KU

Thursday, July 10, 2014

MUSLIM TOUR TO KOREA (PART 2)!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...


 "ANNYEONGHASEYO"



Ok, ni sambungan daripada PART 1. Hari kedua bermula. Bangun subuh pukul 4.30 pagi sebab kat Korea, pukul 3.18 pagi dah masuk waktu Subuh. Pn. emak buat air milo panas dan makan dengan biskut untuk alas perut dulu sebab nak tunggu breakfast kat hotel lama lagi, kira-kira 7.30 pagi. Sambil-sambil bersiap (sebab hari kedua tidur hotel lain pulak), sempat la layan Running Man. Even takde subtitle, buat-buat faham je la...


Ok, hari kedua, try la setting phone kat monopod... sempat la ambil gambar depan hotel. Memandangkan hujan dah mula turun, monopod kembali disimpan dalam beg. hahahaha....

Tuddiiiaaaa... sejukk.... 


Then after check out, kami dibawa ke destinasi pertama untuk hari kedua iaitu Teddy Bear Museum. Perjalan kira-kira 20 minit dari hotel. Teddy Bear Museum ni actually ada beberapa branch around the world, one of them ada di Seorak, Korea. Bagi peminat-peminat teddy bear, korang pasti teruja. Bear ni jugak merupakan salah satu haiwan yang menjadi identiti Korea.





Entrance Teddy Bear Museum. Untuk galeri pameran, korang kene turun ke aras bawah tanah. 

Dalam Teddy Bear Museum ni, semua bear akan disusun dan dipakaikan baju dari beberapa buah negara. Tapi, Malaysia tiada lah.... ada juga yang diinspirasikan dari cerita-cerita dongeng yang popular

African Bear..dan banyak lagi negara..tapi gambar dalam iPad, malas nak transfer :P

Kalau siapa ingat, teddy bear ni digunakan sebagai props untuyk drama korea yang popular dulu-dulu, Princess Hour - yang Song Ji Hyo berlakon tu...

Teddy Bear dalam persalinan Maharaja dan Maharani

yang ni comel :D

Wedding proposal

Yang ni teddy bear paling besar gabak... 

Pn. emak dengan Oppa Teddy Style

Next destination, kami di bawa ke Mt. Seorak National Park. Memandangkan musim panas, maka hujan pun turun. Tapi kami sudah diberi tahu oleh travel agent sebelum berlepas untuk bawa sekali payung. So, memang dah prepare payung la siap-siap.


Haaa... kat Mt Seorak ni pun bear jadi maskot mereka

Sediakan payung sebelum hujan... tapi at last, kene jugak selsema -__-

Kat Mt Seorak National Park ni ade cable car untuk naik ke puncak, tapi masa kami pergi, cable car under maintenance dan if tak under maintenance pun tak boleh naik disebabkan faktor cuaca. Never mind, boleh jadi alasan untuk pergi ke Korea buat kali kedua :P 

Gigih la nak melompat dalam hujan...nasib baik pn emak rajin melayan :)

Air paip ajaib.... Gotcha!

Kedai souvenir... tapi mostly mahal-mahal belaka -__- 

Salah satu patung budha yang ada dalam temple di kawasan Mt Seorak ni

Nice view :)

Ini sungai, tapi takde air mengalir, yang ada cuma batu sungai

Expression ala-ala sejuk bebenor

Suka bila tengok pn emak happy :D

Disebabkan hujan, Jen ringkaskan masa free and easy kat Mt Seorak ni. Sebab masing-masing dah lapar, kami dibawa ke restoren tempatan untuk lunch. Semua makanan adalah seafood based dan dijamin halal.

Tuddiiaaa... makanan untuk 2 orang... memang tak boleh la nak habis... apa yang aku makan cuma nasi + seaweeed + ikan bakar + ikan bilis.... segala kimci aku tolak tepi.... yang dalam kuali tu actually tofu soup dengan ketam, kupang dan segala macam bende bercengkerang... aku ambil sup die je sebab aku tak makan bende bercengkerang ni....

Ala-ala model masakan.... di Korea, kalau time makan, memang dorang akan serve dengan air sejuk.... so jangan berangan la kau nak teh o ais limau la.... sirap bandung laa...

Ni kawasan belakang restoren, mostly apa yang dorang jual di restoren adalah hasil dari tanaman mereka sendiri.... Dekat restoren ni jugak disediakan ruang untuk solat di tingkat dua... rupa-rupanya tempat makan jugak.. so, kami bentanglah sejadah... insyaAllah bersih...

After makan dan solat, perjalanan diteruskan ke salah sebuah pasar makanan laut iaitu Daepohang Port. Cuaca masa ni redup-redup berangin. Pasar kat sini best sebab ada macam-macam seafood yang tak pernah nampak selama ni.


Entrance pasar... suka tengok tulisan korea sebab macam comel je :D

Nampak tak tu king crab?

yang ni memang tak pernah nampak

Bukan main besar King Crab tu.... nak tahu berapa harga? Sekilo 80000W... kira-kira RM240 ++ ....

First time tengok ikan sebelah atau ikan sisa nabi ni yang masih hidup... ingatkan macam ikan-ikan lain berenang... rupa-rupanya mereka terlentang.... subhanallah....

Suasana dalam pasar... bersih je :)

Pelabuhan di belakang pasar... 

