Pages

V.I.P BLOG KU

Showing posts with label floria 2011. Show all posts
Showing posts with label floria 2011. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

MENANG DI PERTANDINGAN LUKISAN CAT AIR, FLORIA 2011 !




As salam readers dan salam 1dunia...So, korang pun tahu kot...aku masuk Floria 2011 kat Putrajaya sampai sunburn tapi kalah. So, bile dah kalah, aku malas nak upload la gambar-gambar Floria tu...ade aura negative...So, dari aku cerite yang x best, baik aku cerite yang best-best je.... :)


Selepas 2 hari Floria 2011 dibuka kepada umum, ade pertandingan melukis menggunakan cat air atau name glamer die, water color...ok, ade 2 kategori, Kategori A, dari umur 21 tahun ke atas sampai tiada had umur. So, expert-expert yg kat pasar seni tu memang lah boleh join...So, memang mencabar...lagi satu kategori B, bawah 21 tahun...So, aku masuklah kategori A dengan yuran RM50. Kalau tak menang memang aku membazir, getus hati kecilku.


So, aku pun masuklah, bayar RM50, dpt drawing paper selai, kipas sekeping dan gelang tangan getah satu...(oh ini gile membazir kalau aku tak menang)...Tapi, takpe, aku cabar diri aku sendiri...tapi kan, memang aku tak sempat nak berlatih lukis bunga Ros sebab malam sebelumnya aku sibuk pumpang pumpang kat Malam Gala SimplySiti...padan muke aku...dan tema untuk pertandingan ni adelah: KECERIAAN DI FLORIA PUTRAJAYA, mengutamakan bunga mawar sebagai subjek utama.

Kau tengok muncung aku tu, boleh buat ampai kau tahu! Ni masih blur nak lukis ape...main lukis je lah....

Monday, June 27, 2011

FLORIA 2011, PUTRAJAYA : ROSES ARE FOREVER



As salam readers..."cantik" kan poster Floria tahun ni yang bertemakan ROSES ARE FOREVER...aku pun tak tahu kenape ros menjadi pilihan sebagai bunga rasmii Floria tahun ni sedangkan Malaysia ni merupakan salah satu kawasan tanah yang panas kan...Adekah kerana isteri PM bernama Datin ROSmah Mansor???..emm emmm emmmmmmm.....


Tapi aku cakap siang-siang, poster tu bukan aku yang buat...orang Putrajaya lah yang buat...Korang tahu ke Floria ni ape? Floria ni adelah festival bunga dan taman peringkat kebangsaan yang melibatkan banyak pihak termasuklah peserta dari seberang laut...dan tahun ni, aku diberi peluang untuk merasmikan Floria 2011...eceh ceh ceh... berangan lebih pulak....sebenarnya, aku diberi peluang untuk mewakili Uitm Shah Alam untuk salah satu pertandingan antara IPTA/IPTS...nak tahu design ktorg macam mane? Kene tunggguuuu.....

ShareThis