"MY STORY, MY HISTORY"
Bermulanya semester 8, semester terakhir dalam pengajian aku. Memang berdebar sebab semester akhir ni pressure dia lain macam. Kadang-kadang kau confident dengan apa yang kau nak buat dan kadang-kadang dengan tiba-tiba kau rasa confius. Betul ke aku buat macam ni? betul ke aku buat macam tu? Nak ikut cakap lecturer yang ni ke, nak ikut cakap lecturer yang tu ke... ke nak buat keras je. So, semester akhir ni memang kene percaya dengan diri sendiri dan kene consider semua yang berada di sekeliling kita.
Semester akhir, ade 4 subjek. Independent Design Studio (independent la sangat kan~~~), Topical Study a.k.a Thesis (couple aku sepanjang semester akhir....), Tender Documentation (belajar QS punye kerja...) dan Prosessional Practice a.k.a kelas santai di waktu malam. Sebab ape santai? Sebab lecturer dia pun santai dan cool je :). Untuk Independent studio, kene proposed project sendiri, cari site sendiri, cari pasal sendiri... senang cerita, semuanya sendiri. Topik studio pun related dengan thesis yang bakal dihasilkan. So, berkelana lah aku dari Shah Alam ke Muar (balik kg) and then pergi site di Johor Bahru bersama kedua orang tua ku, yang sentiasa ada untuk menyokong aku walau apa jua keadaan :)
Siang dan malam jalan mencari pasal bersama orang Johor Bahru. Topik aku adalah 'Public Art'... if korang nak tahu public art tu ape, boleh lah pergi google sendiri, sebab if aku nak cerita, memang panjang lagi lah entry ni.
Selepas buat inventory, banyak lah stage yang perlu dilalui...So, aku buat ikut flow. Bila crit dengan lecturer, crit lah apa yang diperlukan. Bukan sembang-sembang kosong. Tapi, aku pun tidaklah jumpa kecturer selalu. Aku buat kerja sampai siap. Stage by stage, dari inventory sampailah ke mock-up presentation. Dan biasalah, manusia bukan sempurna. Aku manusia (tapi kawan2 aku cakap aku alien -___-) dan lecturer aku pun manusia. Mesti ada yang kene betulkan. Tapi, tengok jugak keadaan, if kau rasa yang kau buat tu betul, kene lah pertahankan dan bagi sebab. At least lecturer tahu yang kita buat ni bersebab. Bila aku bosan duk mengadap semua kerja, aku online FB, masuk contest yang mana boleh masuk. Sambil menyelam minum air, untung sambut timbul, untung batu tengelam. Dalam kesibukan semester akhir... sempatlah jugak attend Malam Pra Graduan.
Dan di malam tu, aku dapat anugerah pelakon lelaki paling popular mengalahkan saingan terdekat Aaron Aziz dan Beto kusyairi *mintak lempang* . Bagitahu emak dengan ayah, dorang pun tumpang gembira :)
Pejam celik pejam celik...akhirnya tiba hari yang dinanti.... final presentation. Masa tu aku rasa macam ade taman rama-rama dalam perut aku. Maklumlah, perut pun boleh tahan kan saiznya...hahaha..... So, prepare ape yang patut dan aku nak buat something yang memorable dekat presentation area aku. Maka, terjadilah jaluran merah 'Public Art' yang membolehkan kawan-kawan aku, lecturer, dan orang yang datang ke galeri untuk meluahkan ekpresi seni mereka.
Masa hari presentation tu... ade jugak dugaan.... baju yang aku beli untuk presentation tak muat. Entahlah, tak tahu kenapa tak muat. -___- . So, dengan pantas aku menggosok baju melayu teluk belanga polka dot raya yang lepas (baju rasmi negeri Johor). Maka, hensemlah aku berbaju melayu di hari presentation.
