Pages

V.I.P BLOG KU

Showing posts with label landscape architecture. Show all posts
Showing posts with label landscape architecture. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

ALHAMDULILLAH..SELESAI INSTIADAT KONVOKESYEN UITM KE-78 !

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....




"ALHAMDULILLAH, SYUKUR YA ALLAH!"



Sabtu lepas, dengan rasminya aku telah menggenggam Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap dengan kepujian dan lebih manis lagi, kejayaan ini dilengkapkan lagi dengan Anugerah Naib Canselor (ANC). Alhamdulillah :)


Kejayaan ini ditujukan khas buat en. ayah, SM Jasmi Ab Rahman dan pn. emak, Manisah Jaib. Terima kasih atas segala-galanya. Semoga Allah memberkati emak dan ayah selalu. Amin.







Inilah wajah yang menjadi tulang belakang, sentiasa memberikan kekuatan dan semangat serta inpirasi aku untuk berjaya :)


Thursday, February 28, 2013

FINAL PRESENTATION BOARD FOR SEMESTER 08 LANDSCAPE ARCHITECTURE!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....



"FUNCTIONAL PUBLIC ART ENHANCING THE IMAGE OF JOHOR BAHRU CITY CENTRE"



Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah pengajian aku di Uitm Shah Alam dalam Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap dengan kepujian.... Alhamdulillah... dapat ANC :) Dan orang yang paling happy sekali adalah parents aku :D 


So, di entry kali ni, aku nak share presentation board aku yang tak seberapa ni. FYI, board ni semua adalah sebahangian daripada keperluan design studio. Dan tajuk design aku sama dengan tajuk thesis aku: "FUNCTIONAL PUBLIC ART ENHANCING THE IMAGE OF JOHOR BAHRU CITY CENTRE". So, pada junior ku sekalian, hope board ni dapat dijadikan rujukan... yang baik dijadikan tauladan, yang kurang baik dijadikan sempadan. Pesan aku, jadilah diri sendiri, dan yakinlah pada apa yang kita nak buat. Kita manusia, tiada siapa yang sempurna. So, janganlah sesekali melakukan plagiat. hiks :P



Klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih terang jelas dan nyata :)







Saturday, February 16, 2013

ALHAMDULILLAH...ANC!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...



"MY STORY, MY HISTORY"



Bermulanya semester 8, semester terakhir dalam pengajian aku. Memang berdebar sebab semester akhir ni pressure dia lain macam. Kadang-kadang kau confident dengan apa yang kau nak buat dan kadang-kadang dengan tiba-tiba kau rasa confius. Betul ke aku buat macam ni? betul ke aku buat macam tu? Nak ikut cakap lecturer yang ni ke, nak ikut cakap lecturer yang tu ke... ke nak buat keras je. So, semester akhir ni memang kene percaya dengan diri sendiri dan kene consider semua yang berada di sekeliling kita.





Semester akhir, ade 4 subjek. Independent Design Studio (independent la sangat kan~~~), Topical Study a.k.a Thesis (couple aku sepanjang semester akhir....), Tender Documentation (belajar QS punye kerja...) dan Prosessional Practice a.k.a kelas santai di waktu malam. Sebab ape santai? Sebab lecturer dia pun santai dan cool je :). Untuk Independent studio, kene proposed project sendiri, cari site sendiri, cari pasal sendiri... senang cerita, semuanya sendiri. Topik studio pun related dengan thesis yang bakal dihasilkan. So, berkelana lah aku dari Shah Alam ke Muar (balik kg) and then pergi site di Johor Bahru bersama kedua orang tua ku, yang sentiasa ada untuk menyokong aku walau apa jua keadaan :)


Monday, January 21, 2013

KALENDER 2013 a.k.a BROCHURE COMPANY AKU!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...


"MASA UNTUK BER-BLOG-GING SUDAH KEMBALI!"



Yeay! Akhirnya.... dapat juga update blog. Rindu tak? Rindu tak? Tak rindu takde pe... hahaha... Ok, thanks to all of you yang mendoakan yang terbaik untuk final year aku dalam Bachelor of Landscape Architecture. Alhamdulillah... semuanya sudah selesai... tinggal tunggu thesis untuk dipulangkan dari first reader dan di-hard-cover-kan... So, sekarang dah mulalah nak menanam anggur dengan jayanya... nak kerja memang takde mood. Nak berangan cuti sem je lahhhh..... hahaha



Ok, ni salah satu course work aku untuk subjek Professional Practice. Yang untuk studio, aku cerita dalam entry yang lain ye. Ok, untuk course work ni, aku kene buat company profile and brochure untuk company aku. So, dah belajar ye landscape, company pun landscape lah.... Aku buat special sikit... maklumlah... nak jugak buat lain dari yang lain... puas fikir... aku buat brochhure company aku sekali dengan kalender 2013... So, lecturer aku tu nanti boleh lah gune... kire ade function jugaklah kerja yang aku buat ni... :)



Ni lah hasilnya... macam kalender tak?