Amboi... ahjumma ni semua ingatkan duk picnic tepi bas... rupa-rupanya main pakau.... hahahaha

Takde ape pun yang dibeli kat sini... sebab mostly street food dia kita tak boleh makan. Walaupun tempura sotong dengan udang dia nampak begitu menyelerakan... tapi tetap tak boleh. Jen pun dah inform awal-awal.


Kemudian, kami di bawa ke Daegwallyeong Wind Village. Sebab apa nama dia wind village? Sebab mostly tenaga yang digunakan di kawasan ini adalah tenaga yang dijana oleh kincir angin. Cantik kawasan ni sebab banyak kincir angin yang besar-besar... ( maaf gambar takde sebab kebanyakkan kincir angin adalah ketika dalam perjalanan... tak sempat nak snap). Perjalanan kira-kira 1 jam melalui highway. FYI, highway di Korea, motor tidak dibenarkan untuk digunakan di atas highway. No wonder lah takde kelibat motor-motor besar dekat highway macam di Malaysia...


Aktiviti di Daegwallyeong Wind Village adalah demostrasi membuat keju dari susu lembu segar dan juga memberi makan kepada kambing biri-biri.


Susu lembu segar yang dipanaskan. Kami juga diberi minum susu yang dipanaskan ni, memang fresh!

Additional ingredient untuk dimasukkan ke dalam cheese, kuaci dan edible flower

Bekas untuk membuat cheese...ingredient yang ditambah dalam susu lembu yang dipanaskan tadi adalah serbuk lemon, cuka apple dan ade beberapa lagi...tak ingat

Ahjumma ni la yang ajar buat cheese...

Itu lah hasil selepas ditambah beberapa bahan,,, susu tadi dah berketul-ketul...before letak susu yang dah berketul-ketul tu, kat bawah bekas tu dah siap-siap susun edible flower untuk nampakkan cheese ni lebih menarik manakala kuaci di tabur selang seli dengan lapisan cheese. Kemudian, kain dilipat dan segala cecair diperah keluar dengan menggunakan bata dan tenaga manusia :)

Taddaaaa.... cantik tak cheese kami?

Lepas siap, semua boleh rasa.. nak tambah sedap makan cheese ni, dorang bagi organic strawberry jem dan garam... memang best!

After buat cheese, masa untuk bagi makan kambing... tak jauh pun, kat luar bangunan tadi je. Suara kambing biri-biri  bersahut-sahutan, seolah-olah menyambut kedatangan kami... bau kambing ni jangan cakap la... mesti korang pelik kan kenapa kambing ni kotor? Sebab kambing ni diternak hanya untuk mendapatkan kulitnya sahaja... bulu dan daging tak nak...

Kemain ayu kambing tu posing -___-

Selfie bersama cik bing @.@

Then, kami pergi makan dinner kat local restaurant. Makan makanan yang lebih kurang sama seperti lunch tadi... tapi kali ni tekak dah boleh adapt la....

Macam-macam jenis ginseng ada... macam-macam sayur dijerukkan...

Lepas makan, kami check in di hotel kedua iaitu Pheonix Park Resort. Sepanjang perjalanan disajikan dengan pemandangan bukit-bukit hijau, hutan pine dan sungai yang bersih. Hotel ni merupakan hotel yang popular ketika musim sejuk sebab dibelakang hotel ni terdapat tempat ski.


View dari bilik....ni la tempat ski tu... cuma dapat imagine je if the whole area being covered with snow.... pergh, mesti cantik :) Kata Jen, musim sejuk ramai artis kpop yang datang ski kat sini. So, siapa yang nak jumpa artis kpop, boleh la datang musim sejuk nanti... Disember hingga Mac

Another view

Gambar bilik lupa nak snap sebab dah penat... tapi macam biasa, after mandi dan solat, masak Maggi, sebab perut memang lapar makanan Malaysia :) Then dalam perjalanan tadi, bus ade berhenti tepi jalan untuk kami beli buah Melon.  Kata Jen, buah ni bermusim, hanya 14 hari sahaja setahun. Kira untunglah siapa dapat rasa.


Aku ingat buah melon tu besar macam honey dew.. tapi comel je. Rasa dia macam honey dew + timun. Memang segar. nak lagi best simpan dalam fridge then baru potong dan makan. Aku beli satu plastik... memang berat. satu plastik ni 10000W. Yang lebih bawak balik Malaysia...


Then, kami pun tidur untuk meneruskan perjalanan yang menarik di taman tema yang famous di Korea yang dimiliki oleh Samsung, Everland Resort. Ok, entry bersambung dalam part 3 ye :)







p/s: ikut package ni memang ade pros and cons... tapi at least kau tak perlu fikir pasal pengangguktan dalam radius jarak yang besar dan juga tempat makan...

3 comments:

Unknown said...

wahh, bestnye
saya pown teringin nak pi sane (:
x de yg muslim trip to korea (part 3 ) lagi ke?
#bestnye pi korea ^^

Unknown said...

wahh, bestnye
saye pown teringin nak pi korea (:
x de ke muslim trip to korea (part 3) ?
#bestnye pi korea ^^

farae al-farafisya said...

Aiyoh, baca entri ni buatkan sy terasa nak ke korea sekali lagi....
bestnyaaaa!

ShareThis