Pages

V.I.P BLOG KU

Friday, August 17, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 9 (AKHIR)



Kotak Kurma 9



Adhan masih lagi terlantar di atas katil tidak sedarkan diri. Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya, syawal pula bakal menjelma. Nampaknya Ramadhan kali ini benar- benar menduga kehidupan Adhan. Kelihatan pintu wad ditolak perlahan. Datuk Naqem melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam wad, tidak mahu kehadirannya diketahui sesiapa. Dengan memakai topeng muka, Datuk Naqem meluru menuju ke arah Adhan. Peluh mula membasahi muka Datuk Naqem. Dia sudah nekad untuk melakukannya. Wayar yang menjadi penyambung hayat Adhan dicabut. Nadi Adhan semakin lemah. Adhan cuba membuka matanya, badannya terasa amat berat. 

“Sayang bangun sayang. Mandi dan terus bersiap. Kita nak pergi solat raya ni. Papa dan mama pun tengah bersiap,” ujar Theera sambil mengusap lembut rambut suaminya terasa peluh membasahi rambut Adhan. Adhan membuka matanya. Lalu dia tersenyum melihat wajah ayu Theera. Mukanya diraup dengan tangannya.

“Ya, Allah. Abang hidup lagi Theera. Abang hidup lagi! Alhamdulillah,” ujar Adhan penuh teruja. Theera memandang suaminya pelik. 

“Ya, alhamdulillah abang hidup lagi,” ujar Theera sambil memegang tangan Adhan. 

“Abang mimpi abang mati Theera,” ujar Adhan dengan nada hiba.

“Ya Allah. Apa yang abang cakap ni? Sudah-sudah. Itu semua mainan tidur abang je. Tu lah, lepas solat Subuh orang suruh siap. Ini tidak, abang boleh sambung tidur balik. Ni tuala siap berbelit kat kaki abang,” ujar Theera.

“Eh ye ke? Kejap je abang tidur, macam-macam dah abang mimpi Theera,”

“Sudah, bangun bang. Karang papa dengan mama dah siap, abang tak siap lagi. Cepat la bang,” paksa Theera sambil menarik tangan suaminya.

“Ye lah. Ye lah….abang nak bangun la ni,” ujar Adhan sambil mengucup pipi isterinya.

“Abang, Theera nak mintak maaf atas segala salah dan silap Theera selama kita berkahwin,”

“Ish awak ni. Biarlah siap-siap dulu, pakai baju raya. Baru mintak maaf. Abang tak mandi lagi ni. Busuk ni ha,”

“Ye lah. Abang pergi mandi, Theera nak tolong mama dekat dapur. Theera dah masak dah makanan kegemaran abang, sate goreng. Mesti abang suka punya,” ujar Theera. Adhan hanya tersenyum.

“Ish, tak sabar lah abang nak rasa sate goreng versi Theera,” ujar Adhan sambil memicit hidung isterinya. 



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Takbir raya berkumandang, menghiasi alam yang terbentang luas. Bersahutan di serata pelusuk dunia. 1 Syawal tiba, menandakan hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Tapi hati Adhan sayu setelah umi dan ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan pada hari raya tahun lalu. Yang tinggal hanya adik kandungnya, Qaish Awal, yang kini sudah mendirikan rumah tangga bersama Dr. Thaqief. 

“Apa yang abang menungkan tu bang?” soal Theera sebaik sahaja keluar dari masjid. Ayu wajahnya mengenakan tudung bewarna putih susu, sedondon dengan baju suaminya. 

“Abang terkenangkan arwah umi dan ayah. Abang rasa sayu bila umi dan walid muncul dalam mimpi abang subuh tadi,”

“Itu semua mainan tidur abang. Ada yang betul ada yang tidak. Papa mana bang?”

“Papa ada kat dalam lagi. Tengah bersalam dengan kawan-kawan papa. Mama Theera mana?”

“Mama pergi toilet kejap,” 

“Kalau macam tu, abang tunggu kat kereta dulu. Theera tunggu papa dengan mama dekat sini. Nanti kita pergi ziarah kubur arwah umi dan ayah. Abang rindulah pada mereka,” ujar Adhan, meluahkan rasa rindu yang terbuku dalam hatinya.

“Baiklah abang. Nanti Theera, papa dan mama akan menyusul. Abang pergilah dulu,” ujar Theera sambil melirikkan senyuman. Adhan membalas senyuman Theera dan berlalu pergi menuju kereta yang diletakkan di tepi jalan. Kelibat Firmy kelihatan di seberang jalan sebaik sahaja Adhan sampai ke kereta Swift biru milikya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan bekas teman serumahnya itu.

