Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....
Satu lagi mercu tanda negara, iaitu Istana Negara telah dibina dengan kos yang khabarnya menelan belanja RM 900 juta. Istana Negara yang baru ini terletak di Jalan Duta, bakal menggantikan Istana Negara Malaysia yang lama untuk dijadikan sebagai kediaman rasmi Yang DiPertuan Agong.
Istana Negara Malaysia yang digunakan
ketika ini iaitu di Jalan Istana merupakan sebuah bangunan sejarah yang asalnya
kepunyaan jutawan China tempatan yang bernama Chan Wing. Kalau dulu sekitar
tahun 1928, Istana Negara ini hanyalah sebuah rumah banglo dua tingkat yang
mana selepas tempoh kekalahan Jepun di Tanah Melayu dan berundur, Kerajaan
Negeri Selangor telah membelinya. Ia kemudiannya diubahsuai dan dinaiktarafkan
untuk menjadi kediaman rasmi Sultan Selangor ketika itu sehinggalah pada tahun
1957.
Akhirnya Kerajaan Persekutuan telah
mengambil keputusan untuk membeli bagi menjadikannya sebagai Istana Negara
Malaysia dan telah mengalami beberapa tempoh pengubahsuaian sehinggalah
terdirinya Istana Negara Malaysia yang ada pada hari ini di Jalan Istana.
Berikut adalah gambar Istana Negara yang baru dari pandangan luar dan juga hiasan dalamannya yang kelihatan begitu eksklusif:




