Pages

V.I.P BLOG KU

Monday, June 14, 2010

...hari 10


Hari sepuluh…
Jalan raya mulai basah disimbahi hujan. Perodua Viva putih menyelusuri denai. Perempuan berjubah hitam keluar dan mengambil beg plastic hitam di seat belakang dan membawanya ke arah sungai. Matanya meliar, memastikan tiada orang di sekeliling. Langkah diatur pantas membelah semak. Dengan segala kudrat yang dikandung badan, dilontarkan plastik hitam itu ke dalam sungai yang mengalir deras. Hatinya kini lega. Segala bahan bukti telah dihapuskan. Terasa dirinya paling berkuasa.
*************************************************************************************
Suasana tegang dapat dirasakan dalam wad Berlian 2. Datuk Ismail dan Datin Ruby memandang muka anaknya dengan seribu pertanyaan. Begitu juga dengan Wazi. Cinta yang masih duduk di kerusi terus bangun memberi laluan untuk Datin Ruby duduk.
“Betul ka apa yang mak dengar ni Iman? Hang jangan dok main-main. Hang habaq kat mak betul-betul,” ujar Datin Ruby, inginkan kepastian. Hatinya mulai resah. Datuk Ismail, Wazi dan Cinta berdiri diam, menanti jawapan yang keluar dari mulut Mikael Iman.
“Iman dah tahu pasal penyakit ni sejak awal tahun mak. Iman mula rasa sakit dekat ulu hati. Makin sakit bila Iman buat kerja berat. Bile Iman buat check up, doctor sahkan Iman ade kanser hati. Itu yang Iman selalu ambil cuti,”
“Bukan kau selalu ambil cuti sebab kau ade date ke Mika?” soal Wazi.
“Aku terpakse berlakon depan kau Wazi. Aku sengaja je buat cerita. Aku sebenarnya pergi menenangkan diri aku. Maafkan aku Wazi,” mata Mika mula berair. Rahsia yang selama ini disimpan rapi, kini terpaksa didedahkan.
“It’s ok bro. Asal kau gembira, aku pun turut gembira bro,” ujar Wazi. Datin Ruby yang mula menitiskan air mata, ditenangkan oleh Datuk Ismail.
“Kenape hang rahsiakan dari mak dengan ayah? Mak dengan ayah ni tak penting lagi ka pada Iman ha?” soal Datin Ruby sambil mengesat air mata yang mula mengalir. Hiba.
“Mak jangan cakap macam tu. Iman just tak nak susahkan mak dan ayah. Tak nak mak dengan ayah risau pasal Iman. Biarlah Iman sorang je yang tanggung semua ni,” sebak nada Mika.
“Iman sepatutnya bagi tahu dekat ayah dan emak. Mana tahu kami boleh tolong. Iman anak ayah. Ayah sanggup buat apa-apa je untuk Iman,” Datuk Ismail mula bersuara.
“Doktor kata Iman penyakit Iman dah kritikal. Susah nak selamatkan lagi,” akhirnya air mata Mika mula mengalir. Datin Ruby pula semakin kuat esakkannya. Cinta yang berdiam diri sejak dari tadi tidak dapat menahan hiba. Dia pantas mencapai beg tangannya lalu keluar dari bilik itu. Wazi cuba mengekori Cinta.
“Iman nak mati mak…” nada Mika tersekat-sekat. Cuba menahan sebak di dada. Datin Ruby pantas memeluk Iman seeratnya. Dikucup pipi anaknya itu.
“Iman tak kan mati nak. Iman tak kan mati…” semakin erat pelukan dua beranak itu. Datuk Ismail yang dari tadi cuba menahan sebak, akhirnya tewas juga. Air mata lelakinya kini mengalir tanpa disedarinya. Suasana sedih, pilu dan hiba menguasai wad Berlian 2. Hujan diluar semakin lebat, seakan simpati ke atas apa yang berlaku.
*************************************************************************************
“Sabar ya Cinta. Ini semua dugaan Allah,” pujuk Wazi.
“I sedih sangat you. I ingat bila dia dah mula ingat dekat I, I akan bahagia. Tapi…” Wazi terus meletakkan jari telunjuknya di mulut Cinta. Tidak mahu Cinta meneruskan kata-katanya. Tidak mahu Cinta kesal dengan takdir.
“Kita kene redha dengan Qada’ dan Qadar Cinta. Semuanya sudah tertulis. Now, you jangan bersedih lagi. Kalau kita sedih, Mika akan lebih sedih Cinta. Kita kene buat Mika gembira dan bahagia melalui hari-hari terakhirnya Cinta,” pujuk Wazi menenangkan Cinta.
“I tak mampu Wazi. I tak mahu kehilangan die. I sayang kan die…” semakin laju mengalir air jernih dari mata Cinta.
“Kalau you sayang die, you tak boleh tunjukkan kesedihan you depan die. You kene kuat Cinta. Tunjukkan sekuat mana cinta you pada die,” Wazi cuba memberi semangat pada Cinta. Walaupun dia tahu yang hatinya juga tidak mampu menerima kehilangan Mika suatu hari nanti.
*************************************************************************************
Cinta mengetuk pintu dan memberi salam. Pintu rumahnya dibuka perlahan.
“Hai Ara, yang kamu berjubah segale tengah hari buta ni kenapa? Baru balik dari ziarah orang meninggal ke?” laju sahaja mulut Pn. Lisa menutur kata sebaik sahaja Cinta melangkah masuk.
“Err, takde lah mama. Ara saje je pakai jubah ni. Kan jubah ni papa belikan masa papa pergi Dubai tahun lepas. Dari terbiar dalam almari, tu yang Ara pakai,” jelas Cinta.
“Suka hati kamu la Ara. Sesi theraphy kamu dah habis ke?” soal Pn. Lisa.
“Dah,” balas Cinta ringkas. Cinta melangkah pantas menuju ke biliknya. Cuba melarikan diri dari pertanyaan mamanya.
“Kenapa tangan kau berdarah ni Ara?” Cinta mula panik. Macam mane pulak ade darah dekat tangannya?.
“Eh, luka sikit je ni mama. Nanti Ara bersihkan,” ujar Cinta gugup. Laju dia melangkah masuk ke biliknya. Pn. Lisa merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya.
