Pages

V.I.P BLOG KU

Tuesday, December 3, 2013

LG HOME CHEF CHAMPIONSHIP 2013!

Assalammualaikum dan salam 1dunia readers!


"SIAPA TAK NAK PERGI CAPE TOWN UNTUK WAKIL MALAYSIA KAN?"


Hye korang! Lama gila tak update blog. Nak kata busy, kadang-kadang je... tapi mungkin vitamin 'M' terlebih .... So, untuk kali ni, aku nak share pengalaman aku menyertai LG Home Chef Championship 2013. Basically, pertandingan ni dibuka untuk semua rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang kulinari atau lebih ringkas, "Home Cook Chef". Sebelum melayakkan diri ke peringkat akhir, aku telah hantarkan resepi aku terlebih dahulu di laman web LG, dan akhirnya, resepi ciptaan aku terpilih ke TOP 5. Resepi yang aku hantar adalah PERCIK CHICKEN ROULADE WITH ASIAN SALAD, dan di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih buat mereka yang sudi like resepi aku ni :)





Percik Chicken Roulade with Asian Salad... first time try plating rustic macam ni... inspired by one of my idol dalam culinary field, Jamie Oliver :)



Final Cook off antara TOP 5 telah diadakan di Giant USJ, Subang Jaya pada 13 November yang lepas. Aku pergi dengan parents one day before final cook off and this is the first time parents aku temankan untuk cook off. Before this, kawan-kawan aku yang temankan. So, macam ada extra intention untuk buat yang terbaik lah on final cook off. But, kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan segalanya. 



Area final cook off, ada exhibition product LG sekali 




A day before final cook of, pihak LG bagi briefing untuk hari esoknya dan juga demo cara-cara guna microwave oven terbaru dari LG dan kami harus menggunakannya. Untuk sesuaikan dengan benda baru dan canggih, memang ambil masa. Tapi microwave oven ni best sebab boleh jadi microvawe dan juga oven. If guna grill function, benda yang kita grill akan rasa macam grill guna arang :)


Dan hari final cook off pun tiba.....


Semua TOP 5 diberi masa 1 Jam untuk prepping dan 1 Jam untuk masak... masa prepping ni kelam kabut sikit sebab ada barang yang kita dah listkan awal-awal takda. Tapi syabas pihak LG dan Giant sebab berusaha sehabis baik untuk berikan apa yang kami mahukan. 

Actually, banyak benda jadi masa final cook off ni.. first, organizer bagi salah barang. Aku minta limau nipis, dorang bagi limau kasturi. Aku mintak bunga kantan dorang bagi lengkuas. Aku mintak mangga muda, dorang bagi mangga masak. Aku mintak plate putih, dorang bagi plate hijau.... Aku mintak chicken breast, dorang bagi yang dah siap belah dua... so portion jadi kecik, tak boleh buat butterfly. So, susah nak buat roulade. Dah nampak dah tanda-tanda di situ... nak tak nak, aku teruskan jugak...


TOP 5, wakil tunggal wanita...seorang doktor, nampak macam belum kahwin, rupanya sudah beranak 2 :) Then, yang pakai baju putih tu, wakil tunggal Chinese, pelajar culinary dari Penang. Yang baju merah tu, memang banyak kali masuk pertandingan memasak. Yang baju biru tu, assistant lecturer UITM.




Aku rasa dah puas senyum dah... tapi bila photographer snap mesti mulut macam tu.... hahaha...




5 orang juri... 2 dari kiri adalah food blogger. Baju merah wakil LG, Lelaki tu wakil LG juga, tapi dia orang Korea dan yang kanan sekali adalah wakil dari Giant.

Ok, kami semua diberi masa 1 jam untuk masak. After 20 minit, Student culinary tu dah siap masak... perghhh... aku pun kata dalam hati... cepat gila kau masak... then dia pun bagi judges rasa masakan dia. Tapi, ikan dia under cook...  Aku malas nak ambil kesah, aku teruskan. Tapi ade beberapa perkara yang tak diingini berlaku. Chicken breast yang aku dapat kecik, walaupun dah habis penyetkan pun still kecik. Masa nak gulung tu, ade pulak judges tengok, so makin nervous lah aku. Then aku decide untuk buat roulade yang lebih kecik je. Nasib baik Giant bagi extra lagi 2 chicken breast.


Then, 30 minit before masa habis, aku dah masukkan ayam dalam microvawe oven, aku guna oven function. Dengan confident tahap Micheal Ang, aku letak ayam aku atas microwave glass pan. Set masa 20 minit, then aku sambung buat kuah percik. 10 minit kemudian, aku bukak microwave untuk curahkan kuah percik dan sambung balik bakar. 10 minit before masa habis, aku keluarkan ayam dan aku frust gila sebab bahagian bawah ayam gulung aku tak masak... aku panik habis masa tu. Then aku potong, bahagian dalam pun ade partly yang slightly under cook.. aku makin panik... aku nak masukkan balik dalam microwave, tapi panik punya pasal, tak boleh nak set button...


Aku pun pasrah je lah... padahal boleh je nak masak balik atas dapur.. tapi masa tu panik sampai aku tak boleh fikir. Then aku hiris ayam tu, cari bahagian mana yang masak... dan ade juga yang masak, tapi bahagian tepi... bila bahagian tepi, tak berapa nak nampak la gulungan dan isi yang aku sumbat tu... aku pun pasrah je... aku curah terus kuah atas ayam sebab nak cover ayam tu... masa tu hati aku dah hancur dah... takde dah nak fikir plating cantik-cantik, nak plating rustic ala jamie...dengan mangga yang dah masak...dah nampak dah masa depan macam mana.... hahahaa....



Sila abaikan plating hati hancur ini... aku tengok pinggan pun dah macam pinggan kantin -_-



Komen dari juri, dorang memang suka idea fushion aku, gabungan ayam percik dan asian salad (mangga+mint+bunga kantan+kuaci+lime). Kuah percik sedap dan dorang suka asian salad tu dan orang Korea tu pun suka... cuma 3 dari 5 juri dapat ayam yang ade portion slightly under cook... So, aku dah tahu dahhh... kalau Masterchef confirm tersingkir... macam Kencana Dewi yang tersingkir sebab nasi tak masak -_- So, bye2 Cape Town :( Aku admit, kesilapan terbesar aku bila panggang ayam tu guna glass pan yang untuk microwave... sepatutnya guna baking plate sebab aku guna oven function -_-


Assistant Lecturer Uitm menang....dia pun masak ayam gulung... tapi dengan kuah asam jawa...dia memang layak memang. Now, dia dah ada kat Cape Town pun untuk wakil Malaysia lawan 15 wakil dari negara lain... 5 days trip tu... hope kau menang bro! :)


Tapi yang penting, pengalaman tu yang berharga (cehhh ayat nak sedapkan hati) ...dan TOP 5 dapat LG Microwave Oven yang bernilai RM2k :) Kalau ada lagi tahun depan, aku akan try masuk dengan hidangan pembalasan :P




Nak resepi Percik Chicken Roulade with Asian Salad? Nanti aku update dalam entry lain ye... siap step-by-step punya gambar lagi :)



credit pic to : LG

p/s: never ever give up :)

3 comments:

Cik Lily Putih said...

tak per, lain kali datang lagi peluang cam tuh.. anyway congrats tau.

mr.F said...

@CikLily Putihthanks kak lily :)

Anonymous said...

good luck for the next falihin! its

ShareThis