Pages

V.I.P BLOG KU

Saturday, May 14, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 03


CUPPIES 03


Afry melangkah pantas ke dalam Cupcakes Princes. Peluh di dahinya dikesat.

“Kau ni, aku suruh print poster. Bukan suruh kau berlari 100 meter. Yang kau ni pucat macam nampak hantu kenape?” soal Benjy yang sedang menghias Blueberry Cupcakes sambil diperhatikan Zara. Afry masih lagi tercungap-cungap.


Blueberry Cupcakes

“Entah uncle Afry ni. Siang mane ade hantu. Malam ade lah,” ujar Zara bersahaja sambil tekun melihat papanya memicit piping bag.

“Ni bukan hantu. Tapi orang kepala hantu. Macam ni ceritenye bang, aku on the way balik dari print poster. Lepas tu aku tengah nak betulkan rambut. Tibe-tibe je ade sorang mamat ni lalu depan aku. Aku pun tak sempat nak elak, terpakselah aku langgar je mamat tu,” jelas Afry.

“Lepas tu ape jadi?” soal Benjy ingin tahu.

“Kau tahu bang, die mintak aku RM50! Aku langgar bukan sampai die jatuh pun. Setakat bergesel bahu pun dah nak kecoh,” rungut Afry.

“Habis tu, kau bagi lah die RM50 tu?”


“Kau gile ke bang? Dari aku bagi die RM50, baik aku sedekah kat anak yatim. Masalahnye, mamat tu tak cedera pun. Kalau cedera, lain cerita lah. Ni saje je nak propa lebih. Aku pun bagi lah die poster kerja kosong dekat kedai kita ni. Lepas tu, aku blah,” jelas Afry panjang lebar. Zara khusyuk mendengar.

“Oh, tu la pasal uncle Afry berlari sampai berpeluh-peluh ni? Meh Zara lapkan peluh uncle Afry,” ujar Zara sambil mengelap muka pak cik nya dengan tisu.

“Karang kalau mamat yang kau langgar tu tadi datang interview macam mane?” soal Benjy inginkan kepastian dari Afry. Krim blueberry yang telah habis diisi semula ke dalam piping bag.

“Ha, ha, ha. Kalau die datang bang. Kau serahkan je dekat aku. Tahu la aku nak ajar mamat tu macam mane. Baru die tahu langit ni tinggi ke rendah,” ujar Afry sambil ketawa kecil. Apron dikenakan ke badannya lalu pergi ke ruang kaunter.

“Uncle mesti ade plan baik punye kan?” soal Zara sambil mengenyit sebelah matanya. Afry hanya mengangguk sambil mengenyit kembali.


**********************************************************************************


“Hye sayang, lame dah tunggu?” soal Yuyu dengan nada manja.

“You, kalau I pregnant, boleh terberanak tahu tunggu you,” sinis Eith sambil membetulkan sunglasses di kepalanya.

“Cepatlah masuk. I nak pergi interview ni,” ujar Eith sambil membuka pintu kereta. Yuyu yang bengang dengan sindiran Eith hanya mampu menggetap bibir.

“Eith, I bukan sengaja. Sofea tu yang meragam. I dah nak siap dah tadi. Die balik rumah je mengamuk. I pun pelik lah dengan perangai die lately. You jangan lah ambil hati sayang. You ambil jantung I ea,” pujuk Yuyu, cuba mengembalikan mood boyfriendnya.

“Alah, you, Sofea tu memang macam tu kan. Kepala batu. Yang you layan sangat die kenapa? Hati die you jaga. Hati I siapa nak jaga?” rajuk Eith.

“Alah you ni, sikit-sikit nak sentap. Mengalahkan perempuan. Dah lah, cepat lah jalan. I dah lambat ni,” ujar Yuyu sambil mengerling ke arah jam tangannya. 

“Tahu pun dah lambat. Lain kali kalau you lambat lagi, you pergi sendiri. You ingat you princess?” sindiran Eith kali ini benar-benar tajam. Pedih hati Yuyu untuk menerimanya. Kalau ikutkan hati, mahu saja Yuyu turun dari kereta. Tapi memandangkan dia sudah lambat ke tempat kerja, hasratnya terpaksa dibatalkan. Eith meneruskan pemanduan sambil menguatkan radio. Lagu Just The Way You Are dendangan Bruno Mars menguasai ruang yang kian tegang.

“Eith, I mintak maaf dekat you. I Janji, lain kali I tak buat lagi,” rayu Yuyu sambil merenung wajah Eith.

“Emm,” ringkas Eith.

“Sayang, tengoklah muka I ni. You ni tengok muke i pun dah tak nak ke?” ujar Yuyu.

“You, kalau I tengok muke you, macam mane I nak drive? Dah, dah. I maafkan you. Lain kali jangan buat lagi. I dah la ade interview hari ni. Kalau lambat, melepas I,” jelas Eith.

“You nak interview kerja ape Eith? You ni, kerja sebulan berhenti. Kerja sebulan berhenti. Tak pernah nak kekal,” bebel Yuyu.

“Habis kalau kerja tu tak kene dengan jiwa you, you nak ke? Duit memang lah masyuk, tapi kepuasan? You, I cari kepuasan sebenarnya. Kepuasan adalah segala-galanya bagi I,” ujar Eith sambil membetulkan cermin pandang belakang.

“Ok, I faham. Tapi Eith, boleh I tahu you nak interview kerja ape kali ni?” soal Yuyu inginkan kepastian. Eith hanya membisu.