*************************************************************************************
“Sekarang semua dah tahu keadaan Iman yang sebenarnya kan? Maafkan saya Datuk, Datin. Bukan niat saya mahu merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Datuk dan Datin. Tapi ini semua permintaan Iman. Maafkan saya sekali lagi,” nada bersalah jelas kedengaran dari suara Dr. Jufrey.
“Tak mengapalah doktor, semunya dah berlaku. Let gone be by gone. One more thing, boleh tak kami bawak Iman balik doktor? Kami akan pastikan Iman selamat di bawah jagaan kami. Kami mahu membahagiakan hari-hari terakhirnya doktor,” pinta Datuk Ismail. Datin Ruby yang duduk di sebelahnya hanya berdiam diri.
“Saya kena buat pemeriksaan dulu terhadap Iman. Insya Allah kalau semua ok, Iman boleh keluar esok,” ujar Dr. Jufrey. Memberi harapan kepada kepada Datuk Ismail dan Datin Ruby.
“Iman takde harapan lagi untuk hidup ke doktor?” Datin Ruby mula bersuara. Inginkan kepastian.
“Susah saya nak jawab soalan tu Datin. Tahap kanser hati Iman semakin kritikal. Until this time, kami tengah berusaha mencari penderma hati yang sesuai. Datuk dan Datin banyak- banyakkanlah berdoa semoga semuanya dipermudahkan,” jelas Dr. Jufrey.
“Baik lah doktor, kalau ada-ada apa. Just call me ok. I need to go to office. Thank you vry much,” salam dihulur Datuk Ismail disambut mesra Dr. Jufrey.
*************************************************************************************
Cahaya samar-samar menyelubungi bilik sempit itu. Hanya di terangi oleh sebiji mentol. Kelihatan Rafe yang hanya berseluar pendek tanpa memakai baju duduk di atas kerusi kayu. Peluh mula mengalir deras keluar dari tubuh Rafe. Dia hanya tertunduk membisu seribu kata. Kehangatan mula terasa. Soalan bertalu dari Inspektor Helmi dan Inspektor Faraziela benar-benar membuatkan dia bertambah cuak.
“Betul ke kau yang langgar Mikael Iman pada 23 mei 2010? Enam hari yang lalu di parking Jusco Tebrau City?” soal Inspektor Helmi. Suara garaunya benar- benar membuat Rafe semakin gementar.
“Tidak tuan. Saya tak langgar Mika,” nada Rafe tersekat-sekat.
“Kau kat mana ketika kejadiaan?” giliran Inspektor Faraziela mengajukan soalan.
“Saya tengah kerja Puan. Dekat Topman Jusco Tebrau City,”
“Kau tahu tak kereta yang langgar Mika adalah kereta Proton Saga Merah, milik kau?” terkejut Rafe mendengar kata-kata Inspektor Faraziela.
“Tak tahu Puan. Lagipun saya tak guna kereta saya pada hari itu. Kawan saye pinjam,” jelas Rafe.
“Siapa kawan awak?”
“Zaquan Hairi,”
“Kau nak tuduh orang yang dah mati pulak ke ha? Tengking Inspektor Helmi. Berderau darah Rafe.
“Ape maksud Tuan? Betul Tuan. Saye tak tipu. Hari tu die pinjam kereta saye sebab kereta die masuk bengkel,”
“Oh kau cube mengelak tuduhan la ni. Kau tahu tak orang yang kau kate tu dah takde? Mati!” tegas suara Inspektor Faraziela sambil menghentak tangannya ke meja.
“Huh? Mati?”
“Ye, mati. Kawan kau tu dah mati dekat Senai Airport pagi tadi. Siasatan sedang dijalankan. Mungkin kau pun salah seorang suspek pembunuh die!” jerkah Inspektor Helmi. Muka Rafe semakin berkerut. Peluh bagai tidak mahu berhenti keluar. Jantungnya semakin berdegup kencang.
“Tapi Tuan, saye tak buat semua tu,” jelas suara Rafe. Cuba mempertahankan dirinya.
“Just wait and see,” ujar Inspektor Helmi sambil mengangkat tangannya lalu melangkah keluar dari bilik. Mukanya serius. Inspektor Faraziela mengekori Inspektor Helmi dari belakang.
*************************************************************************************
Hujan baru sahaja berhenti. Kelihatan Wazi setia menemani Mika. Datuk Ismail sudah pergi ke office manakala Datin Ruby sudah pulang ke rumah. Suasana petang itu begitu tenang.
“Wazi, kau marahkan aku ke?” soal Mika.
“Kenape pulak aku nak marah kau bro? No point lah,”
“Mane lah tahu kau marah aku tipu kau selame ni,”
“Look here Mika. Kita kawan dah lame Mika. Kau kentut pun aku tahu busuknya macam mane. Aku kenal kau sangat-sangat Mika. Suka sangat simpan rahsie,”
“Kau sayang kat aku tak Wazi?” pertanyaan yang selama ini ditunggu- tunggu oleh Wazi akhirnya terpacul dari mulur Mika.
“Aku sayang kau sangat- sangat Mika,” ujar Wazi.
“Aku pun sayang dekat kau Wazi. Kau dah banyak tolong aku. Susah senang aku, kau tetap ada untuk aku. Kau la tempat aku mengadu Zi,”
“Aku tak dapat bayangkan bro kalau kau takde. Aku rase macam akan hilang segala-galanye,” tanpa disedari, air jernih mula keluar dari mata Wazi. Wazi pantas mengelapnya. Tidak mahu Mika melihat kesedihan yang dirasainya.
“Kau jangan macam tu bro. Ape-ape pun yang terjadi, kau kene teruskan hidup kau. Yang pergi akan tetap pergi…” kata-kata Mika benar- benar menyentap perasaan Wazi. Wazi terus bangkit dari kerusi lantas mendapatkan Mika. Wazi memeluk Mika seeratnya.
“Aku tak nak kau pergi bro,” bisik Wazi di telinga Mika. Semakin erat pelukkan mereka. Jelas terlihat erti sebuah persahabatan.
*************************************************************************************
Cinta yang baru sahaja pulang dari pejabat kelihatan penat. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk. Remote control ditekan. Buletin Utama sedang disiarkan. Matanya melihat televisyen, tetapi fikirannya merawang memikirkan Mika. Baru dia tahu punca Mika meninggalkan kakaknya dulu. Mata Cinta semakin kuyu.

