Pages

V.I.P BLOG KU

Thursday, August 4, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 13


CUPPIES 13


Kicauan burung berlagu riang. Matahari mula memancarkan sinarnya. Fina sudah bersiap untuk pergi ke Cupcakes Princes. Kemaja yang dipakainya dikemaskan ke dalam seluar. Tiada sebarang coletan make up pun di mukanya. 

“Fina, meh makan dulu. Mak dah masak kan nasi lemak ni. Favourite kau ni,” ujar Pn. Rose sebaik sahaja Fina menuruni tangga.

“Oh, patutlah menyengat je bau sambal tadi. Rupa-rupanye mak masak nasi lemak lah,” ujar Fina yang begitu teruja.

“Nah, mak dah siap bungkus dalam daun pisang ni ha,” ujar Pn. Rose sambil menghulurkan bungkusan berisi nasi lemak daun pisang kepada Fina.

“Eh, banyak ye mak. Mak perli orang ke ape ni? Tahu lah orang kurus keding macam ni. Tak payah lah nak sindir-sindir sampai macam ni,” ujar Fina sambil merenung tepat ke arah emaknya.


“Kau ni, tak makan cili sambal mak lagi dah terasa pedasnya. Nasi lemak tu mak buat lebih, nak suruh kau bagi kat bos kau tu dengan kawan-kawan sekerja kau kat Cupcakes Princes tu,” jelas Pn. Rose sambil menuang air teh o ke dalam cawan.

“Oh ye ke. Sorry la mak. Sensitif sikit pagi-pagi ni,”

“Ha la satu, mak dah mandrum nasi lemak tu, manelah tahu bos kau tersangkut kat kau ke,” seloroh Pn. Rose.

“Ha? Mak biar betul? Ape mandrum-mandrum ni mak. Tak baik lah, berdosa!” ujar Fina.

“Mak main-main je lah. Kau ni pun satu, tak payah lah nak lurus sangat macam tiang letrik depan rumah tu ha. Dah-dah, minum cepat. Karang kau lambat, kau jugak yang kene marah,” ujar Pn. Rose sambil tersenyum. Fina hanya mampu tersenyum kelat lalu menghirup air teh o.

“Ok mak, orang pergi dulu,” ujar Fina lalu mengucup tangan Pn. Rose. Helmet di kerusi diambilnya dan pantas menuju ke luar rumah.

“Makkkkkkkkkk!!!” jerit Fina sekuat hati. Seperti mahu gugur jantung Pn. Rose mendengarnya. Pantas Pn. Rose mendapatkan Fina.

“Kenapa terjerit-jerit ni Fina. Malu kat jiran sebelah ni ha,” ujar Pn. Rose yang ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi.

“Skuter orang hilang mak. Skuter orang hilang. Macam mana ni mak?” rintih Fina. Tanpa disedarinya, air matanya mula bergenang.

“Kau ni kan, mak nak cakap kau nyanyok, kau muda lagi. Mak cakap kau ni pelupa, memang pun. Kan malam tadi bos kau si Afry yang hantar kau balik. Kau cakap skuter kau rosak kan? Ape lah kau ni Fina. Makan kepala ikan banyak sangat ni!” sinis Pn. Rose sambil mencekak pinggangnya. Fina hanya tersipu malu.

“Ish, macam mana boleh lupa ni,” ujar Fina sambil menggaru kepalanya. 

“Habis macam mana nak pergi kerja ni mak?” soal Fina. Pantas Pn. Rose mencapai penyapu yang tersandar di belakang pintu. 

“Nah, kau naik penyapu ni. Ala, macam Harry Potter tu,” seloroh Pn. Rose.

“Mak ni suke la main-main. Orang serius ni,”

“Dah tu, kau call la bos kau. Mintak tolong dia ambil kan kau ni ha. Tak kan itu pun mak nak kena ajar?” ujar Pn. Rose. Sebaik sahaja Pn. Rose menghabiskan ayatnya, bunyi hon kedengaran. Kelihatan sebuah Mini Cooper berhenti di hadapan rumah Fina.

“Siapa tu Fina? Cantik pulak kereta dia. Berkenan pulak mak,” ujar Pn. Rose.

“Entah la mak. Fina pun tak tahu,” ujar Fina.

“Assalamualaikum Fin, mak cik,” ujar Eith sebaik sahaja keluar dari keretanya.

“Eh kau rupanya Eith. Kau buat apa pagi-pagi dah sampai rumah aku ni?” soal Fina inginkan kepastian.

“Aku datang nak jemput kau la. Afry yang suruh aku jemput kau,” jelas Eith.

“Mana kau tahu alamat rumah ni?” 

“Pun Afry yang bagi. Lepas tu, aku google maps la,” 

“Ehem, ehem. Tak nak kenalkan dengan mak ke Fina?” sampuk Pn. Rose yang dari tadi asyik memandang ke arah Eith. Diperhatikannya dari atas ke bawah.

“Fina?” soal Eith pelik.