Friday, December 14, 2012

ANUGERAH!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"ALHAMDULILLAH"


*Muka tak menahan... rasa nak lempang*


Sunday, June 17, 2012

CANTIKNYA FUJI GARDENS...KALAULAH ADA DI MALAYSIA...

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...


"KALAU ADA DI MALAYSIA, CONFIRM SEMUA NAK BUAT GARDEN WEDDING DEKAT SINI!"


Cuba korang tengok gambar ni:





Betul tak apa yang aku cakap? Cantikkan/ Subhanallah...indahnya ciptaan Allah.... Gambar tersebut merupakan pemandangan yang boleh di dapati di Fuji Garden, sebuah taman botani yang bewarna-warni. Korang mesti pernah nampak bunga-bunga yang menjurai jatuh ke bawah ni kat kebanyakkan wedding kan? Tapi yang ni memang real version punya... bukan fake flowers! Kalau ada rezeki, diharapkan dapatlah menjejakkan kaki di Fuji Garden, Jepun ini.


Jom menikmati keindahan Fuji Gardens dengan gambar-gambar di bawah:


Wednesday, April 18, 2012

PHOTO MANIPULATION TECHNIQUE!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia...


"PHOTO MANIPULATION; MANIPULATE THE PHOTOS"


Korang pernah dengan Photo Manipulation? Ok, Photo Manipulation ni merupakan salah satu teknik meng-edit beberapa gambar dan disatukan untuk menggambarkan sesuatu yang kita mahu. Untuk lebih jelas, berikut merupakan definisi photo manipulation yang dipetik dari Wikipedia:


Photo manipulation is the application of image editing techniques to photographs in order to create an illusion or deception (in contrast to mere enhancement or correction), through analog or digital means.


Ok, ni adalah hasil photo manipulation yang aku buat...ini merupakan salah satu teknik yang boleh digunakan untuk menggambarkan apa yang kita fikirkan. Concept untuk photo manipulation di bawah adalah Agro Theme Park.



Monday, April 16, 2012

INI REALITI, BUKAN FANTASI!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"SESUNGGUHNYA, ALLAH S.W.T ADALAH PENCIPTA YANG TERHEBAT DAN TIADA TANDINGANNYA"








Apa perkataan pertama yang keluar dari mulut korang bila tengok gambar ni? Subahanallah...cantiknya....kan? Ok, gambar tersebut bukanlah hasil edit-an mana-mana software, tapi ianya adalah gambar asli yang ditangkap di Hutan Buluh Sagano Buluh yang terletak di Barat Laut, Kyoto Basin, Jepun, yang meliputi kawasan seluas 16 km persegi. 

Saturday, April 14, 2012

BETTER LANDSCAPE, BETTER LIFE: STARHILL GALLERY, JALAN BUKIT BINTANG!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"BETTER LANDSCAPE FOR A BETTER LIFE"


Ok, ni merupakan salah satu segmen baru dalam blog ni. Memandangkan aku tak selapang dulu dari segi masa untuk mengupdate... tapi aku gagahkan juga. Hope korang dapat sokong segmen ini dan memberikan komen yang bernas pada setiap idea yang aku ketengahkan...Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberikan manfaat buat semua dan bukanlah untuk menunjuk siapa hebat atau sebaliknya. Jika ada yang berfikiran sedemikian, terpulanglah. Jika mahu menjadi penonton sahaja, aku tak kisah. Tapi jangan membuat andaian yang bukan-bukan. 



Untuk site pertama, aku telah memilih kawasan Starhill Gallery. Dulu kawasan Starhill Gallery ini pernah menjadi salah satu site final project aku masa diploma. Korang boleh refer sini. Sekarang, bangunan Starhill Gallery ini telah diberikan nafas baru dari segi senibinanya yang lebih moden seperti gambar di bawah:



courtesy of Google


Ok, ini adalah versi "Better Landscape, Better Life". Harap korang semua dapat memberikan sedikit pandangan mengenai apa yang aku cadangkan ini.

Sunday, January 15, 2012

FINAL PROJECT SEMESTER 06: CADANGAN PEMULIHARAAN LANDSKAP BUDAYA DI KAMPUNG TABOH NANING, ALOR GAJAH, MELAKA!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....