‘Seorang pemuda berusia awal 30 an ditemui mati di tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor awal pagi tadi. Mangsa yang dikenali sebagai, Zaquan Hairi, mati ditikam dari belakang dengan senjata tajam. Hasil daripada bedah siasat yang dijalankan, polis mendapati bahawa mangsa mati akibat tikaman senjata tajam yang terkena pada jantungnya.
Menurut Supt. Harun Husaini, ketua bahagian siasatan Polis Johor Bharu, hasil intipan cctv, mangsa dibunuh oleh seorang wanita yang memakai jubah hitam dan berpurdah. Motif pembunuhan masih lagi dalam siasatan.
Orang ramai yang menyaksikan kejadiaan tersebut diharap dapat menghubungi ibu pejabat polis Johor Bharu untuk membantu siasatan di talian…’

Terbeliak mata Cinta mendengar berita itu tadi. Jelas gambar kad pengenalan yang dipaparkan adalah Zaquan, therapist kakaknya. Tanpa berlengah, Cinta terus mendail nombor telefon rumah mamanya.
“Assalamualaikum mama. Mama tengok tak berita tadi?” soal Cinta.
“Waalaikumussalam Cinta. Tak tengok, mama tengah mengaji tadi. Kenape?”
“Zaquan mati dibunuh ma!” ujar Cinta.
“Hah, Zaquan mati kene bunuh?!” terkejut Pn. Lisa. Terlepas ganggang telefon dari tangannya. Cinta Zaharah yang terdengar jeritan mamanya, menjadi semakin runsing. Jiwanya semakin tertekan.

Bersambung… 


No comments:

ShareThis