Pages

V.I.P BLOG KU

Tuesday, July 31, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 5



Kotak Kurma 5



Kelihatan Adhan dan Firmy sedang sibuk menyusun kotak kurma di atas meja. Kurma disusun mengikut jenis. Ada kurma Nabi, Ajwa, Safiya, Wasini dan tidak ketinggalan kekacang seperti pistachio, badam dan walnut juga dijual. 

“Terliur pulak aku tengok kurma ni Fir,” ujar Adhan spontan. Firmy memandang pelik muka Adhan.

“Ish kau ni. Dengan kurma pun kau boleh terliur. Tu belum kau tengok budak-budak makan aiskrim. Kau ni mengalahkan budak kecik. Anak saudara aku yang baru umur 6 tahun tu pun tahan puasa takde merungut macam kau ni,” bebel Firmy.

“Dia 6 tahun, aku 20 tahun lagi tua dari dia. Biasalah budak-budak baru nak belajar puasa. Mak bapak bagi imbuhan duit raya. Kalau tak puasa penuh sebulan, tak dapat duit raya. Dalam kes aku ni, aku yang kene bagi duit raya dekat mereka,” ujar Adhan.

“Apa kau merepek ni Adhan. Puasa tu kan salah satu rukun Islam. Wajib dilakukan. Sudah, cepat susun kurma-kurma tu. Kejap lagi senang kalau pelanggan dah sampai,” ujar Firmy malas untuk melayan karenah Adhan.

“Assalammualaikum,” ujar gadis bertudung litup, menyapa Firmy dan Adhan.

Saturday, July 28, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 4



Kotak Kurma 4



Dingin pagi menyelubungi tubuh Adhan. Sejuknya sampai ke tulang. Tangannya mula meraba di atas tilam, mencari LG Prada miliknya yang berbunyi. Dilihat di skrin, seakan samar nombor yang kelihatan. Matanya masih lagi mengantuk. 

“Assalammualaikum,”

“Waalaikummusalam. Siapa ni? Pagi-pagi buta ganggu orang nak tidur,” bentak Adhan. Marah betul tatkala tidurnya terganggu.

“Ramadhan Ali Mubarak, ayah ni,” ringkas Pak Ngah yang tersentak dengan nada kasar Adhan.

“La, ayah ke. Nak apa ayah pagi-pagi dah call Adhan ni?”

“Saja ayah nak tanya khabar kamu. Kamu apa khabar? Kamu dah sahur belum?” soal Pak Ngah.

“Sihat. Emmmm, belum,” ringkas Adhan lalu menangkup bantal ke mukanya.

“Bangun sahur nak. Jamahlah sekurang-kurangnya sebiji kurma. Sekurang-kurangnya dapat mengalas perut kamu,”

Thursday, July 26, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 3



Kotak Kurma 3



“Assalammualaikum warahmatullah….assalammualaikum warahmatullah,” usai Theera memberi salam di tahiyat akhir. Solat Asar telah disempurnakannya. Lalu ditadah tangannya, khusyuk dia berdoa, memohon keampunan dari Ilahi serta memohon petunjuk Ilahi ke atas setiap tindakan yang dia bakal lakukan. Air matanya mula mengalir ke pipi.

“Hello, Assalammualaikum mama,” ujar Theera dengan nada sendu sebaik sahaja menjawab panggilan telefon mamanya, Datin Ei’syah.

“Waalaikummusalam Theera. Mama yang call, sepatutnya mama yang beri salam. Tak sempat mama nak beri salam, Theera dah bagi salam dulu. Petang ni, berbuka dekat rumah mama ye. Ajak Adhan sekali. Dah lama mama dengan papa tak jumpa dengan Adhan. Mama pun dah masak asam pedas ikan pari kegemaran Adhan dengan Theera,” balas Datin Ei’syah. Theera cuba menahan sebaknya.

“Mama….,” ujar Theera sambil mengesat air matanya.

Wednesday, July 25, 2012

IDEA KONSEP UNTUK LOGO KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 DARI PEREKA BEBAS!

Assalammmualaikum readers dan salam 1dunia....