“Fir! Firmy!” jerit Adhan sambil melambaikan tangan. Namun Firmy tidak perasan dengan jeritannya. Adhan terus melangkah menyeberangi jalan dan tanpa diduga….

“Ya Allah Adhan!!!” jerit Firmy sebaik terlihat sebujur tubuh tercampak di depan matanya akibat hentaman kuat dari lori yang sedang dipandu laju. Firmy pantas mendapatkan Adhan. Darah pekat mula mengalir, mula menukar warna baju yang dipakainya. Orang ramai yang baru keluar dari masjid mula mengerumuni jalan. Ada yang mengawal aliran trafik. 

“Kenapa tu bang? Kenapa orang duk kerumun ramai-ramai kat jalan tu bang?” soal Datin Ei’syah pelik.

“Entahlah, mana abang tahu,” ujar Datuk Naqem.

“Jom mama, papa. Kita pergi tengok apa yang berlaku,” ujar Theera sambil melangkah laju menuju ke kawasan kejadian. Degupan jantungnya seaakan terhenti tatkala melihat tubuh yang terbujur kaku dengan darah merah pekat mengalir itu adalah suaminya sendiri yang dipangku Firmy. Tanpa sedar, air mata Theera mula mengalir lalu dia mendapatkan suaminya. Dikucup dahi Adhan yang kini tidak lagi bernyawa. 

“Abang, jangan tinggalkan Theera abang,” ujar Theera sambil meratapi pemergian mengejut suaminya. Terngiang kata-kata Adhan sebentar tadi yang dia rindu pada arwah umi dan ayahnya. Mungkin itulah petandanya, getus hati Theera. 

“Sabar Theera, setiap yang hidup itu pasti akan mati. Ini semua Qada’ dan qadar Allah,” ujar Firmy yang cuba menenangkan keadaan.

“Tanpa Adhan dalam hidup aku Firmy, tiada semanis kurma. Hidup aku rasa kosong Fir,” ujar Theera sambil ditenangkan Datin Ei’syah dan Datuk Naqem.

“Walau tiada semanis kurma, kita patut bersyukur kerana masih lagi dapat menikmati khasiatnya Theera. Allah lebih sayangkan Adhan. Redhakanlah pemergian Adhan, Theera. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” ujar Firmy.





Tamat.




Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerpen bersiri TIADA SEMANIS KURMA. Sebagai menghargai kesudian korang membaca TIADA SEMANIS KURMA, aku juga mengadakan peraduan TIADA SEMANIS KURMA. 


Cara untuk menyertai:

  1. Pastikan korang mempunyai akaun Facebook yang asli.
  2. Like Facebook Falihinjasmy.blogspot.com
  3. Satu soalan akan dikeluarkan pada setiap siri/episod TIADA SEMANIS KURMA di Facebook Falihinjasmy.blogspot.com selepas siri/episod TIADA SEMANIS KURMA disiarkan di blog Falihinjasmy.blogspot.com
  4. Jawab soalan tersebut dengan pantas dan tepat. Markah akan diberikan kepada 10 orang yang memberi jawapan yang tepat dan pantas dengan mengikut susunan menurun. Contoh: orang pertama yang menjawab dengan betul, dapat 10 markah, kedua 9 markah, ketiga 8 markah dan seterusnya.
  5. Markah akan dikumpul sehingga cerpen bersiri ini tamat. 10 pemenang dengan markah terkumpul tertinggi akan mendapat hadiah misteri dari Falihinjasmy.blogspot.com. Semakin kerap korang membaca dan mengikuti cerpen TIADA SEMANIS KURMA, semakin tinggi peluang korang untuk menang.
  6. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pindaan adalah di tangan pihak penganjur.



Untuk soalan TIADA SEMANIS KURMA : Kotak Kurma 9, sila klik link di bawah-




Selamat mencuba dan salam Ramadhan al-mubarak :)


Monday, August 13, 2012

BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL WITH PINEAPPLE SAUCE!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....