“Eh, Fina tu nama manja aku kat rumah. Biasalah mak aku kan, anak sorang je. Tu yang nak bermanja-manja dengan aku tu. By the way Eith, ni mak aku, Mak Cik Rose. Mak, yang ni kawan sekerja orang, Eith. Dia ni abang tiri Afry dengan Ben,” jelas Fina. 

“Tak payah lah panggil Mak Cik Rose, panggil je Aunty Rose, glamour sikit,” ujar Pn. Rose sambil tersipu malu.

“Ish mak ni, buat malu orang je la. Ok lah Eith, jom lah. Melayan mak aku ni karang memang tak pergi kerja la alamatnya,” ujar Fina sambil merenung manja ke arah Pn. Rose.

“Oklah. Jom Fin. Assalamulaikum mak cik. Eh, Aunty Rose. Kami pergi dulu,” ujar Eith lalu membawa Fina pergi ke Cupcakes Princes. Pn. Rose tidak berhenti melambai ke arah mereka. Handsomenya! Macam mat salleh, kalau jadi menantu aku best jugak ni. Bisik hati Pn. Rose.


**********************************************************************************


“Awal kau bangun hari ni?” soal Yuyu yang baru sahaja keluar dari biliknya. 

“Awal apenye Yuyu. Macam biasa lah aku bangun ni. Kan aku kerja hari ni. Yang kau ni baru nak mandi ke? Kau tak kerja ke hari ni?” soal Sofea sambil menyapu jem ke atas roti.

“Aku tak berapa nak sihat lah hari ni. Aku ambil mc,” jawab Yuyu sambil merebahkan dirinya ke atas sofa. Alat kawalan jauh Astro dicapainya.

“Kau ni tak sihat sebab ape?” soal Sofea.

“Sebab cuaca kot. Kau tengoklah kat luar tu. Sekejap cerah. Kejap lagi hujan. Manalah badan aku ni nak tahan,” ujar Yuyu sambil menekan-nekan alat kawalan jauh.

“Sebab cuaca ke, sebab kau dah lama tak jumpa dengan Eith?” duga Sofea sambil menyuakan roti ke mulutnya.

“Ish kau ni kan Sofea. Macam dapat agak je kan. Memang dah lama aku tak keluar dengan Eith. Dia merajuk dengan aku lah tu. Aku pun tak faham la Sofea dengan Eith tu. Aku bukannya apa. Aku just nak ambil berat pasal dia, nak tahu mana dia kerja. Ni tak pasal-pasal aku pulak yang kene marah,” jelas Yuyu, meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya.

“Kadang-kadang kau kene faham lelaki ni Yuyu. Tak semua lelaki sama. Ada yang memang suka perempuan yang caring pasal dia. Tapi ada je lelaki yang rimas kalau perempuan ni terlebih caring. Sebab lelaki ni ada ego. Ada benda yang dia boleh share dengan kita. Ada benda yang dia rasa dia sorang je yang patut tahu. Orang lain tak boleh. Orang lelaki ni memang unpredictable. Kalau orang perempuan emo sebab PMS, orang lelaki emo tak tahu sebab apa,” panjang lebar Sofea menyusun kata.

“Kau ni, memang cakap berdasarkan pengalaman kan,” sinis Yuyu.

“Yup. Pengalaman memang mematangkan aku. Maybe Eith ada sebab lain kot kenapa dia tak nak bagi tahu kau tempat kerja dia,” ujar Sofea sambil mengenakan kasut tumit tingginya.

“Tapi sebab apa?” soal Yuyu kebingungan.

“Itu aku tak tahu. Kau sendiri kena tanya dekat tuan punya badan. Ok lah Yuyu, aku pun dah lambat ni. Take care, makan ubat ye. Kau jangan bunuh diri sudah,” ujar Sofea lalu memulas tombol pintu.

“Ha, takde maknenye aku nak bunuh diri sebab lelaki Sofea,”

“Ye la tu,” balas Sofea ringkas. Sebaik sahaja dia melangkah keluar, kakinya tersadung bungkusan yang diletakkan di depan pintu apartmentnya. Diambilnya bungkusan itu dan dibukanya. Kotak Cupcakes Princes? Lalu di bukanya. Kelihatan 8 biji White Choc Coconut Cupcakes tersusun rapi di dalamnya dan mata Sofea tertancap kepada kad berwarna kuning yang dilekatkan bersama di dalam kotak tersebut dan dibacanya ayat yang tertulis di atas kad tersebut.


White Choc Coconut Cupcakes


“Sofea Eusoff, I’m Sorry,”


**********************************************************************************


Kelihatan Fed memasuki Cupcakes Princes sambil senyuman terukir di wajahnya. Fina mula kaget. Kenapalah awal-awal pagi muka mamat ni dah terpacak kat sini? Getus hati Fina.

“Hye Fin. Sihat?” sapa Fed.

“Waalaikumusalam,” sinis Fina sambil menyusun cupcakes di dalam display booth. Matanya langsung tidak memandang wajah Fed meskipun lelaki tersebut bisa mencairkan hati setiap perempuan yang memandangnya.

