Pages

V.I.P BLOG KU

Tuesday, June 26, 2012

JALAN CARI MAKAN-MAKAN : HAUS, SEKSYEN 7 SHAH ALAM TERBAIK!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"SEDAP, CANTIK, REASONABLE!"





Itulah 3 perkataan yang aku boleh simpulkan selepas merasai makanan yang disediakan di sebuah restoren western yang baru dibuka di Seksyen 7 Shah Alam ini. HAUS, bukan dahagakan air, tapi sebuah restoren makanan barat yang juga menyediakan masakan panas tempatan. Buat pengetahuan korang, HAUS baru sahaja dibuka minggu lepas. Setiap hari, ada special promotion yang diberikan.








Bila melangkah ke dalan HAUS, mata aku memang tertarik dengan dekorasi hiasan dalam HAUS yang memang unik, seunik namanya. tak caya? Cuba tengok gambar di bawah. Ada ruang untuk smoker dan ada ruang air-cond untuk yang inginkan keselesaan.


Yang ni bahagian luar, non-aircond....sesuai untuk smoker....tapi lagi sesuai, tak payah smoke la... baru la selesa orang lain nak makan... ye dak????


Ok, yang ni bahagian dalam (air-cond)....kerusi dia cantik kan? lampu biru tu memang awesome!!!



Ok, time for makan-makan... jap, untuk korang yang bercouple... kalau makan kat sini, akan dapat air couple... korang order gelas besar, akan dapat satu air yang sama gelas biasa... jimat! kerching kerching kerching!!!


Yang ni air aku... jus manggo gelas besar... RM4.50 :) sedap dap dap!!!


Yang ni kawan aku punya.... set promotion fish n chips...ade 3 ok! harga rm9.90 siap free lemon juice lagi! Aku rase jugak...sedap dan tak berminyak....


Ok, yang ni aku punya. Chicken chop with mushroom sauce... sos die memang sedap... ayam di masak dengan cara kukus grill panggang kukus grill panggang kukus grill panggang! Ade garlic bread, coleslaw, salad kentang dan baked baby tomato... memang sedap! Harga RM9





Ok, aku suka gila pinggan dia...cantik! HAUS ni terletak di Pusat Komersil seksyen 7, berhadapan dengan Nasi Lemak Cinta Sayang dan bersebelahan dengan Thai Assam Fish.... memeng dekat sangat dengan rumah aku...hahahhaha..... Masakan kat HAUS ni memang disediakan oleh chef yang berkaliber.... patut la sedap ... harga pun reasonable... bagi yang tak gemar western, ade juga goreng-goreng panas.... nasi dia pun banyak :)


  • MAKANAN: *****
  • DECORATION:*****
  • SERVICE:*****
  • HARGA:****


Nak tahu lebih lanjut pasal HAUS, boleh like fanpage HAUS dibawah ini:





p/s: haus tak haus la kan... :P



3 comments:

haz said...

mcm best gilee. nak pergi lah lpas exam esok! hahah.

Nonny said...

✿ salam,, azney here ✿ terus rasa lapar lahhhhh huhuhu

QA's ~ mamapapa said...

saalm..jumpa this blog msa googled on makan2 kt shah alam..will go there sooooonnnn:)) salam kenal,jmput follow kmbali :)

ShareThis