"TIADA YANG LEBIH BAHAGIA BILA HARI-HARI MENDATANG TIDAK LAGI SESIBUK MENYIAPKAN KERJA BERTIMBUN"




Yeay! Alhamdulillah, finally its over! Habis sudah semester 06 aku dengan pembentangan final project Cultural Landscape Study yang berlangsung semalam...lepas ni boleh buat rutin sebagai manusia normal....Ok, malas cakap banyak, aku nak share design aku ni, CADANGAN PEMULIHARAAN LANDSKAP BUDAYA DI KAMPUNG TABOH NANNING, ALOR GAJAH, MELAKA....ade 4 board je...sustainable....ngeh....meet the needs...kan...



Cadangan ini adalah bertujuan menonjolkan warisan budaya Kampung Taboh Naning melalui pemeliharaan kawasan arkeologi dan pemuliharaan dan pembinaan semula struktur yang mempunyai signifikasi dan identiti tersendiri dalam memperkenalkan budaya masyarakat melayu kepada masyarakat lain. Kampung Taboh Naning untuk pengetahuan korang adalah tempat di mana Makam Dato' Dol Said ditempatkan dan berhampiran dengan exit tol Simpang Ampat.



Board kali ni aku guna mix media...Adobe Photoshop, Graphic Pen dengan Luna color pencil....aku tunjuk before print dengan after print ok...



Before

After:



Sunday, December 18, 2011

KEPUTUSAN TELAH DIBUAT, AKU AKAN TUKAR KOS!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....



"Falihin akan tukar kos! Dari Senibina Landskap ke Senireka Fesyen!"




Ya, setelah difikir masak-masak, aku telah membuat keputusan. Aku hanya mampu meracang, Allah yang tentukan...



MMM.....propa propa...dah, stop. Ok, aku masih lagi student Landscape Architecture kat Uitm Shah Alam... jangan risau ye semua...aku tahu semua sekarang ni duk pulun buat final project, buat report mahupun buat thesis....thesis ada 5 bab, 2 bab buat hampir 1 sem, manakala 3 lagi bab buat masa minggu final....tak gitu korang yang buat thesis kan? kan? kan? Normal lah tu...alien lain....



Ok, bercakap mengenai fashion designer, aku kagum dengan dorang ni...idea mencurah-curah..(iye ke?) Cube tanya Sandra...die salah sorang yang aku kagum...Made in Uitm jugak :D 



Hari Sabtu minggu lepas, bukan tadi ye...Department aku ade anjur satu contest mencanting batik bertemakan Jalinan Alam....so, aku pun apetah lagi, join la.... saje nak cube try test....mane lah tahu kan....so, satu batch wakil 7 orang....sorang princess ni bangun lambat....untuk kecantikkan katanya...nevermind, better late than never...kan Keloi???? (siape Keloi ni? ikan kaloi kah??)



sedang brainstrom....

Thursday, October 13, 2011

ANUGERAH DEKAN, ANUGERAH ILAHI !




Assalamualaikum readers and a very good day.....alhamdulillah syukur nikmat....




The Appreciation

The Faces

Tuesday, October 11, 2011

BROCHURE DESIGN FOR BACHELOR IN LANDSCAPE ARCHITECTURE (HONS) YANG CANTIK !





Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....tajuk tak boleh belah kan.... BROCHURE DESIGN FOR BACHELOR IN LANDSCAPE ARCHITECTURE (HONS) YANG CANTIK ! 2 perkataan terakhir tu sila abaikan ye...saje2 nak masuk bakul angkat sendiri...boleh? Hahahahaha.....


Actually, ni salah satu assignment aku untuk salah satu subject yang aku ambil sem ni....aku buat guna adobe photoshop CS3 portable je...concept? Ala-ala recycle la kot....Jom cuci mate dengan brochure aku yang tak seberape ni...mane tahu boleh jadi inspirasi kad kahwin korang ke...ye dak???





Sunday, September 25, 2011

(VIDEO) PRINCIPLE 8: CELEBRATE LIGHT, RESPECT DARKNESS !




Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....kali ni nak share video hasil kerja group aku untuk subject Environment & Sustainable Landscape Construction pulak....video ni adalah salah satu assignment dan kami telah selamat mem-present-kan video ni Jumaat yang lepas! Fisrt Group tuh....peluh-peluh ha...Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar :)


Kami telah mengambil masal lebih kurang 3 hari untuk menyiapkan video ini yang menggunakan teknik stop motion dan lecturer pun kagum dengan hasil usaha kami....siap cakap...selama saya mengajar subjek ni, tak pernah saya tengok video yang macam ni dihasilkan student....syukur alhamdulillah....terima kasih lecturers, Pn. Masbiha dan Cik Marina...dan tak lupa juga pada group members, Anep, Raja, Hanis, Naf dan Shireen...terima kasih di atas kerjasama korang!







Jom kita layan video ni:

ShareThis