“Eh lupa pulak, Assalamualaikum Fin,” ujar Fed sambil tersenyum. Jelas kelihatan giginya yang tersusun rapi.

“Waalaikumusalam. Ha kenape? Nak beli cupcakes ke?” tegas Fina sambil menyuakan cupcakes ke muka Fed.

“Eh tak lah. I nak jumpa dengan u kejap. Boleh tak?” ujar Fed sambil melirik manja. Meremang bulu roma Fina tatkala melihat perlakuan Fed.

“Sekarang waktu bekerja. Kalau takde kene mengena dengan hal kerja, saya minta maaf Fed, saya tak boleh nak jumpa dengan awak,” tegas Fina.

“Tapi Fin, ni soal hidup dan mati,” jelas Fed sambil memegang bahu Fina. Matanya tepat merenung mata Fina.

“Ape pegang-pegang bahu orang ni? Please Fed, lepaskan saya,”rayu Fina. Fed terus memegang erat bahu Fina. Fina mula panik. Dilihatnya sekeliling, tiada orang. Afry masih belum sampai. Eith dan Ben sedang menyiapkan cupcakes di dapur.

“Please Fed, lepaskan saya. Sebelum saya jerit,” ugut Fina. Kelihatan Ben yang baru keluar dari bahagian dapur terkejut dengan perlakuan Fed terhadap Fina.

“Ben, aku pinjam kau punya staff sekejap,” ujar Fed. Seperti dipukau, Ben hanya mengangguk. Tanpa membuang masa, Fed membawa Fina keluar dari Cupcakes Princes. Fina hanya menuruti langkah Fed. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia menumbuk muka Fed. Tapi bila difikirkan balik Fed adalah kawan lama Ben, niatnya dipadamkan.

“Kita duduk sini ok?” ujar Fed sambil mempelawa Fina duduk disebelahnya. Fina menggeleng. Dia tidak mahu menuruti kehendak Fed.

“Ok, you tak nak duduk takpe. Tapi hari ni, I memang nak terus terang dengan you. I tahu yang selama ni you fikir I ni lelaki yang tak straight. Suka kaum sejenis. Suka dekat you. Don’t judge a book by it’s cover, don’t judge a man by it’s cloth. Apa yang you anggap dekat I selama ni sebenarnya salah Fin,” ujar Fed dengan nada tegas sambil merenung ke arah Fina yang hanya berpeluk tubuh.

“Apa yang you cakap ni Fed? I tak faham,” ujar Fina.

“Memang you tak kan faham sebab you sendiri pun takut dengan bayang-bayang you sendiri. You tak payah nak berselindung lagi Nurasyafina Mohd Rasul! I dah lama tahu yang you sebenarnya perempuan yang hanya menyamar sebagai lelaki untuk bekerja di Cupcakes Princes,” kata-kata yang keluar dari mulut Fed membuatkan Fina tersentak. Bagai terhenti degupan jantungnya.

“Mesti you pelik kan mana I dapat tahu nama you? I mean nama sebenar you,” ujar Fed sambil tersengih sinis. Fina terdiam, lidahnya terpaku.

“Mak you pernah tunjuk gambar I dekat you kan?” ujar Fed. Fina kembali teringatkan gambar yang ditunjuk emaknya malam semalam. Fina hanya mengangguk perlahan.

“My mom nak jodohkan kita berdua you tahu?” soal Fed. Fina hanya menggangukkan kepalanya. Lidahnya kelu untuk menuturkan kata.

“Dan you tahu kenapa I beria sangat setuju dengan pilihan my mom? I mean you sebagai calon isteri I?” soalan Fed membuatkan Fina benar-benar buntu.

“My mom ada luekimia dan hayatnya tak lama Fina. Ini hajat terakhir dia, Fina,” ujar Fed dengan nada sebak. Apa yang dikatakan Fed memang tidak pernah terlintas difikiran Fina.

“Can you make it real Fina?” ujar Fed dengan penuh harapan. Matanya mula berkaca. Fina terdiam seribu bahasa.




Bersambung...


p/s: terima kasih kerana sudi membaca dan setia menantikan kehadiran Cuppies 10....nantikan kisah seterusnya dalam cuppies yang berikutnya ...sebarang komen  daripada korang, amatlah dihargai...

p/s/s: Jika suka, sila share kan link Cupcakes Princes ini di Facebook korang atau tweetkan sahaja di laman twiter...

p/s/s/s: jika ketinggalan membaca cuppies yang sebelum ini, sila klik link di bawah: 




5 comments:

diyana md.nor said...

mkin best cerita nie..^^

Anonymous said...

lagi lagi lagi ? ;p

-hasifan run

miss cincin hati said...

menarik..mula2 cte ni cm coffee princes pn ada gk..hehe

miss cincin hati said...
This comment has been removed by the author.
Miszyuyu said...

kepala mau meletup baca ni hahaha btw.. mana nk jumpa ini white choc cocnut cupcakes.. cm sedap kan =p

ShareThis