"ALHAMDULILLAH...REZEKI BULAN MULIA"
Ok, memang gembira apa yang diimpikan menjadi realiti. Double winning! Rezeki anak dan emak :) Mula-mula buat satu lempeng je untuk contest yang dianjurkan Murai ni sempena Masterchef Selebriti Malaysia musim ke-2 atas nama aku. Alang-alang, buat lagi satu lempeng, bubuh nama pn. emak sekali. Tak sangka kami berdua menang. Alhamdulillah~~~ *gaya tiru Sheila Rusly dalam ketuk-ketuk ramadan*
So, inilah hiasan lempeng dan slogan yang berjaya menambat hati juri :)