"HANYA PERLUKAN SECUBIT KREATIVITI, KESEDAPAN PRODUK myChef  JELAS TERBUKTI"


Ok, hari ni aku nak berkongsi resepi yang telah diolah dari salah satu produk myChef iaitu signature dish Chef Liza, BEEF KEEMA MASALA. Idea untuk menghasilkan resepi ini datang secara tiba-tiba. So, sebagai seorang lelaki bujang, aku lebih suka sesuatu yang simple tapi sedap. Maka, terhasillah resepi, BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL WITH PINEAPPLE SAUCE




Ok, untuk menyediakan BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL WITH PINEAPPLE SAUCE ni sangat mudah. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti yang berikut:


BAHAN UNTUK BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL:

  • 1 bungkus myChef BEEF KEEMA MASALA
  • 10 keping roti
  • 1 biji kentang yang dihiris nipis
  • 2 biji telur
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • Lada  merah yang dihiris
  • Daun ketumbar yang dipotong halus
  • Keju chedar
  • Nenas yang dipotong dadu
  • Gula melaka


BAHAN UNTUK PINEAPPLE SAUCE:

  • Nenas yang dipotong dadu
  • 6 biji baby tomato
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu sos cili
  • 1/2 cawan susu rendah lemak
  • Gula Melaka
  • Garam



Ok, kita pergi kepada cara untuk menyediakan BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL:


Panaskan Produk myChef BEEF KEEMA MASALA di dalam microwave mengikut cara yang sedia tertera di bungkusan.



 Panaskan minyak zaitun dan gorengkan kepingan kentang sehingga separuh masak. Angkat dan tuskan minyak.



Sekarang untuk caramelize kan nenas yang telah dipotong. Untuk itu, masukkan 3 sudu gula melaka dan biarkan cair. Selepas beberapa ketika, masukkan nenas dan kacau. Masukkan sedikit serbuk kayu manis untuk menambahkan perasa. Selepas siap, biarkan seketika.



Ambil kentang yang telah digoreng tadi dan susun menjadi dasar kepada BAKED BEEF KEEMA MASAL ROLL di dalam bekas.



 Ambil roti dan dibuangkan bahagian tepinya. Letakkan myChef BEEF KEEMA MASALA yang telah dipansakan tadi dan gulung. Buat sehingga 10 gulungan.



 Susun gulungan myChef BEEF KEEMA MASALA tadi di atas lapisan kentang.



 Taburkan nenas yang telah di-caramelized-kan di atas gulungan myChef BEEF KEEMA MASALA. Kemudian, pecahkan 2 biji telur dan kacau bersama 1 cawan susu segar dan tuang ke atas susunan gulungan myChef BEEF KEEMA MASALA.



 Selepas itu, untuk hiasan, taburkan hirisan lada merah dan hirisan daun ketumbar serta keju chedar. Masukkan ke dalam microwave dan panaskan pada suhu medium high selama 7-8 minit.



Ok, untuk menyediakan PINEAPPLE SAUCE, cara-caranya ialah:


Kisarkan nenas yang telah dipotong dadu, bersama baby tomato, bawang putih dan 1 sudu gula melaka. Masukkan kesemuanya di dalam kuali dan panaskan. Kemudian masukkan 2 sudu sos cili dan kacau sehingga sekata. Masukkan 1/2 cawan susu segar untuk memekatkan sos. Masukkan garam secubit rasa dan siap!



Ok, keluarkan BAKED BEEF KEEMA MASALA ROLL tadi dan hidangkan bersama PINEAPPLE SAUCE dan hias mengikut kreativiti masing-masing. Serlahkan kreativiti, pasti terliur orang yang melihatnya :) Hidangan ini sesuai untuk dihidangkan ketika berbuka puasa dan juga rumah terbuka di Aidilfitri yang bakal menjelang nanti.





Entry resepi ini adalah penyertaan di dalam peraduan yang dianjurkan oleh MyChef. Sila lawati Facebook MyChef untuk maklumat lanjut dengan klik gambar di bawah:




Dan jangan lupa untuk like entry saya di Facebook MyChef ya degna klik link di bawah:

RESEPI FALIHIN JASMI


Terima kasih dan selamat mencuba!


Beef Keema Masala memang terbaik,
Produk myChef terbukti berkualiti tinggi,
Resepi diolah tambah daya penarik,
Pasti terliur tetamu di Aidilfitri nanti.



p/s: resepi orang bujang :)


Sunday, August 12, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 8



Kotak Kurma 8



Datin Ei’syah kehairanan sebaik sahaja melihat tajuk akhbar di depan matanya. Suspek sudah ditahan? Tapi kenapa suami aku masih ada di rumah lagi? Jadi, bukan dia yang buat semua ni? Getus hati Datin Ei’syah, cuba membuat kesimpulan.

“Mama, mama termenung ke? Theera tengok mama ni sejak dua menjak macam tak keruan. Cuba mama ceritakan dekat Theera, mama. At least, ringan sikit beban yang mama tanggung tu,” ujar Theera lalu duduk di sebelah mamanya.