Aku present hari first, giliran kedua. Tuhu tak giliran tu lecturer bagi tahu bila? Lepas subuh dekat Facebook group studio kita orang pada hari presentation. Tapi, aku memang dah siap-siap dah slide presentation. So, kurang cuak sikit. Mase present, ade former presiden ILAM, ade owner firm landscape, dan ade lecturer UIA sebagai panel jemputan. Komen yang diterima, ade yang baik dan ada yang perlu diperbaiki. Biasalah, manusia.....susah nak puaskan hati semua orang :)
Dan, hari-hari berikutnya kawan-kawan aku pulak yang present....adelah dalam 4 hari. Maklumlah, kami ramai.... 70 lebih semuanya.... Dan bila dah settle presentation, maka mengadaplah pulak thesis yang masih berbaki... dan pejam celik pejam celik.... dan akhirnya terhasillah buku pertama aku yang takde di pasaran. Orang suruh buat cover hijau, aku buat cover merah ang ang.... :P Terima kasih pada SV aku yang memang the best in the world lah, tak lain tak bukan, en. Haris.
Selama di semester akhir ni, memang kene kuat. Dugaan banyak. Cakap-cakap orang pun banyak. So, hadap je lah selagi boleh hadap. If korang rase nak putus asa, cuba korang ingat balik jasa mak dan ayah. Pasti korang ade semangat balik nak habiskan apa yang korang dah mulakan. Hidup ni banyak dugaan, tak kira lah dugaan dalam bentuk macam mana. Lain orang, lain dugaannya.
Akhirnya.....pukul 1.30 pagi tadi, sambil laptop di atas dada...aku bukak email....
Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi di atas rezeki yang
dikurnia... saya hadiahkan kejayaan ini ...anugerah naib cancelor (ANC) buat en.ayah, Jasmi Ab Rahman dan
pn.emak, Manisah Jaib serta ahli keluarga tercinta. Terima kasih di atas
segala-galanya.
Infiniti terima kasih buat para pensyarah yang berdedikasi, di
atas perkongsian ilmu dan pengalaman yg sangat bererti. Semoga Allah merahmati
kalian.
Buat sahabat seperjuangan, terima kasih di atas segala
bentuk pertolongan, perkongsian suka dan duka selama kita berkenalan. Semoga
persahabatan kita akan berkekalan selamanya. Walau apa jua destinasinya nanti,
pastikan ia diredhai Ilahi.
Buat semua, terima kasih di atas sokongan dan semangat yg
diberi. Hanya Allah dapat membalas budi kalian.
Now, I'm officially done my Bachelor of Landscape Architecture (HONS)! Konvo insyaAllah bulan 5... harap-harap dapatlah jambangan bunga mahupun teddy bear dari secret admire :)
Credit: Semua gambar adalah dari Instagram aku, apalah kiranya jika sudi follow Instagram aku. Search : Fljasmy. Pasti korang akan terliur melihat Instagram aku :)
p/s: sentiasa berdoa, usaha, ikhtiar dan tawakal ....
10 comments:
taniah falihin!!!!!! :)
@Siti Aisyah Bt Azhartq echahhhh :)
interesting la!!
btw.. congratz!
Aku pun nak belajar bebetol n dapat ANC! Yeah!
Alhamdulillah. Congratulation dear frnd. Indeed the destination we are heading is the same, but the path we are walking through slightly have differences. Allah bless you. Ameen
@Razil Tahirtq razil... insyaAllah... niatkan kerana Allah, mesti akan termakbul :)
@Fahyim Abdultq fahim... congrats to you too... really proud of you and the decision that you had made. Wish you all the best in whatever you do.
TAHNIAHHHH!!! Alahai gembiranya dapat ANC tu.
p/s : Tak dapat kejar anc sbb first sem dah tak dekan tapi nak kejar utk deg first class. Doakan :)
giteww~~~ .. ANC ANC ANC ANC ANC ...
akak tumpang bangga .. seronok.. dgn falihin.. one sweet day akak teringin nak jumpa falihin.. ajar akak masak yg sedap2 tue..nanti tlg dukung anak akak ok..kalau nak kawin bagitau kay..hikhik...
So, plan lepas ni nak watpe? Further study ke atau keje?
Post a Comment