Hari empat
Angin malam menderu. Menyapa lembut pipi Mika yang sedang hanyut memikirkan apa yang terjadi petang tadi. Mika hilang kawalan. Lidah kelu untuk menutur kata. Hati berdebar bukan kepalang. Cinta datang kembali tanpa diundang. Sekian lama Mika mencari sehingga suatu saat hampir hilang kewarasan akal kerana ditinggalkan Cinta. Mana mungkin Mika lupa cinta pertamanya. Cinta!
“May I seat here,” ujar Mika gugup.
“ It is reserve for you, dear. Please take a seat and make an order. Waiter!” jerit Cinta perlahan.
“ Takpe lah you. I dah minum dah tadi. Dengan kawan I,” pura Mika.
“ Ok fine. By the way, are you Mikael Iman?”
“ Yup,” dada Mika semakin berdegup kencang. Tak pernah dia rasa seperti ini dalam hidupnya. Bagai langit mahu runtuh menghempap dirinya. Insan yang dia cintai suatu ketika dulu datang kembali.
“ I’m Cinta Khadijah,” ujar Cinta lembut. Cinta Khadijah? Berkerut dahi Mika. Jadi, gadis di depan matanya ini bukan Cinta! Cinta Zaharah. Cinta pertamanya dahulu. Mata Mika meliar melihat muka Cinta. Dari atas sampai ke bawah. Cuma mata sahaja yang tertutup dengan shades. Mika lihat penuh teliti. Sah! Memang ada perbezaan pada bahagiaan hidungnya dan potongan rambutnya.
“ Yang you ni tengok I macam nak makan orang ni kenape? Tak pernah tengok perempuan cantik ke?” ujar Cinta manja.
“ Cantik. Memang cantik. Raut wajah you macam I pernah nampak sebelum ni,”
“ Siape?” Cinta cuba menduga.
“ Adalah, you tak perlu taw kot. My past,”
“ Oh I see. But you know, when first time I pegi your butik, I terus tertarik nak kenal dengan you. Kening you lebat. Nampak seksi la. And one more thing, your character. Cool la dear,” Cinta cuba memancing. Muka Mika mula merah. Malu bila diperkatakan sebegitu.
“ Mane ade. You ni pandai lah buat joke. I’m just ordinary guy lah you,” Mika tertunduk Malu sambil membetulkan kedudukannya di atas kerusi. Sedang darah gemuruh belum lagi reda, Cinta menerima panggilan. Cinta lantas bangun.
“ You, I got to go. If you free, just massage me ok. Bye,” Cinta bingkas meninggalkan Mika sambil melambaikan tangannya. Manis. Mika tersentak ditinggal begitu.
“ See you soon Cinta!” laung Mika. Nada kecewa. Pelbagai persoalan kembali bersarang.
*************************************************************************************
“ Jauh mengelamun bro, masalah baru ke? Share la,” sapa Wazi terus melenyapkan khayalan Mika. Dengan dua mug berisi Nescafe, Wazi menyerahkan satu kepada Mika.
“ Thanks bro. Air je ke? Makan-makan takde?” Mika cuba mengalih persoalan Wazi.
“ Ah kau. Kan dah makan tadi. Dah bagi betis nak peha. Dah bagi peha nak ape lagi ha?”
“ Nak tidur la. Nite bro,” pantas Mika bangkit dari bangku sambil menghirup Nescafe. Wazi hanya termenung. Aku baru nak lepak-lepak. Die dah nak tidur. Huh!
“ Wey, solat Isya’ dulu before tidur. Takdelah tidur asyik mengigau,” laung Wazi.
“ Ok bro,” ujar Mika lalu menutup pintu biliknya. Wazi hanya melangut. Merenung ke langit gelap tanpa bintang, seperti hatinya yang kosong tanpa ade insan tersayang. Hanya Mika tempatnya mengadu masalah, berkongsi kegembiraan setelah kehilangan kedua orang tuanya 2 tahun lalu. Bagi Wazi, Mika adalah segalanya.
*************************************************************************************
“Hye Suri, tak tidur lagi ke?” soal Cinta lalu meletakkan heelsnya di atas rak.
“Waalaikumussalam…” sinis Suri.
“Assalamualaikum cik Suri,” ujar Cinta tersenyum kelat.
“Ha taw pulak bagi salam. Ingatkan dah lupa. Yang kau ni malam baru nak balik, kau pegi mana ha? Tak baik anak dara balik malam-malam ni. Nanti ape orang kate. Kan tak manis,” Suri memulakan tazkirah hariannya. Bagi Cinta, dia sudah lali dengan bebelan Suri.
“ Ala you, jangan la marah. I pergi jumpe kawan lame tadi. Lepas tu, I keluar kejap dengan Zaquan. Dinner,”
“Aku bukannya nak bebel kat kau Cinta, tapi aku marah sebab tiap-tiap hari aku makan sorang kat rumah. Takde siape nak teman,”
“Tu lah, aku suruh kau cari boyfriend tak nak,”
“Bukan aku yang tak nak. Cume laki je yang tak nak dengan aku,”
“Hish jangan la cakap macam tu. You kene be positif dear,”
“Ok, dah lame aku positif Cinta. Cume respon yang aku dapat semue negative. Bak akte orang, takde kimia. By the way, kau masih keluar dengan Zaquan lagi ke? Kau tak serik lagi Cinta? Kau dah tahu siapa die sebenarnye kan?” ujar Suri. Riak wajah Cinta berubah. Kelu.