“Entah lah Theera. Mama hairan,” 

“Apa yang mama hairankan,”

“Cuba Theera baca paper ni,” ujar Datin Ei’syah sambil menghulurkan akhbar di tangan kepada Theera.

“Alhamdulilah, Allah maha berkuasa mama. Akhirnya orang yang tembak Adhan dah kene tangkap. Tapi kenapa mama nak hairan pulak?” soal Theera inginkan kepastian.

“Kalau mama cakap, Theera jangan terkejut ya,”

Saturday, August 11, 2012

RESEPI BISKUT RAYA: MINI CHOCOLATE TART WITH STRAWBERRY SAUCE FILLING!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....

"BISKUT RAYA HOME MADE SEBENARNYA LAGI SEDAP DARI KAT KEDAI"


Betul, serius... sebab ade air tangan emak dan kita sendiri....So, untuk hari raya kali ni, aku mulanya malas nak buat biskut raya sebab sibuk untuk persiapan semester akhir degree aku. Tapi, aku luangkan masa untuk buat sesuatu untuk raya tahun ini. Maka, fuhhhhh.... terjadilah Mini Chocolate Tart with Strawberry Sauce Filling... setiap gigitan, ada kejutan :)





Ok, ni resepi Chocolate Tart ni... kalau korang suka, boleh cuba. Kalau tak pun, share lah resepi ni kat FB korang, butang share ade dekat bawah post ini. Ok, straight to the point, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Thursday, August 9, 2012

PENDRIVE PERCUMA SEMPENA HARI RAYA!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"YANG INI TAK PERLU BERATUR PANJANG MACAM NAK DAPAT SATU SCOOP BASKIN ROBBINS"


Ok, actually, aku ade masuk satu contest design pendrive. Aku hantar 6 design, dan 3 terpilih untuk pusingan seterusnya yang memerlukan sangat-sangat like dari korang semua... So, berikut merupakan 3 design yang berjaya:


Untuk vote design 01: SKETCH OF LOVE,
klik SINI


Tuesday, August 7, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 7



Kotak Kurma 7



Azan Subuh berkumandang. Datin Ei’syah dan Datuk Naqem bersiap sedia untuk mendirikan solat Subuh berjemaah selepas menikmati juadah sahur. Datin Ei’syah tidak berkesempatan untuk menyoal siasat suaminya mengenai hal yang menimpa Adhan. Adakah benar suaminya yang terlibat? Semakin banyak persoalan yang bermain difikirannya.

“Apa yang awak menungkan tu Syah? Sudah, lekas pakai telekung tu,” ujar Datuk Naqem sambil mengenakan songkoknya. Terhenti lamunan Datin Ei’syah. Pantas dia mencapai telekung di atas kerusi lalu dipakainya. Datuk Naqem mengangkat takbir, Datin Ei’syah menjadi makmumnya. Setiap hari, inilah rutin harian mereka sebagai umat Islam.

“Assalammualaikumwarahmatullah,” usai solat Subuh sebaik sahaja Datuk Naqem memberi salam. Tangannya ditadah, doanya dipanjat ke hadrat Ilahi. Menitik air matanya pagi itu. Rasa sebak di dalam dada. Hanya Allah yang tahu.

“Kenapa abang nangis ni bang?” soal Datin Ei’syah sebaik sahaja mengucupi tangan suaminya.

Saturday, August 4, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 6



Kotak Kurma 6



Suara Adhan sudah lagi tidak kedenganaran. Qaish cuba membisikkan kalimah syahadah di telingan Adhan. Orang ramai yang berada di kawasan tempat letak kereta mula mengerumuni, ingin melihat apa yang berlaku. Ada di antara mereka yang cuba mendapatkan bantuan. Namun, segalanya sudah terlambat.

“Adhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!” jerit Qaish sekuat hati.

“Pak cik, oh pak cik. Kita dah sampai KL ni,” ujar pemandu bus ekspress sambil mencuit bahu Pak Ngah. Pak Ngah tersedar, matanya digosok. Mengucap panjang dia. Semuanya hanya mainan mimpi sahaja. 

“Encik, ni dekat mana?” tanya Pak Ngah.

“Ni kat Puduraya pak cik. Pak cik nak ke mana sebenarnya? Nampak macam pertama kali datang KL ni,” soal pemandu itu lagi. Pak Ngah mengangguk. Di ambilnya kertas di dalam saku bajunya.

“Pak cik nak pergi rumah anak pak cik. Ini alamatnya,” ujar Pak Ngah sambil menghulurkan kertas kepada pemandu bas tersebut.

ShareThis