“Rahsia,” ringkas Eith.


*********************************************************************************


Kelihatan Benjy dan Afry sibuk mengemas meja dan kerusi. Zara sudah tertidur di atas sofa. Afry mengambil penyapu, lalu menyapu lantai. Membersihkan lantai Cupcakes Princes milik abangnya. Jam di dinding sudah menunjukkan waktu 10 malam.

“Takde pun bang orang datang interview,” rungut Afry sambil menyapu sampah ke dalam penyodok.

“Tu lah, poster yang kau buat tu takde tarikan kot. Kate je ambil Graphic Designer,” perli Benjy sambil mengelap ruang pameran cupcakes.

“Eleh, nak salahkan design aku pulak. Aku dah buat baik punye pe. Maybe aku tampal tadi pun dah terlambat sangat kot,” ujar Afry, mengaku kesalahannya.

“Tahu pun kau. Lain kali, aku cakap dengar. Jangan buat kerja last minute,” 

“Baiklah bang,” balas Afry. Dilihatnya Zara di atas sofa. Penat agaknya Zara ni. Getus hati Afry. Lalu Afry pergi mengambil beg dan mendukung Zara. Benjy pula menutup lampu dan air-cond.

“Abang naik motor kan? Biarlah aku bawak balik Zara ni,” 

“Ha, eloklah tu. Aku pun ade nak jumpe kawan ni,” balas Benjy sambil mengunci pintu kedainya. Afry berlalu pergi sambil mendukung Zara ke arah kereta Kelisanya lalu meluncur laju menuju ke rumahnya.

“Dah tutup ke bro?” soal Fina sambil menggigit batang lollypop. Terkejut Benjy bila disapa sedemikian. Hampir tercampak kotak cupcakes di tanganya.

“Dah la dik. Kenapa?” ujar Benjy sambil membetulkan kotak cupcakesnya.

“Oh, ingatkan nak interview tadi,” 

“La, kenape lambat sangat dik. Kedai dah tutup dah,” 

“Please bro. Kali ni, aku mintak tolong sangat-sangat dekat bro. Kalau aku tak dapat kerja, aku tak boleh bali rumah. Mak aku dah marah gila kat aku ni. Tolong lah bro,” rayu Fina, cuba meraih simpati.

“Esok je lah dik, lagipun dah lewat dah ni. Aku pun nak jumpe kawan ni,” ujar Benjy cuba menolak permintaan Fina secara baik.

“Please bro. Aku mintak tolong sangat-sangat ni,” rayu Fina sambil melutut ke arah kaki Benjy. Benjy panik.

“Eh dik, bangun, bangun. Kenape pulak kau melutut kat aku ni. Ok, macam nil ah senang. Esok pagi kau datang pukul 7 pagi. Kalau kau datang tepat pada waktunya, aku ambil kau kerja. Ok?” ujar Benjy, cuba memberi tawaran kepada Fina.

“Terima kasih bro. Terima kasih banyak-banyak,” ujar Fina sambil mencium tangan Benjy. 

“Eh kau ni. Dah, dah. Aku nak balik ni. Ingat esok pukul 7 pagi. Anyway, Saya Benjy. Panggil je Ben,” ujar Benjy sambil cuba melepaskan tangannya.

“Sorry bro, excited sangat ni dapat kerja. Nama aku Fina,” ujar Fina sambil membetulkan topi.

“Eh kejap, kau ni lelaki ke perempuan. Aku nak pekerja lelaki je,” soal Benjy inginkan kepastian. Keraguan mula mengusai dirinya.

“Er, aku lelaki lah bro. Tak nampak ni keras ni ha?” ujar Fina sambil menumbuk bahu Benjy. Benjy mengadu kesakitan.

“Macam mana aku nak pastikan yang kau ni lelaki or perempuan? Kalau kau betul-betul  lelaki, bak sini aku nak tengok IC kau,” pinta Benjy. Fina mula gementar dengan permintaan Benjy.

“Sorrylah bro. Aku terlupe nak bawak IC. Nanti esok pagi, aku bawak,” ujar Fina cube berdalih.

“Ok, fine. Tapi aku tak puas hatilah. Muke kau macam muke perempuan. Name pun Fina,” ujar Benjy yang masih lagi ragu dengan status jantina Fina.

“Bile mase aku kate name aku Fina? Name aku Fin la...Arieffin Hardy,” ujar Fian cuba berdalih. Entah macam mana nama Arieffin Hardy boleh terlintas di kepalanya.

“Ok. Fine. Aku panggil kau Fin la ni? Tapi aku still tak puas hati lah. Aku nak jugak pastikan yang kau ni lelaki or perempuan. Kalau kau betul-betul lelaki, kau bukak baju kau,” pinta Benjy. Fina terkedu. Air liurnya ditelan kelat!


Bersambung...


p/s: terima kasih kerana sudi membaca. nantikan kisah seterusnya dalam cuppies 2...sebarang komen  daripada korang, amatlah dihargai...

p/s/s: jika ketinggalan membaca cuppies yang sebelum ini, sila klik link di bawah:

CUPPIES 01
CUPPIES 02

5 comments:

Unknown said...

love it... :D waiting for the next...

Nadia Nadira said...

interesting...:)

Anonymous said...

coffee prince nihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......hurm hurm.... -hasifanrun

mr.F said...

@Anonymous ishhhhhh...sikit je, pas nih lain...

Miszyuyu said...

hehehe! lucu je..tersengih2 membaca ni

ShareThis