Pages

V.I.P BLOG KU

Friday, May 10, 2013

KERABU HASHBROWN GWIYOMI !

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...




"PERNAH MAKAN HASHBROWN?"


Ok, mesti semua pernah makan hashbrown at least once in your life right? Tapi pernah tak anda terfikir untuk melakukan inovasi terhadap hashbrown yang biasanya di makan ketika sarapan pagi? Apa kata kita ubah selera dan cara menikmati hashbrown. Oleh itu, aku nak kongsi resepi ciptaan aku yang menggunakan salah satu produk keluaran Simplot, iaitu Kerabu Hashbrown Gwiyomi.





So, bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Kerabu Hashbrown Gwiyomi ni adalah seperti berikut:





Bahan-bahan:

Simplot Popcorn Hashbrown 
Leggo's Napoletana Sauce
Dada ayam
1 labu bawang merah yang dihiris nipis
20 gram kepingan badam 
50 gram ikan bilis (digoreng)
20 gram kismis
3 biji cili padi (dihiris nipis)
1 biji tomato yang dipotong dadu
1/2 batang timun yang disagat halus
1/2 batang lobak merah yang disagat halus
Kepingan salad coral hijau dan merah (dipotong kasar)
100 gram Suhun yang telah dicelur dengan air panas
5 sudu besar jus limau kasturi
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
1 sudu besar mentega 
Minyak masak untuk menggoreng




Bahan-bahan dah tahu, so now, cara untuk menyediakan Kerabu Hashbrown Gwiyomi:



Perap dada ayamg dengan Leggo's Napoletana Sauce dan biarkan selama 10 minit.



Panaskan frying pan dan cairkan 1 sudu mentega. Masukkan dada ayam yang telah diperap dan grill sehingga masak.



Dada ayam yang telah siap di-grill diangkat dan disiat untuk dimasukkan ke dalam kerabu.



Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan Simplot Popocorn Hashbrown dan goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan.



Untuk menyediakan kerabu, masukkan hirisan bawang merah, 1 sudu besar minyak zaitun, hirisan cili padi dan suhun ke dalam mangkuk.



Kemudian, masukkan tomato yang dipotong dadu, hirisan timun, hirisan lobak merah dan gaul sehingga sebati.



Masukkan ikan bilis yang telah digoreng, ayam yang telah disiat, kismis dan kepingan badam. Selepas itu, masukkan jus limau kasturi dan gaul sebati. Masukkan gula dan garam secukup rasa.



Masukkan daun salad coral hijau dan merah yang telah dipotong untuk menambahkan khasiat pada sajian dan juga menambah warna sebagai daya penarik.



Dan akhir sekali, masukkan Simplot Popcorn Hashbrown yang telah digoreng tadi dan gaulkan semua bahan sehingga mendapat rasa yang sekata.



Ok, dah siap dah Kerabu Hashbrown Gwiyomi. Senangkan? 



Untuk menghidang dengan cara yang lebih menarik, bolehlah disajikan dengan Telur Dadar Popcorn Hashbrown. Macam mana nak buat? Simple sangat!



Hanya perlukan Simplot Popcorn Hashbrown yang telah digoreng dan sebiji telur, secubit garam dan minyak untuk menggoreng.



Panaskan minyak dan letakkan acuan benjo untuk menghasilkan telur dadar yang lebih comel. Curahkan telur yang telah dipukul bersama secubit garam ke dalam acuan. Letakkan Simplot Popcorn Hashbrown ke dalam acuan dan tunggu sehingga masak. Keluarkan dari acuan dan hidang bersama Kerabu Hashbrown Gwiyomi dan sedikit Leggo's Napoletana Sauce yang telah dipanaskan terlebih dahulu.







Mesti anda tertanya-tanya kenapa nama resepi ni Kerabu Hashbrown Gwiyomi kan? Kalau nak tahu, lepas rasa kerabu ni, anda pasti terdorong untuk melakukan Gwiyomi sebab variasi rasa dan tekstur dalam kerabu ni. Tak percaya? anda cuba try test. 


Ok, selamat mencuba ye semua :)



p/s: you are what you eat. Eat healthily, be healthy!  

9 comments:

ANDAIANNYA said...

tengah lapar ni..kecur air liur

Noor Atikah Ramli said...

nampak cam sedap.heheheh . bila entah nk try buat nie..

asYDhia said...

Pandai masak...kagum saya

asYDhia said...

Pandai masak kagum saya

Unknown said...

Wow! Nak cubaaaaaaa! :) nyummy!
http://bidadarikecilsayang.blogspot.com/

mr.F said...

@MiSs NoRmaLa NorFiqZishhh... lap air liur tu,,,hihihi

mr.F said...

@Noor Atikah Ramlibaru nampak... cube la try buat :)

mr.F said...

@asYDhiaterima kasih.... masakan orang bujang :)

Unknown said...

Wah...specialnya nm....msti sedap...

ShareThis