"IDEA LEBIH SEGAR OLEH GENERASI KINI"



Ok, semalam aku ade post pasal logo Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55 kat sini. Ramai yang kurang gemar dengan rekaan logo tersebut. Maka ada di antara rakyat Malaysia, yang menonjolakn sedikit kreativiti dalam usaha mereka logo yang lebih segar dan sesuai dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-55. Berikut merupakan beberapa idea logo yang direka oleh pereka bebas:





Tuesday, July 24, 2012

LOGO KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 : SERIOUSLY?

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....

"55 TAHUN MERDEKA, REKAAN LOGO MAKIN _________"


Anda lengkapkan sendiri ayat di atas. Bukan nak kata apa, jika benar ini merupakan logo hari kemerdekaan Malaysia yang ke-55 tahun, aku rasa agak malu. Tak tahu kenapa, sebab korang sendiri boleh nilaikan. Software makin canggih, tapi mungkin karenah birokrasi menyebabkan kreativiti terbantut. Maka terhasillah logo seperti ini:




Pakai Microsoft office pun boleh bukan? Sekarang, semua orang boleh menjadi pereka logo, simple. Tidak perlu berfikir, memerah otak untuk menghasilkan logo.

Monday, July 23, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 2



Kotak Kurma 2



“Jika ini yang you nak, I tak boleh nak paksa you lagi Theera. I know you can’t wait for me anymore. Hope you will get a better man for you,” ujar Adhan dengan nada sebak. Theera hanya diam seribu bahasa. Pandangannya dihalakan ke muka Adhan, tepat ke mata yang pernah membuatkan dia jatuh cinta suatu ketika dulu.

“So, you memang dah setuju lah nak break dengan I?” soal Theera inginkan kepastian.

“Dah itu yang you inginkan. I tak boleh nak kata apa. Masa depan you, you sendiri yang tentukan. Siapalah I nak tentukan masa depan you. I sedar yang I ni hanya orang biasa Theera,” jelas Adhan merendah diri.

“It’s not about you orang biasa or what. Tapi I sendiri dan jemu dengan perangai you Adhan. I hope, di bulan Ramadhan ni, you dapat berubah dan I doakan yang you akan dapat seorang wanita yang lebih baik dari I. Itupun kalau you ubah perangai you la,” sinis Theera sambil menjeling tajam.

“Baiklah Theera. I will try my best,” kata Adhan lemah.

“Ok. Now we officially dah takde hubungan apa-apa lagi. So, you nampak pintu tu kan? Dipersilakan dengan segala hormatnya, keluar dari rumah I ni,” ujar Theera sedikit angkuh.

Sunday, July 22, 2012

TIADA SEMANIS KURMA: KOTAK KURMA 1



Kotak Kurma 1



Adhan membuka matanya walaupun terasa berat. Selimut di badannya ditarik ke bawah. Perlahan-lahan dia cuba bangun dari tilam empuknya. Dilihat jam di dinding sudah pukul 10.30 pagi. Pantas dia menyambar LG Prada di atas meja. Tiada mesej, tiada panggilan tidak berjawab yang kelihatan di skrin LG Prada miliknya. Nada kecewa berbutir di hatinya. Dengan langkah yang longlai, Adhan mencapai tuala dan keluar dari biliknya. Matanya yang seaakan berat untuk dibuka, bertambah berat lagi dengan masalah yang melanda. Lalu dia membuka peti ais dan menuang susu rendah lemak ke dalam gelas. Lalu disuakan gelas tersebut rapat ke bibirnya.

“Wei Adhan, kau tu dah besar panjang pun tak tahu nak puasa ke? Nak kata kau period, kau lelaki. Nak kau kata kau uzur, badan berketak-ketak!” jerkah Firmy. Hampir terlepas gelas dari genggaman Adhan. Terkejut dengan reaksi Firmy.

“Ya Allah, aku terlupa la Fir. Hari ni 1 Ramadhan kan? Nasib baiklah kau ingatkan, kalau tak tadi dah rezeki aku nak jamah susu ni,”

Thursday, July 19, 2012

NANTIKAN CERPEN BERSIRI TERBARU: TIADA SEMANIS KURMA!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....




1 Ramadhan | Sabtu


hanya di falihinjasmy.blogspot.com

ShareThis