“Hmmm,” ringkas balasan Cinta. Memang die dah tahu siapa sebenarnya Zaquan. Tetapi lelaki tinggi berbadan tegap itu adalah salah satu senjatanya. Senjata rahsia.
*************************************************************************************
Mika mendekati laci mejanya. Selipar merah pemberian Cinta yang tersimpan rapi direnung. Merahnya! Huh. Mulai hari ini, aku akan biasakan dengan warna merah. Bisik hati Mika lalu menyarungnya ke kaki. Padan!
Dengan semangat baru, Mika melangkah keluar dari bilik sambil selipar di tangannya. Kebetulan, terserempak dengan Wazi.
“ Kau ok ke bro?” soal Wazi.
“ Ok je, nape?”
“ Yang warne merah kat tangan kau tu ape? Kau bukan tak boleh tengok warna merah ke? Karang mula la datang sakit kepale kau tu,”
“ People change bro,” ringkas Mika, pantas mencapai kunci Jazz kuningnya. Wazi pelik.
“ Ape-ape roger aku taw bro!”
“ Ok bro. Have a nice Sunday. Aku nak keluar jap. Maybe nak singgah rumah mak aku. Kau nak ape-ape ke?” tanye Mika.
“ Takde la. Kirim salam kat parents kau ye. Cakap anak angkat die ni rindu sangat. Haha..” tawa Wazi. Mika terus berlalu selepas menyarungkan selipar merah di kakinya.
*************************************************************************************
“ Good morning sayang,” bisik Zaquan ke telinga Datin Ruby. Datin Ruby hanya menggeliat perlahan.
“ Awalnya you bangun. Dah pukul brape ni?” rengek Datin Ruby.
“ 10 minutes to 9 a.m. You kate anak you nak datang kan? Tu yang I bangun awal ni. Nanti susah pulak kan sayang,” lalu Zaquan memberi kucupan ke dahi Datin Ruby.
“ I mandi dulu ye sayang,” Zakwan bingkas bangun. Meninggalkan Datin Ruby terbaring di atas kamar. Telah menjadi rutin Datin Ruby tidur bersama Zaquan apabila Datuk Ismail out station. Kebetulan anak sulungnya, Ali telah berpindah ke apartment baru, membuatkan kerja kotornya semakin mudah. Walaupun berbeza umur 15 tahun, layanan yang diberikan Zaquan memang tiada tandingan. Sebagai balasan, semua permintaan Zaquan, akan ditunaikan Datin Ruby.
“ I dah siap ni sayang. I balik dulu ea,” ujar Zaquan terus mungucup lembut tangan Datin Ruby.
“ I dah bank in duit yang you mintak tu. Kalau tak cukup, just inform me,” balas Datin Ruby.
“ Thanks sayang,” senyum Zaquan sampai ke telinga. Memang menawan. Dan dengan senyuman itulah Zaquan berjaya menundukkan hati wanita yang bernama Datin Ruby untuk kesenangannya. Tanpa berlengah, pantas Zaquan mencapai jaketnya di atas kerusi, meninggalkan rumah Datin Ruby secepat yang mungkin. Mini Cooper pemberian Datin Ruby, meluncur laju meninggalkan kawasan rumah. Dia ingin pastikan tiada mata-mata yang melihat. Datin Ruby yang kelesuan, cuba bangkit dari kamar mencapai Black Berrynya. Melihat senarai inbox. Pesanan ringkas dari Mika.
‘Mak, Iman lewat sikit dtg rumah. Ada hal.’
Datin Ruby hanya menggetap bibirnya tanda protes ke atas tindakan Iman, lantas bangun menuju ke bilik air. Kenapalah kau tak mesej semalam, boleh la aku bermesra lama sikit! Getus hati Datin Ruby.
*************************************************************************************
Mata Mika meliar mencari parking kosong. Jam ditangannya sudah menunjukkan jam 11.30 pagi. Sudah setengah jam lewat. Mika sudah berjanji untuk menemani Cinta menonton wayang. Cerita cinta. Lagenda Budak Setan. Sejujurnya, cerita cinta bukanlah selera Mika. Tetapi kerana Cinta, Mika tolak semuany ke tepi.
Setelah puas menunggu, barulah ada ruang kosong. Tanpa berlengah, Mika mematikan enjin lalu mencapai IPhone miliknya. Mika bergegas ke entrance Jusco Tebrau City kerana sudah lama Cinta menunggunya. Kali ini Mika tidak mahu melepaskan peluang yang ada. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Di saat menghampiri pintu masuk, satu dentuman kuat kedengaran. Melambung sekujur tubuh. Mika cuba membuka mata. Payah. Pandangannya gelap. Hitam!
Bersambung…
No comments:
Post a Comment